22 Jun 2010

Makna Sebenar Bid'ah

Ini merupakan judul buku susunan Al-Syeikh al-Hafiz Abu al-Fadl Abdullah al-Siddiq al-Ghumari Ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah, al-Asha'irah.  BUKU ini menjawab banyak persoalan berkaitan ibadat dan amalan dalam Islam yang dianggap Wahhabi sebagai sesat dan kafir. Golongan Wahhabi pasti tidak senang membaca buku ini macam kena panggang dengan api.

Biodata Ringkas beliau:
-Keturunan beliau sampai kepada Sayyidina Hassan bin Sayyidina Ali karamawajhah, cucu kepada baginda Rasulullah s.a.w.
-Lahir di Tanjah (tanjer) Maghribi pada penghujung Jamadilakhir tahun 1328H/1910M.
-Hafaz al Quran Riwayat Warsh dan riwayat Hafs
-Hafaz matan ilmu agama Al-Bukhari, Manzumah al Khazzar, Alfiyyah, Arba'in al-Nawawi, al-Ajrumiyyah dan banyak lagi.
-Belajar kitab syarah al-Azhari 'ala al-Ajrumiyyah 
-Merantau ke Fas melanjutkan pelajaran di Universiti Qurawiyyin
-Antara gurunya ialah Syeikh Sharif al Habib al Muhaji, Syeikh Muhammad al-Hajj, Syeikh al-Hussain al-Iraqi, al-Allamah Abdul Hayyi al-Katani dan al-Allamah Abdullah al-Fudayli
-Ke Mesir sambung pelajaran di Universiti al Azhar
-Berguru di sana dengan Syeikh Abdul Qadir al-Zantani al-Tarabusi, al-Allamah Muhammad Hasanain Makhluf al-Adawi al-Maliki, Syeikh Hamid Jad dan Syeikh Mahmud al-Mansuri al-Hanafi dan banyaj lagi gurunya sama ada di luar universiti
-Meninggal dunia di Tanjah Mahgribi pada 1413H/1993M.

Buku ini, Makna Sebenar Bid'ah:Satu Penjelasan Rapi susunan Sheikh Hafiz mempunyai 6 Bab. 
Bab 1 Pengertian Bid'ah yang terdiri daripada 7 subjudul yang menerangkan secara tuntas bid'ah dari syarah ulama ahlul sunnah wal jamaah. Bab 2 Bidah berkaitan Akidah dan Syariat. Dalam Bab ini dituntaskan jawapan banyak sekali kekeliruan Wahhabi berkaitan ibadat seperti zikir sesudah solat, angkat tangan berdoa, berzikir selepas azan maulid dan lain-lain lagi. Bab 3 Beberapa Perkara Baharu Yang Diada-adakan oleh Para Sahabat ra selepas Zaman Nabi SAW. Penerangan tuntas meliputi aspek Makam Ibrahim as, terawih,penambahan azan pada Hari Jumaat oleh Uthma Affan, pengubahsuaian masjid nabi, penyatuan al Quran mashaf Uthmani, Ali kw membuat selawat nabi, Dhuha dan lain-lain lagi. Bab 4 Masjid yang Terdapat Kubur di dalamnya. Bab 5 Pahala Membaca AL Quran Sampai Kepada Simati. Dibentangkan pendapat dalil tidak dan sampainya pahala kemudian dibuat rumusan oleh Syeikh bahawa pahala itu sampai. Bab 6 Sunnah Angkat tangan Semasa Berdoa. Bab ini sesuai sekali untuk para Wahhabi yang bukan sahaja tidak angkat tangan semasa berdoa malah mencerca jemaah yang mengangkat tangan ketika berdoa sebagai menyekutukan Allah. Terdapat subjudul dibawah Bab 6 ini iaitu Perbincangan Tentang Hadith Dhaif oleh Syeikh Mauhammad Zaki Ibrahim. Dibentangkan kategori Hadis Dhaif yang terbahagi kepada dua disertai dengan penerangan sistematik dan hubungan ulamak sufi dengan hadis Dhaif. Jawapan TUNTAS ini pasti mencengangkan Wahhabi ataupun memanaskan hati mereka lantaran kehalusan Syeikh menyusun ayat yang halus lembut tetapi tegas dan terarah serta menyakinkan. 

Wahhabi menurut Ustaz Hj. Mahfuz Muhammad Pengarah Urusan Middle East Global (M) Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku ini mengatakan "..gerakan untuk memecahbelahkan umat Islam yang nampaknya mahu bersatu semula..." melalui pernyataan cinta kepada Nabi Muhammad SAW, ulamak ahlil sunnah, ulamak sufi, kecintaan kepada Ahlul Bait (bukan Ahlul Bait dalam pengertian Fahaman Syiah dan sebagaimana diterangkan oleh Faisal Tehrani dalam blog dan karya-karyanya).

BUKU karya Sheikh Hafiz ini telah DISEMAK OLEH

Dato Hj Mohd Murtadza Hj. Ahmad (Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus)
Datuk Hj. Md. Hashim Hj. Yahya (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan/Pensyarah UIAM)
Dato' Hj Salleh Hj Ahmad (YDP Persatuan Ulama Malaysia/Pensyarah UIAM)
Dato' Dr. Wan Zahidi Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan)

Buku ini cetakan 2010. Pada blurp di belakang buku ini menyatakan:

Persoalan bid'ah menjadi perbahasan ulamak sejak silam hingga ke hari ini. Buku ini cuba mengupas makna sebenar bid'ah dan menolak persepsi aliran yang menganggap bahawa amalan-amalan baik yang berlaku selepas kewafatan nabi sebagai bid'ah dan mengancam kesucian agama dan ketulenan agama. Beliau membuktikan segala amalan-amalan baik yang dilakukan yang dicerca Wahhabi adalah berdasarkan dalil-dalil syarak yang menepati Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Beliau membongkar pandnagan modenisma yang mengeksploitasi kejahilan umat untuk menyatakan bahawa pandangan mereka merupakan suatu tajdid. Kita bermohon perlindungan daripada Allah SWT agar tidak tergolong di kalangan mereka yang memperjuangkan sesuatu semata-mata kerana ideologi yang dipegang sehingga sanggup menyalahgunakan fakta sedangkan ianya telah dimuafakat oleh majoriti ulamak muktabar. Moga buku ini menjadi sumber rujukan utama kepada umat Islam terutama di Malaysia bagi menjawab sebarang persoalan berkaitan isu bid'ah ini. Kepadanya kita bermohon perlindungan kepadaNya kita semua kembali dan dihitung setiap amalan serta mendapat balasan yang setimpal di hari akhirat kelak. 
AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan