Ramdhan menginjak ke ke angka 17.
Lagi 3 Hari berakhirnya Bahagian Kedua Ramdhan yakni Pengampunan Dosa.
Bahagian Ke-3 atau Terakhir bakal muncul. Yakni Pembebeasan drp Api Neraka dan Keredhaan Allah.
Bukanlah maksud nabi bahawa pada 10 malam akhir itu tiada rahmat tiada ampun dosa.
Sesungguhnya rahmat Allah-pada bahagian pertama ramadhan yakni 1-10 Ramdhan- Bahagian kedua yakni ampun dosa dan bahagian ketiga redha-sentiasa wujud dalam semua hari ramadhan smapailah luar ramadhan.
Cuma bezanya ia dilebihkan.
Dan sudha tentu satu malam dinamakan malam al qadr merupakan malam yg dinanti2 oleh hamba Allah yg banyak dosanya sampailah kepada waliyullah kerana ketika itu peluang melipatgandakan amal amat tinggi sekali nilainya.
Melatih lah diri mulai sekarang utk biasakan diri bersolat tahajud. Biasakan diri. Kalau boleh bangun sahur jam 4 pagi maka sudha tentu boleh bangun awal sedikit atau yg sudah membeli makanan itu boleh peruntukkan 5-30 minit utk bertahajud berzikir dgn Al Quran ataupun zikir lain.
Maka amal ibadat yg dibiasakan itu insya Allah akan berterusan sehingga antara sedar atau tidak kita tiba di malam al qadr.
Adus alngkah beruntungnya kita bila kita tiba di malam al qadr dan kita dapat bermusyadah pula kpd Allah pada malam tersebut.
Jibril menyampaikan salam. Alloh melimpah rahmat dan ampun yg tiada terkira hitungnya. Semua para malaikat turun ke bumi dan mereka melebarkan sayap yg tdk terkira besarnya itu untuk menghitung amalan anak Adam pada malam etrsebut.
Oleh kerana banyaknya yg dicatit pahala yg ditulis pada BUKU AMAL maka memanglah malam itu puncak segala malam-temasya cinta yg sentosa membawa ke fajar menjelang.
Allah menerangkan dgn ringkas sahaja dalam surah al qadr tentang malam ini.
Namun musyahadah bagi yg mendapatinya, iabadat yg mengerjakan baginya malam itu Allah sahaja yg maha tahu betapa cemerlang hati insan ketika itu.
Tidak dapat digambarkan kata2.
Ayuh, bukannya susah hendak menjumapianya hanya diperluakn seidkit usaha dan tekad. Namun bila sudah memperolehinya jgnlah pula dijejerkan kpd orang-rahsia-bertujuan elakkan fitnah dan elakkan salah faham elakkan ujub dan riyak.
Semoga kita dirahmatid an menjumpai malam tersebut. Ingatlah kita usaha dan berserah tawakal kpd ALlah agar menjumpai malam tersebut. Kerana
TIADA DAYA MELAKUKAN TAAT TIADA DAYA MENJAUHKAN MAKSIAT MELIANKAN DGN PERTOLONGAN ALLAH TA'ALA SEMATA2.
SALAM KASIH RAMADHAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan