Menurut A. John Hlover berdasarkan bukunya berjudul Becoming a More Creative Person terbitan Prentice-Hall tahun 1980 menghuraikan kreatif sebagai sesuatu yang luar biasa dan mestilah aneh. Ia mesti berbeza dan tidak dapat dijangkakan. Keanehan iitu sendiri menjadi intipati kepada kompenan penciptaan kreativiti. Kreativiti juga diterangkan sebagai sesuatu yang mestilah berguna atau dapat digunakan. Maksud berguna ini merujuk kepada aspek yang dapat dipakai dan dapat memberikan pengajaran serta terasa nikmat estetik apabila dibaca atau didengar atau dilihat. Kemudian Hlover menerangkan pula berkenaan tingkah laku kreatif dan hasil kreatif itu dinilai pada tiga peringkat yang berbeza. Peringkat pertama pada peringkat peribadi;kedua peringkat kumpuln sebaya dan ketiga peringkat masyarakat. Pengkaji membuat penambahan pula, iaitu satu peringkat yang lebih tinggi (atau paling tinggi?) yang perlu dirujuk ialah peringkat Allah.
Dalam peringkat peribadi, tingkah laku kreatif atau hasil kreatif dinilai oleh pencipta itu sendiri. Pencipta (creator) akan menilai sama ada tingkah laku atau hasil kreatifnya itu aneh dan berguna atau tidak bagi dirinya sendiri. Sesudah pencipta melepasi peringkat saling menyoal diri sendiri ini, maka pencipta yang dihubungkan dengan penulis kreatif akan mengambil keputusan sama ada mahu mendedahkan hasil kreatifnya ataupun tidak. Dalam konteks penulisan kreatif, pencipta akan menentukan sama ada mahu mengirim kepada penerbit akan hasil tulisan kreatifnya ataupun tidak.
Pada peringkat kumpulan sebaya tingkah laku kreatif atau hasil kreatif akan dirujuk kepada rakan sebaya, sahabat, saudara mara, adik beradik atau kawanan penulis itu sendiri. Lebih kerap hasil kreatif itu berbeza dengan hasil kreatif kumpulan sebaya yang menjadi rujukan penilaian hasil kreatifnya maka semakin tinggilah pula nilai kreativiti pencipta atau penulis. Jika karya kreatif itu berbea dengan kumpulan rujukan maka peluang ia diterima sebagai aneh dan berguna diperingkat lebih tinggi adalah cerah. Namun jika karya kreatif itu tidak memberikan sesuatu yang berguna dan tidak meninggalkan kesan keanehan maka lebih baik karya kreatif itu dirujuk semula.
Pada peringkat seterusnya ialah peringkat masyarakat. Pada peringkat ini sifat penilaiannya adalah abtsrak. Hal ini kerana penilaiannya akan jadi lebih subjektif dan lebih sukar dinilai tahap kreativitinya.
Pada peringkat rujukan tertinggi ialah peringkat Allah. Rujukan ini paling unik kerana ia menuntut pencipta atau penulis kreatif untuk menerima penilaian karya itu bukan sahaja dinilai oleh pperibadi, rakan sebaya dna masyarakat sahaja tetapi juga melihat kepada penilaian Allah Ta’ala. Contoh, tingkah laku kreatif berbogel atau hari berbogel sedunia merupakan tingkah laku kreatif yang mempunyai ciri aneh dan mungkin juga berguna kepada segelintir masyarakat.
Namun demikian keanehan dan kegunaan tersebut bertentangan dengan penilaian Allah yang telah menentukan peraturan ketuhanan yang melarang manusia melakukan perbuatan yang melanggar fitrahnya sendiri. Rumus bahawa sekiranya penulis mengisi tuntutan kreatif di peringkat Allah sebagai rujukan tertinggi dan muktamad maka dengan sendirinya karya kreatif dianggap sebagai karya kreatif yang bermutu tinggi.
Permasalahan timbul apabila lahirnya pertanyaan adakah sesuatu tingkah laku atau hasil kreatif dapat dianggap kreatif hanya dengan memenuhi tuntutan 4 peringkat rujukan tersebut? Menurut Hlover bagi menjawab persoalan tersebut. Hlover mengemukakan empat kompenan tingkah laku atau hasil kreatif yang disenaraikan sebagai, fluency, flexibility, elaboration dan originality. Walaubagaimanapun Hlover berpendangan empat kompenan yang dikemukakan itu bukanlah suatu yang sempurna untuk dijadikan kriteria bagi semua genre karya kreatif.
Keempat-empat kompenan kreativiti ini dengan daya kreativiti untuk merujuk kepada hasil kreatif susastera. Secara analogisnya dapat difahami sebagaimana berikut: Fluency=kelancaran yakni jumlah idea atau jumlah karya yang dihasilkan. Flexibility=fleksibiliti atau keanjalan yakni jumlah kepelbagain idea atau kepelbagaian bentuk dan teknik karya yang dikembangkan). Elaboration=huraian yakni kedalaman idea atau keindahan karya. Originality=keaslian yakni keanehan atau secara statistic, idea atau karya itu tidak berulang-ulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan