Walaupun saya menulis catitan ini di rumah, namun saya menulis catitan ini hasil daripada beberapa babak kehidupan yang luas dan serba unik ini.
Keunikan babak dalam hidup ini mungkin boleh dianggap absurd namun bukanlah wujud dalam bentuk yang penuh.
Kadangkala hidup ini bila direnungkan banyak sekali keunikan dan parodinya. Inversi dan konvensi saling berganti arah, namun dalam konvensi pasti ada inversi dan pasti ada keunikan.
Andai saya curahkan apa yang saya dapatkan daripada renungan dan taakulan saya pastilah ini akan mendedahkan apa yang saya sedang lakukan.
Sedikit sebanyak pembaca akan tahu perspektif dan persepsi saya-saya kadangkala memandang babak-babak kehidupan dari sudut yang normal dan realiti yang membosankan. Rutin harian termasuk rutin kerja dan rutin rasmi amatlah tidak menyenangkan saya.
Namun demikian tidak bermakna saya menjadi manusia bebas norma dan nilai serta ajaran Tuhan. Saya tetap berusaha meletakkan diri saya dan jasad saya pada tempat yang tepat dan benar.
Namun renungan dan taakulan menjangkau lebih daripada itu. Saya beri contoh sedikit. Misalkan kita di sebuah Fun Fair yang meriah. Semua pengunjung datang untuk berkongsi kemeriahan dan kegembiraan. Kemeriahan itu terhasil daripada kebisingan suuara manusia, suara mesin dan suara-suara alatan. Warna warni pakaian, rupa, kostum menjadi terlalu indah disuluh neon-neon yang menerangi kegelapan malam. Malahan sudut-sudut samar itu banyak sekali aktiviti berlaku. Misalnya ada kereta telah dipecahkan tingkapnya. Ada kereta dikopak pintunya. Tanpa alarm berbunyi sebagaimana diharapkan.
Dalam suasana meriah dan bising itu ada pula kita melihat seseorang yang tidak mengangkat wajahnya sebagaimana orang lain yang memuluas leher ke sana ke sini menikmati kemeriahab yang terbentang. Seseorang itu biarlah kita namakannya Q.
Q berjalan sendirian, tiada berteman atau berpacaran dengan sesiapapun. Q memakai baju bewarna kelabu. Kainnya kusam. Tiiada akseseori pada tubuhnya melainkan sebuah arloji di tangan kirinya. Di tangan kanannya ada sebuah buku catitan. Erat dalam genggamannya. Q menelusuri Fun Fair yang meriah dan bising itu tanpa merasai apa-apa perasaan meriah dan gembira. Kebisingan dan kemeriahan sekitarnya tidak menganggu sesiapapun. Q bagai membawa fikirannya sendiri yang memberat di kepalanya hingga menekan pangkal tengkuknya.
Q berjalan dan terus berjalan. Sehinggalah kita yang sedang melihatnya ini seraya menegurnya:
"Mengapa encik berjalan sambil menundukkan wajah?"
"Kerana bumi ini bulat."jjawab Q. Kita merasa pelik, mengerutkan dahi yang menbuatkan muka jadi hudoh itu tetapi suara-suara hati mula bercapahan bagai caj-caj elektrik pada bumi yang digesel oleh awan mendung.
"Maksud saya mengapa encik bermuran durja?Adakah kemeriahan ini tidak memadai untuk membuatkan encik merasa gembira?"
"Tidak."
"Jadi kemeriahan yang bagaimana yang encik perlukan?"
"Tidak...saya berada dalam suasana yang sunyi dan sepi, Hening dan halus."
"Oh begitukah...atau encik mahu menaiki Roller Coster dengan saya?"
"Tidak...sayalah yang paling bising dan meriah. Manakala orang disekeliling saya adalah manusia-manusia sunyi dan sepi. Bosan dengan hidup.Saya...saya tidak begitu."
Kita pun mati bicara, bukannya mati akal. Mati akal ialah menjadi gila ataupun mati jasadiah. Q menghilangkan dirinya di antara ribuan pengunjung yang seolah-olah tidak pernah perasan akan kewujudannya.
+++
Q benar-benar wujud. Ini salah satu protaip keunikan manusia. Yang barangkali bagi membaca dan memahami absurd akan mengakuinya absurd. Orang Terasing, albert camus?Oh tidak. Ini bukanlah kematian yang tidak membri peringatan. Tidak semestinya TIADA BERPERASAAN yang terzahir pada luar itu sama dengan yang di dalam itu. Di dalam mana?ENTAHLAH, kerana sedalam-dalam hati sudah dapat diteroka meskipun secubit cinta, Atau berahi?
+++
Sejenis lagi prototaip keunikan manusia ialah R. R seorang tua yang kesunyian yang diukur pada zahirnya-tiada sahabat dan mengasingkan diri pula.
R memasuki sebuah masjid dan iktikaf. Di sana R solat jemaah dan sesudahnya R bingkas keluar masjid menatap langit. Tidka lama kemudian, pembesar suara mula membesarkan suara ustaz-ustaz untuk memberi ceramah agama atau kuliah agama atau kuliah magrib. Risalah jadual pengajian(sbgmana tercatit pd risalah) kuliah maghrib(sebagaiman diucapkan oleh sesetengah ustza dlm kata alu-aluannya), kuliah agama (sebagaimana yang tercatit pafa tabung-tabung derma masjid yang beredar dikalangan jemaah)dipegang R. R membalik-balikkan risalah itu dengan cepat. Seolah-olah mencari sesuatu pada sekeping risalah jadual pengajian yang berselerak di atas tray risalah khas.
Agaknya R mahu mencari ruang kosong, kerana ditangan R sudah ada pena yang bersedia untuk dicecahkan ke permukaan kertas. Apabila R telah menemui ruang kosong itu, R mula mahu menulis. Suara ustaz dicorong terus membesar dan memasuki fasa bercerita. Sekali itu, terdengar suara ketawa jemaah menyambut cerita-cerita jenaka ustaz. Ikut sama mencuri masuki melalui corong pembesar suara masjid. Dan kubah-kubah ini tetapp agam dan diam juga. Kuah masjid ini bagai perhatikan sahaja R yang terkial-kial mahu menulis tetapi mata penanya pula enggan meneteskan dakwatnya. Justeru tiada dakwat pada kertas ntuk membentuk kata da ayat. Yang ada hanya kesan lorekan. Itupun R cuba berpuas hati dan terus menulis. Namun apabila R berhenti menulis, R cuba membacanya kembali, R kecewa, lorekan tanpa dakwat samalah macam angin lalu sahaja. R merengus. Lantas risalah itu dipereyoknya dalam genggaman tangan tuanya. R memandang tangannya tuanya yang sedang menggenggam itu, tergigil oleh kerana lusuhnya urat-urat tangannya. R langsung melemparkan gumpalan kertas itu keluar masjid, dann gumpalan itu jatuh ke lopak air. Dan dihujung kaki kita tulah gumpalan kertas itu. Gumpalan itu terkembang perlahan lahan apabila diserap oleh air. Kita melihat R masuk ke dalam masjid. Pena dimasukkan ke dalam beg galas yang dibawanya. R memilih salah satu tiang masjid untuk 'mendarat' dan bersandar. Pendek kata R terkeluar daripada kumpulan jemaah, R berasakan dia patut berada di situ dan tiada salahnya kerana pertama dia mungkin akan menganggu jemaah lain yang menumpu pada ustaza yang kini nada cakapnya sudah berubah ke rentak lainnya-suatu semangat entahkan apa. R dapat melihat juga wajah ustaz itu yang sebahagiannya terlindung dek batang tubuh jemaah-jemah yang jauh didepan R. R mendebengkan telinganya-cuba mengejar butir kata ustaz itu. R gagal. R rasa termengah-mengah untuk mengejar. R terlelap dan dalam lelapannya entah sempat mimpi menyisip visual, R berlari anak membelah rimba belantara yang suram dan bising dalam sunyi. R tersandung dan terjerembab dan tiba-tiba,bagai pengarah yang mengarahkan sebuah cereka di tv, sebatang pohon sekah dan tumbang menimpa tubuh tuanya. R tidak sempat melarikan diri, R macam watak fikseyn sahaja, menerahkan nasibnya ditangan pegarang, untuk membuat apa yang disukainya. R sesak nafas dan gelap pandangan.
"Pakcik bangun, ini masjid, dan sekarang ada..."kita menegurnya, andaikanlah dalam ritma konvensi bercerita.
"Ya, ya, aku di masjid, dan sekarang aku mahu dengar radio."
"Pakcik mahu dengar radio?"kita pelik. Mustahil juga ada yang rasa unik.
"Sebelum inipun begitu. Radio. ada berita sekarang waktu-waktu perdana. "
"pakcik tak boleh, "Andaikan kita menyanggah dalam nada konvensi.
R langsung tidak mempedulikan kita. R pasnag radio dan mencari frekuensi yang menghasilkan bunyi hujan lebat seketika sebelum suara pembaca berita jelas pada pendengaranny dan kita. Dan kita tersedar bahawa kita bukanlah bercakap dengannyua.Malahan kita duduk jauh dengannya. Dalam sepuluh depa. Kita hanya nampak sebahagian tubuh R menyandar dengan diatas ribanya ada radio yang dijagainya betul-betulk agar 'suara hujan' tidak menenggelamkan suara pembaca radio.
Uniknya, hanya kita ambil kisah tentang R. Kita mahu tegurnya. Kita mahu larangnya. Tetapi jemaah lain, khusyuk mendengar ustza bercakap, buat tidka endah langsung akan semua yang kita endahkah. Dan kita pun andai dalam konvensi bercerita pasti akan mahu tahu kenapa dan kenapa R begitu. Namun kita tidak boleh kerana catitan ini suatu yang unik dan mungkin juga absurd bagi sesetengah orang yang membaca tentangnya dan faham tentangnya. Bukan saya. Saya hanya tahu sedikit daripada Albert Camus.
+++
Bersambung dalam catitan seterusnya..tentang selamat ditinjau dari aspek keunikan barangkali sedikit keabsurdan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan