Memaparkan catatan dengan label puisi jiwa kidung sayang cinta aduhai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi jiwa kidung sayang cinta aduhai. Papar semua catatan

03 Julai 2009

Ketika Berjalan-jalan di Pasar Malam Bricfields

Saya membawa Mak Uda dan dua orang kwnnya. Beli buah-buahan. Manggis. Durian. Rambutan.Dan senja berbuka puasa dengan mereka, walau saya gagal puasa hari ini. Emm. Damainya hati apabila saya dapat berbual dengan insan-insan 'buta mata' ini. Mereka 'celik mata hati'. Manusia ramai yang 'buta mata hati'. Kekadang saya juga 'rabun mata hati'. Sewaktu mahu pulang, saya berselisih dengan seorang rakan Mak Uda yang juga 'buta mata', tetapi 'celik mata hati'...mereka menegur saya...saya menyapa mesra...dan setelah tiba di rumah Mak Uda sms :
-
Mereka tanya hang, ada makwe ke tak ada lagi. Mereka nak kawan dgn hang. Depa kata hang baik, budi bahasa dan suara romantik.
-
Saya senyum sendirian sewaktu baring-baring dia atas sofa sampai terlelap. Novel Ziarah menutupi wajah saya.

30 Jun 2009

DIWAN SHAMSI TABRIZ 2

Aku seorang pelukis, pencipta gambar, setiap saat kucipta bentuk yang indah.
Namun ketika kau datang kulebur segalanya tanpa ada sisa.
Kuseru ratusan bayang-bayang dan kuhembuskan rohke dalam jasad mereka,
Adakah kau pembawa cawan anggur atau musuh orang yang bijak?
Atau kaukah yang merobohkan setiap rumah yang kudirikan?
Dalam kau jiwa remuk, tercampur ia dengan jiwamu,
Lihat:Kubelai jiwa sebab jiwa telah mengandung bau harum jiwamu,
Setiap titisan darah yang mengucur dariku berkata kepada debumu,
Aku satu warna dengan cintamu, aku pasangkan rasa pedihmu
Di rumah air dan lempung hati ini berduka bersamamu,
Oh Kekasih, masuklah kau ke rumahku atau kau tinggalkan rumahku ini.
Jalaluddin Rumi

07 Jun 2009

Matahari Kacak Itu Diam

(Apologi kepada diri yang terdiri)

pagi matahariku
membiaskan cahaya ke
mataku
kata hatiku:berembun kudus peterana jiwa

tengahari matahariku
memanahkan cahaya ke
mataku
kata hatiku:berpanas gelojak peterana jiwa

petang matahariku
menyilau cahaya ke
mataku
kata hatiku:berombak getar peterana jiwa

malam bulanku
menyinar cahaya ke
mataku
kata hatiku:bersuluh rimba peterana jiwa

malam dinihariku
dikepung batugunung batugunung
menyimpuh di rimba dalam
tes tes air di hujung rerumput memeluk
kaki seluarku yang berdebu
kakiku adalah akar tunjang beringin
dahanku demi Tuhan Yang Satu
dedaunanku urat darah menyalurkan
rohku yang mahu ke pucuk
bulan bukanlah tujuanku kerana ialah
sempena sakti tuah peterena jiwa adalah
sirr cinta.

andai ada angin keras ingin memulas rohku
ada ranting liat sihat berzat nurani

hanya kugentar
tujuh tingkat lautan dalam itu
bangkit naga bercula tujuh
selagi perahuku masih beroleng senja
diriku yang masih aku
keakuanku yang menerjah gunung

jeritlah batugunung batugunung:
malulah engkau seperti siput
menyorokkan diri pabila cengkerangnya disentuh
engkau bukanlah siput bercengkerang
engkau bercengkerangkan kesaksian
yang telah kau miliki pada permulaan pagi
matahari yang kau genggam

dan dinihari hari-hari cinta
cinta yang hari-hari
berlari-lari cinta sehari-hari
(benar yakinnya:kau kecap manisnya dihujung subuh)

andai aku menjadi pungguk
aku pasti memuja bulan
namun matahariku yang terang ini
tiada terlindung wajah bulan

sorak soraiku di hujung dinihari:

Tanpa aku kacakkah bulan?

(Aku bertanya setelah kau memberikan peluang untuk sesiapapun bertanya. Bukan bermaksud kau harus membisu dan menyimpan dendam. Dendammu itu perlu tetapi batugunung batugunung itu bukanlah maling yang mencuri cintamu. Maaf, kalau bulan tidak terang, maka aku akan terus menyorok diriku seperti siput itu. Sayangnya aku tidak seperti siput kerana cengkerangnya akan pecah dengan sekali gesekan batugunug batugunung.)

Justeru dimanakah cinta?

(jangan bertanya bulan kerana wajahnya akan hudoh apabila kau mendekati dirinya)

Justeru dimanakah sayang?

(jangan bertanya embun kerana ia kan hilang apabila matahari memanjat langit)

Jadi dimanakah cinta dan sayang tanpa bulan dan embun?

(tanyalah matahari di waktu dinihari sebelum embun hilang dan siang menjelma dan senjanya kau menunda sampah ammarah terlepas dari gerbang hati sehingga melimpah ke samudera roh)

Matahari kacak itu diam!

sebut ingat batugunung batugunung pada setiap waktu dan ketika:

Mataharilah kekasih samudera!

(benar yakin pada penyaksiannya)

9.30 pagi-10.15 pagi
7 Jun 2009