18 April 2010
Selamat Menduduki Peperiksaan
Kepada pelajar Falsafah, Logik dan Etika Melayu, saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan pada esok pagi, 19 April 2010. Saya mendoakan kalian dapat menjawab soalan dengan tenang. Anggaplah jawapan yang anda akan beri itu merupakan suatu pandangan khusus anda sendiiri. Anda merujuk pandangan tokoh namun akhirnya anda perlu kemuakakn pandangan anda sendiri. Misalnya dengan perkataan ini, "Pada pendapat saya...Pada pandangan saya...Namun demikian saya berpandangan...Pada fikiran saya...Ingatlah, semua sekali jawapan anda itu boleh saja daripada rumusan pandangan Barat lalu ditapis dengan agama Islam dalam konteks Melayu yang hypothethical. Wajarlah anda menduduki peperiksaan ini dengan berlapang dada, ghairah dan penuh dengan semangat yang positif, jauhilah kemalasan dan sifat negatif atau mundur sebelum berjuang. Ingatlah setiap titis dakwat anda tidak sia-sia kerana semuanya itu akan memberikan kesan yang besar dan unggul dalam perjalanan anda mendapat ijazah. Tradisi pengijazahan berkait rapat dengan adab dalam Islam. Bermakna ikatan antara guru dan murid itu amatlah tinggi sekali dan mulia dari kacamata Islam. Anda harus yakin dan terus mara esok dan hari seterusnya. Cuma saya risau anda menggunakan kependekan atau bahasa rojak sahaja sewaktu menjawab kerana ia boleh menjejaskan markah anda dengan teruk. Jadi jaga bahasa kerana bahasa menunjukkan siapa diri anda. Sama ada anda seorang yang bagaimana dapat ditafsirkan menerusi tulisan anda. Saya mungkin berada di sana bergantung kepada keadaan. Apapun doa saya sentiasa mengirini anda sekelian. Insya Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan