28 Januari 2010

TUGASAN KURSUS FALSAFAH

Salam sejahtera.

Sebagaimana yang saya beritahu pelajar sekalian di dalam kelas Selasa lepas, saya akan memberikan tugasan baharu dalam blog saya dan pelajar hendaklah sentiasa sedar dalam hal ini dengan sentiasa merujuk blog saya agar tidak ketinggalan.

Soalan yang saya berikan di dalam kelas dahulu ialah:

1.Bincangkan pemerolehan ilmu melalui perkara berikut:

Sekolah
Bapa
Kematian
Kiamat

Ini adalah soalan ke-2.

2. Huraikan secara ringkas bagaimanakah perkara berikut berfungsi untuk ahli falsafah:

a)Pancaindera-Akal-Intuisi-Ilham

b)Laporan

Sila ambil perhatian soalan ke-2 ini mestilah dihantar bersama dengan tugasan soalan pertama selewat-lewatnya pada hari Selasa pada 3 Februari 2010.

Tugasan adalah:

-Bertaip Arial/Roman 12.
-Jarak double spacing
-Ada perenggan
-Perenggan itu ada isi utama, huraian dan contoh
-Kepanjangan bergantung kepada kehendak soalan

PERHATIAN!!!

Kegagalan mengirim TUGASAN kepada saya pada tarikh berkenaan akan menjejaskan pemarkahan insaniah dan juga penilaian tutorial saudara saudari.

Oleh itu bagi pelajar saya sekelian, bagi yang sudah berkunjung ke sini hendaklah mewar-warkan kepada rakan saudara/i akan makluman terbaharu ini.

TIADA alasan saya mahu dengar kerana saya sudah memaklumkan kepada saudara/i sebelum ini di dalam kelas.

MAKLUMAN ini kepada pelajar kelas Falsafah pada hari Selasa, 2-3 petang dan 3-4 petang. Tugasan personal ini adalah diwajibkan dan tiada pengecualian.

Saya akan sentiasa mengemaskinikan makluman terbaharu seperti cara menjawab dan juga dapatan2 saya yang lain.

Sebarang pertanyaan boleh ditulis terus ke kotak komen.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan