Memaparkan catatan dengan label peribahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peribahasa. Papar semua catatan

19 Mei 2009

Peribahasa Melayu


Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah
Maksudnya:Menyelesaikan sesuatu perkara dengan adil dan saksama.

Umpama kambing kecil:merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melembang bumi.
Maksudnya:Orang yang tidak dihiraukan kerana tidak berkuasa.

Pejatian awak, kepantangan orang.
Maksudnya:Kesukaaan awak, kebencian orang.

18 Mei 2009

Peribahasa Melayu

Biarpun kucing naik haji, pulangnya mengeong juga.

Maksudnya:Pembawaan yang tidak dapat diubah.

Biar mati seperti kutu jangan mati seperti tuma.

Maksudnya:Mati di temat yang mulia kerana membuat kebaikan lebih baik daripada mati di tempat hina kerana membuat kejahatan.

Tinggi kerana ada yang rendah.

Maksudnya:Tiap-tiap sesuatu mesti ada yang berlawanan untuk dapat membezakannya.

16 Mei 2009

Peribahasa Melayu

Sepuluh kali ukur, sekali kerat
Maksudnya:Berfikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu.
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah
Maksudnya:Orang besar yang baik dan murah hati tidak menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya.
Leka sentiasa di lipatan sanggul. Fikiran singkat akal pun tumpul
Maksudnya:Gilakan seoranf perempuan sehingga lupa pada makan dan minum.
*Peribahasa Melayu yang kita tidak ketahui masih amat banyak dan perkataan-perkatannya menggambarkan pandangan dunia orang Melayu atau budaya serta persekitaran hidup orang Melayu.
*Jadi saya kurang bersetuju kalau kita perlu mencipta peribahasa sendiri melainkan kita memang seorang Melayu yang faham sepenuh-penuhnya pandangan dunia dan budaya Melayu.
*Ada Melayu yang tidak mengenali bangsanya sendiri.;)

15 Mei 2009

Sehari Sebuah Peribahasa 2

Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela.

Maksudnya:Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya.

Empat sudah bersimpul satu

Maksudnya:Kesempurnaan yang diporoleh daripada empat orang:orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin.

14 Mei 2009

Sehari Sebuah Peribahasa 1

Mulai hari ini saya akan mengirimkan sebuah peribahasa setiap hari untuk kita menyelami pandang dunia Melayu dan pemikirannya.
1.Air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan, gula tertumpah pada kanji=Usaha yang berhasil baik. Menonggok sama maksud juga dengan melonggok atau menimbun.
Contoh ayat:Sayur-sayuran yang subur ini adalah seperti air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan, gula tertumpah pada kanji.