Tanah Melayu ini akhirnya akan jadi apakah ia, saya pun tidak tahu. Media yang gila menyuntik hiburan dari budaya asing. Oknum politik yang menjadi parasit dan virus. Penonjolan minioriti yang berlebih-lebihan di mana-mana.
Saya tidak dapat lihat penyatuan orang Melayu lagi tatkala ini. Kita sangat lemah kini. Kalau keadaan ini berterusan, percayalah orang Melayu akan jadi rakyat Palestin. Ramai pula orang-orang muda yang terpesona dengan berbagai idelogi ataupun terpengaruh dengannya sama ada sedar atau tidak sedar. Liberal, sekuralisme dan gaya hidup asing memenuhi jiwa anak muda. Sttrategiknya ia menusuk kejiwa anak muda berpendidikan tinggi , Melayu Bandaran dan juga pinggiran. Selebihnya menjadi pengikut budaya popular tanpa dapat dikawal lagi.
Saya fikir, ramai antara kita sudah luput jati diri. Apakah jati diri Melayu kalau tidak agamanya. Agama bukan sebahagiandaripada jati diri tetapi agama adalah teras jati diri itu sendiri. Sistem pendidikan yang teraba-raba dalam gelap amatlah mengecewakan kita semua-apakah manusia ini slah satu bahagian daripada peralatan dalam kilang tanpa jiwa taklif dan roh? Kekuatan umat Melayu bukannya terletak kepada zahirnya tetapi batinnya-ruhaninya. Sebab itu umat Melayu tidak mempunyai banyak binaan fizikal seperti Candi Borodubur dan juga kota-kota lama. Tamadun Melayu adalah peradaban-berasal dari perkataan adab. Umat Melayu adalah umat yang lembut jiwanya kerana ia bukan sahaja dekat dengan alamiah malah juga sangat kuat menjadi hamba kepada Allah Yang Maha Esa sehingga penghayatan kehambaan itu terhimbau dalam segela hasil kesenian Melayu dan juga hasil tulisnya.
Hayatilah makna disebalik motif bunga tanjung dan juga hasil syair Hamzah Fansuri. Kerajaan Barus meruapakan kerajaan Islam tempat dimana lahirnya Hamzah Fansuri. Dilain kesempatan saya akan masukkan entri bagaimana rupa wajah Kerajaan Barus ini. Dalam keadaan kini uma Melayu perlu kembali kepada tradisinya dan meneliti kekuatan umat Melayu silam. Ulamak perlu kembali kepada hakikat agama bukan setakat jawatan dan menolak faham wahhabiah yang keliru. Kajian Tun Suzana juga menunjukkan betapa salasilah raja Melayu silam mempunyai pertalian dengan ahlul bait dalam pengertian yang sebenar bukan dalam konteks syiah.
Saya bukanlah anak muda yang terlalu baik namun demikian saya sedar kalau sedikit sahaja saya mahu merubah diri saya ke arah yang bertentangan dengan fitrah acapkali juga saya berasa sangat bersalah dan perlu kembali kepada teras yang menunjangi jiwa ini.
Inilah jalan yang sebenarnya. Tetapi berapa ramaikah yang sanggup menempuhnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan