Memaparkan catatan dengan label Tok Awang Ngah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tok Awang Ngah. Papar semua catatan

21 Julai 2012

Siapa dia Tok Awang Ngah

Salam sejahtera. Saya berhajat untuk bertemu saudara Tanpa Nama yang memberikan komen dalam siri penulisan berkaitan TAN dalam blog ini. Ini komennya :


Tanpa Nama telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Mengenang Tok Awang Ngah dan Ketokohannya 2 " anda: 

Salam Saudara Ali...agak2 kul brp sampai di Sban pd sabtu 2 Jun nie.

TTC 
...
Jika saudara berada di Seremban sila maklumkan terus kepada saya untuk bertemu jika berkesempatan pada setiap masa dan waktu. Saya benar-benar berhajat untuk bertemu murid TAN atau yang pernah berdamping dengannya semasa hidup.

No telefon saya ialah : 0176601490. Mohon sms pun memadai untuk saya hubungi semula.

Ingatlah, bukan yang terdekat tapi yang jauh bukannya yang zahir semata tapi yang tersembunyi dan batin. Semua ini perlu direnungkan dengan akal yang panjang bukannya singkat. Tajam dan mendalam. Saya mohon Tanpa Nama dapat menyatakan kesudiannya, kalau saya ke rumah Tanpa Nama pun tak mengapa asalkan kita dapat bersua untuk berkongsi cerita tentang siapa Tok Awang Ngah ini. Ini sebagai salah satu usaha mengenang jasanya kepada masyarakat memandangkan buku beliau pun mendapat sambutan sejak dahulu hingga kini diulang cetak.

Tentu ada sesuatu yang dapat dikongsi kepada khalayak umum yang semakin jauh dari persona orang seperti TAN ini.

Salam ramadhan.

Al-Fatihah kepada Tok Awang Ngah penulis Siri Berkelahi Dengan Syaitan semoga Allah mengampunkan dosanya, mencucuri rahmatnya, memeliharanya daripada azab siksa, tergolong bersama para solehin dan awliyaknya. Semoga kaum keluarganya dan murid-muridnya yang masih hidup dan meninggal dunia pun mendapat rahmat bahagia hidayat selamat dunia akhirat amin ya rabbal alamin. 

26 Mei 2012

Mengenang Tok Awang Ngah dan Ketokohannya 4

Salam sejahtera. Ilmu perubatan secara tidur dengan kembaraan roh bukanlah perkara baharu sebenarnya. Tetapi kalau kita nak katakan siapakah yang menguasai tekniknya dan hikmahnya tak ramai kita boleh tunjuk. Tok Awang Ngah antara yang paling berjaya sebenarnya dalam pengamalan ilmu sebegini. Tok Awang Ngah bukan sahaja berjaya semasa tidur malah berjaya dengan hanya melalui tafakur sahaja. Inilah rahsia tafakur yang barangkali tidak diketahui secara mendalam oleh kita walhal tafakur itu sendiri adalah sangat dianjurkan dalam agama kita. Saya sendiri sudah beberapa kali secara tidur merawat beberapa pesakit, sama ada saya kenal atau tidak. Mimpi itu bukannya mimpi merepek tetapi lengkap hujung pangkalnya dan saya tahu dengan terang sekali bagaimana saya merawat pesakit dalam mimpi saya. Pos sebelum ini menyatakan penguasaan ilmu roh atau kenal diri oleh Tok Awang Ngah memang itulah jawapan terhadap kemampuan yang dimilikinya selama ini. Ada dikalangan kita hendak ilmu macam TAN tetapi tidak mengusul diri maka bagaimana nak tahu ilmu yang sejak azali ada pada kita ini? Kita kenal diri kita setakat jasad, anggota badan dan akal fikiran sahaja tak lebih daripada itu. Walhal diri kita sempurna zahir dan batin. Renung-renungkanlah. Sebab itu dalam satu buku TAN yang terawal Jilid 4 (ada dalam kereta saya, lupa pula nak membawanya naik ke atas) ada menceritakan bagaimana TAN menidurkan orang lain dan membawa roh orang itu menembusi alam ghaib. Inilah persoalan yang mungkin membingitkan jika sampai terbaca oleh golongan yang hanya berhenti pada cerapan pancaindera dan nalar logika. Tetapi di sana ilmu roh atau kenal diri bukanlah ilmu batin yang berada di luar daripada Islam. Tetapi ia berada dalam wilayah kesyumulan agama Islam itu sendiri. Orang sekarang kenal Islam pada nama dan masjid. Lagi banyak masjid maka Islamlah kita walhal banyak atau sedikit masjid bukanlah perkiraan besar melainkan keutuhan iman dan penyertaan anak kariah memakmurkan masjid itulah yang patut dijadikan keutamaan. TAN akan terus menjadi lagenda dalam cerita seram negara kita dan saya syorkan cerita TAN ini dibukukan dalam koleksi yang lebih baik kulit buku dan kualiti kertasnya. Dijilid tebal. Sebenarnya di sana masih banyak lagi orang kita yang tahu ilmu yang diluar arus perdana ini. Bukan menjadi suatu keanehan pun.

16 Mei 2012

Mengenang Ketokohan Tok Awang Ngah 3

Nampaknya komentar terhadap entri Mengenang Tok Awang Ngah dan Ketokohannya 1 dan Mengenang Tok Awang Ngah dan Ketokohannya 2 mengujakan saya. Walau tanpa nama tapi komen yang dibuat antaranya yang menyatakan sebagai anak kepada TAN dan murid kepada anak murid TAN sangat menarik. Apatah lagi dipetik kata-kata hanya jauhari mengenal manikam dan juga tentang ROH.
            Jadi tidak bersalahan lagi saya ingin menegaskan ilmu tentang roh sememangnya amat sedikit tetapi dalam sedikit itulah ada hakikat kepada penyaksian Allah Yang Maha Esa. Saya berani memperkatakan demikian.
            Masakan tidak kalau bukan kerana bukan kerana Allah yang Maha Esa lagi Berkuasa mencipta pelbagai alam ghaib dan menghembuskan ROH ke jasad Adam! Maaf saya bukan nak berdebat. Kalau setakat berdebat menggunakan pendapat itu masih ditakuk mana. Penyaksian itu di takuk mana. Hah, silalah kaji kalau berani!!!
           Sudah tentu kita biasa mendengar turutan ini, syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Apa yang disentuh tentang alam roh dan kembaraan roh merentasi alam demi alam dan juga pengalaman pengembaraan roh dalam Siri Berkelahi Dengan Syaitan bukannnya syiah. Bukannya ajaran sesat. Saya membaca buku Abdul Fatah Haroun sampai yang terkini tentang akidah dan buku terbitan DBP itu sudah cukup menjelaskan kekeliruan Abdul Fatah Haroun yang memukul lambak dan menghukum sesat.
           Siapa Tok Awang Ngah sebenarnya?
          Syukur masih berpeluang lagi kita menghirup udaraNya. Semoga kita sentiasa mendapat limpahan anugerahNya. Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang Tok Awang Ngah. Siapakah Tok Awang Ngah? Beliau ialah Allahyarham penulis dan sasterawan Negeri Sembilan bernama samaran Dharmala NS. Manakala nama sebenarnya ialah Abdul Muluk Daud. Blog ini menyatakan Abdul Muluk Daud atau Dharmala NS ialah Tok Awang Ngah penulis buku seram atau novel seram popular berjudul Siri Berkelahi Dengan Syaitan (SBDS). Sebelum itu saya saya diemailkan oleh anggota keluarga allahyarham Dharmala NS yang menafikan maklumat tersebut selepas saya menulis beberapa entri berkaitan Tok Awang Ngah antaranya boleh rujuk di sini. Blog wanmus dalam rujukan pertama di atas berlapik-lapik apabila menyebutkan bagi menjaga hati anggota keluarga Dharmala NS. Tidak dinyatakan pula kenapa tidak diterangkan lebih mendalam identiti Tok Awang Ngah mengikut penyiasatan wanmus. Dalam sumber ini dinyatakan Tok Awang Ngah ialah Abdul Latip bin Ahmad. Dan sumber tersebut juga tiada rujukan yang kuat bagi membuktikan kebenaran dakwaannya.
          Saya fikir kalau pembaca berminat untuk mencari boleh merujuk kepada anggota keluarga Allahyarham Tan Sri A. Samad Idris kerana beliau juga adalah Mamak Bandaro , mamak kepada Tok Awang Ngah yang mempunyai kebolehan ilmu sama dengan TAN. Orang-orang lama Nasrul Haq juga boleh dirujuk untuk mendapatkan cerita lama. Sebenarnya masih banyak cerita lama 'orang-orang pandai' yang belum kita generasi muda ini ketahui. Manalah tahu dalam cerita mereka ada pengajaran buat kita generasi gajet ini. Apakah kita mahukan generasi yang hanya suka menekan punat, bermain permainan digital, mengadap tv, atau melayari internet dan berhiburan tanpa mengenali susuk peribadi bangsanya sendiri. Berikut sebahagian buku seram atau novel seram TAN yang masih belum terusik oleh pengkaji sastera mana pun. Kita juga pelik dunia sastera kita sangat terkongkong agaknya sarjana sastera kita terlalu malu untuk mengkaji novel seram ini kerana bagi mereka tahyul dan khurafat. Janganlah menuduh sebarangan kalau belum meneliti dan membaca dahulu. Bacalah dahulu baru tahu. Kalau kita boleh menerima Barat sebagai dalil kajian akademik kita kenapa sumber kita sendiri kita pejamkan mata...
          Antara buku, karya, novel seram yang saya miliki , hasil penulisan Tok Awang Ngah. Buku ini mengajar saya sesuatu tentang kebesaran Allah sehinggalah menjadikan hidup yang saya rasakan kini amat bermakna. Alhamdulillah. Hidayah boleh datang dari pelbagai arah dan cara. Adakah kita mahu sedar atau mahu terus suka dibuai dunia yang sementara?Aduhai.  TAN adalah saudara saya, saudara kalian juga, bersama-sama kita mengenangnya. Ilustrasi buku hanya umpan semata tetapi isi kandungnya mendewasakan saya sebagai seorang pembaca. Jika saya meletakkan diri saya sebagai seorang anak muda yang lahir dalam tahun 90-an sehingga kini boleh saya katakan karyanya ini memberikan inspirasi kepada saya dalam banyak hal bahkan tidak salah dikatakan 'menguatkan keyakinan' saya terhadap kekuasaan Allah dan begitu luas dan misteriusnya alam ini.

Marilah menyuluh diri agar segala rahsia terbuka sendiri.

07 September 2010

Membersihkan Diri Daripada Energi Negatif

Makna membersihkan diri memberikan dua maksud:
-membersihkan diri daripada hadas besar dan hadas kecil
-membersihkan hati

Maksud bagi membersihkan diri daripada energi negatif tergabung dalam dua pengertian sekaligus malah lebih mendalam lagi menuju kepada rohaniah.

Jika berwuduk alatnya ialah air. Pembersihan hati pula memerlukan zikir yang diawali dengan istighfar.

Energi Negatif

Energi bermaksud tenaga dan perbahasannya sangat meluas dalam bidang pengajian ilmu metafizik. Bagi memudahkan pemahaman energi negatif ialah segala unsur kotor sama ada najis yang dapat dilihat dengan mata kasar dan juga yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar hanya dapat dilihat melalui mata hati.

Dalam pengajian ilmu metafizik, energi negatif merangkumi unsur gangguan makhluk halus, mainan sihir, emosi yang negatif, keadaan mental yang bercelaru dan tabiat diri yang negatif seperti malas, bersangka buruk, hasad, fasad, meninggalkan solat, menonton bahan pornografi, pemarah, pembangkang, bengkeng dll.

Saya mempunyai beberapa pengalaman melakukan proses pembersihan energi negatif terhadap beberapa orang hamba Allah. Yang pertama ialah 4 tahun lepas, sewaktu saya masih belajar di universiti. Saya melakukan pembersihan dirinya dan dalam hitungan minit dengan izin Allah, energi negatif tersebut keluar daripada tubuh melalui kepalanya dalam bentuk asap hitam nipis. Kawan saya itu menuntut ilmu dari sebuah pusat pengajian metafizik terkenal suatu ketika dahulu dan kini merudum sehingga laman websitenya sudah 'ghaib'.

Dalam silibus pengajian ilmu kebatinan tersebut terdapat beberapa ayat dan jampi mantera yang tidak difahami maksudnya dan menyeru selain daripada Allah.

Walaupumn jampi mantera dan jampi termasuk dalam kategori ilmu metafizik, ia tidak termasuk dalam metafizik Islam. Maksudnya ilmu metafizik yang selari dan bersumberkan daripada agama Islam atau ajaran tasawuf itu sendiri sebagaimana yang disentuh oleh Prof Muhammad Naquib Alatas dalam karya-karyanya melalui percontohan terhadap karya mistik dan metafizik Hamzah Fansuri.

Cuma bidang Hamzah Fansuri menjurus kepada penulisan metafizik berlandaskan pengajian ilmu hakikat dan sirr dan pengalaman menjalaninya. Sementelahan yang saya maksudkan dalam entri ini ialah ilmu metafizik dalam cabang ilmu perubatan yang tiada kurang penting kedudukannya dalam agama Islam.

Demam dan Terbaring

Baru-baru ini saya dikunjungi oleh seorang sahabat yang telah menerima ijazah ilmu daripada pelbagai orang namun TIADA satu amalan pun yang lekat atau tetap diamalkannya. Saya menerangkan kepadanya bahawa setiap ilmu ada hakikatnya. Bagi mendapat hakikat sesuatu ilmu haruslah beramal dan melalaui pengalaman pengamalan ilmu tersebut. Ini bukan bermaksud dalam konteks ilmu perbomohan.

Terdapat Ustaz Muda yang bertindak sebagai Tuhan dan Pemilik Agama apabila sewenang-wenangnya mengatakan "kita mengaku kewujudan aura namun apabila ia berlebih-lebih kepada perihal ajaib maka ia nyata ditolak oleh Islam." Soalnya ialah siapa Tuhan?Apakah dia adalah Tuhan bagi menentukan sesuatu perkara tersebut ditolak atau diterima Islam?

Sungguh aneh sikap tersebut bagi seorang mukmin kerana mukmin sejati sifatnya mengaji dan mengkaji serta bersuri kepada yang ahli bukannya semberono pukul lambak lalu menghukum dalam beberapa baris ayat yang kononnya ilmiah dan bersifat membela agama Islam itu.

Bagi mendapatkan sesuatu ilmu, maka dekatinya terlebih dahulu dan sabar untuk memahaminya serta selalu 'pulangkan' kepada Allah akan sesuatu yang diluar akal fikiran atau diluar kotak pengetahuannya sendiri.

Berbalik kepada pengalaman saya, melakukan ikhtiar pembersihan energi negatif terhadap sahabat saya itu, saya tidak melalukan apa-apa sentuhan pun. Dia hanya datang dan berbual dengan saya. Sambil berbual saya niatkan sahaja, dan memang reaksi daripada itu dia merasai suatu arus elektrik mengalir halus dalam tubuhnya dan menangkap kepala.

Kepala bukan sekadar menyimpan otak tetapi pusat kawalan pemikiran saraf dan minda manusia. Ia bagaikan dinamo yang menghasilkan jutaan kilowat tenaga elektrik yang mempunyai pertalian dengan roh manusia pula. Perbualan kami berkisar sewaktu tiga hari sebelumnya di mana saya telah melakukan ikhtiar pemberishan jalur dan nadi tenaga pada tubuhnya. kali pertama sewaktu hampir berbuka puasa.

Saya ambil kesempatan pada waktu tersebut kerana ia waktu mustajab doa. Silalah rujuk hadis nabi berkenaan. Dan pada waktu saya sedang mencari 'baju raya' di pasaraya Sogo. Saya tidka gemar sangar mahu keluar ke tempat begitu tetapi kerana diajak menemani saya gagahkan diri juga pergi. Apabila berada di sana bukan sahaja di SOGO malah di jalan-jalan sekitarnya disesaki dengan gerai ddan limpahan umat Muhammad SAW mencari keperluan berhari raya. Sementera menunggu barang dibayar dikaunter saya tafakur sejenak dan membuka dan membersihkan lagi jalur dan nadi tenaga pada sahabat saya itu secara jarak jauh. Untuk makluman saya bukanlah terpaksa beraksi atau bergerak semacam bomoh dan orang kesurupan. Cukup sekadar niat dan doa kepada Allah dengan bebekalkan keyakinan yang Allah campakkan ke hati saya.

Keyakinan bukan bisa dipelajari dan dilakoni melainkan ia suatu pemberian Allah yang mana tahap keyakinan itu terbahagi kepada empat dan pecahannya pula menjangkau seratus tingkat. :)

Hasil daripada 2 x proses pembersihan tersebut, sahabat saya mengalami reaksi pembersihan dan penyembuhan luar biasa. Dia terlantar, demam, muntah lebih 10x dan terpaksa melalukan zikir sebagaimana saya ajar secara berbaring sahaja. Saya tersenyum sahaja dan mengucapkan syukur kepada Allah.

Apabila dia bertemu saya, saya menerangkan serba ringkas mengapa berlaku demikian. Apabila berdepan dengan saya, saya ikhtiar lagi dan saya buat lagi sehingga skait kepala dan berat pada tubuh hilang sebaliknya diganti dengan rasa segar dan sihat cerah bijik mata kata orang Kedah:). Syukur alhamdulillah.

Walaupun selepas dia pulang sehari kemudian dia merasai hendak 'sakit' semula, dia berzikir dan berdia sebagaimana saya ajar dan Alhamdulillah Allah kabulkan berkat bulan mulia ini dan ia surut semula. Sebenarnya proses pembersihan yang say lakukan ke atasnya belum sempurna.

Oleh kerana dia sendiri belajar dengan berbagai orang yang tiada diketahui yang diterima itu ilmu haq atau ilmu bathil. Yang pasti banyaknya kepada bathil dna bathil itu tidak perlu banyak pun. Macam tahi cica masuk dalam sekawah gulai. takkanlah kita yang nampak tahi cicak seketul masuk dalam sekawah gulai sanggaup makan juga gulai tersebut smabil terbayangkan sifat najis tersebut?Tentu tidak sanggup.

Sepanjang proses pembersihan hanya zikir dan bacaan ayat Al Quran sebagai pemompa energi positif murni yang bersumberkan semata-mata daripada keyakinan yang haq diakses dan dialiri ke tubuh pesakit. jangan fikir ini ajaib dan ini jin setan. Jangan cepat menuduh. Cuba tilik itu nafsu ammarah kamu yang berkata atau roh yang menerima hiadayah Allah yang berkata?Kamu melihat dengan firasat hati orang beriman atau firasat manusia yang masih terkelubung dengan nafsu ammarah?

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin.

:Bagi yang memerlukan boleh menghubungi no telefon saya. Insya Allah setakat mana yang mampu saya membantu sesama insan. Ikhlaskan diri untu mengatasi masalah yang dihadapi jangan mengharapkan perawat SEMATA-MATA perlu ikhlas sehingga ikhlas ditafsirkan TIDAK BOLEH MENENTUKAN UPAH PERKHIDMATAN/MAHAR. Hendak menjemput Ustaz beri ceramah agama pun kena bagi duit upah, hendak belajar agama di mesir pun pakai duit berpuluh ribu. Apatah lagi mengubat sakit yang mana sihat itu lebih bernilai daripada jutaan wang ringgit dan harta benda.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal!:)



30 Ogos 2010

Bersumpah Dengan Syaitan

Petikan di bawah merupakan novel yang diterbitkan oleh Mulya Enterprises hasil karya Tok Awang Ngah. Dalam karya tersebut TAN memperlihatkan beberapa doa, ayat Al Quran, Asma Allah yang digunakan dalam mendepani segala gangguan. TAN juga bersikap terbuka apabila memasukkan sekelian doa daripada watak-watak lainnya juga. Terdapat juga jampi mantera yang turut dirakamkannya namun unsur jampi mentera bukanlah dominan dan seringkali meletakkan kedudukan jampi mentera tersebut tidak berupaya mendepani gangguan. Untuk lebih jelas sila rujuk novel tersebut.



1. “Eh, siapa yang tak kenal Cik Minah, ‘’katanya lantas menekan ibu jari kaki ke tanah, dengan enjin motorsikal yang tidak dimatikannya. Apabila dia mengisarkan tumit sambil membacakan doa : Bismillahi masya-Allah layasuqul hairu illallah, Bismillahi masya-Allah layasriful su-i illallah, Bismillahi masya-Allah makana min-nikmatin faminallah Bismillahi masya-Allah layai bilhasnati illallah, Bismillahi masya-Allah lahaula wala qauwata illa-billah. (ms 7)



2. “ Eh, Cik Minah nak ke mana?” sengaja Haji Mosli mengusiknya dan terus membacakan: Qul-many yunajjikum minzulumatil barriwalbahri tad’ unahu tadharru ‘auhufyatan la-in anjana min hazihi lanaku nan-na minasy syahirin. (ms 7)



3. Setelah Aki Tajan menurunkan semula tangannya saya meletakkan tapak tangan ke dadanya lantas membacakan: Wa-indahu mafati-hulghaibi laya’lamuha illahuwa waya’lamu mafilbarri walbahri, wamatasqutumin waraqatin illaya’ lamuha wala habbatin fi-zulumatil ardhi wala ratbin wala yabirin illa fi-kitabin mubin. (ms 19)



4. Setelah keadaan lelaki hodoh itu berdegil, Ulung Mail lantas membacakan doa: Kaf ha ya a’in, sad, ha mim a’in sim kaf, Ya kafi ya syafi ya mu’afi, in-nahu minas Sulaiman wa-innahu Bismillahhir pRahmannir Rahim. Kemudian dia menggenggam pasir terus dilontantarkan ke arah perdu pokok leban itu. (ms 31)



5. Di tengah asap dan bau hangit itu, Ulung Mail menyeru “ Assalamualaikum datuk petala guru, sehabis-habis sampai ke mambang, engkau bertiga saudara, berempat bersama aku, aku menyuruh aku menyeraya, lindungkan aku daripada puaka kayu leban ini. (ms 33)



6. Sambil menekankan lada hitam itu ke ibu jari kaki Marliah, dia memejamkan mata membacakan jampi serapah: Songsang tapak songsang hati jantung engkau, Patah sendi patah layang patah alih-alih, ambil besi petuaaan pemarak hati jantung hempedu rawan engkau, dating terlentang pulang kau menangkup, junjung lama engkau balik, aku tahu asal engkau jadi, orang berlaki, tujuh asal kau jadi, kabulkan aku menangkal Marilah terkena pelesit, berkat Laillahha illallah, hu...(ms 64)



7. “Lepaskan dia Ngah Endut, biar dia rasakan ayat-ayat Allah,” ujar Mat Deh menyuruh Ngah Endut berundur. Kemudian dia membacakan: Alif Lam Mim Sad, Kaf Ha Ya A’in Sad, Ha Mim A’in Sim Kaf, Uskun aiyuhalwaji’ billazi, inyayasyayuskinir riha fayazlalna rawakida ‘ala zahrihi, in-na fi-zalika la-ayatinlalikulli sabbarin syakur. (ms 77)



8. Perempuan tua yang terputus badannya itu tidak mengangkat muka mahu memandang Mat Deh di sebalik kilauan cahaya tersebut. Kemudian Mat Deh terus membacakan: Huwallahhullazi lailala illahuwa ‘alimul ghaibi wasy-syahadati huwarrahmannur rahim, tiba-tiba bumi bergoncang menyebabkan perempuan tua kurus yang badan terputus dua terlampung bagaikan beras ditampi di dalam nyiru. Dia semakin takut hingga terkial-kial mahu melarikan diri. (ms 78)



9. Disebabkan saya tidak mahu melayani perempuan muda yang melekat pada dinding itu terus saya bacakan doa : Wa’-indahu mafatihul ghaibi laya’lamuha illa-hu-wa, waya’lamu mafil barri walahri, wama tasqutu minwaraqatin illa ya’ lamuha wala habbatin fi-zulumatil ‘ardhi walaratbinwwalaya birin illa fi-kitabin mubin. (ms 99)



10. Setelah keadaannya terlekat di situ tidak dapat melepaskan diri saya terus mengisar tapak tangan dengan membcakan: Huwallazi yuri-kumul barqa khau-fanw watama ‘anw wayunsyi us-sahabas thiqala, dan diulangi tiga kali menyebabkan perempuan muda itu meronta-ronta mahu lepeskan diri.(ms 100)



11. Ulung Mahadar berdiri di muka pintu dengan mendepang tangan lantas membacakan doa : In-nahu minas Sulaimanni wa-in-nahu bismillahhirRahmaniir Rahim, dan di ulangi tujuh kali. Kemudian dihembuskannya di tengah kegelapan malam bersama deru angin yang bergetar.(ms 116)



12. Lama dia menunggu dengan tabah di muka pintu serambi, barulah Ulung Mahadar mengisar tapak tangannya dan membacakan doa : Ya Allah-hu Ya Rahman Ya Rahim, Ya Hayyun Ya Qayyum, Ya Zal-jalal wal-ikram, Ya ahlat taqwa wa-ahlal mughfirati, ya zikriz zakirina, tub ‘a laiya taubatan nasohan wazidni bifadli rahmatika nurau wa-wudhuhan ya arhamar rahimin, dan diulangi limakali (ms116)



13. Tetapi Ulung Mahadar bukan sekadar berdiri memerhati kegelapan malam. Dia semakin yakin dengan kemampuannya. Perlahan-lahan dia mendepangkan semula tangan, lantas membacakan : Yu-hibbu nahum kahubillahi, wallazi-na a-manu asyaddu hubban lillahi, zui-yina linnasi hubbusy syahawati minnan nisa-i walbanina wal-qunatiril muqhantha-rah (ms117)



14. “ Kalau Allah nak melakukan, jangan kata manusia berkepala anjing, lebih daripada itu pun boleh,” lantas Lebai Minin mengingatkan apakah lelaki muda berjubah putih itu terkeil-kebil mata. Kemudian perlahan dia menyebut ayat 59 daripada surat al-Anaam: Wa-‘indahu mafa-tihul ghaibi laya’la muha illa-huwa, wa-ya’lamu mafibarri walbahri, wama tas-qutu minw waraqa-tin illa ya’lamuha wala habbatin zulu-matil ardhi walara-tbinw walaya birin illa-fi kitabin mubin. (ms137)



15. Lama mereka terdiam barulah lelaki muda berjubah putih itu bersuara lembut menuturkan : Qulmany yunajji-kum min zulumatil barri-walbahri tad’unahu tadharru ‘anw wakhufyatan la-‘in anjana min hazihi lanaku nanna minasy syakirin (ms 138)



16. Ditengah kegelapan itu Ulung Mahadar membacakan : Hasbiallahhu la-ilaha-illahuwa ‘alaihi tawakkaltu wahuwarabbul ‘arsyil ‘azim, di ulanginya tiga kali.(ms 156)



17. Ulung Mahadar lantas berdoa: Qul-man rabbus sama-wati wal’ardh, quli-llahhu qul apat-tahaz tum-min du-nihi auliya-a layam-likun li-anfusihim naf’anw waladharra, qul-hal yastawil ‘amya walbasiru, am-hal tastawiz zu-lumatu wan-nur, am ja’alu lillahhi syu-raka-a khalaqu ka-khalaihi fatasabahal khalaqu ‘alaihim, qulillahhu khaliqu kulli syai-inw wahu-wal wahidul-qahar (ms 156)







16 Ogos 2010

Pengalaman Pengunjung Blog Tentang Tok Awang Ngah

Salam tuan rumah, tertarik dgn post ini

,http://aliatan.blogspot.com/2010/07/terawanganmeragasukmaperawat-islam-dan.html

Saya pernah cuba teknik & petua yg sy baca dlm buku T.A.N.,"Berkelahi Dgn Syaitan", semasa menerawang dan menjadi. Saya boleh menerawang 'sementara' lbh 15 tahun dulu, krn waktu itu saya terkena penyakit sihir, kerap mengantuk & mimpi saya dipaksa dibawa melayang ke suatu tempat (tempat pensihir agaknya) dan disana saya disiksa/dipukul/dilemas/dibakar/dicucuk dsb nya. Dalam mimpi-mimpi yang berlainan itu saya dibawa ke berbagai tempat to' kong cina, wat siam, pondok orang asli, dalam tanah, dalam air dll. Kerap sangat keadaan itu berlaku, kekadang pd waktu yang lain saya dgn mudah menidurkan diri dan menerawang tanpa tujuan, tapi saya tak berani pergi jauh-jauh takut sesat lagi pun saya tak ada pembantu, tiada pengalaman, tidak pernah belajar dari sesiapa, kecuali apa yang saya baca dari buku T.A.Ngah yg mejadi buku kegemaran saya selain SBDJ,

pengalaman saya bukan pertarungan yg hebat cuma yang kecil-kecil saja cuma guna tumbukan tendangan, tombak, panah saja sekali-sekala panah api. Dari situ pada saya cerita pengalaman T.A.N bukan mustahil.

Yang mengagumkan saya kebolehan TAN menerawang ke 'masa lalu' dan ke 'perbatasan alam dunia dgn alam barzakh'... Ingin belajar, tapi tahu dari mana? dan sanggup ke saya?

Fauz

***

Terima kasih kepada Fauz yang memberikan kita pengalamannya. Saya percaya dan yakin bukan Fauz sahaja yang ada pengalaman demikian malah ramai lagi. Namun demikian awas jangan beramal tanpa berguru sekalipun ayat itu benar kerana kita bisa terdedah kepada gangguan. Namun tidak dapat dinafikan jika BENAR BERLAKU ia  dari izin Allah juga.

Kepada FAUZ, diharapkan membaca entri dan mengikuti blog ini akan berhubung dengan saya melalui emal bagi bersilaturahim.

Bagi pengunjung blog yang ada pengalaman hampir serupa sama ada kaitan dengan Tok Awang Ngah ataupun tidak bolehlah juga bermel ke emal saya fikrahinsan@gmail.com sebagai tanda silaturrahim.

Mari kita menegakkan sunnah bersilaturrahim hatta melalui emel, inysa Allah banyak manfaatnya!

Kita boleh bertukar-tukar pengalaman dan ilmu yang serba sedikit Allah kurniakan kepada kita sebagai suatu wahana membuktikan keberadaan dan kekuasaan Allah Ta'ala. Keilmuan Allah mengatasi kejahilan makhlukNya yang serba kurang.

Perkara ini khoirul adat namun tak semestinya ia tahyl khuarat. Sudah saya jelaskan dalam entri lepas bahawa terawangan+meragasukma itu ada. Sekurang2nya sukma kita berjalan/kembara sewaktu tidur.

Selamat berpuasa dna beribadah. Jangan lupa membanyakkan zikir dan selawat dan doa agar bulan ini jadi bulan terbaik sepanjang hidup ini. AMIN!!!

15 Ogos 2010

Ayat Kunci Penembusan Alam Ghaib Tok Awang Ngah

Salam ramadhann dan keberkatan. Saya tergerak untuk menaip entri ini kerana untuk membuktikan entri sebelum ini bagi pelawat yang membaca blog saya dan meminta bukti di atas entri sebelumnya.

Dalam entri sebelumnya saya menyatakan bahawa Tok Awang Ngah, penulis novel Siri Berkelahi dengan Syaitan itu mempunyai ayat kunci bagi menembusi alam ghaib secara terawangan+meragasukma. Ayat kunci tersebut dapat kita kesan dalam kebanyakan novel-novelnya. Ayat tersebut ialah:

Allahhu yatawaffal anfusahina mau-tihawallati lamtamut fi-manamiha fayumsikullati qodho 'alaihalmau-tawayursilul ukhro ila-ajalim musammam, inna fi-zalika la ayatin liqaumin yatafakkarun.

Saya pernah cuba mengesan keberadaan ayat ini dalam AL QURAN sewaktu saya masih bersekolah suatu ketika dahulu. Memang saya menemuinya. Saya terlupa ayat dalam Surah apa. Kalau tidak salah dalam Surah Al Anbiya' atau Al-An'am.   Namun ayat tersebut ada dalam AL QURAN dan tepat sebutannya. Jadi Ayat kunci TAN ialah ayat AL QURAN. Contoh penggunaann ayat kunci tersebut diceritakan oleh TAN dalam novel "Sumpah Perempuan Bersuami Tujuh" halaman 47. Ketika itu TAN merasa dadanya sakit (amat jarang diceritakan TAN mengalami gangguan hingga terlantar sakit seketika-sewaktu saya membaca novel ini pertama kalinya, saya terkejut juga kerana memandangkan TAN 'sukar ditembusi' oleh mana-mana gangguan. Dalam novel ini TAN mengalami setelah mengubati satu kes gangguan sehingga menyebabkan TAN terbaring.

Setelah dibaringkan di tempat tidur , saya tolak lidah pada langit-langit. Tiga kali saya tolak lidah hingga langit-langit merasa geli. Kemudian saya memberi isyarat kepada isteri supaya lap dada dengan tuala dibasahkan air panas itu. Sewaktu isteri saya lap dada saya terus sahaja saya berselawat jauh di lubuk hati sampai 100x. Selepas saya membaca Allahuyatawaffal anfusahina...

Lama kelamaan terasa tenang seolah-olah saya berbaring di kawasan pendalaman. Hanya elusan angin sahaja kedengaran di sekliling dengan wapp sejuk yang menusuk. Tetapi angin sejuk itu tidak menganggu saya. Tatkala saya mendengar nama saya diseru segera saya membuka mata memerhati ke arah lelaki berkulit cerah tercegat di hadapan. Dia merenung wajah saya dengan melirik senyum.....

Bagi membaca kisah ini boleh rujuk novel  "Sumpah Perempuan Bersuami Tujuh".

Ayat kunci tersebut bukan dibaca tatkala TAN diserang malah ketika mahu memulakan zikir tatkala menziarahi sanak saudara atau kenala yang menderita sakit yang melarat.

Namun demikian terdapat juga ketikanya TAN tidak membaca ayat kunci tersebut. Dalam novel "Berkelahi Lawan Syaitan" (Lanjutan Dari Siri Berkelahi Dengan Syaitan)muka surat 17,

Kak Upik berpaling ke arah Pak Gumil yang sedang menggenggam dua tangannya. Dia (Kak Upik) tiba-tiba terkejut bila Pak Gumil menepuk tangan. Saya tidak peduli lagi kak Upik di depan saya terlenggok-lenggok. Ketika ini saya terus berzikir hingga terasa seluruh badan menjadi cair seolah-olah debu yang tidak berguna lagi.  Saya merasa terhumban jauh ke dalam kebun manggis yang dipenuhi belukar tidak bertebas. Seberkas kayu api tersandar pada....

Dalam novel yang sama pada halaman 154 TAN menceritakan saat merawat anaknya Fitriati yang mengalami gangguan akibat di uji oleh bomoh siluman di Bukit Tinggi, TAN juga tidak menggunakan ayat kunci tersebut. Sebaliknya TAN merenung tajam ke dalam mata anaknya lalu membacakan ayat-ayat AL QURAN sehingga siluman tersebut menyerah kalah (melalui suara Fitriati).

Tidak ada yang perlu saya bimbangkan lagi. Pengalaman semasa di Malaysia amat berguna ketika ini. Saya berdiri dalam bulatan cahaya antara penglihatan alam malakum, alam jibrun dan alam zuk. Saya mencari lembaga hitam berbulu yang ditakuti Fitriati hingga menganggunya. Ketika itu lembaga berkenaan sudah terasak pada tebing jeram, dengan Mamak Bandaro (Tan Sri A Samad Idris)mengancamnya. Dia mengeleng-ngeleng kepala setiap kali cuba mendekatinya tetapi tergalang oleh batu-batu jeram yang besar. Apabila saya memecahkan batu jeram dia tidak dapat lagi bersembunyi dari ancaman MamakBandaro. "Pak Jauhkan orang ini..."lembaga hitam berbulu itu menuding ke arah saya tetapi menunduk tidak berani menatap muka saya. Belum sempat Mamak Bandaro menyahut saya sudah melontarnya ke dalam api menyala di semua kawasan jeram. Jeritnya saja bergema hingga tenggelam dalam api menyala.

Selepas itu, TAN dan Mamak Bandaro kembali ke alam nyata tersandar di rumah.

Contoh di atas hanyalah secebis pengalaman TAN dalam mendepani sebarang gangguan makhluk halus atau ghaib. Gangguan jin/syaitan serta ujian-ujian orang melalui amalan sihir bukanlah suatu dongeng, suatu khuarafat, tahyul dan omong kosong. Malah secara rukyah pun dapat mendeteksi gangguan pada manusia juga secara lainnya. Gangguan tersebut menyebabkan manusia berasa terganggu hidupnya bukan sahaja dari aspek gangguan fikiran dan penampakan gangguan malah juga gangguan jiwa, keluarga berantakan dan tidka dapat bersama juga perubahan tingkah laku yang agresif tanpa dapat dikawal.

Insya Allah jika berkesempatan saya akan menceritakan secara berlapik (tanpa menyertakan maklumat benar, nama, peribadi)bebarapa orang yang saya berikhtiar merawatnya menggunakan gabungan kaedah Al-Quran dan nur bagi membuktikan lagi pernyataan saya itu bukanlah suatu ketaksuban kepada alam mistik. Terutama kepada pembaca blog ini yang juga sahabat saya yang memerli saya dan memandang rendah ikhtiar kita membantu menangani masalah gangguan kasat mata ini.

Apakah lekeh permohonan ini:

A'uzu bikamin hama zatisysyatin wa' a'uzubika min ab yahdhurun.

Yang Allah ajar kepada Muhammad SAW dalam Al Quran?.

Apakah lekeh peringatan Allah dalam Surah Yassin yang menyatakan betapa syaitan itu musuh yang nyata bagi kita manusia?

Apakah sikap kita terhadap musuh ialah memerli saudara kita yang berkhidtmat membantu masyarakat seagama melawan dan menolak tipudaya dan gangguan musuh yang nyata ini?

Perbuatan memerli ini mengingatkan saya kepada sikap kaum Quraisy yang mengejek-ejek nabi Muhammad SAW ketika menyampaikan wahyu Allah yang bersifat ghaibiah.

Saya bukannya nabi dan rasul tetapi saya menyedari bahawa syaitan dan jin yang jahat menganggu harus ditolak dan dikhtiar untuk melepaskan diri daripada belitan mereka.

