Baru-baru ini saya balik kampung, nun Yan Kedah Darulaman. Sempatlah ke sungai Titi Hayun, mandi (mandi serius), mandi manda (suka-suka hati) dan tafakur beberapa jenak. Masa mandi serius dan tafakur itulah mujur saya tak hilang kesedaran. Heheheh. Anak sedara yang mandi lubuk depan saya pun berpindah lokasi setelah melihat suatu fenomenan dan merasakan suatu noumena asing berlaku tatkala saya mengangkat cebok di tengah sungai di atas batu pada waktu Duha. Saya buat dono je. Biarlah. Dah rasa tergerak hati nak buat. Buat sajalah.Lagipun air sungai ini kan segar lagu bersih. Kami datang pun masih pagi lagi, 9.00 pagi dan mandi dibahagian atas sedikit tapi taklah sampai ke Puteri Mandi atau Lubuk Kapal (kapai). Tengah2 je. Anak Sedara saya ini, Hazwani namanya,belasan tahun, kelmarin, pun ada rasa abnormal sewaktu ikut saya mandi di sungai itu. Sebelum ini saya, Hazwani dan Azira mandi dan tafakur bersama saya ditengah sungai menghayati alam besar dan alam kecil. Sewaktu meneroka kesedaran ke alam kecil inilah anak sedara saya rasa 'kurang enak' dan katanya rasa macam hendak hilang kesedaran. Itulah ko. Kan abg ali sudah cakap masa tafakur lupakan semua benda bukan maksud lupakan Tuhan. Lupakan semua menda, satukan diri dengan alam dan air mengalir dan pusatkan pada Tuhan sambil pejamkan mata rasakan semuanya dalam hati ini. Saya berleter. Namun sebenarnya saya pun dah nak melayang juga dan usaha tidak mahu hilang kesedaran. Dan kemudian Hazwani merasakan bulu romanya naik. Saya jelaskan tak semestinya tanda hadir makhluk tak nampak yang jahat. Jangan pukul lambak je. Ada yang tak tau menda apa sekadar menjengah atau melintas semata. Lantaklah. Sebab level bebudak remaja, saya putuskan, bahawa tujuan tafakur ini akhirnya ialah membuka kesedaran bahawa kita sahabat dengan alam. Apabila kita sahabat dengan alam maka kita akan jadi setenang alam dan moga dapat rahmat menumpang rahmat daripada zikir 24 jam flora dna fauna ciptanNya ini. Itu je. Dah sahabat dengan alam maka takder nak buang polestrin setelah mandi mandi di sungai ini. Itu je. Dan sesudah itulah esoknya, maka kami pergi sekali lagi. Kali ini saya tak ajak bebudak tafakur. Saya mandi serius sahaja di tengah sungai di atas batu waktu Dhuha. Biarlah. Masa saya angkat cebuk rasa je segala mak nenek mengerumun saya. Biarlah. Saya niat kepada Allah. Pulang kepada Allah semuanya. Walaupun seriau gak. Maklumlah saya bukannya arifbillah. Buat ikut yang sebetulnya. Dan iringannya dengan tafakur. Bebudak yang mulanya mandi lubuk depan saya berpindah. Enak sekali mandi air segar dari sungai pagi-pagi. Rasa amat bertenaga sekali. Dan kudus sekali perasaan sehingga di penghujung mandi serius seperti tenggelam kepada kefanaan mengingatiNya. Aduhai, bayangkan, diri yang berakal dan berqalbu ini tak dapat menyaingi pun zikir pokok kayu daun 24 jam tak henti itu, baharu beberapa detik dah nak cair lupus. Mujur saya kawal dan kontrol tetapkan di hati sahaja. Di rumah saya tanya hazwani apa dia rasa. Dia bagitau, semasa saya angkat cebuk, dia rasa ada angin meriakkan permukaan sungai dan hembusan angin yang agak seru. Aneh la suasananya. Kemudian terasa suatu kehadiran atau suatu noumena yang sukar dijelaskan melainkan dirasai dengan kepekaan indera dalaman. Fuh, macam Grandmaster metafizik mandraguna pula saya cerita. Padahal tiadalah mendanya sangat. Cuma seronok juga mandi sungai ini sambil mandi serius dan tafakur. Lebih syok lagi kalau dapat zikir bersama alam ini. Patutlah ramai waliyullah ada kaitan dengan sungai dan banyak pula pedagang dan arifbillah bermula di sungai. Selepas itu saya bawaklah anak sedara saya ke Gunung jerai. Menuju Telaga Tok Syeikh. Dinginya air telaga dia. Sebelum jejak ada lah seorang dua makcik duduk terkangkang depan telaga. Tengok saya dan anak sedara dengan pandangan tak puas hati. Apa ke halnya makcik ini. Saya bawa anak senadar nak hayati sejarah bukannya nak ganggu makcik nak tafakur ke nak sembang dengan penunggu telaga ke atau nak mandi limau. Saya tau dah depa mai sebab nak mandi limau dengan air telga tok syeikh. Apa saya tahu itu ternyata benar bila tenok ada potongan limau dalam telaga. Sebenarnya nama sahaja telaga tok syeikh tetapi hakikatnya bukan telaga macam di kampung. Tak pasti pulak saya depa bina balik atau apa. Tapi memang ada corong air terjulur dimuka 'telaga' cetek yang nampak dasar setinggi remaja berdiri. Apapun tempat itu memang ada sejarah sebab tengok papan tanda ia 'dibuka' oleh Syeikh Abdullah Yamani sebagai antara mercu tanda kepada pedagang luar mai ke Kedah suatu ketika dahulu. Saya pun nampak nama dia pun saya teingatlah Hikayat Merongmahawangsa. Anehnya masa saya nak cakap kat bebudak, macam pemandu pelanconglah pulak, saya tak dapat ingat langsung nama Tok Syeikh yang disebut dalam HIkayat Merong itu. Aneh sungguh. Apapun saya cakap je la apa yang patut kat bebudak yang banyak tanya itu ini. Akhirnya saya cakap je ini biasalah keramat para wali yang Allah zahirkan untuk manusia sebagai bukti kekuasaan Allah dimuka bumi. Apa yang nak herannya. Kalau Allah boleh korekkan lautan dalam langit tak bertiang bintang tak berlanggar apa snagat keramat seorang wali yang wali itu pun tak rasa keramat itu istimewa baginya melainkan dipandang lakunya dna jadinya itu pada Allah semata-mata. HU...Kita sahaja yang cepat melatah, engkar dan berpaling. Termasukah diri ini. Moga Allah ampunkan dosa kita, dengan sayang rahmatnya. Akhir zaman beb. Susahnya nak bersama setia denganNya namun Dia tetap saja bagi peluang dan ruang. Apa lagi mahu kasi alasan melainkan nafsu di dalam yang tak dapat ditundukkan. Pulang pada Allah saja la quwwata illa billah...HU. Kembali kepada cerita telaga ts itu tadi, masa den berusaha nak sembang2 lagi dengan bebudak pasla sejarah situ, mai pula beberapa ekor lebah dok hurung kami. Sebab tak mau sesuatu yang noumena berlaku,. bebudak beb, makama terpaksa saya tamatkan lawatan bersejarah di Telaga Tok Syeikh. Kami sempat juga hadiahkan Al Fatihah padanya. Pada sesiapa yang nak sangkal pahala hadiah kepada si mati boleh cari buku Bidaah dan Penjelesannya oleh ulamak ahlul sunnah terkenal yang di verify oleh mufti2 dan syeikh ulamak ahlul sunnah. Takdo depan saya pula buku itu. Nanti say bagitau maklumat lengkap kemudian. Sempat juga saya berwuduk. Dan sewaktu keluar itulah, makcik tadi pun masuk balik kawasan TTS itu. Mas anak start enjin kereta mak aii, tak boleh pulak. Seriua bebudak. Kan sekarang cerita hantu banyak kat tv. Kejadian noumena je diakitkan dengan laku hantu. Kesian kat hantu. tak pasal-pasal kena cop. Rupanya break terkunci sebab den lepaskan handbrake sampai berundur kereta, saya tekan brek kaki dan start kete. Mana mahu startnya enjin keta Persona Automatik Persona saya ni. Suspen ja. Kemudian saya bawaklah anak buah ke resort. Oklah. Dibangunkan kawasan itu. Tapi nak jalan lebih2 kena jadi tetamu hotel okey!Kapitalis sungguh. Puii! Rasa nak sepak je guard resort itu tak bagi kereta saya masuk park di dalam kawasan resort. Berssidailah kereta saya dnegan beberapa pengunjung BUKAN tetamu resort tebing curam tinggi puncak GJ. Ceh! Ada la restoran chalet kawasan riadah pejalan kaki yang dijaga baik. Terserempak dengan Datuk Badaruddin ketua pembangkang di Dewan DUN Kedah. Selamat petang datuk. Kemudian masa keluar dari resort saya lalu simpang jalan nak ke telaga tok syeikh. Tertera di papan tanda selain Telaga ada lagi Padang Tok Syeikh dan Makam kalau tak salah sayalah. Ish2, Bebudak ajak nak pegi. Bebudak suka bebenor air telaga Tok Syeikh yang dinginnya Maha Suci Allah, fuh. Kalah segala air bioenergi tapisan buatan manusia. Ada jalan lepas TTS. Namun jalan dah kian sempit dan banyak pula selekoh 180 darjah. Ceh, langsung tak dimajukan. Kiri kanan jgn cakapah hutan dia. Hutan di puncak gununglah. Sebab minyak nak habis dan bebudak takut semacam, saya patah balik. Nak patah balik punyalah seksa. Jalan sempit beb. Fuh. Di rumah saya tanya sorang2 apa noumena korang lalui. Hazwani saja yang bagitau, dia saja bagi salam dan salamnya dijawab bersama angin lalu sewaktu di Telaga Tok Syeikh. Saya jawab tak apalah. Sapa suruh bagi salam. Kan memberi salam sunat jawab wajib. Maka wajiblah bagi mukallaf menjawabnya. Tak apa. Dapat pahala itu. Nabi jamin. Ingat menda kecil takde apa-apa ke. Dikira jugak itu. Kira oklah dapat suatu noumena. Abg Ali je tak dapat apa-apa. Kehkehkehekeh.Bebudak secara tak langsung kata di telaga tok syeikh itu lebih seronok walau takder apa-apa melainkan ksejukan air dan susana sekitaran yang amat tenang dan damai. Bak kata Hazwani bagai dilingkari dan dipenuhi oleh tenaga yang padat dan murni. Ceh, macam sifu tenaga dalam reiki. Saya akhiri dengan kalam hikmah daripada waliyullah Al-Muhasibi yang memetik Munanabbih berkata:
"Dulu di Masjidil Haram terdapat sekelompok orang berkata "al jabr dan al qadar lalu aku katakan: "Aku telah membaca tujuh puluh dua buku yang diturunkan dari langit, aku juga bergabung dengan orang-orang yang luas ilmu pengetahuannya dan aku mengetahui banyak hal yang belum diketahui oleh orang lain. Maka aku mendapati bahawa orang yang paling banyak berbicara dalam masalah ini ternyata yang paling bodoh di antara mereka tentangnya. Dan aku juga mendapati bahawa orang yang paling banyak berdiam diri terhadapnya justeru yang paling dalam ilmunya dalam masalah ini. Aku mendapati bahawa orang yang memandang masalah ini seperti orang yang memandang sinar matahari, semakin lama ia memandang kepadanya akan semakin bertambah kebingungannya dalam masalah tersebut. "
"Ali bin Abi Thalib berkata: "Hindarilah berbantah-bantah dalam masalah agama kerana pekerjaan itu hanya akan menyibukkan hati serta akan menyemaikan bibit-bibit kemunafikan di sana."
*Entri ini saya permudahkan jadi mohon maaf jika terdapat 'penceramaran bahasa'.
macam seronok je suasananya...
BalasPadam