14 Julai 2008

14 JULAI DALAM SEJARAH II

14 Julai merupakan hari ke-195 (hari ke-196 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 170 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Peristiwa Yang Berlaku Pada 14 Julai.

1789 – Revolusi Perancis: Penduduk Paris menggempur Bastille

1798 – Akta Hasutan menjadi undang-undang Amerika Syarikat, menjadikan menulis, menerbit, atau mengatakan pernyataan palsu atau berniat jahat terhadap kerajaan Amerika Syarikat sebagai satu jenayah persekutuan.

1933 – Gleichschaltung: Semua parti politik di Jerman diharamkan kecuali Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional.

1958 – Raja Faisal II dari Iraq digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera oleh Abdul Karim Qasim.

1965 – Mariner 4 terbang melintasi Marikh, dan menangkap gambar jarak dekat (gambar) bagi sebuah planet lain buat pertama kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan