04 Mei 2008

Selebihnya untuk DIA

Dan Fikirkan sejenak...

siapa aku?

apakah matlamat aku hidup di dunia ini?

apakah aku bebas melakukan semua perkara?

apakah aku bebas daripada hukuman dan larangan?

apakah aku ini sudah cukup hebat dan bangga diri?

apakah KEHIDUPANKU..akan berakhir dengan terhentinya denyut jantungku dan terhentinya aktiviti otakku?

apakah aku langsung menjadi debu bila dibakar atau menjadi tanah bila ditanam dan tamat semuanya?

Aku mengajukan soalan-soalan ini kerana aku melihat banyak antara kita suka sangat menilai diri orang...

Dia jarang menilai dirinya sendiri...Dia suka membangkang orang....Dia suka menyatakan bahawa dirinya sahaja yang benar..orang lain salah...

Aku pelik memimikirkan manusia seperti ini....apakah mereka ini sudha jadi rasul atau nabi yang maksum...

apakah mereka ni dijadikan Tuhan sebagai makhluk yang lebih istimewa daripada makhluk lain hingga layak jadi hakim laksana Tuhan?

Aku hendak certita dengan jiwaragaminda aku sendiri....bahawa aku sudah menjumpai beberapa orang begini...

Nanti aku ceritakan....apakata kita jawab dulu soalan-soalan diatas..dengan ikhlas..tak payah kuat-kuat jawabnya....jawab dalam hati..kasi telinga batin saja yang mendengarnya..selebihnya simpan untuk Dia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan