09 Mei 2010

Proses Kreatif Menurut Abraham Maslow

Abraham Maslow yang menyatakan proses kreatif dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu proses kreatif premier dan proses kreatif sekunde. Pada proses kreatif premier ia disebut juga sebagai suatu tahap pemerolehan ilham. Pengembangan ilham berlaku dalam proses kreatif sekunder.

Proses kreatif sekunder amat penting kerana ia bergantung kuat kepada disiplin menulis yang merujuk kepada kerajinan, kesungguhan, kepekaan dan pengorbanan semua aspek. Contohnya proses kreatif As-Syiqaq karya Shahnon Ahmad yang lahir daripada disiplin menulis yang tinggi.

Ketika proses kreatif sekunder berlaku, penulis akan kehilangan masa lampau dan masa depannya, penulis hanya ‘hidup’ dalam detik dan saat itu. Keseluruhan dirinya terendam, leka dan terserap dalam waktu itu. Kemampuan menulis dikatakan kemampuan luar biasa dimana penulis tidak lagi mengenal ruang, masa, hari, masyarakat dan sejarah sekalipun.

Inilah dikatakan Maslow sebagai “the peak experience”” atau disebut oleh Barthes sebagai “”Freedom” yang menjadi ketika penulis mencurahkan segala idea, pemikiran, emosi, riang-hiba, baik-buruk, jaya-gagal, tenang-resah, cinta-benci, dan semuanya menjadi darah daging penulis. Keadaan yang luar biasa ini penulis dikatakan punya rasa berani menjulang-julang, tekanan, masalah reality hidup, malah kesakitan fizikal turut terangkat. Penulis sukakan pertentangan, ketidakbiasaan, gemarkan unsur misteri, misterius dan misterisus serta diluar jangka. Ketika ini apa sahaja lahir daripada kespontanan. Justeru proses seumpama ini mendorong kebanyakan penulis berjaya mengatakan apa yang ditulis oleh mereka adalah diri mereka sendiri. Barthes mengatakan di tahap ini “...it is writer’s ‘thing’, his glory and his prison, it is his solitude yang rujukannya ialah biografikal bukannya historikal penulis.

# Bak kata pepatah Melayu, "Buang yang keruh dan ambil yang jernih."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan