Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan

08 April 2009

Jangan ambil tahu kehidupan orang lain

'Jangan ambil tahu kehidupan orang lain' adalah tulisan yang terpampang pada sebuah buku conteng seorang kanak-kanak perempuan yang ibu dan bapanya menjadi peniaga kedai makan di pinggir jalan kira-kira 100 langkah daripada rumahku.
Apabila aku lihat tulisan itu, beserta lakaran-lakaran yang tidak teratur dan comot, memandang ke wajah kanak-kanak perempuan tersebut yang memandangku sayu, memandang ke mata ibunya yang memerah menyala, membuatkan aku terfikir sejenak.
Disamping kanak-kanak itu terdapat sebuah kertas keputusan no ekor yang dicuit-cuit oleh kanak-kanak itu entah tahu entah tidak apakah no2 yang tertera pada kertas itu. Di mana ayahnya?Pun tidak kelihatan kerana selalunya ayahnya ada di sini membantu isterinya berniaga. Tiada orang di kedai walhal sebelum ini kedai mereka memang ramai pengunjung.
Apabila aku pulang, dan melihat nasi yang kupesan tadi, nasi gorenag pataya, permukaan telur tersebut sudah separuh hangus dan agak hitam. Rasa nasi tersebut begitu tawar. Tetapi aku bukanlah seorang yang cerewet cuma aku seorang yang menghalusi keadaan dan situasi. Nampaknya aku telah belajar sesuatu iaitu tentang KEHIDUPAN.
Dan
Kedua aku belajar sesuatu iaitu PEMAPARAN SITUASI PSIKOLOGI/PSIKOLOGI DIVISUALKAN dalam BABAK-BABAK DRAMA. Ia suatu yang mengujakan aku. Walaupun pada sisi yang lain, bahu itu letih mengandar takdir...
Dr.J

04 Februari 2009

Komposisi Cerita Dalam Drama-Watak yang bagaimana?-

Kalau sudah muak dengan drama-drama melayu dengan watak-watak dunia korporat yang penuh dengan masalah, main belakang, datuk yang curang, perebutan saham syarikat dan sewaktu dengannya.
Mengapa anda sebagai penulis skrip menuliskannya kembali?
Tidak salah menduniakan dunia korporat dalam drama namun berusahalah untuk memberikan cerita dan pemaparan watak yang berbeza atau sedikit berbeza. Setakat ini aku belum menonton lagi drama korporat Melayu yang tidak menyatakan ahli korporat yang baik. beriman, mermotivasi dan berjaya. Maknanya sebuah inspirasi!
Membikin cerita kaya inspirasi sudah banyak dilekukan oleh penulis luar. Mengapa kita tidak?Benar. Dalam drama adanya konflik. Namun sejauh mana konflik itu kita tangani dengan bijaksana. Contohnya Datuk A kaya raya menghadapi konflik saham syarikatnya bakal di 'curi' secara illegal oleh anaknya yang gila kuasa katakan. Maka berlakulah peristiwa meruntuhkan, perbuatan keji dan khianat seolah-olah orang melayu bila berjaya memiliki perniagaan sendiri akan mengalami masalah demikian. Amat mengharukan! Apakata kita ubah sedikit iaitu anak Datuk A menjalani suatu 'tempoh latihan' yang sengaja dirancang oleh Datuk A sebelum diwariskan syarikatnya kepada anaknya itu. Dalam usaha itu berlakulah pelbagai peristiwa yang memberikan inspirasi. Drama aau filem mestilah memberikan inspirasi murni kepada penonton. Itu yang terbaik buat masa sekarang. Cara menampilkan inspirasi?Tak perlu secara berkhutbah. Cukup secara bercerita.
Sebenarnya aku tidak menyalahkan pembikin filem superhero seperti Superman yang dibikin yahudi dan mempunyai mesej Yahudiah itu kerana itulah sifat filem sebagai agen propaganda. Ia disampaikan dalam bentuk budaya popular bukan secara serius. Walaupun demikian Superman berjaya menjadi watak superhero yang menambat hati penduduk dunia termasuk kanak-kanak muslim.
Justeru, kita sebagai orang Islam berbudaya timur ada caranya tersendiri. Tidak sasalah Cicak-Man namun salah sebab tidak mempunyai identiti yang jelas hanya peniruan. Peniruan tidak salah. Konsep superhero dimulakan melalui komik bukan filem atau drama. Namun identiti superhero atau watak mestilah daripada kebudayaan dan pemikiran kita sendiri.
Melalut pulak aku. Ye, semestinya penulis menjadi manusia yang tajam mata dan mindanya untuk memperosokkan dirinya ke tengah komuniti dan masyarakat-pandang, dengar, rasa dan laluinya secara berseni, catatkan sesuatu yang unik atau tidak unik-simpan walau ia bukan dalam bentuk cerita-bentuk adegan dalam hidup sebenar-ia bermanfaat kepada penulis skrip membentuk watak dan perwatakan dalam ceritanya kemudian hari.Yang pasti watak yang unik sedikit berbeza dan beridentiti akan menjadikan sesebuah drama atau filem menarik dan tidak puas ditonton.
Selain ceritanya yang beridentiti. Contohnya cerita hantu. Watak hantu tersebut mestilah sedikit berbeza. Jika di Holyywood hantu digambarkan boleh membunuh orang secara fizik, maka hantu kita tidak demikian. Nama hantu juga berbeza. Watak hantu kita berbeza dengan watak hantu serigala jadian atau vampire. Kak Pon (pontianak) di negara kita tidak pernah membunuh manusia dengan mengigit leher. Jadi dalam apapun cerita dan watak pastikan dulu identitinya. Atau wujudkan identiti terbaru tiada dalam mana-mana kebudayaan dan pandangan dunia komuniti-ia lebih kepada fantasi, namun jika ia seperti watak dalam filem Antoo Fighter baiklah tak payah.
Penulis kena masak betul dengan watak yang diciptanya terutama watak hibrid ini kerana kalau salah tampil akan jadi watak badut yang melucukan!

Komposisi Cerita Dalam Drama 3-Projeksi Watak-

Penulis mestilah menyatakan dalam skripnya psikologi watak dan bagaimana psikologi watak itu dapat divisualkan. Contohnya sindrom kemurungan dapat divisualkan dengan sifat pendiam, mengasingkan diri drp komuniti, tertekan, tidak terurus dan bercakap sendirian.

Pada peringkat seterusnya pelakon akan memainkan peranan pula apabila pelakon mestilah menghayati psikologi watak yang anda cipta itu. Justeru skrip yang jelas dna terang tidak terlalu abstrak amat diperlukan bagi memudahkan pemahaman.

Rumusannya pemaparan visual watak tersebut adalah melalui:

1.Tekanan suara, intonasi, pertuturan, kefasihan, dialek dll.

2.Gerak geri dna bentuk badan dalam keadaan berbeza.

3.Persekitaran dimana watak itu berada.

4.Pakaian watak.

Komposisi Cerita Dalam Drama 2-Perwatakan-

Watak dan perwatakan merupakan tokoh yang menggerakkan cerita. Ia mesti hidup dalam sesebuh skrip.

Watak2 ini didirikan melalui latarbelakangnya yang merangkumi:

1.Latar Fisiologi-usia, jantina, gemuk-kurus dan lain-lain.

2.Latar Sosiologi-status sosial, pekerjaan, pandangan dunia (world view), kepercayaan, keturunan, suku, idelogi, adat resam dan lain-lain.

3.Latar Psikologi-jiwa. mental. ukuran baik-buruk, keahlian bidang tertentu, kecerdasan danlain-lain.

Ciri2 diatas wajar wujud agar watak tidak kelihatan kaku. Salah stau aspek yang seing dilupakan oleh penulis skrip ialah:

PEMBENTURAN (ADJUSTMENT) : Iaitu penyesuaian tingkah laku dan psikologi watak ketika berdepan dengan konflik yang dapat dilihat seperti berikut :

1. Penyesuaian yang membawa kebinasaan terhadap diri sendiri atau orang lain seperti membunuh, dadah dll.

2. Penyesuaian yang membawa kepada penyisihan diri misalnya sangsi, berkhayal, permusuhan, paranoid dan sikap negeatif.

3.Penyesuaian yang membawa kepada sikap untuk bertahan lalu menyebabkan fobia, takut, cemas, keterpaksaan dll.

4.Penyesuaian melalui gejala-gejala fizik seperti meracau, menjerit, sakit jiwa dll.

5.Penyesuaian yang menimbulkan kematangan watak seperti bangkit drp kegagalan. bermotivasi, bersemangat.

Biasanya dalam drama dan filem Hollywood aspek ke 5 amat dominan. Atau juga berlaku penggabuangan antara unsur di atas namun di akhiri dengan unsur ke-5.

Komposisi Cerita Dalam Drama 1-Premis-

Jika 'Bikin skrip yang baik 1-9 merupakan suatu 'pencarian' saya sendiri, maka kali ini mari kita ikuti artikel2 berikut dari pandangan yang sedikit berbeza namun amat bermanfaat. Selamat menelaah.

CERITA dalam drama dapat dibangunkan oleh 3 unsur pokok iaitu
1.Premis
2.Perwatakan
3.Plot


1. Premis-seerti dengan tema, tesis, akar cerita, idea pusat, matlamat, penggerak, penekanan, subjek, tujuan, rencana, emosi asas bahkan juga dikenali sebagai plot.

Ferdinand menyatakan matlamat dalam cerita sebagai titik tolak. Ia adalah premis.

John Howard menyatakan akar umbilah mennetukan proses penceritaan dan premis.

Branders Mathews menyatakan tema adalah premis cerita.

George menyatakan premis ada tujuan cerita.

Contoh premis dalam drama berikut:

MACBETH (Wlliam Shaekspeare) : Nafsu membinasakan diri sendiri

TARTUFFE (Molliere): Siapa menggali lubang akan terjerumus ke dalamnya

A DOLL A HOUSE (Hendrick) : tiada keserasian punca keruntuhan rumahtangga

DEAD END (Sidney) : kemiskinan mendorong kejahatan

API (Usmar Ismail) atau BEBASARI (Rustam Effendi) : cita-cita membuat angkara mebinasakan diri sendiri.

Suatu kebiasaan apabila premis dalam drama adalah sama atau lebih kurang sama. Namun ceritanya berbeza.

31 Januari 2009

Bikin skrip yang baik 3

Jadi apakah keunikan keempat2 drama bersiri ini dari aspek PERSAMAAN?

Bukan semata-mata menyiasat kes jenayah atau perlakuan devian, malah juga menyiasat tentang kehidupan dan psikologi watak. Sangat mengujakan.

Bermula dengan eksposisi ke konflik demi konflik yang membawa ke klimaks dan diakhiri dengan RESOLUSI, amat kejap dan mantap sekali. Ia disertai dengan sesuatu yang mengejutkan walau tidka terlalu mengejutkan ada yang klise tetapi ia berkesan sebagai sebuah drama yang baik dan berkualiti.

Dialog yang bijak, berisi dengan maklumat dan sentiasa kedepan serta berteka teki. Sangat empati.

Pelakonnya memberi komitmen yang tidka berbelah bahagi. Cthnya dalam satu siri dalam drama HIGH CHAPPARAL big john sesat di gurun dan tiada air bersama anaknya Blue. Satu babak Big John menemui air yang digali oleh Blue dnegan tangannya dan air itu bercampur dengan tanah. Big John memasukkan tanah yang dibasahi air itu ke dalam mulutnya dan ia sungguh realistik!!!Membuktikan penghayatan pelakon yang amat tinggi.

Sarat dengan nilai2 kemanusiaan dan pengajaran yang adil dan sewajarnya.

*Ini dilihat secara umum. Selepas ini aku akan mengulas secara khusus drama yang aku aku tonton ini. Petang ini ada perhimpunan hapuskan PPSMI. Penulis2s skrip dna penggiat drama seni filem hadirkan2 diri tak kira sama ada pro atau kontranya. PENULIS SKRIP YANG BAIK MESTI MELIBATKAN DIRI DENGAN MASYARAKAT DNA SEMESTINYA BUKAN SEKADAR MELEPAK TETAPI JUGA TURUT SERTA DALAM ADEGAN YANG JARANG BERLAKU DI SEKELILING KITA. IA MEMBERIKAN PENULIS ITU IDEA YANG UNIK. DRAMA JUGA ADALAH SUATU PENGALAMAN YANG UNIK, SEDIKIT BERBEZA DAN MESTI MENGUJAKAN.