Bagi kawan saya yang banyak membaca buku ilmiah dan membaca blog ini saya nasihatkan tafakurlah sedalam-dalamnya. Bukan suruh percaya tetapi sekurang-kurangnya hormatilah saudara seagama yang lain-Belum tentu sejuta ilmu kita tahu dan kita lebih daripada sejuta orang. Hal ini kerana hanya cukup seorang yang lebih tahu satu ilmu yang kita tidak tahu menjadikan kita lebih rendah kedudukan daripadanya dalam bahagian ilmu berkenaan. Cukup menjadikan kita hamba yang tawadhuk dan sentiasa mahu berfikir.

06 Ogos 2010

Mengenang Tok Awang Ngah dan Ketokohannya

Khabarnya, Tok Awang Ngah sudah meninggal dunia. Ini cerita daripada kawanan penulis lama-lama. Segala yang hidup pasti menemui mati. Mati hanya di dunia. Hakikatnya terus hidup di alam sana. Sebenarnya Tok Awang Ngah ialah penulis rakyat. Karyanya merakyat khususnya di kalangan orang Melayu. TAN bukan sasterawan negara menang hadiah perdana sastera dan menjadi bahaan bacaan dan kajian sarjana sastera. Tetapi di hati jutaan pembaca dan pengikut setia novel seram TAN, TAN lah pujangga sekaligus pendakwah yang disampaikan melalui cerita. Sejak saya menulis entri tentang Tok Awang Ngah saya mendapat respon daripada pembaca yang mencari kata kunci tentang Tok Awang Ngah. Tok Awang Ngah terkenal dengan Siri Berkelahi dengan Syaitan. Ia merupakan saingan kepada Tamar Jalis. Namun setiap penulis ada kekuatan tersendiri. Tamar Jalis dan TAN mempunyai kekuatan tersendiri. Namun yang penting kedua-dua penulis menggambarkan perjalanan selok belok kehidupan para pengubat Melayu sejati yang berbakti ke tengah masyarakat. Di peringkat dunia akademik penialaian diberikan di atas nilai karya yang memenuhi hasrat perdana atau khalayak yang dikatakan penikmat sastera sebenar. Walaupun kita tahu karya sastera mempunyai ciri kemanusiaan yang mengesankan namun akhir-akhir ini sastera lebih dilihat kepada keuntungan material hingga menggadaikan keseluruhan jati diri dan nilai estetika yang perlu hadir dalam selok belok cerita. Cerita di alam Melayu juga sudah dibelah oleh pisau kapitalisma dibedah oleh tangan-tangan ekperimental. Kita tidak menyekat hal itu namun demikian penulisan karya secara konvensional seperti TAN dna TJ merupakan genre yang khusus dan tersendiri. Di peringkat masyarakat seseorang itu dipandang dari segi KETOKOHAN. Rakyat terbanyak tidak sangat meletakkan nilai seseorang itu pada pangkat akademik tetapi melihat karismatik, kewibawaan dan fungsi individu dalam masyarakat terbawah hingga pertengahan hingga jasa dna baktinya dipandang tinggi masyarakat. Ketokohan dalam karya TAN dan karya TJ mempunyai ciri ketokohan berbeza. Jika watak Saya dalam SBDS digambarkan berlatarbelakang agama, hanya berkunjung suadara yang sakit watak datuk dan saya dalam SBDJ adalah bersifat pengembaraan dan penerokaan ruang budaya dan lokasi. Benar TAN ada penerokaan lokasi namun ia bukan lagi lokasi fizikal tetapi lokasi ghaibi. Manakala lokasi datuk dan saya dalam SBDJ adalah bersifat fizikal dalam latarbelakang Alam Melayu yang pekat. Ketokohan TAN adalah sifatnya yang bukan hadir sebagai pawang bomoh atau perawat Islam sekalipun. Ketokohan datuk sebagai orang yang pandai-pandai malah datuk tidka mahu dikenali sebagai bomoh. Datuk digambarkan manusia Melayu yang sangat mementingkan hubungan silaturrahim dna menolong saudara seagama yang mengalami kesusahan dengan segala ilmu yang dimilikinya. Perbezaan besar ketokohan antara TAN dan datuk ialah TAN tidak pernah menyatakan dia memiliki sebarang dampingan, khadam dll. Malah TAN sendiri pernah sakit akibat perbuatan makhluk halus sebelum sihat kembali. Manakala datuk mempunyai khadam harimau yang membawanya dalam perjanalan jauh atau di saat genting. Datuk juga ada isteri orang Bunian. Namun datuk tetap digambarkan mempunyai keribadian mukmun yang kuat kerana tdk pernah datuk tunduk kepada jind an setan. Malahan pernah ketikabertarung dengan setan, setan telah masuk ke tubuh Tamar sehingga tamar melihar tubuh Datuknya mempunyai cahaya yang terang pada dadanya. Setan membisikkan agar Tamar menikam datuk pada cahaya itu. TAN pula memiiki pengalaman perawatan yang unik dan langka. Kalau kita perhatikan dalam siri-sirinya ayat-ayat bacaan (mungkin Ayat Kunci) adalah sama sahaja sebelum TAN 'mengembara' mencari punca masalah lalu menyelesaikannya. Saya didatangi oleh dua peminat TAN. Mereka menyatakan mahu berubat. Saya buatlah setakat terdaya. Saya bukanlah atau sama dengan TAN terutama dalam mengubat. Saya tak ada kelebihan tersebut. Saya juga mendambakan ada pengubat yang berwatakakan demikian. Yang faham luar dalam perawatan dan pengubatan ketuhanan. Namun kalau suatu masa Allah izinkan dan kehendaki maka ia bukanlah mustahil. Ketokohan TAN sebenarnya suatu gambaran yang kita cari dalam kehidupan realiti bukan sahaja sebagai penyelesai masalah berkaitan gangguan malah juga sebagai tokoh pendengar dengan akhlaknya yang terpuji. Mungkin kita boleh wujudkan masa sehari untuk pertemuan para pembaca TAN seluruh Nusantara dan bertukar-tukar pandangan cerita sesama kita...

20 Julai 2010

Terawangan,Meragasukma,Perawat Islam dan Tok Awang Ngah

Belakangan ini, sempat saya melawat beberapa blog yang menceritakan tentang terawangan dan meragasukma. Biasa-biasa sahaja informasinya. Namun saya tertarik dengan blog beberapa perawat Islam yang menukilkan tentang pandangan mata batin ini. Blog RIDAM dan kursus selama 1-2 tahunnya begitu menarik perhatian saya. Kemudian saya menemui pula blog perawat Islam yang lain. Malah ada yang meluahkan kekecewaan dan kehampaan apabila keilmuan yang dimilikinya telah disalah sangka oleh perawat Islam yang lain. Selain daripada bercambahnya kursus perubatan Islam sama ada secara ekspress atau bimbingan berterusan sekali praktikal. Ini suatu perkembangan yang sihat walaupun ada pro dan kontranya. Kalau tidak sebelum ini kursus bersifat metafizik ini lebih didominasi oleh para rakan paranormal yang tidak menggelarkan diri mereka sebagai perawat Islam. Dalam keilmuan tenaga dalam dan sewaktu dengannya terawangan/meragasukma bukanlah sesuatu yang aneh dan pelik pun. Apabila munculnya individu atau organisasi metafizik bukan jenama perawat/perubatan Islam yang menawarkan kursus  pengajian berkenaan terawangan dan meragasukma ini maka terdengar juga kata-kata yang menyatakan pandangan batin yang terhasil adalah daripada pandangan jin yang menempel pada seseorang itu. Malah ada perawat Islam yang mengingkari wujudnya mata batin atau mata dalam. Selain RIDAM, terdapat pula catatan yang mengemukakan kelemahan terawangan dalam blog perawat Islam. Saya membacanya sambil tersengih sahaja. Saya tidak mahu mengaku saya boleh menerawang, meragasukma atau sewaktu dengannya. Banyak kerja hakiki kena dilaksanakan dahulu. Sewaktu saya menaip entri ini, lebih kurang 40 minit lagi saya ada kelas pengajaran pertama untuk kursus Pengajian Melayu Bersumberkan Islam. Tentang blog perawat Islam yang menyatakan kelemahan terawangan itu, saya tersengih sebab alasannya sangat lemah. Pertama kerana ia tiada dalil jadi  kaedahnya tidak mendapat jaminan perlindungan daripada Allah kerana tidak ikut perubatan sunnah. Saya kagum semangat perawat Islam yang menulis entri tersebut. Pada siri ke2 pula dinukilkan pula pengalaman sebuah pusat rawatan Islam yang tersohor pernah sekali mengembleng seorang pemuda Afrika yang berlum berijazah perubatan Islam untuk menarawang ke kampung halamannya di Afrika. Pemuda Afrika itu melihat begitu banyaknya bomoh hitam yang bela jin dan "diri" pemuda itu telah ditangkap oleh bomoh sihir di sana. Maka berhempas pulaslah perawat Islam senior membantunya pulang ke Malaysia semula dan berjaya. Mulai hari itu pusat rawatan Islam berkenaan tidak mahu ajar terawangan/meragasuka. Beberapa hari lepas saya membelek koleksi novel unik Tok Awang Ngah. Saya terbaca bahagian akhir novel Bajang Peliharaan. Sewaktu 'saya-Tok Awang Ngah-' menerawang mencari punca akar umbi sihir Bajang ini, Tok Awang Ngah dibantu oleh Lebai Cot yang merupakan murid kepada Tok Aji yang datuk kepada Tok Awang Ngah. Sewaktu Tok Awang Ngah tiba di sebuah pondok yang terdapat sebuah tembikar berisi darah dan janin budak sebesar penumbuk, janin itu terbang ke udara. Satu lembaga mengarahkan janin (Bajang) itu menyerang Tok Awang Ngah tetapi TAN dengan haqqul yakinnya menyerang balas menyebabkan Bajang itu sekejap itu jua musnah dan tidak dapat berfungsi lagi. Lembaga itu menangis dan cuba mencampakkan rantai besi untuk memerangkap Tok Awang Ngah. Tetapi jaring besi itu hancur tak bersisa. Tercengang lembaga itu. Tok Awang Ngah pun membaca Surah Yassin sepenuhnya dengan mengulangi dua ayat daripada Surah Yassin sebanyak masing2 100x. Sepanjang bacaan tersebut, tak henti2 lembaga itu dihujani hujan api dari semua sudut sehingga di akhir bacaan Yassin tubuh lembaga itu berlubang-lubang hangus. Tok Awang Ngah disedarkan oleh Lebai Cot. Menjelang pukul 3 pagi anak Mat Natar datang memberitahu bahawa ayahnya Mat Natar mati dalam keadaan berlubang-lubang tubuhnya. Baharulah Saedah menceritakan bahawa dia pernah memetik bunga di halaman rumah Mat Natar. Pengalaman Tok Awang Ngah menarawang dan meragasukma untuk mencari punca penyakit atau sihir khianat atau saka pesakit adalah begitu unik sekali dan semuanya adalah BERJAYA. Kita tidak tahu amalan apakah yang diamalkan oleh Tok Awang Ngah kerana beliau tdk mendetailkannya dalam novel2nya (kalau ada bagitau saya) tetapi TAN menyatakan jin/setan memang tdk akan mampu mengalahkan manusia bilamana manusia itu yakin dan kuat serta teguh taqwanya serta zikirnya mengingat Allah SWT. Dalam blog paranormal atau master2 tenaga dalam, yang menawarkan kursus terawangan/meragasukma ada dinyatakan sebelum kita terawang dan meraga sukma ke alam ghaib tameng diri haruslah mantap. Tameng itu boleh berupa Ayatul Kursi dan apa juga amalan lain termasuk Rajah Kalacakra yang terkenal dikalangan pengamal kebatinan seNusantara. Tameng diri itu perisai diri le, kang ada yang syak kata itu sejenis nama jin atau nenek moyang jin pulak. Kaedah terawangan dan meragasukma ini tidaklah menjadi suatu kewajipan dalam merawat tetapi bagi kes yang berat dan rumit kaedah ini dapat dilakukan dengan JAYANYA dan berhasil JIKA betul pada kaedahnya dan betul pula pengalaman/etika serta kaedahnya. Namun jangan terus menghukum kaedah ini tidak mendapat jaminan daripada Allah kerana tidak ikut sunnah ataupun terdedah kepada bahaya serangan tok moh sihir dan sebagainya hanya kerana diri sendiri tidak mampu berbuat demikian. Ilmu Allah kan meliputi tujuh petala langit tujuh petala bumi. Ini hanya sebagai komentar saya. Saya kata tak semestinya kena guna kedah T/M ini dalam perubatan namun tidak salah juga menggunakannya jika difikirkan perlu. Saya kira dalam hal ini kita kena balik kepada basic iaitu sentiasa menyucikan hati kita daripada sangka buruk dan iri hati sesama kita. Insya Allah MANTAP!