21 Julai 2012

Siapa dia Tok Awang Ngah

Salam sejahtera. Saya berhajat untuk bertemu saudara Tanpa Nama yang memberikan komen dalam siri penulisan berkaitan TAN dalam blog ini. Ini komennya :


Tanpa Nama telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Mengenang Tok Awang Ngah dan Ketokohannya 2 " anda: 

Salam Saudara Ali...agak2 kul brp sampai di Sban pd sabtu 2 Jun nie.

TTC 
...
Jika saudara berada di Seremban sila maklumkan terus kepada saya untuk bertemu jika berkesempatan pada setiap masa dan waktu. Saya benar-benar berhajat untuk bertemu murid TAN atau yang pernah berdamping dengannya semasa hidup.

No telefon saya ialah : 0176601490. Mohon sms pun memadai untuk saya hubungi semula.

Ingatlah, bukan yang terdekat tapi yang jauh bukannya yang zahir semata tapi yang tersembunyi dan batin. Semua ini perlu direnungkan dengan akal yang panjang bukannya singkat. Tajam dan mendalam. Saya mohon Tanpa Nama dapat menyatakan kesudiannya, kalau saya ke rumah Tanpa Nama pun tak mengapa asalkan kita dapat bersua untuk berkongsi cerita tentang siapa Tok Awang Ngah ini. Ini sebagai salah satu usaha mengenang jasanya kepada masyarakat memandangkan buku beliau pun mendapat sambutan sejak dahulu hingga kini diulang cetak.

Tentu ada sesuatu yang dapat dikongsi kepada khalayak umum yang semakin jauh dari persona orang seperti TAN ini.

Salam ramadhan.

Al-Fatihah kepada Tok Awang Ngah penulis Siri Berkelahi Dengan Syaitan semoga Allah mengampunkan dosanya, mencucuri rahmatnya, memeliharanya daripada azab siksa, tergolong bersama para solehin dan awliyaknya. Semoga kaum keluarganya dan murid-muridnya yang masih hidup dan meninggal dunia pun mendapat rahmat bahagia hidayat selamat dunia akhirat amin ya rabbal alamin. 

1 ulasan:

  1. Sekiranya benar Ustaz TAN itu abdul muluk daud emangnya nama DHARMALA NS itu adlh TAN juga.Rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Muluk_Daud. setelah diamati dihujung nama NS seolah2 merujuk kpd nama ank perempuan beliau (Nurul Salwa Abdul Muluk), dapatlah kiranya kita dpt menjejaki ank2 beliau sekiranya ilmu yg ada pd TAN diturunkn pd ank2nya.melalui rujukan td juga sy membaca ank perempuan TAN itu mewarisi ilmu penulisan.tidak mustahil juga ilmu yg dicari2 selama ini dpt dikongsi bersama.teruskn usaha tuan menjejaki keturunan TAN kiranya benar TAN sudah kembali kepadaNYA..Al-Fatihah

    BalasPadam