25 Julai 2008

Hapuskanlah Segala Duka Mu

Hapuskanlah Segala Dukamu

Jangan menangis lagi ibu
Hari demi hari yang dilalui
Kita tempuhi jua
Jangan bimbang ibu
Aku tidak akan bertanya lagi
Mengapa aku tidak punyai bapa
Kerana aku tau
Hari tidak selamanya indah
Demi hari-hari kelabu ini
Kita lalui juga ibu
Aku sentiasa disisimu
Memegang segala janji
Demi ibu segalanya
Kutempuhi keasingan ini
Hapuskanlah segala dukamu ibu
Aku akan sentiasa bersamamu
Memugar kehidupan ini dengan
Kota tabah dan kejayaan demi untukmu
Ibu.


Mohd Ali Atan
Seri Sentosa, KL.


*PUISI NI TERTULIS DALAM WAKTU KURANG 60 MINIT UNTUK SUATU MAJLIS KERAIAN IBU TUNGGAL DI KUALA LUMPUR.MEMANG IA TIDAK BEGITU SEPUITIS SEPERTI 200 PUISI AKU YANG 'HILANG' AKIBAT DISERANG VIRUS.

*NAMUN YANG MEMBANGGAKAN AKU, PUISI YANG TERTULIS DI ATAS BRONSUR INI DIHARGAI HADIRIN APABILA TIADA SEHELAI PUN BRONSUR DIBIAR BERSEPAH-SEPAH DI LANTAI.

14 Julai 2008

Mencapai Kesempurnaan Tradisi


Mencapai Kesempurnaan Tradisi
Melalui Gerakan Tradisionalisme

Oleh

S.M Zakir

MAKNA umum bagi Tradisi adalah pertama, elemen-elemen budaya (budi dan akal) atau sistem nilai yang bersambungan turun temurun dan generasi ke generasi; kedua, model atau kerangka pemikiran yang diabsahkan dan diikuti berkesinambungan dari satu generasi ke satu generasi, adat atau kebiasaan; ketiga, tubuh daripada peraturan dan ajaran agama; dan keempat, peraturan atau satu set perlakuan yang mulia yang diambil hasil daripada perjalanan pengalaman atau masa. Sementara budaya adalah bentuk sistem nilai yang dipegang oleh sesuatu masyarakat.

Tradisionalisme ialah pertama, perpautan kepada tradisi terutamanya penghormatan yang tinggi dan ketat terhadap tradisi agama; dan kedua, satu sistem falsafah yang memegang bahawa semua ilmu pengetahuan adalah berasal usul daripada pendedahan dan pembukaan ilmu di alam ketuhanan yang asli dan mutlak yang disampaikan atau dipindahkan (transmisi) oleh atau dengan perantaraan tradisi.

Tradisionalisme secara dasarnya bergerak di atas bentuk pemikiran vertikal. Pemikiran vertikal melihat bahawa seluruh kejadian adalah penurunan atau pelimpahan daripada kuasa yang tertinggi dan mutlak iaitu alam ketuhanan (metakosmik) kepada alam raya (makro kosmik) dan manusia (mikro kosmik). Dengan itu, kebenaran dan ilmu pengetahuan secara automatik bergerak sejajar mengikut vertikal ini.

Alam ketuhanan melimpahkan ilmunya melalui wahyu atau "Idea Utama". Kemudian ia menurun kepada alam raya yang merupakan kesatuan penyatuan yang berfungsi sebagai sebuah ikonografi yang melahirkan tanda-tanda atau metafora yang menyokong dan menjadi perantaraan pemahaman kepada "Idea Utama" tersebut dengan alam yang terakhir iaitu manusia atau mikro kosmik. Sementara hubungan antara "Idea Utama" dengan manusia yang bertindak sebagai penerima adalah hubungan antara bentuk (form) dengan jirim/materi (matter) atau bahan.


Bentuk ini akan mengacu jirim (memberi acuan kepada jirim) dan jirim, iaitu manusia memainkan peranan dalam menggilap, memakmur dan memanjangkan bentuk-bentuk pernyataan yang disampaikan dalam "Idea Utama" atau Wahyu.
Adalah jelas bahawa kebenaran di dalam tradisionalisme adalah satu iaitu kebenaran Wahyu dan kebenaran yang mengacu kepada sokongan terhadap kebenaran Wahyu. Namun jalan menuju kebenaran itu adalah banyak. Mengikut seorang tokoh sufi, jalan menuju kebenaran itu sama banyaknya dengan jumlah makhluk Allah s.w.t.

Matlamat akhir tradisionalisme adalah menyatukan kesemua yang wujud dalam satu kesatuan yang asas. Kesatuan yang asas adalah kesatuan yang berpaksi kepada kebenaran Wahyu. Pernyataan ini bertepatan dengan ajaran agama dan falsafah simbol bahawa bumi adalah bayangan langit.


Satu pernyataan dalam falsafah Pythagoras (yang banyak dirujuk oleh ahli-ahli sains kosmologi Islam) ialah: "para hakim (ilmuwan) mengasaskan satu keharmonian dalam membina analogi di antara bumi dengan langit, yang berakal fikiran dan yang berperasaan, di antara jauhar yang satu dan yang terpisah dan lain-lain hinggakan apa yang berlaku atau apa yang terdapat pada satu bahagian di alam sejagat atau apa saja perubahan yang berlaku dalam satu komponen primodial adalah bayangan terus daripada apa yang berlaku pada komponen lainnya" (Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam, Seyyed Hossein Nasr, DBP: 1993. hlm. xxix).

Kesatuan yang asas ini, seperti yang diterangkan sebelumnya adalah bertunjangkan "Idea Utama" yang bertindak sebagai bentuk yang mengacu jirim atau bahan. Di sini bentuk mengemukakan dirinya kepada bahan untuk digilap, di makmur dan dipanjangkan pernyataannya. Jirim atau bahan secara khusus merupakan sifat-sifat bangsa, psikologi dan bentuk serta sifat bahasa manusia di dalam masyarakat. Tradisionalisme membawa manifestasi bagi penggilapan, pemakmuran dan perpanjangan bentuk atau "Idea Utama" tersebut. Lantaran itu tradisionalisme memegang kukuh asas dan dasar vertikal dalam membina kerangka-kerangka pemikiran, pemahaman dan pentafsirannya.

Konsep Sastera Dalam Tradisionalisme

Sastera adalah elemen yang menduduki hierarki tertinggi dalam entiti budaya. Lantaran itu sastera bertindak sebagai kalbu dalam tubuh se sebuah budaya tersebut. Sebagai sebuah kalbu, tradisionalisme menolak bentuk-bentuk pemikiran kritis dalam kesusasteraan. Pemikiran kritis selalunya bertunjangkan induksi yang mengutamakan pemikiran logik, empirikal dan rasio-fizik dan yang paling teras, skeptisme. Pemikiran kritis jelas merupakan satu bentuk pemikiran yang horizontal sifatnya. Ia melihat kewujudan dari satu skop yang sempit dan mempertahankan skop pandangan yang diperoleh ini dengan menimbulkan keraguan demi keraguan terhadap pemikiran kritis yang lain. Pemikiran kritis diperbaharui setiap masa apabila muncul pemikiran kritis baru yang dapat meragukan pemikiran kritis yang terdahulu. Skeptisme adalah elemen penting dalam sebarang bentuk pemikiran kritis. Ia dipergunakan secara projektif sama ada dalam hujah konstruktif mahupun dalam hujah dekonstruktif.

Tradisionalisme meletakkan akal dalam beberapa fakulti seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali dalam pentafsirannya terhadap surah An-Nun. Jiwa manusia menurut Imam Al-Ghazali mempunyai lima fakulti atau deria.


Pertama, deria rasa yang mengambil maklumat melalui indera rasa.


Kedua, deria khayal yang mengambil maklumat yang dibawa oleh indera rasa dan memberikan kepada deria akal bila diperlukan.


Ketiga, deria akal yang mengambil idea-idea yang mengatasi bidang rasa dan khayalan, idea-idea ini bersifat semesta dan disimbolkan oleh hal yang tertentu yang diketahui oleh indera-indera.


Keempat, deria pembeza yang mengambil darinya ilmu yang abstrak.


Kelima, deria mukasyafah anbiya’, yang dipunyai oleh para nabi yang darinya syariah diwujudkan dan alam lain bersama-sama dengan sains alam tinggi dan rendah, dan juga ilmu teologi yang tidak dapat dicakupi oleh deria akal dan deria pembeza (Al-Ghazali dan Konsep Al-Nun, Azian Khalili Shamsuddin. DBP: 1991).

Dengan itu akal mempunyai perpautan yang jelas dengan "Idea Utama" atau Wahyu dan melalui gerakan pemikiran vertikal akal menerima kebenaran yang mutlak ini tanpa sebarang keraguan dan tanpa merasa perlu untuk mencipta keraguan. Dan pemikiran vertikal atau tradisional ini meletakkan kesusasteraan yang bertunjangkan sebagai kalbu dalam tubuh budaya.
Tradisionalisme membina konsep sasteranya berasaskan tiga bentuk faktor iaitu; falsafah (pemikiran), sejarah (tradisi), dan jati diri/identiti (keyakinan mandiri).

Falsafah merupakan pemikiran-pemikiran yang dibawa dalam se sebuah hasil sastera. Dengan itu tradisionalisme memperlebihkan makna kesusasteraan melebihi apa yang diterapkan dalam disiplin kritis yang menekankan matlamat sastera kepada mesej dan tema. Mesej bermakna pesanan dan tema bermakna tanda atau signifier. Tentunya tradisionalisme tidak menolak bahawa dalam kesusasteraan wujudnya pesanan dan tanda (yang mengklasifikasikan identiti karya seperti karya bertema sosial, ketuhanan dan sebagainya), namun kesusasteraan itu perlu mempunyai matlamat yang lebih besar daripada sekadar memberi rupa dan pesan.


Ia sebaliknya harus mempunyai matlamat yang berbalik kepada tujuan asalnya iaitu menggilap, memakmur dan memanjangkan pernyataan bentuk atau "Idea Utama" tersebut.
Maka itu, kesusasteraan mengikut tradisionalisme mempunyai matlamat yang bertunjangkan kepada falsafah iaitu pemikiran-pemikiran yang harus ada dalam karya sastera bagi membentuk matlamat yang bergerak secara vertikal. Lantaran besarnya elemen falsafah dalam membina matlamat dalam se sebuah karya, tradisionalisme meletakkan bahawa karya sastera itu adalah bentuk-bentuk pengorganisasian idea secara dinamis.

Secara mudah, kesusasteraan itu adalah se kumpulan idea terorganisasi yang diindahi. Penegasannya, keindahan idea itu pula adalah peyakinan yang dibina melalui bahasa. Pendek kata, bentuk fizikal se sebuah karya sastera seperti plot, latar, watak, struktur, stail dan bentuk itu hanya penyokong yang mekanis sifatnya. Yang memberi hidup atau nafas kepada se sebuah karya sastera itu adalah unsur-unsur organisnya iaitu bahasa dan idea. Bahasa dan idea ini pula menjurus dan mengacu kepada matlamat ideal tradisionalisme iaitu vertikaliti. Dengan wujudnya falsafah, tema dan mesej dalam se sebuah subordinat karya sastera hanya wujud sebagai subordinat di bawah superioriti falsafah.

Kedua, konsep sejarah membawa konotasi tradisi. Di dalam tradisi pemikiran kritis plot, latar dan struktur adalah unsur penting dalam membina jalinan-jalinan peristiwa dalam se sebuah karya sastera. Tradisionalisme walaupun mengakui tentang peranan mekanisme plot, latar dan struktur dalam penjalinan peristiwa tetapi tidak meletakkan mekanisme ini sebagai satu-satunya disiplin dalam pembinaan karya. Se sebuah karya sastera dihidupkan oleh nafas-nafas kesusasteraannya atau organisma kesusasteraan dan bukan mekanis fiziknya.

Organisma ini atau nafas-nafas hidup kesusasteraan yang sebenarnya adalah bahasa. Dan bahasa ini dibentuk oleh satu sistem nilai yang diketahui sebagai tradisi. Sistem nilai ini pula dibina oleh rentetan-rentetan sejarah yang mana bergabung dan membentuk satu sistem nilai. Kewujudan bahasa adalah kewujudan relatif. Maka itu bahasa yang memunculkan tradisi dan memunculkan sejarah sebagai satu sistem nilai merupakan manifestasi kepada hubungan relatif. Konsep sejarah secara kontekstual adalah hubungan relatif yang wujud dalam se sebuah karya sastera. Setiap karya sastera tidak mungkin berdiri sendiri atau berdiri secara mutlak.


Sudah tentu wujud satu hubungan relatif antara karya sastera dengan tradisi. Tradisionalisme menamakan hal ini sebagai konsep sejarah dalam kesusasteraan. Ia berdiri di atas kepentingan yang lebih utama daripada bentuk plot, latar, struktur atau bentuk-bentuk fizikal karya yang lain. Maka itu dalam tradisionalisme pengabaian terhadap plot dan sebagainya bukan dianggap sebagai satu devian tetapi adalah kewajaran kerana plot, lantar dan struktur yang ketat hanya menghilangkan hubungan karya sastera dengan sejarah yang mana berhubungan secara langsung dengan matlamat vertikalnya.

Ketiga, jati diri/identiti (keyakinan mandiri) harus wujud dalam se sebuah karya sastera. Kecenderungan teori-teori kritis mutakhir yang muncul sebagai intertekstual pasca moden yang membingarkan tentang kematian pengarang adalah satu kekotoran dalam dunia kesusasteraan.

Setiap karya adalah peribadi pengarang tersebut. Walau apapun keperibadian karya adalah keperibadian kepengarangan pengarang tersebut. Justeru itu, sebarang bentuk intertekstual yang bersifat melampau adalah pemusnahan keperibadian pengarang. Hal ini secara jelas adalah pencabulan hak insan yang menjadi asas hakimmiyah insani yang duduk sebagai teras bagi dunia manusia (mikro kosmik) dalam vertikaliti tersebut. Dalam pada itu. jati diri ini juga sebagaimana yang difahami secara mudah merupakan keperibadian diri, budaya, tradisi dan pegangan serta akidah yang dianuti.

Setiap karya harus mempunyai keperibadian yang dibina daripada lima elemen ini iaitu, diri, budaya, tradisi, pegangan dan akidah. Setiap karya harus mencermini dan mengangkat peribadi yang relatif dengan persekitarannya. Maka itu, karya yang mempunyai keperibadian yang tinggi adalah karya yang primer sifatnya: tulen, asli, teguh dan eksperimental. Tindakan-tindakan mencari atau membina keperibadian ini walau bagaimanapun harus sejajar dengan matlamat vertikaliti yang dipegang oleh tradisionalisme.

Kesimpulannya, di dalam tradisionalisme se sebuah karya sastera itu di tafsir menurut pentafsiran yang berasaskan gabungan tiga konsep iaitu falsafah (pemikiran) yang dibawa di dalam karya itu, sejarah (perkaitan relatif) yang terdapat dalam karya, dan jati diri (keperibadian) yang dibina dalam karya tersebut. Di dalam falsafah pula, terkandung tema dan mesej. Di dalam sejarah terkandung plot, latar, stail, struktur dan perwatakan. Di dalam jati diri terkandung bahasa, gaya dan bentuk.

Tradisionalisme Sebagai Kemapanan Radikal

Pemikiran tradisional selalu disinonimkan dengan pemikiran yang tertutup, defensif, konservatif dan pasif. Sementara pentafsiran umum yang sejagat mentafsirkan pemikiran tradisional sebagai pemikiran yang bersifat teologikal dan rapat dengan tradisi keagamaan (dalam Islam pemikiran tradisional tertinggi adalah tradisi kesufian). Sementara pemikiran moden adalah pemikiran kritis, skeptis, dinamis dan logikal.

Walau pun definisi tradisional sedemikian rupa, namun tradisionalisme adalah jelas mempunyai kompleksiti dan paradoksikal yang berlainan. Tradisionalisme bersifat untuk mempertahankan kebenaran mutlak (Islam) yang menganggapnya sebagai establishment dan sebarang aliran pemikiran yang menentang mahupun menjauhi atau berkecenderungan mengesampingkan kebenaran mutlak sebagai anti-establishment.


Tradisionalisme, di samping bertindak secara defensif (dalam mempertahankan kebenaran yang tidak diragukan), namun dalam masa yang sama mengunjurkan tindakan-tindakan ofensif yang berpaksikan kemapanan radikal dalam erti kata radikaliti yang bergerak daripada makna ‘tindakan-tindakan daripada subjek yang dirugikan haknya’ kepada ‘tindakan-tindakan pengukuhan secara drastik, tegas dan dinamis’.


Tindakan-tindakan ini membawa kepada usaha-usaha eksperimental dan penyesuaian-penyesuaian baru. Maka dasar gerakan tradisionalisme bagi mencapai matlamat-matlamatnya adalah tindakan-tindakan yang bersifat radikal. Pertahanan adalah serangan dan serangannya adalah pertahanan.


Akhir kata, tradisionalisme berjuang secara tuntas dalam pembangunan entiti budaya. Kerana entiti budaya merupakan barisan paling hadapan atau gerakan paling awal baik dalam usaha se sebuah masyarakat membina se sebuah tamadun mahupun dalam usaha se sebuah masyarakat meruntuhkan tamadun masyarakat yang lain. Dalam setiap penjajahan, penjajahan budaya adalah tangan pertama yang menembusi masuk, kaki yang terakhir melangkah keluar, dan tubuh yang paling lama berdiam.


Maka itu, hanya suatu bentuk tindakan yang radikal sahaja mampu menghadapi kekuatannya.

14 Julai Hari Bastille


Hari Bastille merupakan cuti kebangsaan utama negara Perancis yang ditetapkan pada 14 Julai setiap tahun. Hari ini mengingati peristiwa Fête de la Fédération, iaitu jamuan besar yang diadakan pada 1790 untuk merayakan ulang tahun pertama serbuan penjara Bastille pada 14 Julai 1789. Peristiwa serbuan Bastille merupakan cetusan Revolusi Perancis.

14 JULAI DALAM SEJARAH II

14 Julai merupakan hari ke-195 (hari ke-196 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 170 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Yang Berlaku Pada 14 Julai.

1789Revolusi Perancis: Penduduk Paris menggempur Bastille

1798Akta Hasutan menjadi undang-undang Amerika Syarikat, menjadikan menulis, menerbit, atau mengatakan pernyataan palsu atau berniat jahat terhadap kerajaan Amerika Syarikat sebagai satu jenayah persekutuan.

1933Gleichschaltung: Semua parti politik di Jerman diharamkan kecuali Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional.

1958Raja Faisal II dari Iraq digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera oleh Abdul Karim Qasim.

1965Mariner 4 terbang melintasi Marikh, dan menangkap gambar jarak dekat (gambar) bagi sebuah planet lain buat pertama kali.

14 JULAI DALAM SEJARAH


BOM ATOM


(Dipetik daripadaAlmanak Melayu 1952,dikarang dan disusun olehAbdul Hamid bin Abdul Wahabdan diterbitkan dalam tahun 1952 oleh Abdul Ghani Abdullah, Sentosa Setor, 198 Jalan Tong Bin, Kuala Pilah, N.S.m.s. 144 – 157)


Enam tahun lamanya Perang Dunia Kedua berkecamuk, mula-mulanya pecah di Eropah, kemudian melarat hingga ke Timor, selama masa itu berpuluh-puluh negeri yang rosak binasa dan berjuta-juta pula orang yang terkorban selain daripada yang cacat cedera. Musuh yang lebih kuat pada mulanya kemudian bertukar menjadi lemah dan akhirnya keruntuhan.
Memandang kepada semangat perang yang ada pada kedua-dua belah pihak, sungguh tidak disangka peperangan akan segera tamatnya, bahkan sesudah Jerman menyerah diri diagakkan perang akan lama lagi berjalan, kerana dakyah Jepun di sini mengatakan dia tahan berperang berpuluh-puluh tahun lagi yang sesuai pula dengan semangatnya yang berani mati itu.

Pada mula-mula didengar berita mengatakan Jepun telah menyerah diri banyak orang tidak percaya sehingga akhirnya datanglah berita rasmi mengesahkan berita itu.
Apa yang telah mematahkan semangat Jepun yang telah terkenal keberaniannya itu?

Bukannya oleh kekalahan rakan syarikatnya Jerman dan bukan pula oleh masuk campurnya Soviet Rusia menyebelahi lawannya dan tidak juga oleh kekalahan-kekalahan yang dialaminya di kawasan-kawasan selatan, tetapi ialah oleh dua buah bom atom yang dijatuhkan sebagai percubaan di atas dua kota perusahaannya yang besar.

Fikiran umum adalah tertegun oleh munculnya alat perang pendapatan baharu itu. Apakah bom atom itu yang menurut kata orang hanya sebesar kotak korek api sahaja dan kanak-kanak kecil pun boleh mengangkatnya ke sana ke mari.

Pembikinan bom itu dirahsiakan benar oleh Amerika Syarikat yang telah menggunakan bom itu. Orang luar hanya tahu bahawa bom itu berisi anasir yang disebut uranium yang sangat besar tenaga letupannya dan nama bom itu "bom atom" ialah berdasarkan atas pendapatan bahawa atom uranium itulah yang mengeluarkan "tenaga peledak yang maha hebat itu" seperti belum pernah tenaga seperti itu dipergunakan oleh manusia dahulu daripada itu.

Berita-berita mengatakan pula bahawa untuk pemikinan bom itu telah dikeluarkan wang sejumlah £600,000,000 atau $5,250,000,000 dan orang yang dikehendaki mengerjakannya ialah 100,000 orang.

Enam tahun lamanya orang mencari-cari, mula-mula di negeri Inggeris oleh ahli-ahli pengetahuan Inggeris dan Amerika dan orang-orang pintar dari Benua Eropah (yang akhir ini ialah orang yang lari dari kekuasaan Nazi) kemudian diteruskan di Amerika sehingga didapati bom itu pada pertengahan tahun 1945.

Pada 14 Julai 1945 dilakukanlah percubaan yang pertama di salah satu kampung di Mexico (New Mexico), bom itu dinaikkan ke atas puncak menara yang perbuat dari besi waja lalu dijatuhkan ke bawah.

Di sekitar tempat itu terang benderang, orang yang berdiri lima mil jauhnya jatuh rebah oleh tekanan udara. Kaca jendela yang 350 mil jauhnya bergegar dan jatuh pecah belah ke atas lantai kerana tenaga getaran udara. Menara waja tadi hancur lebur tiada bekasnya lagi dan ditempatnya berdiri semula sudah ternganga kawah yang besar.
Tenaga atom sudah terbukti.


Maka dimajukanlah kata dua kepada Jepun iaitu "menyerah diri atau di atom" dan seperti tiap-tiap negeri yang berdaulat dan mempunyai harga diri dengan sombongnya Jepun menjawab "kami akan berjuang hingga nafas kami yang penghabisan".

Amerika pun menjalankan ancamannya pada 6 Ogos 1945 di jatuhkanlah bom atom yang pertama atas kota Hiroshima dan pada 9 Ogos atas kota Nagasaki. Maka dengan dua bom atom itu ternyata sudah cukup untuk menghentikan peperangan.

Tentang pengeboman yang pertama atas kota Hiroshima itu dilakukan sebagai berikut:
Pada jam 9.15 pagi 6 Ogos 1945 sebuah benteng udara yang dikemudikan oleh Col. Paul Tibbets menjatuhkan bom atom yang pertama tepat di tengah-tengah kota Hiroshima, satu kota pelabuhan dan pusat perusahaan senjata dengan penduduknya 318,000 jiwa.

Sesudah 10 mil jauhnya terbang kedengaranlah ledakan dan benteng udara raksaksa itu tersentak ke atas bagai ada yang mengangkatnya dan sekiranya anak buah kapal udara itu tidak memakai kaca mata hitam, tentulah mata mereka menjadi buta oleh kilat yang menyertai peledakan itu. Asap hitam bergumpal-gumpal naik ke atas hingga 40,000 kaki tingginya dan Hiroshima tiada kelihatan lagi diselubungi oleh asap itu.

Itulah peledakan yang paling besar di dalam sejarah yang pernah disebabkan oleh tangan manusia dan sekiranya mata kamera dapat menembusi awan dan asap hitam itu, akan kelihatanlah bahawa satu bom atom itu telah merosakkan daerah empat mil persegi daripada Kota Hiroshima itu.

Demikianlah hebatnya kerosakan yang disebabkan bom atom itu sehingga menurut perkiraan ahli-ahli, tiga bom atom serupa itu sama akibatnya dengan kerosakan yang disebabkan oleh 60,000 ton bom yang dijadikan atas kota Berlin oleh angkatan udara Inggeris dan Amerika bersama-sama selama kira-kira 6 tahun berperang.

Sekarang marilah kita menerangkan serba sedikit tentang atom, elektron, proton dan sebagainya yang berhubung dengan rahsia pembikinan bom atom itu dan yang selama ini sudah umum juga diketahui orang di dalam dunia pengetahuan.

Menurut pendapatan ahli sains, beri-ribu tahun dahulu iaitu pada masa negeri Greece itu menjadi pusat ilmu pengetahuan, maka pendita-pendita daripada bangsa itu iaitu orang-orang cerdik pandainya menghabiskan lebih banyak masanya pada ilmu pengetahuan daripada peperangan.


Oleh itu banyaklah perkara-perkara yang ajaib yang telah didapati oleh mereka dalam berbagai-bagai cawangan ilmu sains, dan pendapatan-pendapatan yang didapati oleh mereka itu telah jadi lunas bagi pendapatan atau rekaan yang didapati sekarang ini. Pada masa itulah seorang pendita yang masyhur telah menyatakan kepandaiannya mengatakan bahawa segala benda (yang ada terlintas pada fikiran tuan-tuan) bertumpu kepada suatu atom atau zarah yakni suatu benda yang halus sehalus-halusnya.


Bagi menerangkan perkara ini, saya datangkan suatu misal. Ambillah sebarang apa yang terfikir oleh tuan-tuan – sebatang kayu umpamanya. Kayu itu ialah suatu benda, boleh dipotong jadi dua. Kemudian jadi empat dan begitulah seterusnya sehingga boleh jadi beribu-ribu dan berlaksa-laksa. Teruskan lagi pekerjaan itu dan pada akhirnya tidaklah dapat lebih halus lagi daripada itu, hadnya sudah sampai.


Kayu yang tadinya sepotong besar sudah menjadi serbuk berjuta-juta banyaknya – serbuk-serbuk ini dinamakan zarah atau atom. Sekarang dapatlah tuan-tuan berkata berjuta-juta zarah atau atom serbuk menjadi "sepotong kayu".

Setelah berkurun-kurun lamanya terzahir pendapatan Greek yang mengatakan bahawa satu-satu atom atau zarah itu ialah had penghabisan bagi satu-satu benda maka seorang ahli sains Inggeris bernama Dalton telah mendapat jawapan itu juga lalu mengisytiharkan bahawa zarah yang sehabis halus daripada benda-benda atau yang dinamakan atom itu keras dan tidak nampak pada masa kasar dan itulah penghabisannya sekali.

Tetapi kemudiannya pula dengan ikhtiar dan usaha beberapa banyak ahli-ahli sains yang masyhur dalam zaman yang boleh dikatakan tidak lama maka telah didapati pula bahawa atom atau zarah itu bukannya penghabisan halus daripada satu-satu benda itu.


Kisahnya pula begini.

Seorang ahli sains Perancis, dalam tahun 1896, waktu ia bekerja membuat ujian dalam pendapatannya daripada pergerakan kecergasan radio dengan logam yang paling berat sekali yang dinamakan uranium itu telah mendapat bahawa logam itu dengan sendirinya mengeluarkan suatu kekuatan atau tenaga yang amat besar – misalnya dalam bahasa yang senang difaham adalah logam ini (uranium) jika ditaruhkan di dalam tangan maka ia akan mengeluarkan hangat dengan sendirinya dan demikianlah keadaannya ia sentiasa hangat sehingga ia sendiri pula jadi sejuk apabila sudah ia mengeluarkan hangatnya, bertukarlah hakikatnya menjadi logam yang lain sama sekali.

Sekarang mari kita tengok apa bendanya di dalam logam itu yang boleh menyebabkannya demikian keadaannya rupanya. Menurut suatu pendapatan yang mula-mula didapati oleh Professor J.J. Thomson kemudian pula oleh Prof. Rutherford maka kita dapat tahu atom atau zarah atau benda yang sehabis-habis halus daripada sebarang benda itu mengandung suatu jisim yang amat halus.


Sangat halus hatta jika berbanding dengan atom itupun hanya satu per seratus ribu inci bezanya. Jisim ini bermakna suatu perbinaan yang terbina dengannya atom itu. Maka dalam perbinaan yang halus inilah terletaknya kekuatan yang amat hebat yang tidak ada bandingannya mengikut kadarnya itu dan kekuatan seperti itu belumlah lagi diketahui oleh manusia.

Di dalam jisim atom ini iaitu asal terbitnya daripada (uranium) itu maka telah didapati bahawa dengan sendirinya perbinaan jisim itu jatuh hancur dan melepaskan kekuatan yang tersimpan di dalam itu. Disinilah kita dapat jawapannya mengapa logam uranium itu mengeluarkan kekuatan dengan sendirinya. Di sini marilah pula saya terangkan perbinaan atom atau zarah itu dan jisim-jisim yang ada di dalamnya.

Di sekolah, kita sudah belajar bahawa dunia ini berjalan di sekeliling matahari iaitu pusat tumpuan bagi semua alam wujud. Cuba fikirkan bahawa matahari itu ialah atom yang paling perkakas dengan berjuta-juta lain-lain badan bergerak di sekelilingnya dengan suatu aturan yang tertentu. Badan-badan ini adalah diketahui dengan nama elektron dan mereka bergerak dengan amat derasnya.


Atom itu mengandung sama banyak proton dan neutron kekuatan negatif (betina?) daripada elektron itu iaitu badan-badan yang bergerak itu betul-betul sama timbangnya dengan kekuatan positif (jantan?) dari proton iaitu satu daripada khazanah-khazanah daripada jisim-jisim atom yang sebenarnya itu. Neutron iaitu khazanah-khazanah yang lain dari jisim atom itu tidak ada kekuatan eletrik.


Oleh itu atom dipukul rata ialah perkecualian mengikut pendirian eletrik.
Pada memecahkan atom yang menyebabkan terlepas kekuatan yang amat dahsyat itu maka jisim itulah yang meletup dan apabila jisim itu pecah maka kekuatan yang amat dahsyat yang ada tersimpan di dalam jisim itu terlepas kekuatan. Inilah yang dipakai dalam bom atom itu.
Tadi telah dinyatakan bahawa jisim daripada atom itu diletupkan.


Tuan-tuan akan bertanya diletupkan dengan apa? Dengan tidak banyak sangat memakai perkataan-perkataan teknik maka saya dapat berkata begini sahaja. Dalam tahun 1939 maka telah didapati bahawa satu daripada kaedah yang jaya sekali bagi meletupkan atom itu ialah dengan neutron sendiri. Ini telah dapat dikeluarkan dengan rekaan daripada pendapatan-pendapatan dan ujian-ujian kimia atau chemistry. Cara meletupkannya ialah dengan ikhtiar-ikhtiar kerja eletrik yang sangat kuat dalam tempat-tempat yang khas baginya itu.

Dalam beberapa kali ujian yang dijalankan maka telah didapati bahawa afkal atom itu dipecahkan dengan letupan eletrik yang amat dahsyat maka atom itu bukan hanya melepaskan tenaga atau kekuatan yang amat hebat bahkan ialah juga mengeluarkan lain-lain neutron juga.
Sekarang setelah tuan-tuan faham bahawa neutron itu ialah khazanah yang digunakan bagi memecahkan jisim dari atom itu maka adalah ditunjukkan bahawa haruslah neutron yang seperti itu boleh jadi dengan sendirinya memecahkan suatu atom yang lain dan ianya pula memecahkan yang lain dan demikianlah seterusnya letup meletupkan tiap-tiap satu zaraf daripada zarah atom itu.

Kesan ini telah didapati hanya baru-baru ini sahaja kerana sebelum itu atom-atom yang terpencil di antara berjuta-juta atom itu telah dapat dihuraikan dan hasil serta natijah kekuatan atau tenaga yang terbit daripadanya sedikit sahaja dalam masa perang. Usaha dan ikhtiar yang bercampur dari ahli-ahli sains British, Amerika dan Eropah (sebagaimana yang disebutkan tadi) telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menyempurnakan bercampuran huas-huas dan persatuan tenaga atom dan pada akhirnya telah mendapat kejayaan dan bom atom itulah hasilnya.

Adalah tawarikh kejayaannya ialah pendapatan berkenaan dengan benda-benda yang dengannya pecah dengan sendirinya kemudian kekuatan memecahkan yang dibuat oleh ahli-ahli sains daripada beberapa jisim di sana sini dikumpulkan daripada berjuta-berjuta atom atau zarah. Lepas itu pecahnya jisim itu dengan perkakas-perkakas yang dibuat menjadi dua dengan melepaskan tenaga itu dan akhir sekali menyediakan ramuannya, iaitu apabila satu zarah pecah maka zarah yang pecah itu akan memecahkan atom yang lain itu dengan sertamerta seperti api menyambar minyak benzin.

Cuba perhatikan bahawa tidak ada bezanya di antara pecahnya beberapa atom yang terpencil itu memecah dengan kuat dan pecahnya sesuatu jumlah atom yang banyak dengan suatu letupan yang besar. Kedudukannya sama dengan sejumlah ubat bedil jika diketuk perlahan-lahan ianya tidak mahu meletup dan jika diketuk dengan keras maka ia meletup dengan segala kekuatannya dengan sekaligus tetapi ia tidak boleh menjadikannya terbakar dengan perlahan dan meletup dengan kekuatannya terkawal.

Sekarang kita sampai di simpang jalan suatu zaman baharu iaitu zaman atom. Soal mengawal kekuatan bagi mendatangkan faedah kepada manusia dan bukannya kerana membinasakan adalah sedang berjalan.
Apabila ini didapati kelak, tiada berapa lama lagi maka tenaga-tenaga kita yang dahulu seperti arang batu dan benzin akan tertinggal di belakang kerana ajaib dunia yang baharu ini telah membuka pintu kebolehan-kebolehan baharu dalam kehidupan tiap-tiap seorang daripada kita kerana ianya murah dan boleh dapat dibeli oleh tiap-tiap seorang daripada kita. Mengawal usaha kejenteraan yang besar ini iaitu sebenarnya menggunakannya pada perkara-perkara yang berfaedah itu adalah suatu khidmat kepada manusia.

CERITA RAKYAT SEMPENA HARI JADI AKU!

Cerita Rakyat Jawa Barat
Talaga Warna
Diceritakan kembali oleh Renny Yaniar

Zaman dahulu, ada sebuah kerajaan di Jawa Barat. Negeri itu dipimpin oleh seorang raja. Prabu, begitulah orang memanggilnya. Ia adalah raja yang baik dan bijaksana. Tak heran, kalau negeri itu makmur dan tenteram. Tak ada penduduk yang lapar di negeri itu.
Semua sangat menyenangkan.

Sayangnya, Prabu dan istrinya belum memiliki anak. Itu membuat pasangan kerajaan itu sangat sedih. Penasehat Prabu menyarankan, agar mereka mengangkat anak. Namun Prabu dan Ratu tidak setuju. "Buat kami, anak kandung adalah lebih baik dari pada anak angkat," sahut mereka.
Anak itu tumbuh menjadi orang dewasa yang tinggi besar. Karena itu ia dipanggil dengan nama Kebo Iwa, yang artinya paman kerbau.

Ratu sering murung dan menangis. Prabu pun ikut sedih melihat istrinya.. Lalu Prabu pergi ke hutan untuk bertapa. Di sana sang Prabu terus berdoa, agar dikaruniai anak. Beberapa bulan kemudian, keinginan mereka terkabul. Ratu pun mulai hamil. Seluruh rakyat di kerajaan itu senang sekali.

Mereka membanjiri istana dengan hadiah.

Sembilan bulan kemudian, Ratu melahirkan seorang putri. Penduduk negeri pun kembali mengirimi putri kecil itu aneka hadiah. Bayi itu tumbuh menjadi anak yang lucu. Belasan tahun kemudian, ia sudah menjadi remaja yang cantik.
Kebo Iwa memang serba besar. Jangkauan kakinya sangat lebar, sehingga ia dapat bepergian dengan cepat.

Kalau ia ingin minum, Kebo Iwa tinggal menusukkan telunjuknya ke tanah. Sehingga terjadilah sumur kecil yang mengeluarkan air.

Prabu dan Ratu sangat menyayangi putrinya. Mereka memberi putrinya apa pun yang dia inginkan. Namun itu membuatnya menjadi gadis yang manja. Kalau keinginannya tidak terpenuhi, gadis itu akan marah. Ia bahkan sering berkata kasar. Walaupun begitu, orangtua dan rakyat di kerajaan itu mencintainya.

Hari berlalu, Putri pun tumbuh menjadi gadis tercantik di seluruh negeri. Dalam beberapa hari, Putri akan berusia 17 tahun. Maka para penduduk di negeri itu pergi ke istana. Mereka membawa aneka hadiah yang sangat indah. Prabu mengumpulkan hadiah-hadiah yang sangat banyak itu, lalu menyimpannya dalam ruangan istana. Sewaktu-waktu, ia bisa menggunakannya untuk kepentingan rakyat.

Prabu hanya mengambil sedikit emas dan permata. Ia membawanya ke ahli perhiasan. "Tolong, buatkan kalung yang sangat indah untuk putriku," kata Prabu. "Dengan senang hati, Yang Mulia," sahut ahli perhiasan.

Ia lalu bekerja d sebaik mungkin, dengan sepenuh hati. Ia ingin menciptakan kalung yang paling indah di dunia, karena ia sangat menyayangi Putri.
Hari ulang tahun pun tiba. Penduduk negeri berkumpul di alun-alun istana. Ketika Prabu dan Ratu datang, orang menyambutnya dengan gembira. Sambutan hangat makin terdengar, ketika Putri yang cantik jelita muncul di hadapan semua orang. Semua orang mengagumi kecantikannya.

Prabu lalu bangkit dari kursinya. Kalung yang indah sudah dipegangnya. "Putriku tercinta, hari ini aku berikan kalung ini untukmu. Kalung ini pemberian orang-orang dari penjuru negeri. Mereka sangat mencintaimu. Mereka mempersembahkan hadiah ini, karena mereka gembira melihatmu tumbuh jadi dewasa.

Pakailah kalung ini, Nak," kata Prabu.
Putri menerima kalung itu. Lalu ia melihat kalung itu sekilas. "Aku tak mau memakainya. Kalung ini jelek!" seru Putri. Kemudian ia melempar kalung itu. Kalung yang indah pun rusak. Emas dan permatanya tersebar di lantai. Itu sungguh mengejutkan. Tak seorang pun menyangka, Putri akan berbuat seperti itu. Tak seorang pun bicara. Suasana hening. Tiba-tiba terdengar tangisan Ratu. Tangisannya diikuti oleh semua orang.

Tiba-tiba muncul mata air dari halaman istana. Mula-mula membentuk kolam kecil. Lalu istana mulai banjir. Istana pun dipenuhi air bagai danau. Lalu danau itu makin besar dan menenggelamkan istana.

Sekarang, danau itu disebut Talaga Warna. Danau itu berada di daerah puncak. Di hari yang cerah, kita bisa melihat danau itu penuh warna yang indah dan mengagumkan. Warna itu berasal dari bayangan hutan, tanaman, bunga-bunga, dan langit di sekitar telaga. Namun orang mengatakan, warna-warna itu berasal dari kalung Putri yang tersebar di dasar telaga.

13 Julai 2008

Selamat Hari Jadi Mohd Ali!

Akhirnya aku hari ini..Isnin 14 Julai 1984..genaplah usiaku 24 tahun...Ya Allah Ampunilah Aku...berkatilah usiaku...murahkanlah rezeki...lindungilah aku dari segala malapetaka..lindungilah Aku daripada gangguan syaitan dan jin serta sihir....jauhilah persengketaan ku dengan anak adam...

Ya Allah sucikanlah hatiku..rohku...pancarkanlah Nur Mu ke dalam hatiku...angkatlah diriku ke Makam Mahmudah...tajamkan makrifatku kepadaMu...

Y a Allah selamatkanlah Umat Muhammad
Selamaktkanlah Umat Muhammad
Selamatkanlah Umat Muhammad

Di akhir zaman yang penuh pancaroba ini...Ya Allah perkenanklan doaku...

11 Julai 2008

CANTIK DAN INDAH DI BEIJING 2



Dari kanan, Profesor Dato Zainal Abidin Borhan, Profesor Dr Mohamad Mokhtar Hassan, pegawai kedutaan Malaysia, Profesor Dr Awang Sariyan dan pegawai kedutaan Malaysia.


Bandar Beijing-Pagi-

Cenderamata yang dijual di Tembok Besar China

CANTIK DAN INDAH DI BEIJING






LAGI GAMBAR DI SEKITAR MASJID NUIJIE 2






LAGI GAMBAR DI SEKITAR MASJID NUIJIE






Kanan sekali tu Mohd Arif Atan...aku selalu teringat muka bapak aku...hehehe...sewaktu dua tahun usia aku di dunia fana ni...ayahku telah meninggal dunia...cuma melihat dalam gambar..iras wajahnya sama dengan Mohd Arif ini...

INILAH MASJID NIUJIE-BEIJING






Ni kwn kpd Mohd Arif Atan (lupa namanya) bersama Tok Imam masjid...sana subuh pukul 2.30 pagi...4-5 pagi Beijing dah disimbahi matahari pagi....pukul 6 pagi Beijing dah sibuk dengan urusniaga dan kehidupan seharian...

CINTA

Kadang kala aku memikirkan..baik aku tidak berteman wanita...buat apa kalau aku berpacaran kalau aku mengembungkan perut anak dara orang...

Cinta..sebenarnya cinta yang aku nak sentuh ini ialah cinta kepada dunia akademik..aku cinta sebenarnya kepada penyeldidikan..kajian..di antara timbunan jutaan buku..aku senang pada saat dan masa itu...

aku tidka didesak oleh satu keperluan yang menyebabakan aku melupai cintaku dunia akademik....

aku melanjutkan pelajaran di Aka demi Pengajian Melayu...ya inilah destinasi tempat aku menemui cintaku...aku tau tiada yang bernilai komersilnya pengajian sosiobudaya, sastera atau kesenian...pada sisi gergasi kapitalis..

tetapi ia bernilai disisku..cintaku...aku suka kpd dunia ilmu..dunia kajian dan berdebat dengan secara benar dan aman dnegan pensyarah dan membuka jalan hujah dengan kawan-kawan sepengajian demi mencari kebenaran...

itulah cintaku..aku cinta sebenarnya..barangkali kepada monyet yang sering mengganggui siswi-siswi ketika mereka berjalan menuju ke akademi...ya..aku juga sering kali terkejut oleh gerombolan monyet yang dilindungi oleh undang2 ini...

aku cinta sebenarnya..pada dunia penulisan..aku mahu menruskannya dengan ikhlas..tetapi aku sangat kecewa..kerana dunia penulisan khususnya dunia penulisan kreatif malaysia telah disempitkan kpd suatu golongan sahaja....

aku menulis kerana cinta...bukan kerana hadiah..tetapi hadah itu adalah penghargaan walau ia bukan segala-galanya...

aku yakin..setiap penulis mahu dihargai..namun ruang sastera malaysia yang sudah sedia sempit ini telah disempitkan lagi..ia dimonopoli...ia amat bertentangan dengan proses sastera itu sendiri yang berkait rapat dengan sosial...dan masyarakat..
entah apa yang aku merapukan lewat tgh malam ini...

apapun aku cinta sebenarnya..ya cinta..mungkin sekejap lagi..nanti..aku dapat mengalihkan cinta itu kpd seorang wnaita yang ku panggil isteriku..ya..mungkin....

PS:aku tau cintaku ini menuntut suatu yang amat besar..tetapi aku tidak mempunyai banyak yang besar untuk aku laburkan..akibatnya..aku terpaksa melupakan cintaku ini....aku tidak mahu bergulat lagi dalam hipokrit dan aku meang termenug bila seorang tutir bertanyakan aku dgn hairan suatu konsep atau teori..atau dia mengakui sendiri tidak ambil tahu bidang ilmu yang ditekuninya..sekadar sewilayah yang dikhususkannya sahaja..adalah amat mengecewakan aku....

sekurang-kurangnya..cintaku ini biarlah dijaga oleh orang yang pecinta juga..jgn kerana lain..atau mendustai cinta ku ini....

aku tidak dapat mengubah takdir dan kehendak orang..tetapi katakanlah aku dapat berhadapan dengan pensyarah akademiku seperti suatu ketika dahulu..seperti suatu ketika dahulu bila aku mengeluarkan pendapat mereka kagum kepada kaku..(maaf aku ikhlas)..aku sebenarnya hanya pencandu..ya..pencandu...

mungkin suatu masa nanti aku akan kembali..atau cintaku ini akan berkecai tinggal debu...ah...

GAMBAR MENARIK BEIJING 2






GAMBAR MENARIK BEIJING 1






SELAMAT PULANG MOHD ARIF ATAN

Sebenarnya aku mesti mengucapkan perkataan tersebut SEMINGGU sebelum itu kepada Mohd Arif Atan..satu-satunya abg kandung aku dalam dunia ini...TAHNIAH MOHD ARIF kerana berjaya menyelesaikan suatu MISI APM dan BANGSA...

Kepada se7en...tidaklah dapat aku penuhi gambar yang seksi...kerana kita ni bukannya malaikat...sedangkan ternampak...ter..itupun sudah kita tidak dapat menipu lagi gelora nafsu yang memukul dada..apatah lagi dengan sengaja meletakkan....ya..dengan sengaja meletakkan gambar seksi..emm....daripada aku letakkan gambar seksi..lebih baik aku letakkan gambar atau video lucah terus artis ke Melayu bogel ke....ah itu tidka mungkin..

Ini gambar cantik dan indah dari Mohd Arif Atan..aku siarkan di blog ini sebagai sautu kemaskini terbaru untuk pembaca sekelian....

PS:Aku banyak nak bercerita..tetapi kesibukan menyebakan masaku terhad..melainkan sekarang ini....ya aku mesti amnfaatkan walaupun aku nak tidor sahaja...