Hendaklah kamu sekelian menyedari bahawa keberadaan kamu di dunia ini sebagai tetamu jemputan sahaja. Dan jadikanlah masjid-masjid itu sebagai rumah kamu (melaziminya dengannya). Dan hendaklah kamu latih atau biasakan hati kamu dengan berzikir dan berfikir secara lembut dan tenang. Dan hendaklah kamu banyak berfikir dan menangis di atas kesalahan kamu dan jangan terkeliru dengan hawa nafsu. Bermakna kamu mengadakan rumahtangga yang mana lebih dari hajat dam kamu himpunharta lebih daripada perlu dan kamu berangan-angan barang yang tidak akan kamu mendapatkannya. (riwayat Abu Nu'aim, daripada Al-Hakim bin 'Umair)
+++
Saya tertarik dengan hadis ini yang mengandungi bebarapa perkara. Namun yang paling menarik hati saya ialah berkenaan menjadikan masjid sebagai rumah. Banyak orang kita merungut mengapa masjid-masjid kosong daripada jemaah. Malah dikatakan lebih banyak tiang daripada orang. Ada juga lebih banyak botol air daripada jemaah. Banyak antara kita cenderung untuk mengatakan kekosongan masjid disebabkan oleh orang Islam sendiri yang sudah melupakan agamanya dan juga menjauhi sunnah baginda nabi.
Namun demikian mengapa kita tidak mengkaji dengan lebih dalam kenapa masjid kosong?Ada yang mengkaji sedikit, mengatakan puncanya ialah program masjid yang tidak menarik perhatian khususnya anak-anak muda untuk datang ke masjid.
Maka dicadangkan program masjid seperti bermain futsal, bola sepak, dan berbagai acara lagi untuk menarik perhatian generasi muda datang ke masjid. Namun apakah itu mencapai matlamat akhirnya iaitu membawa generasi muda beriktikaf di masjid? Atau datang sekadar bermain kemudian pulang separuhnya. Yang separuh lagi bertahan untuk solat jemaah bila tiba jemaah tetapi bingkas bangun apabila selesai solat jemaah tanpa mahu berzikir sekejap dan berdoa bersama imam. Sebenarnya kajian yang masih belum dibuat atau ditonjolkan walaupun mungkin ada di mana-mana ialah:
APAKAH MASJID ITU SENDIRI BERFUNGSI SECARA PENUH SEBAGAI RUMAH ALLAH YANG DI DALAMNYA DIIMARAHKAN DENGAN MAJLIS ILMU YANG SEBENAR-BENARNYA?
Apa yang saya lihat dan tinjau, kebanyakan masjid mempunyai program majlis ilmu sebagai taman syurga yang ditakrifkan sebagai kuliah subuh atau maghrib ataupun majlis pengajian agama secara berkitab khusus diikuti syarah kitab.
Bagi yang kategori kuliah agama, ustaz yang dijemput bertindak sebagai penceramah tanpa terikat dengan kitab. Berlandaskan sebuah dua hadis atau ayat Al Quran, penceramah 'mensyarahkan' sendiri hadis dan ayat berdasarkan pemikirannya sendiri. Walaupun kita tidak menolak ijtihad mereka, namun demikian persoalannya apakah mereka iaitu penceramah ini sudha mencukupi sayarat untuk menjadi seorang ulamak berisi yang tangguh mensyarahkan ayat dan hadis dnegan mata hati yang suci dan terang?
Apa yang saya teliti, penceramah hanya menggunakan logik akal apabila menghuraikan malah tak sedikit gagal menghuraikan sesuatu topik agama yang diberikan sendiri olehnya di permulaan kuliah dengan melalut-lalut menceritakan perkara tiada berkaitan, kononnya mahu berjenaka, atau mahu bersantai sehinggakan apa yang diucapkannya adalah sesuatu perkataan yang tidak molek disebut di rumah-rumah Allah. Ada juga yang agaknya sudah kehabisan 'ilmu' boleh sahaja berpanjang lebar mengatakan dirinya tidak layak bercakap, tidak tahu banyak sangat berbanding hadirin dimana perbuatan menfakirkan diri tersebut bukan sahaja tidak kena tempat malah tidak kena situasi dan caranya.
Penulis kitab agama menfakirkan dirinya, merendahkan dirinya hasil daripada kewarakan yang tumbuh daripada mujahadah dan muraqabah yang praktikal daripada tuan guru tersebut dan hasil penulisan kitabnya itu hebat, padat ilmu dan tangguh serta berwibawa bukannya penfakiran diri itu lahir daripada 'penyedap telinga' sahaja bagi melindungi diri daripada dikomenter oleh jemaah yang kritis apabila 'bercakap sahaja tanpa ilmu atau tidak bersedia sebelum mahu bercakap atau memang jahil dalam ilmu agama'.
Perbuatan begini sebenarnya bukan sahaja merendahkan moral penceramah malah merendahkan ketinggian agama Islam. Bayangkan ada musuh Islam si munafik menyelinap dalam masjid danmahu mendengar apa sahaja yang mahu dituturkan oleh penceramah maka tentu dia ketawa besar sahaja melihatkan kekartunan sifat penceramah yang terang-terang membuka pekung kejahilan di dadanya tetapi mahu juga terus bercakap dan pihak masjid masih juga mahu menjemputnya atas penilaian penceramah bersekolah agama, pakai jubah, serban dan nampak alim ulamak tetapi kosong haprak.
Saya mengatakan begini sebab saya menyaksikan sendiri di beberapa buah masjid. Ini baharu sahaja menyentuh tentang kuliah agama tanpa berkitab secara tetap mingguan atau bulanan. Yang berkitab pun sama juga. Ada yang sudah bagus ustaz bawa kitab hebat-hebat di tangan dan buka dan baca kepada jemaah kemudian bila tiba mahu mensyarahkannya, ustaz ini bukan sahaja malas merujuyk syarah yang sedia ada (walaupun boleh ijtihad sendiri tetapi fikirlah kalau layak tak mengapa kalau tidak apa lagi dikata kalau yang dikata merendahkan ketinggian agama Islam) malah menghuraikannya sendiri berjela-jela masuk pulak bab politik partisan dan kutukan sana sini dengan carutan dan makian.
Ada sekali di sebuah masjid bulan ramadhan saya tengok sahaja fiil jemaah yang padat dengan pelajar dan pekerja yang datang mahu terawih. Sudah biasa terawih dengan imam hafiz baca surah daripada Al Quran. Namun apabila selang empat rakaat diadakan kuliah ramadhan mungkin namanya, dibuat sehingga 1 jam lebih!
Bayangkan bila sahaja sudah tamat kuliah tersebut jam sudah menunjukkan angka 10 lebih. Lagi empat rakaat dengan bacaan surah daripada Al Quran. Saya sudah jangkakan sesuatu akan berlaku pada masjid yang penuh dengan jemaah ini. Jangkaan saya tepat apabila masuk sahaja hari kelapan tak sampai hari terakhir ramadhan pun, jemaah susut sampai yang ada adalah jemaah asal masjid sebelum ramdan satu habis kuatpun 3 saf.
Kemudian penceramah dalam kuliah ramadhan berikutnya pun hentamlah habis-habisan katanya,
'tengok golongan munafik sebagaimana orang yang datang jemaah terawih dua tiga hari lepas ramai kemudian sekarang tidak ada sebab tidak mahu dengar kuliah agama. Inilah golongan munafik..bla- bla..'
Saya masa tu mengeleng sahaja dengar. Sudahlah bersangka buruk. Malah boleh jadi menfitnah pula. Menggelarkan pula saudara dengan gelaran buruk. Haprak sungguh penceramah itu. Perkara ini bukan sahaja berlaku di masjid malah di surau.
Saya pernah datang ke surau di bandar KL, dia bawa kitab sudah besar danhebat serta gah judul malah penulisnya. Namun apabila sekadar membaca satu dua baris dalam kitab yang selebihnya merapu meraban dengan berjenaka lucah dengan jemaah bagai ketagih mahu membuatkan orang ketawa, semasa habis kuliah sesudah solat isyak masuk sahaja dalam lif saya bertanyakan ustaz itu bila hendak tiba membincangkan topik seterusnya sebagaimana tertera dalam kitab agama yang dipegangnya itu, dia tergamam dan tersekat-sekat mengatakan minggu hadapan.
Kawan saya yang ada ketika itu marahkan saya kerana kurang ajar dengan ustaz. Sedangkan saya ini siapa hendak menegurnya. Ini juga satu masalah. Masalah hormat tidak bertempat. Islam tidak ajar hormat orang berdasarkan gelaran dan fizikal.
Berbalik kepada punca masjid kosong, begitulah saya menarik satu helai rambut daripada sekian banyak gumpalan rambut yang lain dalam tepung yang putih bersih. Jangan ditanya mengapa orang tidak datang ke masjid sebab sudah ada jawapannya. Jawapannya bukan semata-mata tiadanya program sukan di masjid bagi menarik generasi muda.
Tetapi juga tiadanya penataran atau Kawalan Kualiti terhadap program sedia ada di masjid. Itu tidak lagi sentuh tentang imam solat cepat sebelum habis makmun habiskan fatihah dia sudah rukuk ikut suka hati dia sahaja, dan tentang amalan zikir jemaah yang sengaja di pendek-pendekkan semata-mata hendak buat kuliah, cthnya memendekkan zikir yang sudah disunnahkan nabi dengan bilangan tertentu dengan bilangan pak imam sendiri semata-mata nak cepat.
Walau nampak kecil ia memberi impak sebenarnya dari segi mengikut sunnah nabi dan juga kesannya ke atas jemaah yang kritis. Ada juga meninggalkan bacaan ayatul kursi yang disabdakan nabi akan kelebihannya membaca selepas solat fardhu atau meninggalkan sunnah dalam berzikir yang berlaku di masjid.
Kita jangan bercakap ini soal sunnat boleh ditinggalkan. Itu ayat umum.
Ini saya memberikan ayat yang khusus atau hujah yang khusus iaitu bilangan yang ditentukan sendiri bukan lagi mengikuti sebagaimana di sunnahkan.
Itu belum sentuh lagi soal masjid ditutup awal, ditutup lampu kipas dikunci grillkan. Walaupun betul banyak pencuri namun apakah tiada jalan lain untuk menjadikan masjid sentiasa cerah dan terbuka sepanjang masa kerana tidak sepatutnya ditutup khususnya apabila ada orang mahu singgah di masjid solat isyak tetapi masa itu sudah pukul 10 malam tetapi mendapati pintu besi sudah menahannya.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 114 bermaksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."
Apakah sengkek sangat atau malas sangat berfikir sampai tidak terfikir mahu mengupah pengawal atau kaedah lain agar keselamatan terjaga tanpa membuatkan sesiapapun jua tidka dapat beribadat di masjid atau Rumah Allah?
Itu tidak sentuh lagi soal barang hilang di masjid ada di hujung kepala sendiri barang boleh hilang sebaik sahaja bingkas daripada sujud. Dan tertera kenyataan daripada AJK masjid jaga hak milik sendiri kehilangan tanggungjawab sendiri. Tidakkah ini cara yang lepas tangan paling mudah dan cara paling malas yang pernah dilakukan umat Islam bagi menjaga rumah Allah yakni masjid?
Cuba pencuri mahu mencuri sesuatu dalam kuil. Pencuri pun fikir lapan puluh kali terutama kuil besar dan pada waktu sekarang ini. Cuba pencuri itu Melayu yang pernah mencuri di masjid?
Fikir-fikirkanlah kenapa masjid kosong bukan sekadar tiada acara sukan tetapi tiadanya penelitian terhadap perkara-perkara kecil tetapi besar kesannya dalam menarik jemaah ke masjid. APATAH LAGI MAHU MENJADIKAN MASJID SEBAGAI RUMAH! (Jangan salah faham bukan maksud saya menjadikannya ia sebagai tempat tinggal..boleh fikir sendiri berdasarkan tulisan saya).
Allah berfirman dalam Surah At-Taubah Ayat ke-18.
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

mohon ingin berkongsi tulisan cik ali bersama2 teman2 yang lain.....
BalasPadammasukkan ak dalam golongan ini ya allah. tolong doakan saya.
BalasPadammohon kongsi. TK
BalasPadam