BOM ATOM
(Dipetik daripadaAlmanak Melayu 1952,dikarang dan disusun olehAbdul Hamid bin Abdul Wahabdan diterbitkan dalam tahun 1952 oleh Abdul Ghani Abdullah, Sentosa Setor, 198 Jalan Tong Bin, Kuala Pilah, N.S.m.s. 144 – 157)
Enam tahun lamanya Perang Dunia Kedua berkecamuk, mula-mulanya pecah di Eropah, kemudian melarat hingga ke Timor, selama masa itu berpuluh-puluh negeri yang rosak binasa dan berjuta-juta pula orang yang terkorban selain daripada yang cacat cedera. Musuh yang lebih kuat pada mulanya kemudian bertukar menjadi lemah dan akhirnya keruntuhan.
Memandang kepada semangat perang yang ada pada kedua-dua belah pihak, sungguh tidak disangka peperangan akan segera tamatnya, bahkan sesudah Jerman menyerah diri diagakkan perang akan lama lagi berjalan, kerana dakyah Jepun di sini mengatakan dia tahan berperang berpuluh-puluh tahun lagi yang sesuai pula dengan semangatnya yang berani mati itu.
Enam tahun lamanya Perang Dunia Kedua berkecamuk, mula-mulanya pecah di Eropah, kemudian melarat hingga ke Timor, selama masa itu berpuluh-puluh negeri yang rosak binasa dan berjuta-juta pula orang yang terkorban selain daripada yang cacat cedera. Musuh yang lebih kuat pada mulanya kemudian bertukar menjadi lemah dan akhirnya keruntuhan.
Memandang kepada semangat perang yang ada pada kedua-dua belah pihak, sungguh tidak disangka peperangan akan segera tamatnya, bahkan sesudah Jerman menyerah diri diagakkan perang akan lama lagi berjalan, kerana dakyah Jepun di sini mengatakan dia tahan berperang berpuluh-puluh tahun lagi yang sesuai pula dengan semangatnya yang berani mati itu.
Pada mula-mula didengar berita mengatakan Jepun telah menyerah diri banyak orang tidak percaya sehingga akhirnya datanglah berita rasmi mengesahkan berita itu.
Apa yang telah mematahkan semangat Jepun yang telah terkenal keberaniannya itu?
Apa yang telah mematahkan semangat Jepun yang telah terkenal keberaniannya itu?
Bukannya oleh kekalahan rakan syarikatnya Jerman dan bukan pula oleh masuk campurnya Soviet Rusia menyebelahi lawannya dan tidak juga oleh kekalahan-kekalahan yang dialaminya di kawasan-kawasan selatan, tetapi ialah oleh dua buah bom atom yang dijatuhkan sebagai percubaan di atas dua kota perusahaannya yang besar.
Fikiran umum adalah tertegun oleh munculnya alat perang pendapatan baharu itu. Apakah bom atom itu yang menurut kata orang hanya sebesar kotak korek api sahaja dan kanak-kanak kecil pun boleh mengangkatnya ke sana ke mari.
Pembikinan bom itu dirahsiakan benar oleh Amerika Syarikat yang telah menggunakan bom itu. Orang luar hanya tahu bahawa bom itu berisi anasir yang disebut uranium yang sangat besar tenaga letupannya dan nama bom itu "bom atom" ialah berdasarkan atas pendapatan bahawa atom uranium itulah yang mengeluarkan "tenaga peledak yang maha hebat itu" seperti belum pernah tenaga seperti itu dipergunakan oleh manusia dahulu daripada itu.
Berita-berita mengatakan pula bahawa untuk pemikinan bom itu telah dikeluarkan wang sejumlah £600,000,000 atau $5,250,000,000 dan orang yang dikehendaki mengerjakannya ialah 100,000 orang.
Enam tahun lamanya orang mencari-cari, mula-mula di negeri Inggeris oleh ahli-ahli pengetahuan Inggeris dan Amerika dan orang-orang pintar dari Benua Eropah (yang akhir ini ialah orang yang lari dari kekuasaan Nazi) kemudian diteruskan di Amerika sehingga didapati bom itu pada pertengahan tahun 1945.
Pada 14 Julai 1945 dilakukanlah percubaan yang pertama di salah satu kampung di Mexico (New Mexico), bom itu dinaikkan ke atas puncak menara yang perbuat dari besi waja lalu dijatuhkan ke bawah.
Di sekitar tempat itu terang benderang, orang yang berdiri lima mil jauhnya jatuh rebah oleh tekanan udara. Kaca jendela yang 350 mil jauhnya bergegar dan jatuh pecah belah ke atas lantai kerana tenaga getaran udara. Menara waja tadi hancur lebur tiada bekasnya lagi dan ditempatnya berdiri semula sudah ternganga kawah yang besar.
Tenaga atom sudah terbukti.
Tenaga atom sudah terbukti.
Maka dimajukanlah kata dua kepada Jepun iaitu "menyerah diri atau di atom" dan seperti tiap-tiap negeri yang berdaulat dan mempunyai harga diri dengan sombongnya Jepun menjawab "kami akan berjuang hingga nafas kami yang penghabisan".
Amerika pun menjalankan ancamannya pada 6 Ogos 1945 di jatuhkanlah bom atom yang pertama atas kota Hiroshima dan pada 9 Ogos atas kota Nagasaki. Maka dengan dua bom atom itu ternyata sudah cukup untuk menghentikan peperangan.
Tentang pengeboman yang pertama atas kota Hiroshima itu dilakukan sebagai berikut:
Pada jam 9.15 pagi 6 Ogos 1945 sebuah benteng udara yang dikemudikan oleh Col. Paul Tibbets menjatuhkan bom atom yang pertama tepat di tengah-tengah kota Hiroshima, satu kota pelabuhan dan pusat perusahaan senjata dengan penduduknya 318,000 jiwa.
Pada jam 9.15 pagi 6 Ogos 1945 sebuah benteng udara yang dikemudikan oleh Col. Paul Tibbets menjatuhkan bom atom yang pertama tepat di tengah-tengah kota Hiroshima, satu kota pelabuhan dan pusat perusahaan senjata dengan penduduknya 318,000 jiwa.
Sesudah 10 mil jauhnya terbang kedengaranlah ledakan dan benteng udara raksaksa itu tersentak ke atas bagai ada yang mengangkatnya dan sekiranya anak buah kapal udara itu tidak memakai kaca mata hitam, tentulah mata mereka menjadi buta oleh kilat yang menyertai peledakan itu. Asap hitam bergumpal-gumpal naik ke atas hingga 40,000 kaki tingginya dan Hiroshima tiada kelihatan lagi diselubungi oleh asap itu.
Itulah peledakan yang paling besar di dalam sejarah yang pernah disebabkan oleh tangan manusia dan sekiranya mata kamera dapat menembusi awan dan asap hitam itu, akan kelihatanlah bahawa satu bom atom itu telah merosakkan daerah empat mil persegi daripada Kota Hiroshima itu.
Demikianlah hebatnya kerosakan yang disebabkan bom atom itu sehingga menurut perkiraan ahli-ahli, tiga bom atom serupa itu sama akibatnya dengan kerosakan yang disebabkan oleh 60,000 ton bom yang dijadikan atas kota Berlin oleh angkatan udara Inggeris dan Amerika bersama-sama selama kira-kira 6 tahun berperang.
Sekarang marilah kita menerangkan serba sedikit tentang atom, elektron, proton dan sebagainya yang berhubung dengan rahsia pembikinan bom atom itu dan yang selama ini sudah umum juga diketahui orang di dalam dunia pengetahuan.
Menurut pendapatan ahli sains, beri-ribu tahun dahulu iaitu pada masa negeri Greece itu menjadi pusat ilmu pengetahuan, maka pendita-pendita daripada bangsa itu iaitu orang-orang cerdik pandainya menghabiskan lebih banyak masanya pada ilmu pengetahuan daripada peperangan.
Oleh itu banyaklah perkara-perkara yang ajaib yang telah didapati oleh mereka dalam berbagai-bagai cawangan ilmu sains, dan pendapatan-pendapatan yang didapati oleh mereka itu telah jadi lunas bagi pendapatan atau rekaan yang didapati sekarang ini. Pada masa itulah seorang pendita yang masyhur telah menyatakan kepandaiannya mengatakan bahawa segala benda (yang ada terlintas pada fikiran tuan-tuan) bertumpu kepada suatu atom atau zarah yakni suatu benda yang halus sehalus-halusnya.
Bagi menerangkan perkara ini, saya datangkan suatu misal. Ambillah sebarang apa yang terfikir oleh tuan-tuan – sebatang kayu umpamanya. Kayu itu ialah suatu benda, boleh dipotong jadi dua. Kemudian jadi empat dan begitulah seterusnya sehingga boleh jadi beribu-ribu dan berlaksa-laksa. Teruskan lagi pekerjaan itu dan pada akhirnya tidaklah dapat lebih halus lagi daripada itu, hadnya sudah sampai.
Kayu yang tadinya sepotong besar sudah menjadi serbuk berjuta-juta banyaknya – serbuk-serbuk ini dinamakan zarah atau atom. Sekarang dapatlah tuan-tuan berkata berjuta-juta zarah atau atom serbuk menjadi "sepotong kayu".
Setelah berkurun-kurun lamanya terzahir pendapatan Greek yang mengatakan bahawa satu-satu atom atau zarah itu ialah had penghabisan bagi satu-satu benda maka seorang ahli sains Inggeris bernama Dalton telah mendapat jawapan itu juga lalu mengisytiharkan bahawa zarah yang sehabis halus daripada benda-benda atau yang dinamakan atom itu keras dan tidak nampak pada masa kasar dan itulah penghabisannya sekali.
Tetapi kemudiannya pula dengan ikhtiar dan usaha beberapa banyak ahli-ahli sains yang masyhur dalam zaman yang boleh dikatakan tidak lama maka telah didapati pula bahawa atom atau zarah itu bukannya penghabisan halus daripada satu-satu benda itu.
Kisahnya pula begini.
Seorang ahli sains Perancis, dalam tahun 1896, waktu ia bekerja membuat ujian dalam pendapatannya daripada pergerakan kecergasan radio dengan logam yang paling berat sekali yang dinamakan uranium itu telah mendapat bahawa logam itu dengan sendirinya mengeluarkan suatu kekuatan atau tenaga yang amat besar – misalnya dalam bahasa yang senang difaham adalah logam ini (uranium) jika ditaruhkan di dalam tangan maka ia akan mengeluarkan hangat dengan sendirinya dan demikianlah keadaannya ia sentiasa hangat sehingga ia sendiri pula jadi sejuk apabila sudah ia mengeluarkan hangatnya, bertukarlah hakikatnya menjadi logam yang lain sama sekali.
Sekarang mari kita tengok apa bendanya di dalam logam itu yang boleh menyebabkannya demikian keadaannya rupanya. Menurut suatu pendapatan yang mula-mula didapati oleh Professor J.J. Thomson kemudian pula oleh Prof. Rutherford maka kita dapat tahu atom atau zarah atau benda yang sehabis-habis halus daripada sebarang benda itu mengandung suatu jisim yang amat halus.
Sangat halus hatta jika berbanding dengan atom itupun hanya satu per seratus ribu inci bezanya. Jisim ini bermakna suatu perbinaan yang terbina dengannya atom itu. Maka dalam perbinaan yang halus inilah terletaknya kekuatan yang amat hebat yang tidak ada bandingannya mengikut kadarnya itu dan kekuatan seperti itu belumlah lagi diketahui oleh manusia.
Di dalam jisim atom ini iaitu asal terbitnya daripada (uranium) itu maka telah didapati bahawa dengan sendirinya perbinaan jisim itu jatuh hancur dan melepaskan kekuatan yang tersimpan di dalam itu. Disinilah kita dapat jawapannya mengapa logam uranium itu mengeluarkan kekuatan dengan sendirinya. Di sini marilah pula saya terangkan perbinaan atom atau zarah itu dan jisim-jisim yang ada di dalamnya.
Di sekolah, kita sudah belajar bahawa dunia ini berjalan di sekeliling matahari iaitu pusat tumpuan bagi semua alam wujud. Cuba fikirkan bahawa matahari itu ialah atom yang paling perkakas dengan berjuta-juta lain-lain badan bergerak di sekelilingnya dengan suatu aturan yang tertentu. Badan-badan ini adalah diketahui dengan nama elektron dan mereka bergerak dengan amat derasnya.
Atom itu mengandung sama banyak proton dan neutron kekuatan negatif (betina?) daripada elektron itu iaitu badan-badan yang bergerak itu betul-betul sama timbangnya dengan kekuatan positif (jantan?) dari proton iaitu satu daripada khazanah-khazanah daripada jisim-jisim atom yang sebenarnya itu. Neutron iaitu khazanah-khazanah yang lain dari jisim atom itu tidak ada kekuatan eletrik.
Oleh itu atom dipukul rata ialah perkecualian mengikut pendirian eletrik.
Pada memecahkan atom yang menyebabkan terlepas kekuatan yang amat dahsyat itu maka jisim itulah yang meletup dan apabila jisim itu pecah maka kekuatan yang amat dahsyat yang ada tersimpan di dalam jisim itu terlepas kekuatan. Inilah yang dipakai dalam bom atom itu.
Tadi telah dinyatakan bahawa jisim daripada atom itu diletupkan.
Pada memecahkan atom yang menyebabkan terlepas kekuatan yang amat dahsyat itu maka jisim itulah yang meletup dan apabila jisim itu pecah maka kekuatan yang amat dahsyat yang ada tersimpan di dalam jisim itu terlepas kekuatan. Inilah yang dipakai dalam bom atom itu.
Tadi telah dinyatakan bahawa jisim daripada atom itu diletupkan.
Tuan-tuan akan bertanya diletupkan dengan apa? Dengan tidak banyak sangat memakai perkataan-perkataan teknik maka saya dapat berkata begini sahaja. Dalam tahun 1939 maka telah didapati bahawa satu daripada kaedah yang jaya sekali bagi meletupkan atom itu ialah dengan neutron sendiri. Ini telah dapat dikeluarkan dengan rekaan daripada pendapatan-pendapatan dan ujian-ujian kimia atau chemistry. Cara meletupkannya ialah dengan ikhtiar-ikhtiar kerja eletrik yang sangat kuat dalam tempat-tempat yang khas baginya itu.
Dalam beberapa kali ujian yang dijalankan maka telah didapati bahawa afkal atom itu dipecahkan dengan letupan eletrik yang amat dahsyat maka atom itu bukan hanya melepaskan tenaga atau kekuatan yang amat hebat bahkan ialah juga mengeluarkan lain-lain neutron juga.
Sekarang setelah tuan-tuan faham bahawa neutron itu ialah khazanah yang digunakan bagi memecahkan jisim dari atom itu maka adalah ditunjukkan bahawa haruslah neutron yang seperti itu boleh jadi dengan sendirinya memecahkan suatu atom yang lain dan ianya pula memecahkan yang lain dan demikianlah seterusnya letup meletupkan tiap-tiap satu zaraf daripada zarah atom itu.
Kesan ini telah didapati hanya baru-baru ini sahaja kerana sebelum itu atom-atom yang terpencil di antara berjuta-juta atom itu telah dapat dihuraikan dan hasil serta natijah kekuatan atau tenaga yang terbit daripadanya sedikit sahaja dalam masa perang. Usaha dan ikhtiar yang bercampur dari ahli-ahli sains British, Amerika dan Eropah (sebagaimana yang disebutkan tadi) telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menyempurnakan bercampuran huas-huas dan persatuan tenaga atom dan pada akhirnya telah mendapat kejayaan dan bom atom itulah hasilnya.
Adalah tawarikh kejayaannya ialah pendapatan berkenaan dengan benda-benda yang dengannya pecah dengan sendirinya kemudian kekuatan memecahkan yang dibuat oleh ahli-ahli sains daripada beberapa jisim di sana sini dikumpulkan daripada berjuta-berjuta atom atau zarah. Lepas itu pecahnya jisim itu dengan perkakas-perkakas yang dibuat menjadi dua dengan melepaskan tenaga itu dan akhir sekali menyediakan ramuannya, iaitu apabila satu zarah pecah maka zarah yang pecah itu akan memecahkan atom yang lain itu dengan sertamerta seperti api menyambar minyak benzin.
Cuba perhatikan bahawa tidak ada bezanya di antara pecahnya beberapa atom yang terpencil itu memecah dengan kuat dan pecahnya sesuatu jumlah atom yang banyak dengan suatu letupan yang besar. Kedudukannya sama dengan sejumlah ubat bedil jika diketuk perlahan-lahan ianya tidak mahu meletup dan jika diketuk dengan keras maka ia meletup dengan segala kekuatannya dengan sekaligus tetapi ia tidak boleh menjadikannya terbakar dengan perlahan dan meletup dengan kekuatannya terkawal.
Sekarang kita sampai di simpang jalan suatu zaman baharu iaitu zaman atom. Soal mengawal kekuatan bagi mendatangkan faedah kepada manusia dan bukannya kerana membinasakan adalah sedang berjalan.
Apabila ini didapati kelak, tiada berapa lama lagi maka tenaga-tenaga kita yang dahulu seperti arang batu dan benzin akan tertinggal di belakang kerana ajaib dunia yang baharu ini telah membuka pintu kebolehan-kebolehan baharu dalam kehidupan tiap-tiap seorang daripada kita kerana ianya murah dan boleh dapat dibeli oleh tiap-tiap seorang daripada kita. Mengawal usaha kejenteraan yang besar ini iaitu sebenarnya menggunakannya pada perkara-perkara yang berfaedah itu adalah suatu khidmat kepada manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan