21 Jun 2010

Bicara Tentang Ruang

Saya mulakan entri ini dengan secara ringkas menerangkan R0, R1, R2, R3 dan R4 sebelum mengkhusus kepada R4.  R0 iaitu suatu ruang di dalam yang mana tiada pergerakan sama sekali. R0 ialah Titik. Yang wujud hanya ruang titik sahaja.  Menurut Euclides Titik itu ialah sesuatu yang tidak mempunyai bahagian lagi. Namun demikian apabila Titik itu digerakkan ke satu arah maka ialah melorekkan satu garis.

Jika alam ini hanya ada satu garis sahaja maka Titik itu hanya dapat maju mundur diatas garis itu, jadi Titik itu hanya berkemungkinan dapat bergerak kesatu arah dan Garis itu dinamakan satu ukuran atau satu dimensi. Maju mundurnya Titik itu di atas Garis sebagaimana keretapi bergerak satu arah sahaja. Inilah dinamakan sebagai R1. Jika garis digerakkan maka Garis melorekkan muka (vlak). Titik dalam Muka dapat bergerak kedua arah berbeza yankni Titik dapat bergerak di dalam Garis pertama R1 dan dapat pula mengangkat diri dari Garis ini atau keluar dari Garis sedangkan di dalam Garis R1 hal ini tidaklah mungkin. Titik sekarang ada dalam muka atau Ruang dengan dua dimensi atau R2. Jika Muka itu bergerak maka setiap titik dari Muka itu mendapat kebebasan satu lagi yang tadinya tidak ada. Titik dari muka ini dapat meninggalkan Muka kesemua arah dna kita sebut Titik ini ada dalam Ruang dengan tiga dimensi atau R3.

R3 Adalah Ruang Kita

R3 Adalah Ruang kita,  Alam Keadaan, Alam Kebendaan, Alam Kemanusiaan dan Alam Nasut. Berhubung dengan apa yang diterangkan ini maka timbul persoalan apakah wujud lagi R4, R5, R6 dan seterusnya? Bagi kita manusia yang ada di R4 sukar sekali hendak mengetahui atau mencongak bentuk dan sifat R4, R5 etc. Ibaratnya, sebagaimana Titik tidak dapat mungkin mengetahui adanya Garis dan Garis dengan adanya Muka dan Muka dengan adanya Jasad. Walaubagaimanapun manusia mempunyai organ akal yang lahir bersama Budhi, Qalbu dan Rohani yang dapat memperoleh jalan yang membuka kesempatan menangkap kenangan yang sangat sederhana bagaimana bentuknya R4 ini.

Misterius R4

Friedrich Zollner seorang Spritualis Barat menerangkan R4 itu menunjukkan kebaradaan makhluk-makhluk yang mempunyai dan mengenali ukuran keempat. Makhluk-makhluk ini mempunyai kebebasan bergerak kearah mana sekalipun sama ada yang diketahui manusia ataupun tidak diketahui manusia.

Graszman (1809-1877) merupakan ahli-pasti berbangsa Jerman yang pertama yang bercita-cita menyelidiki secara saintifik-matematik akan hakikat Dimensi Keempat atau diberi simbol Ruang Ke-4 atau R4. Cayley seorang Inggeris dan Cauchy berbangsa Perancis cuba memecahkan persoalan dimensi R4 akan tetapi gagal menemui apapun. Dimensi keempat tergolong juga dalam ilmu ukuran tinggi yang mempunyai hubungan dengan kehidupan manusia sehari-hari khususnya peristiwa yang diluar akal manusia. Henry Poincare dan banyak lagi ilmu pasti lain bersepakat bahawa dimensi keempat itu wujud. Dimensi keempat sukar ditangkap oleh pancaindera. Ia menarik perhatian ahli-ahli ilmu pelbagai bidang termasuk ahli filsafat. Hingga terdapat pra-andaian (hyphothesis) dibuat untuk mengetahui hakikat sebenar keadaan R4 ini kita harus ada pancaindera yang lain , otak yang lain, tubuh yang lain atau dengan kata lain kita harus meninggalkan tubuh jasmani kita dan susunan tubuhnya yang lain dengan makhluk yang dinamakan sebagai manusia ini. E.Jouffret dalam bukunya Elementair over de meetkunde der vier afmetigen (Dasar Ilmu Ukur dari Empat Ukuran) menerangkan bahawa kita tidak mungkin untuk meningkat kedalam jasad dengan empat ukuran dengan pertolongan apapun. Akal kita tiada kuasa untuk melihat jasad ini di dalam sesuatu rupa dan sikap. Tiada suatu unsur atau elemen yang dapat digunakan sebagai bandingan. Ilmu-ukur ini meluas dalam Ruang yang asing bagi kita dan ada di luar kita, di dalam daerah yang tersembunyi, sandi, ajaib dan ghaib. Walaupun Ruang ini mustahil untuk disaksikan dengan pancaindera kita baik dengan lukisan mahupun sebagai kenang-kenangan akan tetapi ilmu-ukur tinggi dan meta-geometric didalam penyelidikannya tentang Ruang ini mendapat hasil yang nyata dan tidak dapat disangkal lagi.Henry Poincare dalam wacannya berjudul Analysis situs menerangkan bahawa ilmu ukur dengan ukuran mempunyai tujuan yang nyata terhadap hal dimana tiada seseorangpun merasa ragu-ragu. Makhluk-makhluk dalam Ruangan Keempat memberi kesempatan kepada kita untuk dipelajari dan dimengerti hingga dengan teliti dapat diketahui sifat-sifatnya walaupun mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Banyak lagi yang meneliti R4 ini seperti Camille Jordan, Halphen, Gousrsat, Rene de Saussure, Mansion, Aschieri, Bertini, Cassini, Castelnuovo, Gesaro, Loria, d'Ovedio, del Pezzo Segre, Peonese, Galdeane, Biermann, G. Cantor, Kelling, Hoppe, Klein, Sophie Lie, Lipschitz, Punchta, Rudel, Schlegel, Schubert, Simony, van Oss, Ball, Cayley, Hall, Heyl, Hinton, Lasker, Sylvester, Stringham, Spottiswoode, Boole-Stott dan banyak lagi. Berdasarkan kajian dna banyaknya ahli penyelidikan yang meneliti tentang R4 ini maka kita menyedari bahawa jika dapatlah diguna dan dimanfaatkan, R4 mempunyai berbagai faedah yang tidak ternilai besarnya dalam kehidupan kita manusia ini.

Bagaimanakah bentuknya makhluk dalam Dimensi Keempat atau Ruang Keempat atau R4 ini?

bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan