Memaparkan catatan dengan label hakikat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hakikat. Papar semua catatan

23 Ogos 2010

Hakikat Dua Kalimah Syahadah

Mengucap Dua Kalimah Syahadah tanpa hakikat sekadar kata-kata biasa yang biasa tertutur di lidah semata-mata. Hendaklah kita faham hakikat Dua Kalimah Syahadah itu. Kemana sahaja kita memandang di situ Wajah Allah. Oleh itu tiap-tiap 'ain ada 'ain dan semuanya 'Laa ilaha illallah.' Dalam Dua Kalimah Syahadah terkandung wujud semesta raya dan wujud secara khusus atau wujud dan apa yang dianggap wujud atau wujud hakiki dan wujud makhluk. Wujud makhluk tertakluk kepada 'Laa ilaha' segala-galanya selain Allah (masiwallah) adalah batil-nol iaitu dinafikan buka di isbatkan. Wujud hakiki termasuk di 'Laa illaha' dan semua yang dipuji tertakluk di bawah 'illallah'.

Semua yang wujud terkandung dalam mengisbatkan KeEsaan dan kita mestilah memasukannya juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (sewaktu mengatakan Muhammadun Rasulullah). Muhammad Rasulullah mengandungi 3 alam. Muhammad itu menunjukkan alam nyata (Alam Nasut) iaitu alam yang boleh dipandang dengan deria. Rasul itu menunjukkan Alam Perintah (Alam Malakut) iaitu alam batin berkenaan rahsia-rahsia tanggapan yang mujarab dan ini terletak antara yang muhaddas dengan yang qadim.

Nama Ilahi itu menunjukkan Alam Pertuanan. Lautan yang darinya terpancar pengertian deria dan pengertian tanggapan. Rasul itulah pengantara yang muhaddas dan yang qadim, maka binasalah yang muhaddas dan tinggalllah yang qadim.



Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu maka barulah alam ini diperintahkan kerana pada zahirnya ia adalah hanya seketul tanah liat tetapi batinnya ia adalah khalifah Allah. Pendeknya maksud mengisbatkan. Tauhid itu tidak sempurna dan tidaklah meliputi tanpa diisbatkan keesaan atau Tauhid Zat, Sifat dan Lakuan. Pengisbatan ini difahami dari Muhammad Rasulullah.


Apabila Ahli Makrifat berkata La ilaha illallah maka ia ketahui pada hakikatnya bukan hanya pada majazinya sahaja, iaitu tidak ada yang lain melainkan Allah.


Oleh itu wahai saudaraku, janganlah hanya pandai mengucapkan dimulut sahaja kalimah syahadah yang mulia ini. Ketahilah bahawasanya Allah tiada sekutu baginya. Selian daripada Allah itu tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan "tidak" dengan lidah sahaja dan belum sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan TETAPI akan lenyap dengan pandangan langsung atau Musyahadah. Allah adalah matlamat yang terakhir. Dialah sumber segala-galanya. Maka kita tidak perlu lagi naif dan tidka perlu lagi isbat kerana Yang Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum kita isbatkan dan yang ghairullah itu telah sememangnya dinafikan walaupun sebelum kita nafikan.




19 Jun 2008

Memahami Hakikat Bahasa 3


Definisi Bahasa menurut Prof Dr Sanat Mat Nasir bahasa adalah fitrah.


Bahasa itu adalahanugerah Allah.


Bahasa itu adalah makhluk Allah yang merupakan sebagai sistem pertuturan manusia dan makhluk Allah yang lainnya.


Namun bahasa manusia adalah bahasa yang tertinggi dan termulia.


Bahasa itu dapat dilihat kepada fungsi-fungsinya kepada manusia antaranya:


Fungsi ideasional/transaksional(urusan)=alat perpaduan untuk menyampaikan mesej/pesanan/urusan/(hubungan antara pentutur/pendengar-menyampaikan maklumat)


Fungsi keperibadian/interpersonal/intereksional-dugunakan untuk mewujudkan hubungan, komunikasi, memberikan salam dsb.


Fungsi tekstual-memallui penulisan, gaya bahasanya dan retorik dan daya tariknya diatas tulisan diatas kertas atau digital.


Fungsi Ibadah-merupakan hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia yang lain, hubungan manusia dengan tumbuhan, alam sekitar,konsep amal makruf dan nahi mungkar.


Dalam Ayat 53 Surah Ali Imran Allah berfirman:


رَبَّنا آمَنَّا بِما أَنْزَلْتَ وَ اتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنا مَعَ الشَّاهِدينَ


Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah).



Melafazkan melalui bahasa untuk beribadah tentang kewujudan Allah ataupun pada masa yang sama boleh juga mengingkariNya.


Pendek kata untuk melihat Melayu lihatlah manuskripnya, yakni bahasanya.


Dalam pengakajian barat, tidak ada bahasa itu ibadah lantaran bahasa adalah arbitrari bagi mereka.


Namun bagi kita orang Melayu Islam ada bahasa untuk beribadah.


Dalam SUrah Al Hujurat terdapat pedoman berbahasa dan menerima atau menyampaikan maklumat.


Dalam Surah Al Humazah diterangkan siksa yang disediakan Allah kepada setiap manusia yang menggunakan bahasa untuk mengumpat, mencela atau berbahasa yang menyakiti suadara seagamanya yang lain dan manusia umumnya.


Surah Yassin menerangkan kaki dan tangan dna mulut boleh berbasaha boleh berkata-kata menunjukkan ALlah Maha Kuasa menentukan mengikut apa yang dikehendakiNya.


Dan ini sudah pasti akan bertentangan dengan pandangan seperti Saussure itu tadi...


Bersambung nanti kepada Penjenisan Bahasa..yang akan disentuh juga bahasa syaitan dan bahasa rabbaniah....sebelum kita melihat peri pentingnya bahasa ibunda dalam pembinaan tamadun(madanna) dan peradaban manusia Melayu Muslim sejagat...




18 Jun 2008

Memahami Hakikat Bahasa

Ada orang merasa hairan apakah gunanya menjadi PECINTA BAHASA...apakah gunanya menjadi fanatik terhadap bahasa....
tak mengapa biarlah bahasa apapun kita membina tamadun peradaban kita...
kita ikut sahaja ARUS dunia kita ikut..kita mau maju...maka disini nyatalah kau tidak memahami hakikat bahasa....

Baiklah...aku memerikan di bawah ini suatu konsep bahasa yang harus kita faham dalam bahasa termudah...
konsep bahasa yang difahami oleh orang kafir atau ahli linguistik barat Inggeris dengan konsep bahasa yang diterangkan oleh Prof Dr Sanat Mat Nasir...cendikiawan Melayu kita....

_____________________

Memahami Konsep Bahasa

Dalam takrifan yang mudah bahasa diertikan dgn lambang dan juga analogi...

Ahli lingusitsik barat secara umumnnya mengatakan bhasa ialah lambang yang bersifat arbtrari yakni bersifat dengan sewenang-wenangnya....Misal kata aku kata kepada kau...F*ck...ia tidak salah dalam sistem bahasa Inggeris..tambahan dengan pemikiran goongan liberal....

Pendek kata bahasa sebagai arbitratri yakni bersifat seweng-wenangnya itu DITOLAK OLEH PROF DR SANAT.

Bahasa ADA PENCIPTANYA. Yang dimaksudkan arbitrari itu antara lain ialah BAHASA ITU TIADA PENCIPTANYA.

Jadi fahamkah?

AHLI LINGUSITIK INGGERIS BERKATA BAHASA ITU TIADA PENCIPTANYA. IKUT SUKA KAULAH....

NAMUN AHLI LINGUISITIK MELAYU-ISLAM IAITU PROF DR SANAT MENOLAK HUJAH ITU DAN MENGATAKAN BAHASA ITU MEMPUNYAI PENCIPTANYA YAKNI ALLAH TA'ALA.

Asal Usul Bahasa

Jika ikut ALB(Ahli Linguistik barat) bahasa ialah arbitrari tetapi dalam Islam bahasa ialah anugerah Allah sepertimana yang diajar kepada Adam akan nama-nama benda.

Fungsi Bahasa

Apakah gunanya bahasa ini?Untuk dapat kerja sahajakah? Bahasa bertujuan menjadikan manusia itu lebih baik dan digunakans ebagai salah satu dakwah ke arah kebaikan. Tak kiralah dakwah itu apa isunya. Pos aku ni pun dah kira suatu dakwah juga bagi menerangkan sesuatu perkara yang kalian mesti tahu tentang bahasa.

Dari segi morfem tak payahlah aku sentuh. Nanti kalian kepeningan pula. Pendek kata seperti mana diajar di sekolah.

Apakah Itu Bahasa?

Bahasa ialah makhluk. Dan makhluk itu adalah kuat.BAhasa itu bersifat binari iaitu diantara iaitu hubungan antara Kaliq dan makhluk. Makhluk dan bukan makhluk itu pasangan yang ada kebinariannya.

Konsep Khaliq yakni makhluk itu penting dan ia tdiak terdapat dalam buku TATABAHASA DEWAN. Iaitu sepertimana ita guna pakai sekarang inilah.

Ini pandangan Prof Dr Sanat selaku cendikiawan Melayu dan Islam.

Pr Dr Sanat beri contoh. Dalam tabahasa dewan terdapat penggolongan jenis Kata Nama dan Kata Nama Khas

Dalam TD mereka ni mengkelaskan Allah sebagai Kata Nama Khas. Kata Nama Khas tidak boleh disamakan dengan ALlah. Allah tidka dapat disamakan dengan kategori yang terdapat dalam TD.

Konsep bahasa disini mesti ada skema bagi membezakan antara Khaliq dan makhluk.

Ada 2 konsep Khaliq Makhluk amat penting dalam penggolongan kata dan merupakan syahadah.
Pendek kata apabila kita mengenal bahasa kita mengenal Tuhan kita.

Khaliq ialah pencipta. Dan yang dicipta ialah Mahluk juga merupakan anugerah Allah.

Bahasa Arab adalah Bahasa Allah dan bahasa Al quran.

Namun Allah dengan kuasa dan kehendaknya menciptakan berbagai-bagai jenis bahasa atas dunia ini.

Sebelum aku menerangkan dengan lebih lanjut apa guna kita mesti pertahankan perkembangkan bahasa Melayu menjadi bahasa Ilmu dan bahasa tamadun bangsa Malaysia..


mengapa bukan bahasa Inggeris atau bahasa Arab sekalipun....kita jelajahi dulu satu persatu..baca dengan teliti..nescaya kalian mendapat sesuatu yang baharu nanti..insya ALlah.