16 Mac 2011

Pencerobohan bahasa gugat jati diri nasional

16 MAC 2011 — Dalam Malaysia cuba membentuk dan mengekalkan jati diri nasional, sudah tentu bahasa mempunyai peranan. Untuk ini, pengetahuan dan penguasaan terhadap satu bahasa yang dikongsi bersama adalah penting.

Menerusi penggunaan bahasa sebegini di seluruh pelosok negara, perpaduan bulat dalam kalangan rakyat boleh dicapai. Ini dapat dilakukan antaranya melalui jati diri nasional yang dimiliki semua lapisan dan sektor rakyat selepas dipupuk melalui penggunaan satu bahasa yang dituturkan serta difahami bersama.

Sebaliknya, penggunaan pelbagai bahasa, lebih-lebih lagi untuk tujuan rasmi dalam majlis formal, termasuk pendidikan, dilihat sebagai menghalang proses perpaduan yang ingin dipupuk, selain merintangi proses pembentukan jati diri nasional yang dihasratkan.

Berdasarkan ideologi nasionalisme bahasa, promosi hanya satu bahasa untuk tujuan nasionalistik, iaitu penyatupaduan dan wahana komunikasi rasmi negara, khususnya dalam sistem pendidikan negara, didapati berjaya membentuk dan mengekalkan jati diri nasional.

Pemilihan hanya satu bahasa untuk membentuk jati diri nasional walaupun di dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang diamalkan di merata tempat, baik di Asia mahu di Barat memang terbukti kejayaannya.

Dalam konteks ini, penggunaan bahasa Melayu yang didapati amat berkesan untuk menonjolkan jati diri nasional, bukan saja perlu diteruskan. Malah, ia perlu dipertingkat dari semasa ke semasa supaya keutuhan bentuk dan amalan berbahasa Melayu dapat sentiasa dipelihara.

Sehubungan ini, tindakan memperkenal semula penggunaan bahasa penjajah yang walaupun kini adalah bahasa perhubungan dunia dengan nilai pragmatik yang amat tinggi, lebih-lebih lagi dalam kapasitinya semacam bahasa rasmi negara adalah langkah ke belakang dari segi nasionalisme budaya. Nasionalisme budaya amat mementingkan warisan budaya dan bahasa pribumi sendiri.

Nasionalisme budaya menegaskan peri pentingnya sebuah komuniti politik yang merdeka, mengamalkan resam dan tertib yang sama, selain memiliki idealisme sosial yang sama, daripada budaya dan bahasa sendiri.

Justeru orientasinya yang sebegini, nasionalisme budaya juga dikenali sebagai nasionalisme jati diri. Dengan ini, nasionalisme budaya ataupun jati diri ini mengutamakan kesatuan serta kualiti kehidupan rakyat yang diasaskan sepenuhnya kepada warisan budaya dan bahasa negara berkenaan.

Untuk sesebuah komuniti politik terus menjadi perkasa dan bersatu padu, semua ahli di dalamnya perlu bukan saja memiliki nilai asas yang sama mengenai budaya dan bahasa negara, tetapi berkongsinya supaya ia dapat dikekalkan dengan lebih baik lagi.

Ini penting bukan saja untuk memelihara, tetapi memperkasa satu bentuk kelainan budaya atau jati diri nasional yang didapati tidak sama dengan yang dipamerkan komuniti politik lain.

Kelainan atau jati diri inilah yang mendorong komuniti berkenaan untuk terus maju dan membandingkan segala kemajuan yang dicapainya itu dengan yang dijangkau komuniti lain. Dalam hal ini, semua kemajuan itu diasaskan sepenuhnya kepada nilai, simbol, sejarah, aspirasi dan tradisinya sendiri.

Sehubungan ini, tindakan Malaysia pada 2003 untuk menggunakan kembali bahasa Inggeris, khususnya di sekolah bagi mengajar sains dan matematik melalui Dasar PPSMI, selepas bahasa Melayu berjaya digunakan sebagai bahasa ilmu untuk beberapa tempoh lamanya adalah keputusan yang kurang bijak. Tindakan ini boleh memberi banyak implikasi buruk kepada bahasa Melayu, khususnya sikap negatif terhadapnya.

Antaranya kedudukan bahasa Melayu dilihat lemah sebagai bahasa negara, lebih-lebih lagi dalam kapasitinya sebagai bahasa rasmi negara, sehingga perlu digantikan dengan bahasa lain yang lebih berprestij.

Lebih mudarat lagi ialah tindakan seperti ini menjejaskan proses pembentukan dan pengekalan jati diri nasional yang tidak selalunya mudah dan lancar dalam sebuah negara pelbagai etnik yang mengamalkan pelbagai budaya pula.

Walaupun tindakan ini ditarik balik, manakala pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran ini dikendalikan seperti sedia kala dengan menggunakan bahasa Melayu semula selaku bahasa pengantar utama, kesannya dalam bentuk persepsi bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu sepenuhnya, akan terus tinggal dalam minda sesetengah pihak di negara ini untuk satu tempoh yang lama.

Kesan ini yang terbaru dapat dilihat pada ucap utama pada satu forum yang berjudul “Past Wisdom for Future Direction”. Pemidatonya menyelar mereka yang menentang Dasar PPSMI dengan mengatakan penggunaan bahasa Inggeris semula itu, tidak sekali-kali bersifat tidak patriotik.

Beliau juga menyentuh peri pentingnya bahasa Inggeris pada zaman globalisasi ini dan memberi amaran Malaysia akan ketinggalan jika ia terus enggan menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan berkenaan.

Tuntutan kepenggunaan terhadap bahasa Inggeris yang begitu tinggi ketika ini tidak dapat disangkal. Namun, adakah itu kaedahnya untuk rakyat Malaysia menguasai lingua franca dunia serta bahasa ibunda sains dan teknologi itu?

Dalam hal ini, bukan saja impak terhadap jati diri linguistik rakyat, tetapi kejayaan bahasa Melayu memajukan bangsa dan negara Malaysia, selain menyatupadukan rakyat yang berasal daripada pelbagai etnik perlu diambil kira dengan serius.

Sudah pasti kita mempunyai pilihan lebih bijak sifatnya untuk tujuan integrasi yang lebih banyak dengan pasaran antarabangsa yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris. Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBM-MBI) yang menggantikan Dasar PPSMI, adalah respons bestari bagi menyahut tuntutan tinggi untuk menguasai bahasa Inggeris.

Dalam keghairahan mengembalikan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara sebagai antara bahasa pengantarnya, ada sesetengah pihak daripada kalangan etnik Melayu sendiri mengesyorkan bahasa dunia itu dijadikan alat pemersatu bangsa Malaysia. Bahasa Inggeris bersifat neutral etnik di negara ini yakni ia bukan bahasa leluhur mana-mana kumpulan utama di Malaysia.

Hasrat menggunakan bahasa Inggeris untuk tujuan kemajuan bangsa dan negara melalui Dasar PPSMI, walaupun adalah satu penyelewengan dalam pembentukan dan pengekalan jati diri nasional, sebetulnya adalah lebih mulia daripada hasrat menggunakan bahasa Inggeris untuk tujuan pemersatuan sosial di Malaysia.

Dalam konteks begini, ia sesungguhnya adalah satu pencerobohan yang amat hina sifatnya terhadap jati diri nasional yang sudah, sedang dan akan terus dibentuk dan dikekalkan di negara ini. — Berita Harian

* Teo Kok Seong ialah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Ketamadunan Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)





07 November 2010

Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KBSM Membodohkan Jutaan Pelajar Sekolah

Dalam buku teks tersebut, diberikan 2 gambar.

Gambar pertama: Gambar keris. Kata penerangan di bawah (caption) menyebutkan, "Orang Melayu Melaka melawan Portugis dengan menggunakan keris."

Gambar kedua: Gambar senjata api. Kata penerangan di bawah (caption) menyebutkan, "Orang Portugis menyerang Melaka dnegan senjata api."

FAKTA sejarah tersebut amat 'bangsat' sekali.'Bangsat' nya kerana apa?

Pertama, tidakkah orang yang bertanggungjawab menyediakan modul dan menulis buku teks sejarah ini tahu fakta sejarah yang sebenar-benarnya sebelum menulis?Kita jangkakan orang yang tulis adalah orang yang berkelayan sekurang-kurangnya lepasan ijazah mengkhusus dalam aliran sejarah. Tidak tahulah saya kalau mereka pakar dalam sejarah jepun atau asia barat sahaja!

Kedua, kalau sudah pakar bidang, maka mengapakah masih berlaku salah fakta?Sedangkan dalam Sejarah Melayu dan Tuhfat an Nafis pun ada menceritakan  JAUH sebelum penjajah Portugis laknatullah datang menyerang Melaka, orang Melayu sudah menggunakan senjata api seperti alat bedial meriam, pemuras dan istinggar dalam peperangan saudara!

Ketiga, bagaimanakah fakta sejarah yang SALAH (Melayu lawan Portugis guna KERIS semata-mata!) dapat lepas apabila melalui tahap penilaian teks?Panel penilai tersbeut PASTILAH orang yang ahli dan mestilah juga yang faham betapa 'tingginya' peraturan serta kehendak Kementerian Pendidikan bagi mencemerlangkan anak bangsa dengan pendidikan. Namun fakta yang salah itu terlepas juga!

Keempat, mengapakah setelah beredarnya buku teks sejarah yang mengedarkan kesalahan fakta sejarah yang terang-terang tersebut tidak ada orang Melayu yang peka dna bangkit menegur kesilapan begini?Mungkin ada yang kritis sedar tetapi setakat mana kelantangan dan kekuatan mereka untuk menegur?Mungkin ada guru yang sedar tetapi berapa ramai yang punya suara dan berani menegur?Apakah kita ini mengamalkan budaya tak apa dan tak endah!

Fakta ini nampak remeh tetapi kesna ke atas psikologi amat besar. Dalam pada masa yang sama, fakta yang salah itu juga menutup penerangan atau fakta benar lain yang menerangkan situasi yang sebenar. Sejarah bukanlah fakta tempel-tempelan. Malah apa yang kita dapat kumpul kini pun masih banyak puzzle2 yang belum temui. Katakanlah bagi melengkapkan sebuah Gambar maka 100 puzzle diperlukan. Katakan kita hanya jumpa 65 puzzle dan 35 lagi hilang belum lagi ditemui. Dalam 65 itu kita 'sengaja' pula menyorokkan 25 puzzle. Jadi bayangkan bagaimana 'bacaan dan fahaman kita' antara 65 puzzle dan 45 puzzle sahaja. Sudah tentu yang 65 puzzle lebih 'jelas' menunjukkan gambar asalnya berbanding 45 puzzle sahaja. Begitu jugalah sejarah. Mengapa disorokkan 25 puzzle itu?Untuk apa?Malah bacaan dan pemahaman tentang gambar tersebut pasti berbeza antara 65 puzzle dengan 45 puzzle. Analogis yang mudah difikirkan. Begitu jugalah sejarah!!!

Yang dibesarkan ialah kemenangan partai politik dan oknum-oknum politik. Walhal kita punya peluang BESARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR untuk mendidik anak semua bangsa di Malaysia ini agar mengenali sejarah tanah air tempat mereka berpijak dan bernaung ini dan memupuk rasa kasih dan cinta kepada tanah air dan sedar kedudukan dna hak kita.

Ini bukti sumber Barat tentang penggunaan senjata api di semasa Portugis menyerang Melaka.


Kajian tentang senjata api dalam sejarah Melayu dan negara masih kurang atau tidak ada lagi dilakukan. Pelik sungguh! Adalah manuskrip Ilmu Petunang yang dibukukan oleh DBP namun tiada langsung dimasukkan ke dalam teks sejarah. Walhal membaca sahaja kitab Ilmu Petunang yang telah ditransliterasi tersebut sudah cukup menggambarkan teknologi senjata api Melayu sudah jauh berkembang pesat sebelum Portugis datang lagi!

Kementerian Pendidikan Malaysia, bersedialah di Mahkamah Sejarah Bangsa Melayu nanti, anda bersalah terhadap bangsa Melayu dan rakyat yang bernaung di Tanah Melayu ini!!!


25 Oktober 2010

Bukti Ayat yang Digunakan oleh Tok Awang Ngah bersumberkan Al-Quran

Nampaknya beberapa pengunjung ke blog ini adalah mereka yang minat sama dengan saya iaitu PEMINAT Tok Awang Ngah! Siapakah Tok Awang Ngah ini?Khususnya bagi generasi baharu yang tidak baca buku-buku pengalaman hidup Tok Awang Ngah pasti tidak mengenali siapakah beliau. Beliau bukannya bomoh. Bukan pawang. Bukan ulamak. Bukan perawat Islam juga. Tetapi beliau hanyalah seorang guru agama sahaja yang ilmu atau pendidikan awalnya diterima daripada Tok Ajinya sendiri di secara pendidikan sekolah pondok. Insya Allah diizinkan masa saya akan membuat suatu biodata lengkap tok awang ngah dalam blog ini bagi merungkai misteri atau menyiasat Siapakah Sebenarnya Tok Awang Ngah? Bagi saya pengalaman hidupnya sangat UNIK, dan banyak pula pengajaran yang sangat mengesankan hati nurani saya. Saya akan kongsikan kemudian ya.

Di sini saya lampirkan satu email daripada Amir Shah yang mahu menerangkan mana yang sama terutama ayat-ayat amalan yang digunakan oleh Tok Awang Ngah dalam perawatannya.

Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Tuan Amir Shah. Semoga dirahmati dan diberkati Allah Ta'ala. Maklumat daripada Tuan Amir ini adalah berdasarkan entri saya sebelumnya antaranya Ayat Kunci Penembusan Alam Ghaib versi Tok Awang Ngah dan juga penerangan ayat dalam buku Tok Awang Ngah tersebut akan daripada Surah dan ayat keberapa mana dalam Al Quran. Selamat membaca!

***
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana add saya.saya baru baca blog anta.jazakallah.saya seorang peminat tok awang ngah.kalau boleh,untuk rujukan pembaca, sbb kadang2 ada kesilapan cetakan dlm rumi,saya letak disini rujukan beberapa ayat amalan tok awang ngah supaya pembaca tidak silap bila membaca terus dr rumi.

1-antaranya,ayat kunci penembusan alam ghaib yg bermula dgn Allahu yatawaffal...ialah ayat dari surah Az-Zumar, ayat 42.

2-ayat seterusnya dr ms 7 yg bermula dgn Qul many yunaj ji kum..ialah dr Surah Al An'am ayat 63.

3-ayat dr ms 19 yg bermula dgn Wa indahu mafa tihul ghaib...ialah dari surah Al An'am ayat 59.

4-ayat inyasha' yuskinir ruh...yg sebelumnya dimulakan dgn uskun aiyyuhal waji' bil lazi ialah dr surah asy-syura ayat 33.

5-ayat dr ms 78 yg dibacakan oleh mat deh yg bermula dgn Huwallahullazi lailaha illa huwa 'alimul ghaib...ialah dr surah alhashr ayat 22-24.

6-dari ms 100,ayat yg TAN guna sambil mengisar tangan yg bermula dgn yuri kumul barqa....ialah dari surah Ar ra'd ayat 12.

7-dr ms 116, ayat in nahu min sulaiman wa innahu bismilla hirrahmanirrahim ialah dr surah An Naml ayat 30.

8-potongan ayat yuhib bu nahum kahubbillah ialah dr surah albaqarah ayat 165.

9-ayat zui yinalinna sihub bush shahawat...ialah dr surah ali imran ayat 14.

10-ayat dr ms 156 iaitu hasbiyallahu lailahailla huwa alaihi tawak kaltu....ialah dr surah at taubah ayat 129 yg juga ayat terakhir dr surah at taubah.

11-dr ms 156 ayat yg bermula dgn qul man rab bus sama wa tiwal ardh. qulillahu qul afat takhaz tum..ialah dr surah Ar ra'd ayat 16.

semoga pembaca mendapat manafaat.amin

amir

15 Oktober 2010

Dalil Yang Perlu Dihafal dan Difahami

Antaranya : Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman: "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Benarlah, Engkaulah Tuhan kami, Kami Bersaksi."

Surah Al'A'raf 7:172

12 Oktober 2010

Kejahilan Seorang Ustaz dan Doa Jarak Jauh

Salam sejahtera.
Baru-baru ini saya mendengar kuliah subuh, seorang ustaz yang mana kuliah itu dihadiri oleh puluhan jemaah. Saya mendebengkan telinga mendengar ceramah agamanya.
Kuliah itu dihangatkan dengan nadas suaranya yang tinggi, tegas dan kuat.
Mulanya agak menarik namun apabila dia masuk pada bab menyatakan (macam mengaji kitab turath pula)

"Ada orang Melayu kita, bila dekat musim peperiksaan saja ramailah hantar anak kepada tok-tok bomoh buat penerang hati. Tok bomoh pun peganglah kepala budak tersebut sambil terkumat kamit hembus kepalanya. Kalau tok bomoh nampak sampul duit kat tangan ibu bapa budak tersebut doanya jadi panjang sedikit. Siap pegang-pegang kepala, hembus-hembus. Kalau tak ada sampul 'doanya' pendek sahaja tak payah pegang kepala, hembus-hembus kepala. Lihatlah betapa mudahnya orang kita syirik kepada tok bomoh."

Begitulah mahfum ustaz yang senang sahaja bercakap demikian di dalam masjid. Saya mengeleng-ngelengkan kepala. Dan bangun selepas itu. Ada para jemaah mengerling saya. Saya boleh berdepan dengan berbincang dengan orang jahil tetapi saya tidak boleh mendengar orang jahil berada di tempat yang 'dimuliakan' untuk bercakap sesuatu perkara yang dia sendiri tidak faham hakikat apa yang dituturkannya itu. Apakah ustaz tersebut tidak menyedari terdapat sejumlah hadis menyebutkan kaedah perubatan nabawi yang mana nabi menggunakan telapak tangannya untuk mengusap kepala pesakit sambil membacakan doa dan ayat Al Quran  tertentu lalu dihembuskan ke dahi/ubun-ubun?Malah ada juga yang sesudah dibacakan demikian, peskait itu TERUS SAHAJA sembuh daripada sakitnya yang sudah lama?

Bayi Menangis

Sudah agak lama saya mendengar bayi jiran sebelah menangis. Senja, petang, malam, awal pagi. Suatu malam lepas isyak saya baharu pulang dari masjid, saya ke bilik stor belakang dna terdengarlah suara bayi tersebut. Saya terus buat doa jarak jauh dan alhamdluillah seketika kemudian tangisannya berhenti. Suara ibu bapanya juga macam terkejut apabila melihat anaknya berhenti menangis. Sepatutnya ibubapanya bersyukur kepada Allah dan sentiasa menghadapkan wajah mereka kepada Allah, yang memberi melalui makhluk ciptaaNya...Jadi terbukti juga hadis nabi, doa seorang saudara kepada saudara yang lain tanpa diketahuinya adalah doa yang tidak tertolak (pasti makbul).

28 September 2010

Sepuluh Latifah - Risalah Aliyah

Sepuluh Latifah - Risalah Aliyah

1. QALB

TITIK kedudukannya pada tubuh badan jasmani adalah pada anggaran dua jari di bawah tetek kiri dan cenderung sedikit ke arah ketiak. Latifah Qalb juga disebut Latifah Adami adalah dari takluk Alam Malakut yakni Alam Para Malaikat dan ianya merupakan pusat ‘Arasy Mu’alla Allah Ta’ala di dalam diri Insan.

Latifah Qalb adalah suatu pusat perhentian di Alam Amar. Sifat yang dikurniakan Allah dengan Latifah Qalb ialah pendengaran dan ianya merupakan Tajalli Sifat Allah As-Sami’ iaitu Yang Maha Mendengar.

Mendengar merupakan suatu sifat utama Para Malaikat kerana mereka dijadikan oleh Allah Ta’ala untuk mendengar segala perintahNya dan taat. Seseorang Salik perlu menggunakan sifat pendengarannya untuk mendengar seruan Agama Islam dan mengamalkan Syari’at Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum memiliki sifat Sami’na Wa Ata’na iaitu mendengar dalam ertikata yang sebenar yang mana apabila mereka mendengar sebarang perintah dari Allah Ta’ala dan RasulNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mereka akan terus mentaatinya.

Alam Malakut adalah wilayah Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam dan merupakan tingkatan langit pertama di atas ‘Arasy. Cahaya Nur dan limpahan keberkatan dari Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam terlimpah pada Latifah Qalb Hadhrat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan terlimpah kepada sekelian orang yang beriman.

Cahayanya adalah dari langit yang pertama dan warna Nurnya adalah kekuningan. Seseorang Salik yang telah sempurna penyucian Latifah Qalbnya menerusi Tasfiyatul Qalb maka akan terhasillah padanya Kasyful Qulub yakni pandangan mata hatinya celik dan memperolehi Basirah serta Kasyaf iaitu melihat perkara-perkara yang Ghaib menerusi mata hati.

2. RUH

TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah pada anggaran dua jari di bawah tetek kanan. Latifah Ruh juga disebut sebagai Latifah Ibrahimi adalah bertakluk dengan Alam Jabarut yakni Alam Para Roh atau dikenali juga sebagai Alam Arwah.

Sepertimana Latifah Qalb, Latifah Ruh ini juga merupakan suatu pusat perhentian di Alam Amar. Sifat yang dikurniakan dengan Latifah Ruh ialah melihat dan ianya juga merupakan Tajalli dari Sifat Allah Al-Basir Yang Maha Melihat dan As-Syahid Yang Maha Menyaksi. Melihat dan menyaksikan adalah sifat-sifat yang Allah Ta’ala kurniakan kepada Ruh ketika berada di Alam Amar.

Seluruh Para Roh bersaksi bahawa Allah Ta’ala adalah Rabb, Tuhan Yang Maha Pemelihara. Melihat, memerhati dan menyaksi adalah suatu sifat utama bagi Roh. Sifat ini ada pada diri zahir iaitu melihat dengan kedua biji mata zahir dan sifat ini juga ada pada diri batin iaitu menerusi pandangan mata hati iaitu Basirah.

Seseorang Salik perlu melihat tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala dan memerhatikan perjalanan Tariqatnya agar sentiasa selari dengan petunjuk Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, banyak mengucapkan Selawat dan membaca Al-Quran.

Alam Jabarut adalah wilayah Hadhrat Nabi Ibrahim dan Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihimassalam. Latifah Ruh merupakan tingkatan langit kedua di atas ‘Arasy. Cahaya Nur dan limpahan keberkatan dari Hadhrat Nabi Ibrahim dan Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihimassalam terlimpah pada Latifah Ruh Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Cahayanya adalah dari langit yang kedua dan warnanya adalah kemerahan. Seseorang Salik yang telah sempurna penyucian Latifah Ruhnya akan terhasillah Kasyful Qubur yakni terbukanya pandangan ghaib tentang alam kehidupan sesudah mati di dalam kubur. Dia juga akan dapat berhubungan dengan Ruh-Ruh Para Masyaikh yang telah meninggal dunia dan mengambil limpahan kerohanian dari mereka dengan menziarahi maqam-maqam yang menjadi tempat pengkebumian mereka.

3. SIRR

TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah pada tetek kiri dengan anggaran dua jari ke arah tengah dada. Latifah Sirr juga disebut sebagai Latifah Musawi adalah dari taklukan Alam Lahut yakni Alam Bayangan Sifat-Sifat Allah Ta’ala dan merupakan suatu pusat perhentian di Alam Amar.

Sifat yang Allah Ta’ala kurniakan dengan Latifah Sirr adalah menyentuh. Latifah Sirr adalah suatu alam di mana tersimpannya segala rahsia-rahsia tentang Bayangan Sifat-Sifat Allah Ta’ala dan seharusnya menjadi rahsia bagi seseorang Salik.

Latifah Sirr merupakan tahap di mana seseorang Salik itu akan mengalami perbualan dengan Hadhrat Zat Yang Maha Suci di dalam hatinya di mana dia akan berinteraksi dengan limpahan cahaya dari Hadhrat Zat dan akan mendengar suara-suara Ketuhanan.

Alam Lahut adalah wilayah Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam yang telah dapat berkata-kata dengan Allah dan telah mendengar suaraNya. Alam Lahut merupakan tingkatan langit yang ketiga di atas ‘Arasy.

Cahaya Nur dan limpahan keberkatan dari Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam terlimpah pada Latifah Sirr Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Cahayanya adalah dari langit yang ketiga dan warna Nurnya adalah keputihan.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf-Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih seseorang Salik akan mengalami Jazbah pada tahap ini iaitu penarikan dan penyatuan dengan Cahaya Allah Ta’ala. Apabila dia mengalami Jazbah untuk menuju kepada Rahmat Allah maka dia digelar Majzub. Dan menurut beliau, ini merupakan tahap Sukr yakni Ruhaniah seseorang itu akan mabuk dalam melihat kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

4. KHAFI

TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah pada tetek kanan dengan anggaran dua jari ke arah tengah dada dan Latifah Khafi ini juga disebut sebagai Latifah ‘Isawi adalah bertakluk dengan Alam Bahut yakni Alam Sifat-Sifat Allah Ta’ala.

Ia juga merupakan suatu pusat perhentian di Alam Amar yang berada di atas ‘Arash Mu’alla. Allah Ta’ala mengurniakan sifat menghidu beserta dengan Latifah Khafi dan ianya menampilkan bunyi yang tersembunyi pada Perkataan-Perkataan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Apabila sesuatu perkataan itu tertulis terdapat bunyi yang dikaitkan dengannya namun bunyi tersebut tidak akan didengari melainkan apabila perkataan itu disebutkan. Maka itulah bunyi adalah tersembunyi dan terkandung didalam huruf-huruf pada perkataan tersebut. Ia hanya menantikan masa untuk terzahir apabila bunyi huruf-huruf perkataan itu disebutkan.

Seseorang Salik akan memperolehi pengetahuan dan ilham dengan sentiasa membaca Al-Quran dan Asma-ul Husna. Salik juga akan menghidu wangi-wangian ketika berada dalam kehadiran Hadhrat Zat. Kerana itulah menjadi Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk memakai wangi-wangian.

Adapun pada tubuh badan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sentiasa terbit keringat yang harum kerana Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sentiasa berada dalam kehadiran Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada setiap masa dan keadaan.

Di Alam Bahut ini terdapatnya rahsia-rahsia yang tersembunyi tentang Sifat-Sifat Allah Ta’ala dan ia merupakan wilayah Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam. Alam Bahut ini berada pada tingkatan langit yang keempat di atas ‘Arasy dan cahaya Nur serta keberkatan daripada Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam yang berada pada langit keempat itu terlimpah pada Latifah Khafi Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan cahaya kehitaman.

Seseorang Salik perlu meninggalkan Sifat Basyariyat iaitu sifat-sifat kemanusiawian. Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih bahawa seseorang yang telah mencapai Latifah Khafi, dia akan mengalami Hairat Sughra yakni ketakjuban yang kecil kerana dapat merasai Kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

5. AKHFA

TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah pada tengah dada di antara Latifah Sir dan Latifah Khafi dan ianya bertaaluk dengan Alam Hahut yakni Alam Zat Allah Ta’ala. Latifah Akhfa juga disebut sebagai Latifah Muhammadi. Alam Hahut berada pada tingkatan yang kelima di atas ‘Arash pada Alam Amar. Pada Latifah Akhfa tersembunyinya rahsia-rahsia yang lebih dalam tentang Hakikat Zat Ketuhanan Allah Ta’ala. Alam ini adalah suatu alam yang sunyi di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Seseorang Salik akan merasai kehadiran Hadhrat Zat ketika melakukan sunyi diri dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kerana itulah Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sering bersunyi diri dengan melakukan Khalwat Saghirah di Gua Hira’.

Alam Hahut merupakan wilayah Hadhrat Baginda Nabi Besar Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan berada pada tingkatan langit yang kelima di atas ‘Arasy. Cahaya Nur serta limpahan keberkatan dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di Alam Hahut itu terlimpah pada Latifah Akhfanya dengan cahaya kehijauan.

Menurut Para Masyaikh Naqshbandiyah, hati Ruhaniah seseorang itu adalah biasan dari hati Ruhaniah Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang disebut Haqiqat Muhammadiyah.

Hati Ruhaniah ini menampilkan Bahrul Qudrah yakni Lautan Kekuasaan Allah Ta’ala yang merupakan sumber kejadian awal sekelian makhluk. Barangsiapa yang dapat mencapai ilmu pengetahuan tentang hati, akan mampu mencapai kefahaman tentang kebenaran Haqiqat Kenabian, Nur Muhammad dan Haqiqat Muhammadiyah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Limpahan cahaya Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berada di dalam lautan kekuasaan Bahrul Qudrah itu.

Setiap alam yang berada di Alam Amar merupakan suatu alam yang lengkap dengan membawa ciri-ciri yang tertentu. Ada sebilangan Masyaikh yang mengaitkan latifah-latifah Alam Amar ini dengan bunyi dan sunyi yang mana mereka menyatakan bahawa Latifah Qalb, Ruh, Sir dan Khafi adalah berada pada tingkatan zikir bunyi manakala Latifah Akhfa pula berada pada tingkatan zikir sunyi.

Sunyi bererti menjauhkan diri dari sebarang bentuk bunyi yang bersifat zahir kemudian menjadikan hatinya sentiasa bersunyian dengan Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Akhfa merupakan maqam Fana sehingga seseorang Salik itu mencapai erti sunyi yang hakiki di mana bunyi sekelian makhluk juga telah terlenyap.

Apabila telah terlenyapnya segala bunyi yang tinggal hanyalah sunyi dan sunyi merupakan suatu bunyi yang tidak diketahui. Lenyapnya bunyi makhluk tidak bermakna lenyapnya bunyi dari Hadhrat Zat Yang Maha Suci bahkan akan tetap terus kedengaran bunyi-bunyian yang bertasbih memuji kesucian ZatNya. Kesemua bunyi-bunyi ini adalah bersumber dari Hadhrat Zat Yang Maha Suci dan mengambil tempat di dalam lautan kekuasaan Bahrul QudrahNya.

Ada Para Masyaikh yang menyatakan bahawa,

“Sunyi adalah bunyi dari Hadhrat Zat.”

Apabila seseorang Salik maju atas jalan Tariqat sehingga dia mencapai Fana, Murshid akan melimpahkan ilmu yang berkaitan dengan alam-alam di Alam Amar tersebut ke dalam hati Muridnya.

Antara maksud yang utama adalah untuk sampai ke pusat perhentian Alam Hahut di Latifah Akhfa ini kerana ianya merupakan tempat persinggahan terakhir bagi Alam Amar dan merupakan tempat yang tertinggi bagi lautan kekuasaan Allah Ta’ala di mana Allah Ta’ala mula-mula menjadikan Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Kelima-lima maqam bagi Lataif yang berada di dalam dada tersebut merupakan pusat perhentian dan ianya bagi menyatakan suatu perjalanan menuju kepada penyatuan dengan Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi cahaya Kenabian Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kerana Hadhrat Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah satu-satunya manusia yang telah benar-benar mencapai Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Kemuliaan ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan ketika peristiwa Mi’raj iaitu perjalanan menaiki tingkatan-tingkatan langit menuju Kehadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

6. NAFS

KEDUDUKANNYA ialah pada otak dan titiknya ada di bahagian dahi di antara dua kening. Taaluknya adalah dengan Alam Khalaq yakni alam ciptaan yang berada di bawah ‘Arash. Ia adalah tempat penzahiran ‘Aqal manusia yang bersifat halus pada otak yang berada di dalam tempurung kepala.

Perkataan Nafs lazimnya merujuk kepada diri seseorang atau jiwa pada tahap yang rendah atau keakuan diri seseorang. Sifat semulajadinya terdiri dari sifat-sifat kemanusiawian dan kehaiwanan. Perkataan Nafs juga merujuk kepada perkataan Nafas yang bererti pernafasan dan perkara ini merupakan suatu intipati dalam perkerjaan zikir kerana ia merupakan sumber tenaga dan menjadi asas sebilangan besar Tariqat.

Sebilangan Para Sufi berpendapat perkataan Nafs ini merujuk kepada peringkat kejiwaan yang merangkumi seluruh minda, emosi dan keinginan dalam diri seseorang.

Menurut Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih, Nafs ada dua pengertian:

1. Nafs Syaik - Iaitu zat dan hakikat bagi sesuatu benda.

2. Nafs Natiqah - Suatu kehalusan dalam Ruhaniah manusia yang disebut Jiwa dan ianya bercahaya serta dikurniakan sifat keakuan. Dengan cahayanya tubuh badan menjadi tempat yang terdedah kepada berbagai jenis kejahatan dan kebaikan.

Mengenali Nafs dengan segala sifatnya adalah sukar kerana ia bersifat seperti seekor sumpah-sumpah yang boleh bertukar rupa pada sebilangan keadaan dengan warna yang berbeza.

Mencapai Ma’rifat tentang Nafs dengan segenap ilmu pengetahuan mengenai sekelian sifatnya adalah di luar kemampuan sebarang makhluk. Adalah sukar untuk mencapai Ma’rifat tentang Nafs sepertimana sukarnya mencapai Ma’rifat tentang Tuhan.

Nafs diciptakan dengan unsur keakuan diri dan ia mudah dipengaruhi Syaitan kerana adanya persamaan sifat angkuh dan bongkak dalam diri Syaitan dengan sifat keakuan yang ada pada Nafs.

Tujuan Syaitan menghasut Nafs melakukan kejahatan adalah untuk mengotorkan Qalb kerana apabila Nafs seseorang itu dikotori, Qalbnya juga akan turut dikotori. Hubungan Nafs dengan Qalb adalah dengan kelajuan cahaya dan kedua-duanya ibarat cermin yang memantulkan cahaya masing-masing antara satu sama lain.

Latifah Nafs adalah tempat perjalanan Ruhaniah melalui tingkatan nafsu-nafsu. Ada sebilangan Masyaikh yang meletakkan tiga tingkatan nafsu iaitu Nafsu Ammarah, Lawwamah dan Mutmainnah. Ada sebilangan Masyaikh yang meletakkan lima tingkatan nafsu iaitu Nafsu Ammarah, Lawwamah, Mutmainnah, Radhiyah dan Mardhiyah. Ada juga Para Masyaikh yang menetapkan tujuh tingkatan nafsu iaitu Nafsu Ammarah, Lawwamah, Mulhammah, Mutmainnah, Radhiyah, Mardhiyah dan Kamiliyah. Penyucian Latifah Nafs ini dinamakan sebagai Tazkiyatun Nafs di mana Para Masyaikh meletakkan berbagai ujian bagi menguji tahap nafsu Para Murid.

Ujian-ujian tersebut berupa Mujahadah Nafs bagi menundukkan kakuan diri dan keinginan hawa nafsu. Sebagaimana yang dinyatakan bahawa terdapat tujuh tingkatan Nafs yang perlu dilalui oleh setiap Salik seperti berikut:

1. Nafsu Ammarah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu berada pada tahap kehaiwanan iaitu pada kedudukan yang rendah, tidak mengenali hakikat diri dan tidak mengenal hakikat Tuhan, boleh menjadi lebih buas dari binatang dan sentiasa mengingkari perintah-perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tahap nafsu ini berada pada tingkatan yang rendah dan perlu disucikan dengan Taubat dan Istighfar untuk menuju pada tingkatan yang lebih tinggi supaya dimuliakan oleh para Malaikat. Apabila nafsu Ammarah ini dapat dikuasai sepenuhnya, peribadi manusia itu akan menjadi lebih baik dari para Malaikat setelah dia menjalani latihan penyucian diri di bawah asuhan seorang Murshid yang sempurna. Nafsu Ammarah sentiasa mengajak diri mengingkari Allah dan Rasul, menurut ajakan Syaitan, bergelumang dengan dosa-dosa besar dan maksiyat, bertabiat dan bertingkah laku buruk, bernafsu seperti haiwan yang buas. Sentiasa memuaskan kehendak hawa nafsu dan bersikap mementingkan diri sendiri.

2. Nafsu Lawammah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu berada pada tahap mula menyedari keingkaran dan sifat buruk yang ada pada dirinya dan berasa menyesal apabila melakukan perbuatan yang buruk dan tidak baik. Dia mula untuk berasa bersalah kerana menurut keakuan dirinya semata-mata dan lebih mementingkan diri sendiri. Dia akan melakukan Taubat dan Istighfar tetapi akan kembali kepada perlakuan dosa dan maksiyat kepada Allah dan Rasul. Kesedarannya baru terbit tetapi tidak kukuh. Dia perlu menjalani latihan untuk menerbitkan rasa kesedaran dan insaf pada setiap masa serta menyerahkan dirinya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana jika tidak, dia akan kembali terjerumus kedalam kancah keburukan.

3. Nafsu Mulhammah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu berada pada tahap yang lebih kerap menyesali dirinya kerana mengingkari hukum dan perintah Allah dan Rasul, kesedaran untuk insaf semakin bertambah tetapi masih belum mampu meninggalkan perbuatan dosa dan maksiyat. Dia belum menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah kerana keakuan dirinya belum Fana atau dimatikan. Walaubagaimanapun keinginan untuk kembali sepenuhnya kepada Allah terasa amat dekat. Dia akan diilhamkan dengan amalan kebaikan yang dapat mendekatan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan latihan kerohanian dan asuhan Murshid dia akan berjaya mematikan keakuannya. Kerana itu amat penting bagi Murid untuk mendapat bimbingan Murshid kerana seseorang itu tidak akan mampu mencapai penyucian Nafsu Mulhammah ini dengan bersendirian melainkan melalui seorang Murshid secara zahir dan batin. Dia perlu berzikir dengan kalimah Ismu Zat iaitu Allah Allah sebanyak-banyaknya di dalam hati sehingga terbit ketenangan.

4. Nafsu Mutmainnah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu berjaya mencapai Fana. Dia berjaya mematikan keakuan dirinya dan menyerahkan dirinya kepada Allah subhanahu wa Ta’ala. Apabila keakuan dimatikan maka akan lahirlah bayi maknawi dari diri insan. Insan bersifat pelupa dan apabila keakuan insan itu dimatikan maka akan lahirlah daripada dirinya, dirinya yang sebenar yang diertikan oleh Hadhrat Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai Tiflul Ma’ani. Pada tahap ini keimana seseorang itu menjadi semakin teguh dan kukuh. Dia perlu mendawamkan zikir kalimah Ismu Zat pada setiap latifah sehingga sempurna Sepuluh Lataif dan kekal dalam Syuhud. Ruhnya berjaya mencapai ketenangan pada Nafsu Mutmainnah dengan berkat limpahan dan asuhan Murshid.

5. Nafsu Radhiyah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu telah diserahkan sepenuhnya kepada Allah dan dia redha dengan apa jua yang datang dari Allah. Tidak mementingkan apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku. Dia menumpukan kesedarannya pada Kehadiran Zat Yang Suci pada setiap masa. Dia hanya menjadikan Allah sebagai maksud dan sentiasa menuntut keredhaan Allah. Dia sentiasa merasakan dirinya lemah di hadapan Allah dan sentiasa bergantung penuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dia mengetepikan segala kepentingan Dunia dan akhirat demi Allah Ta’ala semata-mata.

6. Nafsu Mardhiyah - Pada tingkatan ini keakuan seseorang itu telah tenggelam dalam lautan Syuhud. Dia menyaksikan Kebesaran Allah dengan cahaya Musyahadah dan mencapai ‘Irfan. Dia berenang di lautan Makrifat mengenali hakikat diri dan hakikat Tuhannya. Ruhnya telah aman damai di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan jiwanya menjadi lembut terhadap sesama makhluk dan zahirlah akhlak yang baik serta mulia dari dirinya.

7. Nafsu Kamiliyah - Pada tingkatan ini keakuan diri seseorang itu telah mencapai penyucian yang sempurna dan berjaya menjadi insan yang sempurna dengan menuruti segala Sunnah Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana merupakan insan yang paling sempurna. Zahir mereka bersama manusia di dalam khalayak ramai dan menghadiri majlis mereka namun batin mereka sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga memerhatikan limpahan faidhz dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Zikir mereka pada tingkatan ini adalah sentiasa bermuraqabah. Penyerahan mereka sempurna dan Allah menzahirkan Tanda-Tanda KekuasaanNya menerusi hamba tersebut. Dia menyerah kepada segala ketentuan Taqdir dan melaksanakan kewajibannya sebagai hamba dengan sebaik-baiknya. Ini merupakan tingkatan para Nabi dan Rasul ‘Alaimussolatu Wassalam dan inilah merupakan tingkatan para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in dan tingkatan sekelian Wali Qutub.

Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan bahawa terdapat sepuluh sifat buruk yang ada pada Nafs seperti berikut:

1. Hawa

2. Nifaq

3. Riya

4. Mengaku Tuhan

5. Bangga Diri

6. Tamak

7. Haloba

8. Banyak Ketawa

9. Malas

10. Lalai

Sepuluh sifat buruk Nafs ini adalah berasal dari unsur-unsur seperti panas, sejuk, lembab dan kering. Dari sepuluh sifat yang buruk ini terbit berbagai lagi sifat-sifat yang buruk seperti hasad dengki, iri hati, bersangka buruk, putus asa dan sebagainya.

Ada sebilangan Masyaikh yang menganggap Nafs dan Qalb adalah sama kerana pada penghujungnya mereka mendapati Nafs Mutmainnah adalah jiwa yang tenang serta menganggap jiwa letaknya pada hati. Mereka menganggap tiada perbezaan antara kedua-duanya.

Sebenarnya Qalb dan Nafs adalah dua perkara yang berbeza tetapi memiliki tanggungjawab yang sama iaitu untuk disucikan dari segala sesuatu selain Allah dan menumpukan ingatan terhadapNya serta menggunakan kemampuan Qalb dan Nafs untuk Ma’rifat Allah Ta’ala seterusnya sentiasa menghadapkannya kepada Wajah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kedua-duanya merupakan dua pusat perhentian utama yang mewakili Alam Amar dan Alam Khalaq. Qalb adalah pusat perhentian bagi Alam Amar dan Nafs adalah pusat perhentian bagi Alam Khalaq.

Seseorang Salik yang telah sempurna menempuh Alam Amar bermakna dia telah berjaya menempuh Daerah Wilayah Sughra yakni daerah kewalian kecil dan merupakan Alam Bayangan Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sarhindi Rahmatullah ‘alaih, apabila seseorang Salik telah sempurna menempuh Daerah Wilayah Sughra maka bermulalah Fana yang sebenarnya dan Salik akan terus menuju kepada Daerah Wilayah Kubra yakni daerah kewalian yang besar.

Daerah Wilayah Kubra ini berada dalam Bayangan Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam iaitu dalam menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ianya merupakan daerah kewalian Para Nabi dan terdapat tiga setengah daerah di dalamnya iaitu Daerah Ula, Daerah Tsaniah, Daerah Tsalisah dan setengah Daerah Qaus.

Setelah Salik sempurna menjelajah daerah-daerah ini pada Latifah Nafsnya dia akan meneruskan perjalanan Ruhaniahnya merentasi Daerah ‘Ulya iaitu daerah Para Malaikat yang tinggi kedudukannya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Seterusnya Salik hendaklah menyucikan Latifah Qalibiyahnya iaitu anasir yang empat terdiri dari Tanah, Air, Api dan Angin. Pada tingkatan ini seseorang Salik tidak lagi memerlukan sebarang asbab luaran untuk mencapai KehadiranZat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

7. ANGIN

KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh badan manusia. Angin sifatnya halus dan tidak kelihatan. Angin yang besar dapat mengubah keadaan sesuatu tempat dan ia boleh bergerak ke mana-mana. Unsur Angin terdapat pada diri manusia secara zahirnya dapat kita perhatikan menerusi pernafasan keluar dan masuknya udara melalui hidung dan mulut. Udara Oksigen yang dihirup masuk ke dalam paru-paru akan diagih-agihkan ke setiap bahagian tubuh badan.

Angin juga dapat kita rasakan melalui dubur ketika telah sempurnanya penghadaman. Sifat Angin pada manusia adalah halus kerana ia menampilkan keinginan hawa nafsu yang tidak terbatas dan kecenderungannya menuruti hawa nafsu. Adakalanya ia dizahirkan menerusi kesedihan dan dukacita dan adakalanya terzahir menerusi keinginannya untuk berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat sepertimana angin yang bertiup dari suatu tempat ke suatu tempat.

8. API

KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh badan. Api merupakan suatu unsur yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala gunakan untuk menjadikan Syaitan dan Syaitan adalah dari golongan Jin dan mereka adalah dari Api. Unsur Api juga Allah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan kepada manusia dan ini dapat di lihat pada ciri-ciri zahirnya iaitu pembakaran makanan di dalam perut bagi menghasilkan penghadaman, panas badan dan demam.

Unsur Api yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan adalah bersifat halus dan ada terkandung sifat-sifat kesyaitanan dan Jin dalam diri manusia seperti kemarahan, bangga diri, bongkak dan takabbur.

9. AIR

KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh badan. Jasad sekelian manusia adalah dari Air dan ciri-ciri air itu ada pada manusia seperti air mata, air liur, air hingus, air peluh, air mani, air najis dan darah. Air sifatnya mengalir dan begitulah sifatnya dalam masyarakat, bergerak ke sana dan ke mari seperti air. Ada sifat air yang jernih dan ada yang sifatnya seperti susu.

Manusia juga mudah menuruti hawa nafsu yang jahat dan ada yang boleh menerima perubahan dan mengubah masyarakat. Ia juga bersifat pelupa dan cenderung kepada tidur.

10. TANAH

KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad tubuh badan. Jasad jasmani Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam telah dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala daripada tanah. Begitulah juga kepada sekelian anak cucu Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam kesemuanya kembali dikebumikan ke dalam tanah. Adapun sifat-sifat Tanah itu ada dalam diri manusia seperti kerendahan hati dan merendahkan diri, kehormatan, ringkas dan mudah terbentuk.

Terdapat berbaga jenis sifat tanah iaitu ada yang subur apabila menerima air hujan serta menumbuhkan rumput, ada tanah yang keras dan menakungkan air untuk manafaat makhluk yang lain dan ada jenis tanah yang keras tidak menakungkan air serta tidak menumbuhkan rumput.

Begitulah diibaratkan kepada orang yang menerima limpahan ilmu dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ada yang mendapat manafaat darinya dan ada yang memanafaatkannya kepada orang lain dan ada yang tidak memanafaatkannya untuk dirinya mahupun kepada orang lain.

Sifat Tanah adalah mudah dibentukkan kepada sebarang bentuk, bijaksana, berperingkat, kejahilan, kejahatan, kegelapan dan kelemahan.



20 September 2010

Kenapa Masjid Kosong?

Hendaklah kamu sekelian menyedari bahawa keberadaan kamu di dunia ini sebagai tetamu jemputan sahaja. Dan jadikanlah masjid-masjid itu sebagai rumah kamu (melaziminya dengannya). Dan hendaklah kamu latih atau biasakan hati kamu dengan berzikir dan berfikir secara lembut dan tenang. Dan hendaklah kamu banyak berfikir dan menangis di atas kesalahan kamu dan jangan terkeliru dengan hawa nafsu. Bermakna kamu mengadakan rumahtangga yang mana lebih dari hajat dam kamu himpunharta lebih daripada perlu dan kamu berangan-angan barang yang tidak akan kamu mendapatkannya. (riwayat Abu Nu'aim, daripada Al-Hakim bin 'Umair)

+++

Saya tertarik dengan hadis ini yang mengandungi bebarapa perkara. Namun yang paling menarik hati saya ialah berkenaan menjadikan masjid sebagai rumah.  Banyak orang kita merungut mengapa masjid-masjid kosong daripada jemaah. Malah dikatakan lebih banyak tiang daripada orang. Ada juga lebih banyak botol air daripada jemaah. Banyak antara kita cenderung untuk mengatakan kekosongan masjid disebabkan oleh orang Islam sendiri yang sudah melupakan agamanya dan juga menjauhi sunnah baginda nabi.

Namun demikian mengapa kita tidak mengkaji dengan lebih dalam kenapa masjid kosong?Ada yang mengkaji sedikit, mengatakan puncanya ialah program masjid yang tidak menarik perhatian khususnya anak-anak muda untuk datang ke masjid.

Maka dicadangkan program masjid seperti bermain futsal, bola sepak, dan berbagai acara lagi untuk menarik perhatian generasi muda datang ke masjid. Namun apakah itu mencapai matlamat akhirnya iaitu membawa generasi muda beriktikaf di masjid? Atau datang sekadar bermain kemudian pulang separuhnya. Yang separuh lagi bertahan untuk solat jemaah bila tiba jemaah tetapi bingkas bangun apabila selesai solat jemaah tanpa mahu berzikir sekejap dan berdoa bersama imam. Sebenarnya kajian yang masih belum dibuat atau ditonjolkan walaupun mungkin ada di mana-mana ialah:

APAKAH MASJID ITU SENDIRI BERFUNGSI SECARA PENUH SEBAGAI RUMAH ALLAH YANG DI DALAMNYA DIIMARAHKAN DENGAN MAJLIS ILMU YANG SEBENAR-BENARNYA?

Apa yang saya lihat dan tinjau, kebanyakan masjid mempunyai program majlis ilmu sebagai taman syurga yang ditakrifkan sebagai kuliah subuh atau maghrib ataupun majlis pengajian agama secara berkitab khusus diikuti syarah kitab.

Bagi yang kategori kuliah agama, ustaz yang dijemput bertindak sebagai penceramah tanpa terikat dengan kitab. Berlandaskan sebuah dua hadis atau ayat Al Quran, penceramah 'mensyarahkan' sendiri hadis dan ayat berdasarkan pemikirannya sendiri. Walaupun kita tidak menolak ijtihad mereka, namun demikian persoalannya apakah mereka iaitu penceramah ini sudha mencukupi sayarat untuk menjadi seorang ulamak berisi yang tangguh mensyarahkan ayat dan hadis dnegan mata hati yang suci dan terang?

Apa yang saya teliti, penceramah hanya menggunakan logik akal apabila menghuraikan malah tak sedikit gagal menghuraikan sesuatu topik agama yang diberikan sendiri olehnya di permulaan kuliah dengan melalut-lalut menceritakan perkara tiada berkaitan, kononnya mahu berjenaka, atau mahu bersantai sehinggakan apa yang diucapkannya adalah sesuatu perkataan yang tidak molek disebut di rumah-rumah Allah. Ada juga yang agaknya sudah kehabisan 'ilmu' boleh sahaja berpanjang lebar mengatakan dirinya tidak layak bercakap, tidak tahu banyak sangat berbanding hadirin dimana perbuatan menfakirkan diri tersebut bukan sahaja tidak kena tempat malah tidak kena situasi dan caranya.

Penulis kitab agama menfakirkan dirinya, merendahkan dirinya hasil daripada kewarakan yang tumbuh daripada mujahadah dan muraqabah yang praktikal daripada tuan guru tersebut dan hasil penulisan kitabnya itu hebat, padat ilmu dan tangguh serta berwibawa bukannya penfakiran diri itu lahir daripada 'penyedap telinga' sahaja bagi melindungi diri daripada dikomenter oleh jemaah yang kritis apabila 'bercakap sahaja tanpa ilmu atau tidak bersedia sebelum mahu bercakap atau memang jahil dalam ilmu agama'.

Perbuatan begini sebenarnya bukan sahaja merendahkan moral penceramah malah merendahkan ketinggian agama Islam. Bayangkan ada musuh Islam si munafik menyelinap dalam masjid danmahu mendengar apa sahaja yang mahu dituturkan oleh penceramah maka tentu dia ketawa besar sahaja melihatkan kekartunan sifat penceramah yang terang-terang membuka pekung kejahilan di dadanya tetapi mahu juga terus bercakap dan pihak masjid masih juga mahu menjemputnya atas penilaian penceramah bersekolah agama, pakai jubah, serban dan nampak alim ulamak tetapi kosong haprak.

Saya mengatakan begini sebab saya menyaksikan sendiri di beberapa buah masjid. Ini baharu sahaja menyentuh tentang kuliah agama tanpa berkitab secara tetap mingguan atau bulanan. Yang berkitab pun sama juga. Ada yang sudah bagus ustaz bawa kitab hebat-hebat di tangan dan buka dan baca kepada jemaah kemudian bila tiba mahu mensyarahkannya, ustaz ini bukan sahaja malas merujuyk syarah yang sedia ada (walaupun boleh ijtihad sendiri tetapi fikirlah kalau layak tak mengapa kalau tidak apa lagi dikata kalau yang dikata merendahkan ketinggian agama Islam) malah menghuraikannya sendiri berjela-jela masuk pulak bab politik partisan dan kutukan sana sini dengan carutan dan makian.

Ada sekali di sebuah masjid bulan ramadhan saya tengok sahaja fiil jemaah yang padat dengan pelajar dan pekerja yang datang mahu terawih. Sudah biasa terawih dengan imam hafiz baca surah daripada Al Quran. Namun apabila selang empat rakaat diadakan kuliah ramadhan mungkin namanya, dibuat sehingga 1 jam lebih!

Bayangkan bila sahaja sudah tamat kuliah tersebut jam sudah menunjukkan angka 10 lebih. Lagi empat rakaat dengan bacaan surah daripada Al Quran. Saya sudah jangkakan sesuatu akan berlaku pada masjid yang penuh dengan jemaah ini. Jangkaan saya tepat apabila masuk sahaja hari kelapan tak sampai hari terakhir ramadhan pun, jemaah susut sampai yang ada adalah jemaah asal masjid sebelum ramdan satu habis kuatpun 3 saf.

Kemudian penceramah dalam kuliah ramadhan berikutnya pun hentamlah habis-habisan katanya,

'tengok golongan munafik sebagaimana orang yang datang jemaah terawih dua tiga hari lepas ramai kemudian sekarang tidak ada sebab tidak mahu dengar kuliah agama. Inilah golongan munafik..bla- bla..'

Saya masa tu mengeleng sahaja dengar. Sudahlah bersangka buruk. Malah boleh jadi menfitnah pula. Menggelarkan pula saudara dengan gelaran buruk. Haprak sungguh penceramah itu. Perkara ini bukan sahaja berlaku di masjid malah di surau.

Saya pernah datang ke surau di bandar KL, dia bawa kitab sudah besar danhebat serta gah judul malah penulisnya. Namun apabila sekadar membaca satu dua baris dalam kitab yang selebihnya merapu meraban dengan berjenaka lucah dengan jemaah bagai ketagih mahu membuatkan orang ketawa, semasa habis kuliah sesudah solat isyak masuk sahaja dalam lif saya bertanyakan ustaz itu bila hendak tiba membincangkan topik seterusnya sebagaimana tertera dalam kitab agama yang dipegangnya itu, dia tergamam dan tersekat-sekat mengatakan minggu hadapan.

Kawan saya yang ada ketika itu marahkan saya kerana kurang ajar dengan ustaz. Sedangkan saya ini siapa hendak menegurnya. Ini juga satu masalah. Masalah hormat tidak bertempat. Islam tidak ajar hormat orang berdasarkan gelaran dan fizikal.

Berbalik kepada punca masjid kosong, begitulah saya menarik satu helai rambut daripada sekian banyak gumpalan rambut yang lain dalam tepung yang putih bersih. Jangan ditanya mengapa orang tidak datang ke masjid sebab sudah ada jawapannya. Jawapannya bukan semata-mata tiadanya program sukan di masjid bagi menarik generasi muda.

Tetapi juga tiadanya penataran atau Kawalan Kualiti terhadap program sedia ada di masjid. Itu tidak lagi sentuh tentang imam solat cepat sebelum habis makmun habiskan fatihah dia sudah rukuk ikut suka hati dia sahaja, dan tentang amalan zikir jemaah yang sengaja di pendek-pendekkan semata-mata hendak buat kuliah, cthnya memendekkan zikir yang sudah disunnahkan nabi dengan bilangan tertentu dengan bilangan pak imam sendiri semata-mata nak cepat.

Walau nampak kecil ia memberi impak sebenarnya dari segi mengikut sunnah nabi dan juga kesannya ke atas jemaah yang kritis. Ada juga meninggalkan bacaan ayatul kursi yang disabdakan nabi akan kelebihannya membaca selepas solat fardhu atau meninggalkan sunnah dalam berzikir yang berlaku di masjid.

Kita jangan bercakap ini soal sunnat boleh ditinggalkan. Itu ayat umum.

Ini saya memberikan ayat yang khusus atau hujah yang khusus iaitu bilangan yang ditentukan sendiri bukan lagi mengikuti sebagaimana di sunnahkan.

Itu belum sentuh lagi soal masjid ditutup awal, ditutup lampu kipas dikunci grillkan. Walaupun betul banyak pencuri namun apakah tiada jalan lain untuk menjadikan masjid sentiasa cerah dan terbuka sepanjang masa kerana tidak sepatutnya ditutup khususnya apabila ada orang mahu singgah di masjid solat isyak tetapi masa itu sudah pukul 10 malam tetapi mendapati pintu besi sudah menahannya.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 114 bermaksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."


Apakah sengkek sangat atau malas sangat berfikir sampai tidak terfikir mahu mengupah pengawal atau kaedah lain agar keselamatan terjaga tanpa membuatkan sesiapapun jua tidka dapat beribadat di masjid atau Rumah Allah?

 Itu tidak sentuh lagi soal barang hilang di masjid ada di hujung kepala sendiri barang boleh hilang sebaik sahaja bingkas daripada sujud. Dan tertera kenyataan daripada AJK masjid jaga hak milik sendiri kehilangan tanggungjawab sendiri. Tidakkah ini cara yang lepas tangan paling mudah dan cara paling malas yang pernah dilakukan umat Islam bagi menjaga rumah Allah yakni masjid?

Cuba pencuri mahu mencuri sesuatu dalam kuil. Pencuri pun fikir lapan puluh kali terutama kuil besar dan pada waktu sekarang ini. Cuba pencuri itu Melayu yang pernah mencuri di masjid?

Fikir-fikirkanlah kenapa masjid kosong bukan sekadar tiada acara sukan tetapi tiadanya penelitian terhadap perkara-perkara kecil tetapi besar kesannya dalam menarik jemaah ke masjid. APATAH LAGI MAHU MENJADIKAN MASJID SEBAGAI RUMAH! (Jangan salah faham bukan maksud saya menjadikannya ia sebagai tempat tinggal..boleh fikir sendiri berdasarkan tulisan saya).

Allah berfirman dalam Surah At-Taubah Ayat ke-18.

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.