Assalam-mu-alaikum,
Saya terpanggil untuk berikan pandangan peribadi tentang hala-tuju kita warga UM.
Harap maaf jika terkasar bahasa.
UM tak perlu menari rentak palunan orang lain & Kepincangan Penilaian Universiti
Universiti adalah Institusi Pendidikan Tertinggi di Planet Bumi. Staf akademiknya terdiri daripada kumpulan inividu berpendidikan tinggi. Mereka bertaraf intelek,bebas berfikir,bebas berinovasi dan bertanggung jawab meneraju bidang akademik dalam Negara ini. Staf akademik perlu mencorak hala-tuju sesuatu Universiti memenuhi kehendak serta keperluan Negara. Malaysia masih memerlukan ramai tenaga mahir tempatan untuk mencapai taraf Negara maju. Staf akademik di Malaysia masih perlu bekerja keras mengasah bakat-bakat yang ada. Dan adakalanya terpaksa bekerja lebih keras memberi peluang kepada anak-anak yang datang daripada kawasan pendalaman untuk bersama-sama mencapai kegemilangan akademik, supaya mereka tidak tersingkir dari arus perdana. Pepatah Melayu “ Mengasah belakang parang/atau Belakang parah jika diasah...” sudah menjadi amalan biasa di Universiti di Malaysia. Justeru peranan staf akademik tidak tertumpu sepenuhnya kepada penyelidikan untuk hasilkan kertas-kerja semata-mata. Tanyalah mana-mana staf akademik di Universiti Malaya berapa jam seminggu mereka terpaksa memberi kuliah dan/kelas bimbingan? Dengan sistem Semester yang cukup membebankan, staf akademik pada umumnya terlalu keletihan untuk melaksanakan penyelidikan berkualiti tinggi.(Sistem penggal adalah lebih baik dari aspek disiplin masa mendidik pelajar dan masa untuk pensyarah menjalankan penyelidikan)
Nobel
Seorang pemenang Anugerah Nobel Kimia yang melawat UM beberapa tahun yang lalu berkata dia hanya memberi 3 jam kuliah seminggu kepada pelajar pasca-ijazah. Dia langsung tidak mengajar pada tahap ijazah pertama jauh sekali pelajar diploma atau asasi Sains. Jadi tumpuannya, ialah penyelidikan perprofil tinggi untuk hasilkan keputusan canggih yang boleh diterbitkan dalam Jurnal berImpak Tinggi. Dan gajinya tidak bergantung pada skima yang ada ‘matinya’. Lebih banyak peruntukan kewangan dia dapat untuk lakukan penyelidikan, lebih banyak dia dibayar imbuhan. Malah dia tidak tahu berapa gaji staf akademik lain disebelah makmalnya. Semuanya berbeza. Malaysia belum mampu untuk memberi insentif begini, justeru mengapa terlalu menekan staf akademik ketahap yang begitu berat ? Satu aspek yang tidak pernah diambilkira dalam menilai Universiti di dunia ini ialah hasil sumber manusia, faktor graduan berkaliber. Graduan Universiti Malaya yang dihasilkan daripada Sistem Penggal adalah lebih berkaliber, lebih cemerlang, berketrampilan dan mempunyai keupayaan tinggi. Graduan hasilan sistem Semester mempunyai banyak kelemahan kerana mereka ibarat “ Jack of all trade but Master of none”.
Berapa ramai tokoh-tokoh cerdik pandai,menteri-menteri,ahli korporat,doktor dan ahli akademik yang telah dihasilkan oleh UM selama ini (sistem penggal)? Ini sebenarnya adalah Impak Tinggi yang tidak pernah diukur oleh mana-mana badan penilai Institusi Pengajian Tinggi di dunia. Inilah satu KEPINCANGAN dalam sistem penilain sedia ada. Sistem ini PINCANG, jadi mengapa kita terlalu taksub untuk terus mengikutnya seperti lembu dicucuk hidung ? Kita bebas untuk merangka sistem penilian yang lebih adil bergantung kepada keadaan dan kemampuan kita di Malaysia. Kita sudah Merdeka tetapi minda kita masih dijajah oleh mereka yang berpaksi ke Barat.
Negara seperti Amerika, UK dan Eropah telah mencapai taraf Negara maju . Justeru mereka tidak lagi kekurangan tenaga mahir seperti kita. Oleh yang demikian, mereka bolehlah memberi tumpuan kepada penyelidikan yang canggih-canggih yang boleh diterbitkan dalam Jurnal berimpak Tinggi. Malah mereka berkemampuan ‘membeli’ ahli akademik dari seluruh dunia dengan tawaran harga cukup lumayan untuk laksanakan penyelidikan di Institusi mereka. Tanyalah staf akademik di Universiti Singapura( antara terbaik di dunia) bagaimana kecewanya mereka mendapat layanan(dianak-tirikan dinegara sendiri) yang berbeza daripada staf akademik yang ‘dibeli’ semata-mata untuk naikkan imej Universiti ? Perlukah kita menari rentak yang sama ?
Saya sertakan beberapa petikan daripada satu kajian tentang Jurnal BerImpak Tinggi yang hanya mengambilkira Jurnal ISI sahaja seperti berikut :
On becoming a high impact journal in international business and management
Anne-Wil Harzing
Version January 2008
Accepted for European Journal of International Management, vol. 2/2
Copyright © 2008 Anne-Wil Harzing. All rights reserved.
Prof. Anne-Wil Harzing Email: anne-wil@harzing.com
University of Melbourne Web: www.harzing.com
Department of Management
Faculty of Economics & Commerce
Parkville Campus
Melbourne, VIC 3010
Australia.
What is a high impact journal?
It should be the aim of any academic journal – or academic researcher for that matter – to make an impact. Although publishing high-quality papers is a noble aim in itself, if these papers do not have any impact, the activity would seem rather pointless. However, it is not easy to define impact or measure it objectively. Our first question should be “impact on whom?”: other academics, students, managers, or the public at large. Traditionally, many academics in management have been most concerned with the impact of their work on other academics, and this is certainly what seems to be most highly rewarded in many universities. Unfortunately, impact on practitioners and students is very difficult to quantify, although Puffer’s contribution provides many suggestions on how to facilitate knowledge transfer to practitioners as part of the mission of a scholarly practitioner journal. Therefore, this short editorial by necessity focuses on the more limited academic impact only, assuming that at least some of the high academic impact papers will also have an impact on practice.
How to measure academic impact?
In terms of academic impact, the traditional yardstick of journal impact has been Thomson ISI’s Journal Impact Factor (JIF). The JIF is calculated by dividing the number of citations to articles published in the journal in question in the previous two years by the number of articles published in that journal in the previous two years. Over the past decades, bibliometric researchers have identified many problems with the JIF (see Harzing & van der Wal, 2007a/b for a summary). Most of these centre on the overly short time frame of JIFs and ISI’s lack of comprehensive citation coverage. The former means that the JIF is really only appropriate in disciplines such as biochemistry and molecular biology that are characterised by a high number of citations and short publication lags (Cameron,2005). The latter refers to the lack of coverage of citations in books, conference and working papers as well as citations in journals not included in ISI; the lack of inclusion of journals in languages other than English in the ISI database; and the US bias in the journals included in the database.ISI’s lack ofcomprehensive journal coverage is particularly important in the field of InternationalBusiness/Management where only two journals are ISI listed (Journal of International BusinessStudies and Journal of World Business).In this editorial, we therefore use another data source(Google Scholar), which has been shown to have a more comprehensive coverage in this field(Harzing & van der Wal, 2008a). The analyses reported in this paper were conducted in September2007 using “Publish or Perish” (
http://www.harzing.com/pop.htm).
.. Given these results, it would seem quite artificial to make a distinction between ISI-listed journals and non-ISI listed journals as many journals that are not ISI listed might actually have a higher impact on the field than journals that are ISI listed.
... The second lesson we can draw is that although an ISI ranking might be “nice-to-have”, it should not be considered to be the exclusive gold standard for journals. Several successful and long standing IB/IM journals – MIR is in its 48th volume, TIBR in its 50th volume – do not have an ISI ranking. Given EJIM’s focus on Europe as well as its mission as a bridge journal, it would make more sense to look towards Google Scholar citations as a broader measure of impact. Journals such as European Journal of Political Economy, European Management Journal, European Journal of Marketing and European Financial Management are not ISI listed, but do have a very respectable citation count in Google Scholar and one that is higher than that of many journals that are ISI listed(Harzing & van der Wal, 2008b).
Sudah jelas disini bahawa Thomson ISI’s Journal Impact Factor (JIF) adalah penilaian yang PINCANG dan TIDAK ADIL untuk diguna pakai oleh para akademik di UM,lebih-lebih lagi jika digunapakai untuk penilaian kenaikkan pangkat.
Para akademik di UM berkemampuan untuk beri cadangan lain sebagai kriteria untuk menilia universiti di Malaysia atau pun di Dunia. Kita boleh berikan ‘counter proposal’ kepada badan yang menilai Universiti.
Untuk KPI pun kita perlu nilai kembali supaya ianya lebih ADIL dan berperikemanusiaan. Contohnya untuk pensyarah baru di UM. Pada tahun pertama sepatutnya dia tidak perlu menerbitkan kertas kerja lagi. Memadailah dengan melaksanakan tugasan kuliah yang baru diberikan. Kemudian menulis cadangan penyelidikan untuk dapatkan peruntukan penyelidikan. Ini adalah kerana setiap pensyarah baru perlu diberi ruang berinovasi untuk jayakan penyelidikan baru meneroka yang belum diterokai...’beyond the frontier of knowledge’...bukan yang biasa untuk cepat-cepat hasilkan kertas yang akhirnya tiada impak, tidak berguna kepada masyarakat maupun Negara. Jika pensyarah berasaskan makmal, beliau perlu masa untuk dapatkan bekalan,rancang makmal, cari RA(bukan mudah nak dapat yang berkaliber daripada graduan sistem Semester sekarang yang lemah kerja makmal, maklumlah terlalu sibuk dengan ‘jack of all trade’). Tahun kedua bolehlah dia diharapkan mencuba menulis kertas kerja mungkin mulakan kertas persidangan dulu. Kemudian lengkapkan untuk jadi kertas-kerja untuk dihantar ke Jurnal selepas itu tak perlu Jurnal ISI lagi. Biarlah berperingkat dan terurus dan berdisiplin. Jika nak cepat mungkin orang lain yang tulis, hanya tumpang nama saja kerana nak capai KPI sahaja. Kita tidak perlu menipu diri sendiri.
Saya pernah bertanya seorang Profesor dari UK yang datang ke UM sebagai pemeriksa luar bagaimana KPI khususnya penilaian kertas kerja dilaksanakan di UK. Dia kata di sana setiap 3 atau 4 tahun sekali baru dinilai penerbitan kertas kerja setiap pensyarah bukan tiap-tiap tahun seperti di UM. Katanya adakalanya kita bernasib baik dapat keputusan yang banyak dan berpotensi jadi boleh diterbitkan tetapi bukan boleh dapat tiap-tiap tahun. Saya minta pendapat dia tentang pada masa itu Profesor grade C perlu terbitkan 5 kertas kerja setahun. Dia kata : That’s crazy !
We should lead and not be mislead in determining our future and the future of our nation.
Dengan penuh keinsafan dan kesedihan,
Kamaruddin MY
Jabatan Perubatan Molekul
Universiti Malaya.