12 Oktober 2010

Kejahilan Seorang Ustaz dan Doa Jarak Jauh

Salam sejahtera.
Baru-baru ini saya mendengar kuliah subuh, seorang ustaz yang mana kuliah itu dihadiri oleh puluhan jemaah. Saya mendebengkan telinga mendengar ceramah agamanya.
Kuliah itu dihangatkan dengan nadas suaranya yang tinggi, tegas dan kuat.
Mulanya agak menarik namun apabila dia masuk pada bab menyatakan (macam mengaji kitab turath pula)

"Ada orang Melayu kita, bila dekat musim peperiksaan saja ramailah hantar anak kepada tok-tok bomoh buat penerang hati. Tok bomoh pun peganglah kepala budak tersebut sambil terkumat kamit hembus kepalanya. Kalau tok bomoh nampak sampul duit kat tangan ibu bapa budak tersebut doanya jadi panjang sedikit. Siap pegang-pegang kepala, hembus-hembus. Kalau tak ada sampul 'doanya' pendek sahaja tak payah pegang kepala, hembus-hembus kepala. Lihatlah betapa mudahnya orang kita syirik kepada tok bomoh."

Begitulah mahfum ustaz yang senang sahaja bercakap demikian di dalam masjid. Saya mengeleng-ngelengkan kepala. Dan bangun selepas itu. Ada para jemaah mengerling saya. Saya boleh berdepan dengan berbincang dengan orang jahil tetapi saya tidak boleh mendengar orang jahil berada di tempat yang 'dimuliakan' untuk bercakap sesuatu perkara yang dia sendiri tidak faham hakikat apa yang dituturkannya itu. Apakah ustaz tersebut tidak menyedari terdapat sejumlah hadis menyebutkan kaedah perubatan nabawi yang mana nabi menggunakan telapak tangannya untuk mengusap kepala pesakit sambil membacakan doa dan ayat Al Quran  tertentu lalu dihembuskan ke dahi/ubun-ubun?Malah ada juga yang sesudah dibacakan demikian, peskait itu TERUS SAHAJA sembuh daripada sakitnya yang sudah lama?

Bayi Menangis

Sudah agak lama saya mendengar bayi jiran sebelah menangis. Senja, petang, malam, awal pagi. Suatu malam lepas isyak saya baharu pulang dari masjid, saya ke bilik stor belakang dna terdengarlah suara bayi tersebut. Saya terus buat doa jarak jauh dan alhamdluillah seketika kemudian tangisannya berhenti. Suara ibu bapanya juga macam terkejut apabila melihat anaknya berhenti menangis. Sepatutnya ibubapanya bersyukur kepada Allah dan sentiasa menghadapkan wajah mereka kepada Allah, yang memberi melalui makhluk ciptaaNya...Jadi terbukti juga hadis nabi, doa seorang saudara kepada saudara yang lain tanpa diketahuinya adalah doa yang tidak tertolak (pasti makbul).

2 ulasan:

  1. Zaman sekarang terdapat ramai ahli agama yang hanya sedap bercakap , tetapi tidak berilmu... Ramai yang bersangka buruk terhadap orang lain.

    zaman sekarang juga terdapat orang yang berilmu , tetapi tidak menyebarkan ilmunya.

    zaman sekarang juga terdapat ramai yang berjiwa agama tetapi tidak amanah

    BalasPadam
  2. Zaman ini ada juga yang menunjuk2 bertapa hebatnya ilmu sehingga dia bersikap sombong.

    BalasPadam