05 Mei 2008

Mari Ulas Rencana Utusan

Realisasikan resolusi
Oleh ARSHAD KHAN
JOHOR BAHRU 4 Mei - Para peserta Kongres Permuafakatan Melayu yang berakhir di sini hari ini melahirkan harapan agar idea, luahan dan tuntutan yang dijadikan resolusi kongres itu didengari oleh para pemimpin Melayu tanpa mengira parti politik yang diwakili.

Aku fikirlah...kenyataan ni kena tambah satu lagi....didengari oleh para pemimpin Melayu khususnya parti UMNO....sebab apa?Kerana terbuktis ebelum ni banyak forum seminar dan kegiatan anjuran GAPENA bukan sahaja tidka dihadiri oleh ahli politik UMNO malah tidak dapat pun pembiayaan...kalau bab hiburan tu berjuta sanggup keluarkan....

eh...ahlul politik UMNO tak pandang pun program anjuran GAPENA..apa barang takat program nak desar kembalikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu semula....semua nak maju maa..termasuk ahli politik UMNO..kita nak maju..perlaksanaan bahasa Inggeris tidak akan menjadikan bahasa Melayu hilang daulatnya...

ni lah mulut orang politik..lebih busuk dari pekung...

Malah, mereka mahu pemimpin-pemimpin bukan Melayu turut memahami resolusi kongres itu dengan fikiran terbuka tanpa wujud sebarang penentangan kerana tuntutan-tuntutan yang dikemukakan adalah dalam kerangka Perlembagaan negara.

Aku setuju....aku fikir ni mesti pasal DAP lawan atau bagi pandangan kepada sultan nih....aku fikiur beginilah..jujurlah...tegurlah terus terang...jgfn ganggu kedaulatan sultan melayu sebagai payung negara dan negeri..habis cerita...sebut jugak pasal terengganu dan perlis tuh....UMNO kah DAP kah sama-sama kurang ajar..sama -sama mesti diajar dan dinasihati...

Mereka juga berharap pandangan-pandangan yang dikemukakan dalam kongres itu akan terus diperjuangkan dan direalisasikan setelah tamatnya kongres berkenaan.
Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein berkata, pemikiran intelektual dan budayawan Melayu sudah lama disisihkan di negara ini dan gejala itu kini perlu berubah.

Alahai Tan Sri...takkan baru nak sedar...sudha berapa lama pandangan budayawan seperti tansri dan geng tansri sudha tidak dipedulikan...politik adalah kuasa..kuasa adalah politik...pemikiran intelektual Melayu yang nak bahasa ibunda di daulatkan pun ditolak UMNO..malah Hisahamuddun dengan bangga mengaumumkan nak ajar sastera inggeris pulak dah....aku ingat hisam ni naks edaq yang banyak melayu gagal sains dan matematik..rupanya lebih sibuk nak tinmgkatkan iNggreis ja...aku fikir kita ni jadi inggreis kot...

Beliau berkata, dalam konteks yang melibatkan masa depan orang Melayu, apa yang terhasil dalam kongres itu hendaklah diberikan pertimbangan oleh semua pemimpin Melayu merentasi parti yang mereka wakili.
Katanya, apa yang dicadangkan dalam kongres itu datang daripada hati nurani masyarakat Melayu pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 yang melihat kuasa mereka selaku bangsa asal di negara ini terhakis dan berada dalam keadaan getir.

Tidaklah..ini hanya penyokong atau orang UMNO sahaja yang kata..bagi aku..atas pagar ni..melihat kuasa Melayu dan semua kaum dalam malaysia ni kian besar....aku taknak kejayaan satu kaum dimomokkkan dengan seorang individu yang berjaya...bangang betul...inilah tardisi bebal warisan UMNO...

Menurutnya, piagam, tuntutan dan ikrar dalam resolusi kongres berkenaan bukan hanya untuk pemimpin UMNO tetapi juga pemimpin Melayu dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Ini adalah suara-suara kecil dari bawah yang jarang didengari, tetapi saya yakin ia akan berubah kali ini," katanya kepada Utusan Malaysia selepas pengumuman resolusi Kongres Permuafakatan Melayu di sini.
Kongres yang disertai 2,100 peserta itu bermula Jumaat lalu dengan pembentangan empat kertas kerja sebelum diikuti perbahasan dan rundingan meja bulat. Resolusi yang dipersetujui diumumkan pagi ini.
Ahli Jawatankuasa Kerja Gapena, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling pula berkata, jawatankuasa kongres itu akan mengirim dokumen resolusi yang dipersetujui kepada semua pemimpin Melayu dan bukan Melayu untuk memaklumkan kepada mereka apa yang dituntut dan cuba dikekalkan oleh masyarakat Melayu.
"Bukan sesuatu yang bersifat perkauman bila kita cuba mempertahankan hak Melayu kerana ia terkandung dalam Perlembagaan," katanya.

Hak Melayu apa prof zainal?hak Melayj kah atau hak UMNO?....sudah lupakah datuk marah benar kepada pemimpin UMNO yang khianat perjuangan bahasa...masihkah prof ingat...

Sementara itu, ahli Persatuan Anak Melayu Johor, Datuk Yahya Jalil berkata, resolusi yang terhasil dalam kongres itu mempunyai kepentingan dan kaitan langsung dengan para pemimpin Melayu.
"Para pemimpin Melayu bukan pemimpin parti masing-masing sahaja. Mereka adalah pemimpin bangsa Melayu," katanya.
Justeru, menurut beliau, segala yang dicapai dalam kongres berkenaan perlu diberikan perhatian dan pertimbangan oleh para pemimpin Melayu.
Pengerusi Peniaga Kecil Melayu Negeri Johor Cawangan Pontian, Abdul Majid Yahya berpendapat orang Melayu sebenarnya buntu selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu dan tidak tahu ke mana hendak mengadu.
"Kongres ini amat penting dan kita mesti cepat bertindak menyalurkan apa yang difikirkan oleh orang Melayu di peringkat akar umbi," katanya.

Apa yang disalurkan kepada akar umbi?Nak suruh depa ni bangkit sokong UMNO balik kah?hahahaha...ni satu lagi propaganda sulit UMNO

Menurut Abdul Majid, keistimewaan Melayu kini terhakis secara perlahan-lahan dan jika tidak diberikan perhatian ia akan terhakis terus.
Presiden Kelab Pengundi Melayu Semenanjung Malaysia, Mohd. Ariff Abdul Aziz pula berkata, Kongres Permuafakatan Melayu itu telah menghasilkan pelbagai idea yang baik terutama berkaitan dengan kedudukan raja-raja Melayu.
"Persatuan yang saya wakili berpendirian bahawa kuasa raja yang telah dikurangkan sebelum ini perlu diperkukuhkan kembali kerana raja Melayu adalah benteng pertahanan masyarakat Melayu," katanya.

Abdul majid..tengoklah...kuasa sultan lawan kuasa paklah dan mantan menteri besar perlis dan mantan menteri besar terenganu....siapa yang mulakan...sultan ni bebas dan tidak terikat kerana sultan ni payung negara..tetapi sultan juga boleh dipengaruh oleh ahli politik terutamanya UMNo yang guna atas nama hak Melayu untuk raih sokongan melayu yang telah lari menyokong pembangkang.....

Kesimpulannya..inilah wajah perjuangan kita...nak berjuang pun tak pandai...perjuangan kita hanyalah perjuangan bapak ketam kepada anaknya..ataupun perjuangan hipokrit dan berkepentingan sendirid an kuasa nak kaya....

aku benci dengan semua ni..termasuk sesetengah golongan dalam DAP yang cauvinis dan bengap tahap gaban..juga UMNO yang juga salah guna kuasa...juga intelektual bangsa yang terperangkap dalam arus kuasa hingga tak nampak dah langit dan matahari....tenggelam dalam lauta idealisma dan mimpi ngeri...

Tuhan selamatkanlah aku daripada bencana ini...

Beliau berkata, kuasa raja-raja Melayu hendaklah diperkuatkan tanpa prejudis tetapi dengan niat untuk membantu memperkukuhkan kedudukan masyarakat Melayu yang menjadi bangsa asal di negara ini.
HABIS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan