Khabarnya, Tok Awang Ngah sudah meninggal dunia. Ini cerita daripada kawanan penulis lama-lama. Segala yang hidup pasti menemui mati. Mati hanya di dunia. Hakikatnya terus hidup di alam sana. Sebenarnya Tok Awang Ngah ialah penulis rakyat. Karyanya merakyat khususnya di kalangan orang Melayu. TAN bukan sasterawan negara menang hadiah perdana sastera dan menjadi bahaan bacaan dan kajian sarjana sastera. Tetapi di hati jutaan pembaca dan pengikut setia novel seram TAN, TAN lah pujangga sekaligus pendakwah yang disampaikan melalui cerita. Sejak saya menulis entri tentang Tok Awang Ngah saya mendapat respon daripada pembaca yang mencari kata kunci tentang Tok Awang Ngah. Tok Awang Ngah terkenal dengan Siri Berkelahi dengan Syaitan. Ia merupakan saingan kepada Tamar Jalis. Namun setiap penulis ada kekuatan tersendiri. Tamar Jalis dan TAN mempunyai kekuatan tersendiri. Namun yang penting kedua-dua penulis menggambarkan perjalanan selok belok kehidupan para pengubat Melayu sejati yang berbakti ke tengah masyarakat. Di peringkat dunia akademik penialaian diberikan di atas nilai karya yang memenuhi hasrat perdana atau khalayak yang dikatakan penikmat sastera sebenar. Walaupun kita tahu karya sastera mempunyai ciri kemanusiaan yang mengesankan namun akhir-akhir ini sastera lebih dilihat kepada keuntungan material hingga menggadaikan keseluruhan jati diri dan nilai estetika yang perlu hadir dalam selok belok cerita. Cerita di alam Melayu juga sudah dibelah oleh pisau kapitalisma dibedah oleh tangan-tangan ekperimental. Kita tidak menyekat hal itu namun demikian penulisan karya secara konvensional seperti TAN dna TJ merupakan genre yang khusus dan tersendiri. Di peringkat masyarakat seseorang itu dipandang dari segi KETOKOHAN. Rakyat terbanyak tidak sangat meletakkan nilai seseorang itu pada pangkat akademik tetapi melihat karismatik, kewibawaan dan fungsi individu dalam masyarakat terbawah hingga pertengahan hingga jasa dna baktinya dipandang tinggi masyarakat. Ketokohan dalam karya TAN dan karya TJ mempunyai ciri ketokohan berbeza. Jika watak Saya dalam SBDS digambarkan berlatarbelakang agama, hanya berkunjung suadara yang sakit watak datuk dan saya dalam SBDJ adalah bersifat pengembaraan dan penerokaan ruang budaya dan lokasi. Benar TAN ada penerokaan lokasi namun ia bukan lagi lokasi fizikal tetapi lokasi ghaibi. Manakala lokasi datuk dan saya dalam SBDJ adalah bersifat fizikal dalam latarbelakang Alam Melayu yang pekat. Ketokohan TAN adalah sifatnya yang bukan hadir sebagai pawang bomoh atau perawat Islam sekalipun. Ketokohan datuk sebagai orang yang pandai-pandai malah datuk tidka mahu dikenali sebagai bomoh. Datuk digambarkan manusia Melayu yang sangat mementingkan hubungan silaturrahim dna menolong saudara seagama yang mengalami kesusahan dengan segala ilmu yang dimilikinya. Perbezaan besar ketokohan antara TAN dan datuk ialah TAN tidak pernah menyatakan dia memiliki sebarang dampingan, khadam dll. Malah TAN sendiri pernah sakit akibat perbuatan makhluk halus sebelum sihat kembali. Manakala datuk mempunyai khadam harimau yang membawanya dalam perjanalan jauh atau di saat genting. Datuk juga ada isteri orang Bunian. Namun datuk tetap digambarkan mempunyai keribadian mukmun yang kuat kerana tdk pernah datuk tunduk kepada jind an setan. Malahan pernah ketikabertarung dengan setan, setan telah masuk ke tubuh Tamar sehingga tamar melihar tubuh Datuknya mempunyai cahaya yang terang pada dadanya. Setan membisikkan agar Tamar menikam datuk pada cahaya itu. TAN pula memiiki pengalaman perawatan yang unik dan langka. Kalau kita perhatikan dalam siri-sirinya ayat-ayat bacaan (mungkin Ayat Kunci) adalah sama sahaja sebelum TAN 'mengembara' mencari punca masalah lalu menyelesaikannya. Saya didatangi oleh dua peminat TAN. Mereka menyatakan mahu berubat. Saya buatlah setakat terdaya. Saya bukanlah atau sama dengan TAN terutama dalam mengubat. Saya tak ada kelebihan tersebut. Saya juga mendambakan ada pengubat yang berwatakakan demikian. Yang faham luar dalam perawatan dan pengubatan ketuhanan. Namun kalau suatu masa Allah izinkan dan kehendaki maka ia bukanlah mustahil. Ketokohan TAN sebenarnya suatu gambaran yang kita cari dalam kehidupan realiti bukan sahaja sebagai penyelesai masalah berkaitan gangguan malah juga sebagai tokoh pendengar dengan akhlaknya yang terpuji. Mungkin kita boleh wujudkan masa sehari untuk pertemuan para pembaca TAN seluruh Nusantara dan bertukar-tukar pandangan cerita sesama kita...