Semasa di malam Puisi Pena-Aswara III saya ditegur oleh saudara Zarif Tutor di UPM, katanya "Bila hendak kemaskinikan blog?Asyik sungai dan puteri mandi saja!"
Saya senyum saja mempamerkan gusi tidak berpagar. Insya Allah esok saya akan buat pendakap gigi baharu, Yang lama sudah rosak dan hilang entah kemana,
Sejak saya mendapat kereta baharu, saya memandu ke sana kesini. Terakhir paling jauh ialah Banting, menghadiri kenduri kahwin kakak Liza.
Dan kereta itu lebih banyak saya gunakan untuk ke tempat kerja ke UM dan ke masjid2. Itu antara sebab utama saya mahu membeli kereta. Syukur, semoga Personaku ini terus redha bersamaku ke tempat2 yang tidak popular itu,
Bukan bermakna saya tdk ke tempat lain. Saya ingat masa ke Putrajaya ke rumah Nisa dan Shahril.Menghadiri kenduri doa selamat rumah baharuny di Presint 14. Semasa pulang dari Putrajaya menuju ke Bukit Beruntung iaitu rumah emak saya, di suatu selekoh dekat Cheras saya hampir menyodok belakang sebuah lori pikap sarat tong gas masak. Geramnya saya Alah saja yang tahu. Bayangkan jalan sesibuk itu, selekoh pula itu, lori itu boleh bergerak terlalu amat perlahan dan menghimpit ke kanan jalan. Dan kalaulah lori itu laju tak apa, tetapi pemandunya macam baru lepas sekolah memandu!Bila saya hon lori itu terus lagi slow hampir berhenti dan saya mujur saya cepat bila melihat sebelah kanan kosong saya terus mengilas stering kekanan dengan terus menekan hon.Pemandu itu angkat tangan memohon maaf saya menunjuk buku lima.
Baiklah, kita tinggalkan hal itu. Tentang tutorail tadi saya menyentuh bab wit dan humor dalam SM. Wit juga adalah humor tetapi wit adalahh humor yang bersifat intelektual, tajam, sinis, mengandungi maksud tersirat dan juga ringkas namun kadangkala pedih. Wit bukan lawak bodoh tetapi lawak cerdik.
Dalam SM banyak peristiwa mengandungi unsur wit ini. Azan maghrib sudah berbunyi. Insya Allah saya akan sambung perbicaraan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan