21 Julai 2012

Siapa dia Dr. Bagindo Muchtar (Si Sepuluh)

Salam sejahtera dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Saya berhajat untuk melakukan review ke atas susuk tubuh dan peribadi yang memakai nama tersebut.Dengar khabarnya murid beliau masih ada di Pulau Pinang. Saya sangat berhajat bertemu salah seorang daripada muridnya. Alhamdulillah mulai bulan pertengahan Julai saya telah ditawarkan sebagai wartawan majalah Mastika. Diberi peluang untuk merobah kandungan Mastika menjadi lebih menarik, informasi dan intelektual. 

Intelektual bukannya dalam bentuk penulisan jurnal. Tetapi dalam bentuk penulisan kreatif ala Mastika yang dibauri misterius dan mistikal. Cuma pengisiannya sahaja berubah dan saya mahu lakukan perubahan.Salah satu 'perubahan kecil' yang saya akan laksanakan, insya Allah ialah memasukkan lebih banyak stori berkaitan  metafizik. Metafizik bukannya melibatkan alam hantu seram dan picisan semata-mata. Tetapi mempunyai sandaran hujah yang kuat yang berhubung kepada jiwa dan ketuhanan. Inilah makanan jiwa yang paling sedap dan enak dan tiada siapa yang dapat merasai kesedapan dan keenakannya selagi belum menikmatinya sendiri.

Justeru untuk tempoh terawal ini, saya ingin mengemukakan Dr. Bagindo Muchtar sebagai tokoh metafizik pertama. Kalau saya dapat interview seorang pun muridnya pun tak apa, tapi kena diizinkan untuk diambil gambarnya untuk paparan. Kalau malu boleh kita selindungkan wajahnya.

Tujuan utamanya ialah untuk menghidupkan dan memberitahu masyarakat keberadaan tokoh metafizik yang dalam siratan sejarah peradaban bangsa bagaikan tenggelam oleh kebohongan apa yang dikatakan sebagai kemajuan dan pembangunan. Nah, inilah kemajuan pertama yang harus dicapai, iaitu JIWA bukannya fizikal yang banyak menipudayakan mata manusia.

Jika ada siapapun kenal, terlibat, tahu, berbaiah dengan ajaran bagindo ini sila email saya atau tulis komen sahaja di ruang ini untuk berhubung. No telefon saya untuk sms dan telefon 0176601490. Ingatlah kita mencari kebenaran dan kesejagatan bukannya tujuannya lainnya.

Al-Fatihah kepada Dr. Bagindo Muchtar phd semoga Allah cucuri rahmatNya dan diletakkan bersama dengan kekasih Allah. semoga kita juga sejalan dengannya! amin. 

Sekalung penghargaan kepada murid beliau yang masih terus menjalankan aktiviti dan legasi beliau. Amat-amatlah besar jasa mereka dan menandakan bahawa ilmu Allah tiadakan pernah padam dan terhapus dek perubahan zaman. Mohon muridnya berhubung dengan saya, mohon sangat-sangat agar kita, atas nama kasih sayang Tuhan ar rahman dan ar rahimnya!

1 ulasan:

  1. Salam....

    Tahniah atas niat saudara, murid beliau ada di seluruh malaysia terutamanya d pulau pinang,cuma ada yg melabelkan ilmu pengetahuan beliau sesat kerana katanya berfahaman wahdatul ujud, tetapi tiada difatwakan sesat di malaysia setakat ini kecuali jika saya silap. Keinginan saudara mungkin dapat meleraikan segala persoalan. Kekadang manusia bercakap atas dalil manusia lain tanpa pernah mengaji mahupun berjumpa org yg benar2 tahu berkaitannya, sayang org alim begitu ramai sekarang menghukum sebelum mengalimi hal tersebut.

    BalasPadam