05 Jun 2010

Qaf 100 Atau Ayat Qaf

Ayat ini  merupakan suatu kombinasi ayat al Quran amalan para waliyullah. Dan apabila menyelak buku doa Pancaran Nur Doa dan Zikir Ahli Akhyar susunan Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al Maliki Al Hasani yang diterjemahkan ke edisi Bahasa Melayu oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki, Syeikh Fuad telah menyisipkan Qaf 100 ini dalam edisinya.

Sifu saya, Abg Din aka Tok Belagak pernah menyebutkan tentang Qaf 100 ini kepada saya. Menurut  tradisi kitab turath, setiap amalan wajarlah diambil secara berijazah daripada guru atau mursyid yang berhaq dan telah diamanahkan (dengan tahkik) bagi memastikan wayar persambungan amalan tidak terputus. Antara yang boleh memberikan ijazah ialah Syeikh Fuad. Ijazah pun ada dua jenis, ijazah umum, sepertimana memiliki buku doa tersebut dan dinyatakan oleh sipengijazahnya DAN ijazah Khusus iaitu secara bersuri. Bagi kategori pertama, amalan hanya bertujukan kepada yang umum sahaja seperti hendakkan keselamatan dan sentosa, manakala bagi jenis ijazah kedua iaitu digunakan untuk penyucian hati dan kerohanian wajiblah diambil secara bersuri.

Qaf 100

Al-Baqarah, Ayat 246
Ali Imran, Ayat 181
Al Nisa, Ayat 77
Al Maidah, Ayat 27
Al Maidah 112-114
Yunus 34-35
Hud 69-72
Al Ra'd  16
Toha  92-96
Al Muzammil 20

Diakhiri dengan DOA AYAT QAF

#Disebut sebagai Qaf 100 kerana ia merupakan kombinasi 10 Ayat  dimana setiap kumpulan ayat mempunyai 10 huruf Qaf, Maka jumlah huruf Qaf ialah 100 semuanya.

#Fadilat umum,

-pangkat, kedudukan
-menyampaikan hajat
-aman
-sihat

Cuba fahami maksud ayat qaf ini. Kita akan tahu betapa makna ayat ini bertepatan dengan

-isu Israel laknatullah alaih
-isu pertembungan wacana/pemikiran
-jawapan tuntas kpd jawapan keraguan menerima Islam sebagai suatu adden yang sempurna dalam kehidupan.

Cari, faham dan amal. Sesetengah daripada kita suka
-baca banyak buku
-dipandang banyak baca buku
-berbual tentang buku dan isinya

Namun agak jarang sekali saya menemui rakan saya yang saya kenali boleh bercakap spontan tentang maksud daripada Ayat Al Quran dan mempunyai ilham laduniyyah ketika berdepan dengan isu/masalah prolematika semasa. Inilah kesan sekuralisme sebenarnya dan kesan kecacatan qalbu.

Ada dua sahaja pilihan.

Sami' na wa ata' na.

ATAU

Sami''na wa asaina.

Bagi mereka yang terang dan celik qalbu adalah yang pertama dan menerima Allah dalam semua keadaan dan kerumitan, Tiada tersamar olehnya akan kebenaran kerana yang tersamar baginya kebenaran adalah kerana qalbunya kotor bukannya kebenaran yang kotor, ibarat cermin yang berkarat bukan wajah yang sempurna itu yang berkarat.


1 ulasan:

  1. askum. Boleh saya bertanya? Sheik fuad yg mana? dari mana?

    BalasPadam