28 Januari 2009

Maut atau

Cadang nak habiskan cuti hari ini dgn menonton filem di panggung. Sedang berkira filem apa. Sokonglah filem Melayu!Begitu suara hati menerjah. Ya...perlahan jer jawab balasnya. Maut-tentang kematian..bro ajami telah mengulas filem Maut drp sudut pandangnya...aku?Belum menontonya lagi. Ulasannya menarik jugak. Tapi biasalah. Selain cerita aku juga mementingkan kekreatifan drp aspek sinematografi dan kekemasan plot dan keunggulan dialog. Jadi?Biasanya..atau itu lebih baik. Atau itu lebih mencengkam. Atau itu lebih mendidik secara tak langsung. Atau..atau itu lebih menghiburkan...Jadi Maut atau...yang atau itu. Tengok kepada masa dan tempat duduk. Aku mahu di tengah bukan di tepi!. Atau...atau aku mahu gila2 sebulan lepas tonton 3 filem pada hari yang sama dari pagi sampai malam? Itu akan dipertimbangkan. Proposal DR. J belum selesai. Farahana, penulis bersamaku balik kampung. Tak tengok lagi 3 episod yang dia cuba buat. Kalut!Aku nak tengk dari segi falsafah ceritanya adakah mengikut skema yang telah ditetapkan!Yer, aku tak boleh lambat. Sekarang 11.30pagi. Sepulangnya nanti aku akan kemaskinikan blog dgn masukkan ulasan aku tentang filem yang aku tonton. Malas aku nak ulas tentang AUSTRALIA dan lain2 filem hujung tahun lalu yang aku tonton marathon. Marathon 2 hari dgn enam filem. Pergh!Rekod. Aku tak mau buat lagi. Nanti aku terpaksa makan meggi. Hehehehe. Sambil buat tonton boleh maniskan masakan Dr. J lagi. Dan sepulangnya aku boleh tulis sinopsis lengkap semuanya. Tinggal 3 episod lagi. Dan..apa aku nak buat dulu ni?Ulas filem aku tonton?Atau lengkapkan sinopsis Dr J yang berbaki 3 episod akhir?Atau..atau yang lebih menghiburkan!

Baca buku!

27 Januari 2009

Aku mahu adaptasi novel SALINA

SALINA tak usah aku perkenalkan lagi. Ia sudah dikenali sebelum aku lahir lagi. Ceritanya..aku teringin sangat nak adaptasinya ke filem! SALINA kalaulah difilemkan aku rasa ia dapat menandingi Dr Zhivago atau filem2 kesan perang yang berlambak dihasilkan dari dulu hingga kini.

Tanggapan Aku

Kampung Kambing-kesan peperangan
Singapura-sedang dibangunkan
SALINA-seorang watak pelacur
Helmi-anak Melayu yang berusaha merubah nasib dgn menekuni ilmu dgn perbelanjaan Salina hasil drp pelacuran
Abdul Fakar (Zakar?)-yang hanya tahu menutuh Salina, makan hasil kerja Salina dan memukul Salina
Sunarto-imej anak Melayu berbeca pascaperang
Razman-penggila buku ttp tdk mampu merubah apa2
Hj Karman-hanya berhadis semata2 tak mampu merubah apa2
Zarina-simbol wanita dewasa pascaperang yang menyeksa dan mendera psiko
Nahidah(anak Zarina)-gadis Melayu yang diperkotak katikkan oleh situasi dan keadaan yang menyukarkan....
Kurupaya-pemilik kg kambing yang baik hati tetapi tegas dgn hutang dan sewa walau rumah sewanya itu seteruk kandang kambing!

Klimaksnya menarik..dramanya, dramatik...menyakinkan...plotnya cergas...dialognya hidup mewakili kelas2 dan starta sosial....

Tidak lupa kepada kambing Kurupaya yang sering diusik oleh Bulat..watak kanak-kanak yang hanya tenggelam dalam dunianya..tidak mengerti lagi apa yang berlaku disekitarnya..konflik manusia dewasa pascaperang....sbg hiburan bersemiotik yang mengesankan!
Tahniah Pak Samad. Novel ni akan terus hidup sejuta tahun lagi.

Sinopsis Buku

"Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang. Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang memberikan kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih kanak-kanak lagi. Dia mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang Indonesia yang hanyut berkelana menjadi buruh di Singapura.""

Selesai aku membaca novel ni aku berharap:

1.Tuhan elakkan bangsaku drp peperangan
2.Tuhan selamatkanlah bangsaku drp perpecahan
3. Tuhan berikanlah aku ilmu pengetahuan agar aku tidak miskin dan hina!

Dalam dalam buku dalam filem dalam kehidupan...ilmu itu ada dan ada....bagai nafas dgn darah...Rumusnya aku mahu adaptasi SALINA ke FILEM!!!! Aku jamin filem SALINA akan hidup sejuta tahun juga.

Soalan Pendek Aku.
Ada sesiapa yang mahu menaja?

Bajet
10 juta atau lebih.Ada berani?
Stok habis DBP lena

Filem dan buku

Penulis dan penggiat filem mesti bersama dgn buku.Menjadi ulat buku. Apa bidang sekalipun.Jadilah manusia yang teruja dgn pengetahuan dan ilmu.Barulah idea2 yang datang kemudian bernas dan berisi. Skrip ikut bernas dan berisi. Sinematografi ikut bernas dan berisi. Moga-moga.

The Aviator-Imiginasi Adalah Kehidupan Tanpa Batas


Setelah 4 tahun berada di pasaran, aku baru menonton filem ini. Hebat!Ia mengisahkan tentang Howard Hughes yang seorang pengusaha kapal terbang dan penerbit filem terbesar dan termahal dalam zamannya.
Aku terpesona dengan 5 minit terawal dan 5 minit babak terakhir filem ini yang memaparkan Howard Hughes sedang dimandikan oleh ibunya.
Babak Terawal
Kelihatan Ibu mengambil sabun dan memandikan Howard.
Ibu
Q U A R A N T I NE
Howard Hughes
quarantine
Ibu
Kamu tahu tentang penyakit taun?
Howard Hughes
Ya ibu.
Ibu
Kamu tahu tentang penyakit thypus?
Howard
Ya ibu.
Ibu
Kamu tahu ia boleh terjadi kepada kamu?
Howard
Ya ibu
Ibu
Kamu tidak selamat.
Babak seterusnya menceritakan tentang kehidupan Howard yang mewarisi kekayaan keluarganya yang memilki telaga minyak. Howard melaburkan seluruh kekayaannya untuk kapal terbang dan filem.
Juga ditunjukkan Howard menglamai penyakit obsesif kompulsif, perfecsionist dan saingan drp pesaingnya Pan Am. babak terakhir filem ini meresolusikan segala-galanya. Membina kapal terbang secara besar-besaran, tanpa menghiraukan wang, membina Hercules yang kemudiannya dibatalkan pembeliannya oleh tentera US saat-saat akhir, Hercules terhempas dan nyaris membunuh Howard, teman wanita yang tidak menyintainya. Namun babak akhir sangat memikat.
Babak Terakhir
Howard Hughes
Arah masa depan
Berulang2 kali. Sehinggalah Howard Hughes mengingati 'sambungan' babak dengan ibunya.
Ibu
Kamu tidak selamat.
Howard Hughes
Apabila aku besar nanti aku akan terbangkan kapal terbang yang paling pantas dibina, menerbitkan filem paling hebat dan menjadi lelaki paling kaya di dunia.
Howard Hughes
The waf of the future...
the way of the future...
the way of the future...
the way of the future...
the way of the future.
Dua babak ini yang menjadi pembuka dan penutup filem ini menjadi resolusi keseluruhan filem ini. Rumus aku, filem ini memberikan inspirasi bahawa tiada apa pun yang mustahil dibina dan dilakukan oleh manusia selagi ia akan usaha dan daya ke arah itu.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430/Tahun Baru Masehi 2009...Berhijrah


Mulai hari ini-27 Januari 2009/1 Safar 1430-blog http://www.jiwaragaminda.blogspot.com/ dihapuskan kerana masalah teknikal lalu dipindahkan ke sini. Tulisan lalu sedang ditapis sebelum diisi semula ke dalam blog ini agar tidak membawa masalah seperti masa lalu.


Ini adalah catitan terbaru aku. Akan disusuli dengan isi yang akan lebih rencam, pelbagai dan warna warni. Selamat Tahun Baru!.


Salam ingatan drp sy.


08 Januari 2009

CONTOH FORMAT SKRIP YANG PALING MUDAH

Ada yang email tanya aku macam mana bentuk skrip dan lakon layar?

Jawapannya: ada perbezaan. Skrip adalah konsep idea asal cerita yang ditulis oleh penulis skrip.

Manakala lakon layar ialah skrip yang telah diberikan sudut pandan gerak kerja kamera serta aspek pengarahan yang lain. Ini untuk pengarah.

Maka aku penulis skrip semata. Formatnya amat mudah. Berikut contoh permulaan sebuah skrip filem seram yang sudah siap sepenuhnya.

SKRIP FILEM ‘________' (*Rahsia) OLEH MUHAMMAD ALI ATAN.


1. EXT. RUMAH TERES ZURA&ANA – SENJA

DI SUASANA SENJA ‘MAMBANG KUNING’. KELIHATAN SEBUAH KERETA BERHENTI DI HADAPAN SEBUAH RUMAH TERES. ZURA (22) KELUAR DARI KERETA. WAJAH ZURA TAMPAK PUCAT DAN TIDAK BERMAYA. ZURA TERBATUK-BATUK KECIL.

ANA
(risau)
Zura...bertambah pucat muka kau ni...kau sakit ke?

ZURA
(senyum tawar)
Aku ok. Cuma letih sikit. Ana, kau belikan aku nasi ayam dan air barli tanpa ais ok?

ANA
(senyum hambar)

Ok. Kau masuk dulu. Sekejap lagi aku kembali.

KERETA MENINGGALKAN ZURA SENDIRIAN DI DEPAN RUMAH. ZURA BERJALAN GONTAI MENUJU KE PINTU RUMAH. ZURA TERPANDANG SEEKOR BURUNG HANTU BERTENGGEK DI BUMBUNG RUMAHNYA. BURUNG HANTU ITU SEPERTI MEMANDANGNYA DENGAN TAJAM. ZURA TERUS BERJALAN TANPA MEMPEDULIKANNYA.

NAMUN TIBA-TIBA ZURA TERMUNTAH. ZURA AMAT TERKEJUT APABILA MELIHAT DARAH SEGAR MELAMBAK KE TANAH. ZURA MEMEGANG DADA DAN LEHERNYA. ZURA BERASA DADA DAN TEKAKNYA AMAT SAKIT LALU ZURA TERBARING DI ATAS TANAH.

ZURA PENGSAN. SUDUT LAIN BURUNG HANTU ITU TERUS MEMERHATIKAN ZURA. TIDAK LAMA KEMUDIAN ANA KEMBALI. ANA(22) KELUAR DARIPADA KERETA MENDAPATKAN ZURA YANG TERBARING DI TENGAH HALAMAN.

CUT TO:

2. INT.BILIK TUTORIAL – PETANG KEESOKAN HARINYA

PAPARAN SLAID POWERPOINT PADA SKRIN PUTIH DENGAN JUDUL ‘ALLAH MAHA ESA DAN KEKUASANYA’. DI BAWAH JUDUL ITU TERTERA MAKSUD SURAH AL-IKHLAS IAITU 1.ALLAH ITU ESA. 2 ALLAH TEMPAT TUMPUAN SEKELIAN MAKHLUK. 3. ALLAH TIDAK BERANAK DAN DIPERANAKKAN. 4. DAN TIADA SESUATU PUN YANG SETANDING DENGANNNYA.

SABIL
(senyum)
Kesimpulannya KeEsaan dan Kekuasaan Allah itu adalah mutlak. Ada apa-apa soalan?

SEORANG PELAJAR PEREMPUAN 1 ANGKAT TANGAN.

SABIL
(senyum)
Ya, silakan.

PELAJAR PEREMPUAN 1
Apakah akidah seseorang muslim itu boleh terjejas jika percayakan hantu?

SABIL
(diam sejenak)
Tidak. Jika muslim itu percayakan kewujudan hantu itu sebagai syaitan dan iblis seperti yang dikhabarkan dalam Al Quran dan Hadis. Tetapi lain jadinya kalau muslim itu menyakini hantu itu berkuasa membawa mudharat.

KELAS RIUH. PELAJAR PEREMPUAN 2 BANGUN.

PELAJAR PEREMPUAN 2
Bagaimana dengan sihir yang melibatkan syaitan dan iblis atau hantu itu..bermacam jenis sihir membawa mudharat kepada manusia..misalnya sihir jenis santau...

SABIL
Jika kita menyakini mudharat akibat santau itu terjadi secara mutlak berpunca daripada syaitan dan iblis, maka syirik jalilah kita. Namun jika kita menyakini mudharat itu terjadi atas izin Allah Yang Maha Kuasa...tanpa izinNya tidak akan bawa mudharat, maka itulah yang sebetulnya.

KELAS RIUH LAGI. SABIL (28) MENARIK NAFAS PANJANG. PELAJAR PEREMPUAN 1 ANGKAT TANGAN DAN BANGUN.

PELAJAR LELAKI 1
Maksudnya...santau memberi mudharat dengan izin Allah jua..tanpa izinNya santau tidak akan berlaku...begitukah?

SABIL
Benar.Justeru Allah menyatakan dalam Surah Al Ikhlas ‘Allah tempat bertumpu segala makhluk’. Berdoa dan berlindung dengan Allah daripada hasutan dan sihir. Hal ini wajar kerana ‘Allah tiada yang setanding denganNya.’

PARA PELAJAR MENGANGGUK MEMAHAMI PENERANGAN SABIL.

SABIL
Saya ucapkan selamat bercuti semester. Tapi, jangan lupa pula tugasan yang telah diberikan oleh Profesor Muhaimin itu. Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh emel atau telefon saya. Insya Allah saya akan bantu sekadar tugas saya sebagai seorang tutor.

SABIL MENUTUP PEN MARKER. MENUTUP PROJEKTOR. MENGEMAS BARANG. BERSALAM DENGAN PELAJAR. MELIHAT JAM TANGAN.PUKUL 6.OO PETANG. MENUTUP PINTU BILIK TUTORIAL DARI LUAR.


CUT TO :

Kalau selepas babak pertama ini ada babak imbas balik di akhir babak 1 ditulis CUT TO FLASH BACK.
Bila nak tamatkan babak flash back pada babak ke 3 akhiri pada babak ke dua dengan DISSOLVE TO END FLASHBACK.
Mudah je kan. Soal macam mana nak masukkan cerita dalam filem/cerekA itu aku bagitau kemudian. Aku nak sambung menaip balik. Banyak masuk ni!
*Aku merasai betapa berfaedahnya meninggalkan orang yang jahil bodoh dan kurang adab ini kerana cita-cita aku sudah separuh tercapai. Alhamdulillah.

AKU PADA TAHUN 2009

Selamat Tahun Baru 2009 semua! Semua orang ada azam. Aku pun ada azam. Moga-moga aku dapat melaksanakan kesemua azam-azam ku itu.

Azam aku yang pertama ialah meninggalkan orang-orang yang jahil dan bodoh. Ini suruhan Allah. Meninggalkan tu bermaksud meninggalkan berdebat dengan mereka. Hal ini kerana berdebat dengan orang yang jahil, bodoh dan kurang adab tidak mendatangkan apa-apa faedah. Melainkan jika sijahil sibodoh dan sipincang itu mahu berunding untuk mencari kebenaran dengan cara yang benar dan baik. Ini juga suruhan Allah.

Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik. Sifirnya mudah saja. Kalau kita kita berperangai kurang adab, mulut umpama ketur maka dia bukanlah umat yang mengikuti nabi.

Usaha harus ada untuk mendekati sifat2 Nabi Muhammad s.a.w. Jangan dilihat kepada orang lain. Sebaliknya lihatlah pada diri sendiri. Ok!

Kedua meninggalkan perasaan syok sendri seperti perasan diri sentiasa betul dan benar. Jadilah diri sendiri. Terimalah kekuarangan diri. Gunakan kekurangan diri untuk mencapai hidup yang sempurna. Insya Allah. Anda hebat!

Ketiga kepengarangan. Yap!Aku memulakan tahun 200 9 ini dengan mengarang beberapa skrip drama telemovie, merumuskan konsep sebuah drama bersiri daan sebuah skrip filem yang sudah aku jalankan. Genre?Seram. Seram yang tidak membawa faedah?Ada. Kenalah bijak. Yep inilah azam aku yang ke empat.

Keempat bijaksana. Belajar jadi manusia bijaksana. Salah satu ciri manusia bijaksana ialah tidak melayan manusia yang tidak beradap dan berakhlak. Ingatlah kalau kita baik jgn sesekali mencampuri atau melayan langsung manusia2 kurang adab ini. Ini kerana melayan mereka bermakna melayan kerendahan akhlak mereka. Melayan sifat ammarah mereka. Mahu berkelahi. Alhamdulillah. Setakat ini sahabat dan kawan-kawan yang akrab dan baik dengan diriku melebihi 99%. 1% lagi?Opps. Anggaplah itu syaitan. Tak kiralah syaitan yang nyata atau syaitan yang tak nyata. Hahaha. Jangan mara...

Kelima menjaga hati. Inilah terpenting sekali. Kalau hati tak jaga hancurlah hidup ini. Kata nabi "Sesungguhnya hasad bin dengki itu umpama api yang membakar pahala sepertimana api membakar kayu dan daun-daun kering"

Keenam jaga silaturrahim. Berbaik2lah dengan semua orang. Tapi kalau ada orang yang tak nak berbaik-baik dengan kita biarkanlah dia. Jangan layan. Sebab bila kita tidak melayan orang rendah akhlak yang fitnah umpat dan mengeji kita ni. lama-lama dia akan diam la. Tetapi sebelum dia nak diam tu dia akan melalui suatu proses iaitu proses 'terpantul balik' ke muka sendiri. Misal dia kata hei bajingan!Cacian 'bajingan' itu Allah kembalikan seula ke muka dia. Cubalah nak rasa betapa 'sakitnya hati' ketika itu. Hehehe. Dia akan tambah sakit hati. Biarkan je. Sama ada dia nak hangus atau pulih itu pilihan dia sendiri. Buat baiklah dengan kebanyakan orang. Walau bukan semua membalasnya dengan kebaikan, tetapi engkau akan menemui 99 orang yang baik bersedia bersamamu. Kata seorang tokoh pemikir terkenal, Kafka.

Ketujuh bersenamlah. Elok untuk jantung. Lawannya geram dan marah. Hehehe.

Sekian dulu motivasi tahun baru. Selamat berjaya diri. Tinggalkan remeh temeh maju dengan perancangan dan tawakal kepada Allah. Allah bersama orang yang sabar dan benar.