Memaparkan catatan dengan label asas memahami falsafah siri 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asas memahami falsafah siri 1. Papar semua catatan

18 April 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan

Kepada pelajar Falsafah, Logik dan Etika Melayu, saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan pada esok pagi, 19 April 2010.  Saya mendoakan kalian dapat menjawab soalan dengan tenang. Anggaplah jawapan yang anda akan beri itu merupakan suatu pandangan khusus anda sendiiri. Anda merujuk pandangan tokoh namun akhirnya anda perlu kemuakakn pandangan anda sendiri. Misalnya dengan perkataan ini, "Pada pendapat saya...Pada pandangan saya...Namun demikian saya berpandangan...Pada fikiran saya...Ingatlah, semua sekali jawapan anda itu boleh saja daripada rumusan pandangan Barat lalu ditapis dengan agama Islam dalam konteks Melayu yang hypothethical. Wajarlah anda menduduki peperiksaan ini dengan berlapang dada, ghairah dan penuh dengan semangat yang positif, jauhilah kemalasan dan sifat negatif atau mundur sebelum berjuang. Ingatlah setiap titis dakwat anda tidak sia-sia kerana semuanya itu akan memberikan kesan yang besar dan unggul dalam perjalanan anda mendapat ijazah. Tradisi pengijazahan berkait rapat dengan adab dalam Islam. Bermakna ikatan antara guru dan murid itu amatlah tinggi sekali dan mulia dari kacamata Islam. Anda harus yakin dan terus mara esok dan hari seterusnya. Cuma saya risau anda menggunakan kependekan atau bahasa rojak sahaja sewaktu menjawab kerana ia boleh menjejaskan markah anda dengan teruk. Jadi jaga bahasa kerana bahasa menunjukkan siapa diri anda. Sama ada anda seorang yang bagaimana dapat ditafsirkan menerusi tulisan anda. Saya mungkin berada di sana bergantung kepada keadaan. Apapun doa saya sentiasa mengirini anda sekelian. Insya Allah.

01 Februari 2010

Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 1-Takrif Pegangan Falsafah

Perkara pertama yang perlu disetkan di minda kita ialah:
FALSAFAH bukanlah suatu bidang yang susah dipelajari.

Bagi memudahkan kita memahami falsafah, kita mestilah tahu dahulu apakah asas falsafah.

Asasnya ialah memahami:

definisi/takrif kerja(=pegangan pelajar)mestilah dihafal dan difahami.

Merujuk buku Falsafah Logik dan Etika Melayu oleh Prof Dr Hashim Muda, menurut B.A.G Fuller dalam bukunya A History of Filosophy muka surat 1, falsafah boleh ditaktifkan sebagai

SATU PENYELIDIKAN/PENGAJIAN DAN ILMU YANG BERASASKAN RENUNGAN(REFLECTIVE) DAN PENTAAKULAN (REASONING) UNTUK MERUMUSKAN SIFAT, HAKIKAT DAN KANDUNGAN ALAM WUJUD (ALAM GHAIB-ROH) ATAU (DAN) ALAM SEMESTA (ALAM NYATA) YANG DILIHAT SECARA KESELURUHAN/HOLISTIK SEBAGAI SATU KESATUAN BERDASARKAN PENELITIAN DAN PENGKAJIAN TERHADAP DATA DAN FAKTA YANG DIAMBIL DARIPADA SEMUA ASPEK ALAM WUJUD ATAU ALAM SEMESTA.

Perbincangan:

Berdasarkan takrif di atas, dapat dirumuskan

-FALSAFAH  SEPERTI BIDANG ILMU YANG LAIN YANG MEMPUNYAI KAEDAH, MATLAMAT, ASAS DAN BAHAN KAJIAN YANG TERSENDIRI.

-FALSAFAH MENGAMBIL DATA DAN BAHAN KAJIAN DARIPADA SEMUA ASPEK ALAM SEMESTA HASIL DARIPADA KAJIAN TENTANG PELBAGAI BIDANG ILMU SAINS, MISALNYA SAINS PASTI(MATEMATIK DAN FIZIK), SAINS HAYAT (BIOLOGI, BOTANI,ZOOLOGI, GENETIK, MIKROBILOGI DSB), SAINS FIZIKAL (GEOGRAFI DSB), SAINS KEMANUSIAAN DAN SAINS KEMASYARAKATAN (SOSIAL, PSIKOLOGI DLL)

-DALAM FALSAFAH SEGALA INPUT DATA-DATA, DRP ILMU SAINS DIBUAT RENUNGAN DAN PENTAAKULAN.

-ATAUPUN FALSAFAH MENGAMBIL SEMUA HASIL KAJIAN SAINS ITU DAN MEMBUAT SATU KESIMPULAN YANG MENGHUBUNGKAITKAN DAN MENSINTESIS PERSPEKTIF PANDANGAN SEGALA ASPEK ALAM SEMESTA YANG BERBEZA-BEZA ITU UNTUK MENYATAKAN DALAM SATU PENEGASAN YANG HOLISTIK DAN MENYELURUH TENTANG HAKIKAT DAN SIFAT KEWUJUDAN ALAM SEMESTA YANG ADA INI.

-PROSES PENYIMPULAN ITU, WALAUPUN BERDASARKAN DATA DAN FAKTA YANG NYATA, DIBUAT SECARA RENUNGAN, PENTAAKULAN DAN HUJAHAN YANG RASIONAL DAN LOGIKAL YANG BERSIFAT SPEKULATIF (ANDAIAN/TEKAAN).

Contoh-boleh rujuk buku wajib pelajar halaman 2-4.

TIPS CEMERLANG 1:Bagi pelajar saya, saya mewajibkan mereka menghafalnya.Tetapi malangnya ada yang TIDAK membacanya pun manalah lagi hendak menghafalnya. Selepas itu merungut tidak faham subjek ini dan tidur di dalam  kelas. Saya tidak rugi kalau ada pelajar saya yang tidur dalam kelas. Dan saya biarkan saja.

TIPS CEMERLANG 2:Sila cari definis/takrifan FALSAFAH daripada sumber lain-terutama daripada tokoh. Cari TIGA takrifan falsafah daripada 3 tokoh berbeza.

TIPS CEMERLANG 3:Dalam kelas, apabila saya bertanya, takrifan falsafah rata2 pelajar menjawabnya dari segi etimologi kata iaitu falsafah berasal daripada perkataan Yunani, iaitu philo yang bermaksud cinta manakala sophia bermaksud kebijaksanaan justeru falsafah diertikan sebagai cinta akan kebijaksanaan.Saudara hafal ini TETAPI saudara WAJIB hafal juga takrif kata kerja seperti saya nyatakan di atas. Saya tidak menyekat saudara tetapi bermu daripada asas saudara boleh berkembang lagi dengan hujahan yang lebih baik.

TIPS CEMERLANG 4:Setelah saudara faham dan hafal takrif, huraian dan contoh maka saudara perlulah memahami betul2 dan menghayatinya minda bawah sedar. Cara gunanya ialah "sentiasa mengagankan maknanya" ke mana-mana pun jua. Apabila ini sudah ada di minda bawah sedar saudara, saudara tdk akan terikat lagi dengan susunan kata-kata huraian falsafah dan contoh2 spt Dr Hashim Musa berikan contohnya di dalam buku wajib tersebut. Saudara dapat menyusun sendiri dan mudah menjawab dalam peperiksaan. 

TIPS CEMERLANG 5:Faham dan hafal daripada sekarang. Jangan bertanggung kerana lagi lama pelajar bertangguh maka lagi lamalah saudara susah mengusai lebih jauh lagi falsafah. Ingat apa yang kita hadapi sekarang ialah asas sahaja bukannya saudara perlu jadi ahli falsafah baharu boleh memahami tetapi apabila saudara sudi dan ikhlas mengikuti tunjuk ajar daripada "guru" maka saudara akan lebih mudah memahami dan mengikuti hingga khatam. Insya Allah.