29 September 2011

Mengenang Tok Awang Ngah dan Ketokohannya 2

Salam sejahtera. Maka banyaklah ulasan dan emel bertalu-talu berbahas dengan saya berkenaan Tok Awang Ngah. Sama juga komentar dan emel kepada saya berkaitan Format Skrip Drama-sila rujuk arkib blog ini.
Saya dapat satu idea. Apa kata para peminat Tok Awang Ngah dari seluruh negara membuat perjumpaan sesama kita dan berbincang tentangnya. Mana tahu antara peminat TAN terdapat peminat yang pernah bersemuka dan berjumpa dengannya.

Daripada sekian banyak buku TAN yang ada pada saya, menunjukkan TAN seorang yang sangat suka berjumpa dengan orang-orang lama yang tahu selok beluk ilmu perubatan tradisional. Apa yang saya dapat camkan, TAN mempunyai ilmu perubatan yang lebih kepada perubatan cara tidur dan makrifah. Saya teringat lagi suatu kisah dalam Siri Berkelahi dengan Syaitan TAN yang menyebutkan tentang bagaimana TAN melawan Tukang Sihir cukup dengan:

-Berdepan dengan pesakit

-Merenung dalam 'hakikat' sehingga nampak tukang sihir
-Dan menunjuk Tukang Sihir dengan Jari Telunjuk seraya berkata "Sejuklah Engkau".

Tidak lama kemudian ditemui di salah sebuah kampung kejiranan Dukun tua mengerekot mati ditengah rumah bagai kesejukan teramat sangat. Sangat unik bagi saya teknik ini. Teknik ini juga saya guna dalam pengubatan saya. Ada juga kadangkala saya 'nampak' dan kadangkala tidak nampak. Saya hanya menunjukkan jari telunjuk dan menggerakkan kekanan dan kekiri seolah-olah memberi amaran jangan jin-jin penganggu menganggu pesakit saya lagi. Dan kaedah itu biarpun tanpa 'penglihatan hakikat' berhasil dan pesakit tidak lagi diganggu.

Siapakah antara peminat TAN dan SBDS ini kenal anak murid atau anak TAN kerana kononnya TAN sudah telah meninggal dunia tahun lepas.
Benarkah berita ini?Insya Allah kerana memandangkan banyak sungguh peminat merespon tentang TAN maka saya agar masukkan cerita-cerita sedutan daripada SBDS ini buat tatapan peminat.

Perkara kedua ialah apa kata kita cadangkan agar semua novel seram SBDS TAN ini di adaptasi ke bentuk drama! Pasti meletup! Tetapi tengoklah siapa yang duduk dan menguasai penyiaran negara kita! Cerita hantu seram yang menguatkan ketakutan dan membiarkan penguasaan hantu dan kejahatan ke atas fikiran banyaklah berleluasa dalam fiksyen drama seram bodoh di negara kita masani.

Sangat memualkan dan sangat bertentangan dengan novel seram Siri Berkelahi dengan Syaitan TAN yang bukan menyebabkan kita rasa takut apabila membaca novel seramnya tetapi bertujuan untuk menyedarkan kita dan menyampaikan mesej kepada kita betapa orang beriman soleh dan berzikir dapat menewaskan gangguan syaitan sekuat mana sekalipun. Insya Allah!
Tok Awang Ngah wajar muncul ke tengah masyarakat jika masih hidup, bertemu peminatnya dan 'bertanggungjawab' ke atas penulisan novel seramnya bukannya selamanya menyorokkan diri. Zaman 'nama pena' telah berlalu, kini penulis apatah lagi penulis yang karyanya sangat kuat impaknya ke tengah masyarakat haruslah bersedia keluar berdepan dengan masyarakat dan menyumbang bakti sosial menyebarkan ilmu yang di 'warisinya' daripada bapa dan datuknya Tok Aji yang sangat langka tetapi selari dengan landas syariat yang tidak terikat dengan satu kaedah tertentu sahaja.




Teknik Perubatan Tidur....Tok Awang Ngah ajarilah kami!


11 ulasan:

  1. Siapakah sebenarnya Tok Awang Ngah ini?..ada yang mengatakan Allayarham Dharmala NS (Abdul Muluk Daud) dan merujuk wikipedia mengatakan TAN ialah Allayarham Abdul Latip B. Hj Ahmad..sila beri pendapat..sdr Ali Atan pun boleh menyelidik maklumat ini di internet..yang pasti TAN sudah meninggal dunia..

    BalasPadam
  2. Assalam Saudara Ku,maap dipinta...sebenarnya Allahyarham TAN (ATAN) telahpun kembali ke Rahmatullah...kalau tak silap 2 tahun lepas. Alhamdulillah saya berkesempatan belajar dgn salah seorang murid ATAN yg saya panggil "Pembimbing". Sebenarnya semua yang diceritakan dlm buku SBDS itu adalah benar. Bak kata pepatah sufi "Hanya Jauhari Mengenal Maknikam". Sesungguhnya teknik yg digunakan oleh ATAN memang sediada dimiliki oleh semua orang...cuma perlu ada seseorg menunjukkan caranya. Yg pastinya org tst mestilah arif @ ada wasilah. Di Indonesia kaedah ini dikenali sebagai Ilmu Terawangan @ Meraga Sukma. Terdpt sebilangan perawat di M'sia menggunakan kaedah ini lebih kurang tp tak serupa spt yg digunakan oleh ATAN. Antaranya Darul Saka (tak 100% sama). Yg cantiknya teknik yg digunakan oleh ATAN ini adalah bersesuaian dgn ayat 85 Surah Al-Israak yg maksudnya :-"Mrk bertanya kpd engkau ttg roh. Katakanlah : Roh itu sebahagian dr urusan Tuhanku. Kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja". Maap sal saya masih belum layak mengajar akan perkara ini kpd org lain. Cuma apa yg saya boleh mengaku saya juga telah melalui spt yg diceritakan oleh ATAN dlm SBDS semasa membantu Pembimbing saya mengubat orang. Pd saya kedudukan ATAN amat tinggi di kaca mata saya. Masih byk yg saya perlu belajar dr Pembimbing saya. Sesungguhnya alam roh ini tidak boleh dicapai dgn akal. Hanya mrk yg melalui saja tahu, tp bila diceritakan kpd org...org akan panggil kita "Gila". Tp saya terima seadanya. Insyaallah ada rezki kita jumpa lg...Biiznillah. Pesanannya saya apa aje ayat yg dinyatakan dlm SBDS itu eloklah dicatatkan kerna amat berguna kpd kita. Waallahualam. Terima kasih.

    Ikhlas dr TTC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam TTC, sungguh mendirikan bulu roma apabila saudara menyebut tentang ROH. Ilmu dan pengetahuan tentang ROH sedikit tetapi padanyalah kita bermusyahadah. Allahuakhbar!

      Tinggal dimana ya, kalau ada kesempatan boleh minum-minum, apa2 email ya saudara.

      Padam
    2. Salam Saudara Ali...jika ke sban beritau le. Insyaallah ada kelapangan bulih gak kita berjumpa.

      TTC

      Padam
    3. allah...pak ali atan..saya juga termasuk murid dari dr bagindo muchtar...beliau dimakamkan dijakarta,,
      saya bertemu dengan keponakan beliau yg juga berjalan dijalan ini,tp beliau juga sudah meninggal kemarin bulan mei 2012....
      skr tinggal istri beliau....
      disini murid beliau banyak sekali dan saya pernah dapat cerita kalau dimalasyia juga banyak....kalau bapak mau komunikasi dengan saya ini no hp saya081314548521....atau gak bapak add fb saya aja rinopadri...

      Padam
    4. allah....pak ali atan saya salah satu murid dari dr bagindo muchtar,,,beliau dimakamkan dijakarta...nama saya rino,,,
      kalau bapak mau komunikasi sama saya ini no hp saya 081314548521 atau 085693525417

      Padam
  3. Tanpa Nama, saya akan ke Seremban atau melaluinya pada hari Selasa ini, 29/5/2012 dan juga melalui Seremban pada Sabtu, 2/6/12. Bolehlah kita minum2 lepak sekejap. Ni no h/p saya 0176601490. Saya faham wasilah ilmu sama juga kedudukan dengan jalan hakikat, mesti ada mata rantai tersebut, dan saya ada menemui beberapa orang tapi sukar nak cerita di ruang terbuka begini manalah tahu yang lama boleh dikenang-kenang dan dibuat pengajaran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Saudara Ali...agak2 kul brp sampai di Sban pd sabtu 2 Jun nie.

      TTC

      Padam
    2. Asalamualaikum w.h.t...Saudara Tanpa nama dan rakan2 yang dirahmati Allah...saya Anuar othaman dari Jitra Kedah salah seorang peminat besar Tok Awang Ngah.Hampir semua siri telah saya baca.Ada satu peristiwa yang ingin saya kongsi bersama.Saya amat rindukan Allahyarham TAN.Setiap pembacaan saya akan saya ikuti dengan penuh perasaan sehingga mengalir air mata dengan kebesaran Allah Ynag Maha Besar.Telah lama saya cuba mencari identiti ini untuk saya berjumpa dan mengzahirkan hasrat saya.Rasanya dengan izin Allah ruang ini adalah ruang terbaik medan saya menjejaki anak murid Allahyarham.Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1996 ketika saya bergelar pelatih guru.Waktu ini saya sudah mula membaca siri ini dengan penuh minat.Ada satu kisah tentang kebesaran ayat Suratun an Nass...dalam cerita ATAN jika baca ayat ini dibaca ketika kita berhadapan dengan gangguan syaitan,dan baca berulang kali sehingga bergema di dalam hati (makrifat),badan kita akan membesar seperti belon ditiup sehingga badan kita mencecah awan dan nun di bawah sana syaitan akan nampak kecil lalu kita kan musnahkan syaitan itu dengan menginjaknya dengan tumit sambil ayat ini dibaca berterusan...maka musnahlah syaitan itu...selepas saya baca saya tergelak...betulkah ini...biar betul ustaz ni..ini dah melampau ni...Allah ampunkan saya...waktu itu saya sangat jahil..solat pun tinggal...tidak lama pada tarikh itu...saya berseorangan dalam rumah sewa saya sekitar jam 1 pagi.semua rakan sudah pulang ke kg kerana citi semesta.Tinggal saya seorang diri kerana ada urusan di maktab.Malam itu saya tidur awal.TV,lampu,radio semuanya terpasang.Takut kerana malam itu terasa lain benar.Saya tertidur dan terjaga apabila terdengar ada suara ketawa beramai-ramai melihat saya tidur.Saya terpinga-pinga.satu dua lembaga sebesar anak 2 tahun berlari melangkah saya.Ada yang melata di dinding dalam rumah itu.Saya meniarap dan menampar muka saya.Sangkaan saya mungkin mimpi.Ketika itu bermacam-macam ayar Quran telah saya baca tetapi semuanya lintang pukang.Tak pernah saya merasai takut sebegitu rupa.Azan pun lintang pukang.lembaga2 itu kian galak menganggu saya.Akhirnya hanya surah Ann,Nass yang saya mampu baca lancar dan dibaca berulang kali sehing tercetus satu gema disanubari saya.Sangat Eanak dan Lazat.Tidak perbah saya merasai rasa lazat yang menyelinap masuk ke dalam tubuh saya.Semuanya melalui makrifat.Badan saya berkembang seperti belon ditiup.Sangat lazat perasaan itu.Sukar untuk digambarkan.Sehinggalah kepala saya menujah bumbung rumah dan terus berkembang hingga mencecah awan.Sangat tinggi.Saya bersa sangat kuat apabila Ayat Ann Nass bergema dengan kuat dalam sanubari saya.Rasa yang tidak pernah saya alami.Sangat lazat.Di bawah sana saya nampak lembaga itu bertempiaran lari dan saya meijaknya sehingga menjadi abu.Setelah itu badan saya mula mengecil seperti belon dilepaskan anginnya.Sangat selesa.Makin mengecil sehingga saya kembali di tempat tidur dan terjaga.Suasana sangat hening.Saya mengucap panjang.Subhanallah.Allahuakhbar.Malam itu saya mimpi bahawa ada orang India perempuan datang ke rumah saya.Saya tidak ingat apa yang berlaku antara orang India itu dengan sya dalam mimpi.Tapi mengikut ATAN,jika bermimpi begitu itu tandanya gangguan dari hantu raya.Esok pagi saya bergegas pulang ke kg.Saya juga mengkaji siap yang menyewa rumah itu sebelum kami.Jelas rumah itu disewa oleh sepasang suami isteri yang bergelar bomoh.Berubat di situ.Ya benar sekali apa yang berlaku.Allah telah tunjukkan saya bahawa kebenaran dan kebesaran ayat2Nya.Saya bertaubat untuk curiga lagi.Allahuakhbar.Saya bertaubat.Pengalaman yang sangat indah.Kini setelah 15 tahun dari peristiwa itu,saya ada menyertai satu persilatan dan sya telah tamat.Apanyang berlaku saya dianugerahkan oleh allah beberapa ilmu makrifat seperti silat,berubat dan lainya.Semuanya datang dalam makrifat dan saya berada dalam makrifat tersebut dalam menerima apa2 anugerah.Saya juga ingin mencari lagi dan cara perubatan dan amalan ATAN sentiasa dirindui.

      Padam
  4. asm. saya baru mengenali blog tuan. sangat informatif. terutama kisah TAN. Saya pernah mendapat bimbingan seperti TTC. cuma saya bukan perawat,tetapi secara tak sengaja mengalami perjalan seperti TTC. pernah dibimbing, berjalan sendiri dan membawa orang lain. dalam menjalankan rawatan pernah mengeluarkan 7 helai kain batik secara jarak jauh dari dalam perut. Saya di N9.. pesakit di satu daerah dikelantan. Bukan untuk menunjukkan kehebatan, cuma mengakui tulisan tuan mempunyai kebenaran. dalam menjalani perjalan tersebut pembimbing berpesan "jangan terperangkap dengan hakikat harus terus dalam mmakrifat". Sallam

    BalasPadam