Memaparkan catatan dengan label Iwan Simatupang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iwan Simatupang. Papar semua catatan

03 Julai 2009

Ketika Berjalan-jalan di Pasar Malam Bricfields

Saya membawa Mak Uda dan dua orang kwnnya. Beli buah-buahan. Manggis. Durian. Rambutan.Dan senja berbuka puasa dengan mereka, walau saya gagal puasa hari ini. Emm. Damainya hati apabila saya dapat berbual dengan insan-insan 'buta mata' ini. Mereka 'celik mata hati'. Manusia ramai yang 'buta mata hati'. Kekadang saya juga 'rabun mata hati'. Sewaktu mahu pulang, saya berselisih dengan seorang rakan Mak Uda yang juga 'buta mata', tetapi 'celik mata hati'...mereka menegur saya...saya menyapa mesra...dan setelah tiba di rumah Mak Uda sms :
-
Mereka tanya hang, ada makwe ke tak ada lagi. Mereka nak kawan dgn hang. Depa kata hang baik, budi bahasa dan suara romantik.
-
Saya senyum sendirian sewaktu baring-baring dia atas sofa sampai terlelap. Novel Ziarah menutupi wajah saya.

02 Julai 2009

Bab 2-Novel Ziarah

Sudah tiga hari berturut-turut dia mengapur tembok luar perkuburan kotapraja itu. Tiga hari pula lamanya sang opseter terus-menerus mengintipnya dari celah-celah pintu dan jendela rumah dinasnya di kompleks perkuburan itu.
Dia sang opseter makin gelisah. Sebab sedikit pun tak ada dilihatnya yang ganjil patut mendapat perhatian khas pada tingkah laku pengapur itu. Dia biasa saja, datang tiap hari lepas sedikit tengahari, lalu terus mengapur tanpa henti-hentinya.
Menjelang benamnya matahari, dia berhenti kerja, membenahkan alat-alatnya, menagih upahnya, pergi tenang sambil bersiul-siul ke kedai arak. Dan menurut berita orang-orang di situ, sedikit pun tingkah-lakunya tak menunjukkan keanehan apa-apa-yang sendiri sebenarnya sudah merupakan keanehan tersendiri! Sebelum dia memborong pekerjaan mengapur tembok-tembok luar perkuburan itu, orang-orang di kedai sudah biasa dengan tingkah anehnya. Kini dia jadi perhatian umum, perbincangan seluruh kota. Dengan was-was mereka mengamati tingkahnya yang sudah tak aneh lagi itu. Seolah-olah ketakanehan adalah sendiri keanehan!
-
terus membaca Ziarah sambil menunaikan kerja asasi...

01 Julai 2009

Kumpulan Cerpen dan Novel Yang Sedang Saya Baca


Selain daripada puisi-puisi sufi penyair sufi seluruh dunia yg sedang saya baca, saya juga mengamati secara serius Kumpulan Cerpen Luigi Pirandello:Cerita-cerita dari Sisilia yang merupakan Pemenang Hadiah Nobel Sastera 1934. Saya juga tekuni novel hebat dari Nusantara iaitu Ziarah oleh Simatupang(gambar di atas tetapi itu edisi 2007 manakala saya beli edisi 1979) novel Retak oleh M.Balfas dan juga Di Perjalanan oleh Abu Sadiq. Ketiga-tiga novel ini merupakan novel idea-cerita idea-tidak terlalu bercerita semata-mata tetapi ada nilai dan pemikiran yang kadangkala absurd dan abstrak. Bahasanya mudah difahami. Amat bertenaga. Amat cerdas. Saya tertarik pada halaman pertama lagi pada novel Ziarah ini yang menaratifkan:


Juga pagi itu dia bangun dengan rasa hari itu dia bakal bertemu isterinya di salah satu tikungan. entah tikungan mana. Sedang isterinya telah lama mati entah berapa lama.


Lihat begitu bersahajanya ayat di atas tetapi begitu absurd bagi saya. Adakah watak dia bertemu watak isterinya yang telah lama mati di suatu tikungan? Satu hal lagi yang menarik ialah pengabaian aspek tatahabasa iaitu sesudah noktah huruf kecil digunakan bukannya huruf besar. Apakah ia suatu ketidaksengajaan atau penyimpangan yang sengaja dilakukan untuk memberikan kesan kepada pembaca?


Saya pasti akan menghabiskan novel-novel yang unik ini. Mungkin ada yang sudah membacanya apa kata baca sekali lagi kerana biasanya novel-novel yang baik menjanjikan pengalaman pembacaan yang berbeza-beza kedapatan nikmatnya.