27 Februari 2010

Catitan Tengah Malam-Cerpen Kuntum-kuntum Mengelopak

CKKM ini terbit dalam Majalah Remaja 1 Januari 200, saya baru mengetahuinya melalui laman web ini:

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kuntum&d=5

Sebelum itu rekod di DBP melalui Opac juga mengingatkan saya balik. Saya lemah dalam bab mengumpul hasil tulisan yang telah tersiar di media-media.  Di Opac hanya sebahagian saja tetapi ada menyedarkan saya spt artikel dan puisi2 d link ini:

http://pustaxa.dbp.gov.my/pustaxa/opac1.aspx?Medan=Pengarang&Bahan=7&Jenis=2&Cari=1&Kata=Muhammad%20Ali%20Atan

Saya tidaklah merasa ada apa-apa yang perlu dibanggakan. Sementelahan saya sudah ada dua buah kumpulan cerpen remaja pun yang diterbitkan dan sudah teredar di perpustakaan seluruh negara.

Apabila merenung kembali penulisan saya termasuk sejak saya menjadi editor sewaktu saya berusia 23-25 tahun-saya kembali mendapatkan tujuan dan erti saya mengarang. Inilah yang saya cuba bina dalam diri, suatu perkara yg menyebabkan kita menulis bukan sebab ingin dipandang menang hadiah dan kemahsyuran.

26 Februari 2010

Catatan Hari Ini

Salam sejahtera.
Agak lama saya tidak memasukkan catitan peribadi diruangan ini.
Lantaran kerja hakiki dan juga penyelidikan yang saya lakukan kini menuntut banyak masa sehingga saya lebih banyak masa menyendiri dengan bahan-bahan bacaan.
Hari ini iaitu 26 Februari 2010 bersamaan 12 Rabiulawal merupakan tarikh kelahiran baginda Nabi Muhammad Salallahua ala wassalam.
Ingatilah nabi. Selawatlah. Andai kata sebelum ini saudara saudari lupa nabi, maka mulai hari ini belajarlah untuk mengingati baginda dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Selain menuruti hadis baginda yang berupa kata-kata baginda dan juga sunnah baginda yang merangkumi perlakuan dan perbuatan baginda, selawat ke atas nabi juga suatu kewajipan yang terang-terang dinyatakan dalam Al Quran. 
Ada orang kata, kita ikut nabi dengan menuruti sunnahnya sahaja. Kata-kata ini terkeluar apabila diajak untuk berselawat dan bermaulud berzanji dan berqasidah jemaah di masjid2 dan muassasah2 pondok2 dan pusat pengajian agama.
Mereka ini berasa jengkel sekali utk bersama berselawat ke atas nabi dalam pelbagai bentuk yang indah itu namun mereka tiada jengkel untuk mengunjungi stadium bola sepak. konsert2, parti2 sosial, disko2, kolam renang, majlis debat2 dan lain-lain lagi.
Inilah orang yang tiada memahami hakikat selawat. Sebenarnya untuk mengikut anjuran dalan hadis nabi dan sunnahnya memerlukan persediaan. 
Persediaan yang saya ertikan ialah persediaan hati untuk sukarela melakukannya kerana kita tahu anjuran dan sunnah nabi dikahir zaman ini kian ditinggalkan oleh umatnya sendiri.
Hal ini kerana tiadanya persediaan hati, mental dan sikap utk melakukannya sebaliknya riuh pula membiacarakan berdebat sana sini dan gemar berlawan hujah konon hendak kembali kepada Al Quran dan Sunnah tetai meninnggalkan selawat ke atas nabi.
Apabila hati kita disirami dengan cahaya selawat, ia akan gilap dan terang maka ia menimbulkan kepaduan cinta dan kasih kepada nabi secara batini yang tiada dapat diungkapkan dengan kata-kata dalam semua bahasa dalam dunia ini.
Mencintai nabi secara rohani bermakna dekat dengan Nabi yang menjadi tali penghubung kita kepada Allah Ta'ala. 
Ini bukalah suatu bidaah tetapi ini suatu keterangan bahawa inilah hakikat kehambaan kita kepada Allah menerusi kerasulan nabi muhammad saw.
Justeru hati akan bersedia setelah gembur dan subur disirami cahaya selawat ke atas nabi.
Selawatlah orang yang berdosa dan tidak mengikuti ajaran nabi sekalipun kerana kita tidak tahu dimanakah kurnia hidayah Allah ke atas kita dalam ibadat kepadanya.
Jangan beralasan bahawa "Aku ikut sunnah nabi pun tidak. Solat pun tidak. Hendak selawat kpd nabi pula. Manalah Allah terima."
Kaau kita menurutinya maka berjayalah syaitan menipudayakan kita. Buat saja. Dan Buat terus.
Jangan kita terpedaya dengan kata kawan2 kita yang tidak lebih sebagai idle talk sahaja "Selawat sahaja tidak guna jika tidak ikut sunnahnya."Dakwah begini maksudnya baik tetapi disampaikan dalam konotasi ayat yang merugikan dan memenangkan iblis.
Cuba kita ubah "Bsgus selawatlah. Marilah kita selawat sama-sama. Mari kita doa moga2 Allahtambahkan hidayah dan ampunkan dosa kita semua."
Inilah kata-kata dakwh yang tepat lagi berhikmah yang merugikan iblis dan menutup pintu dayanya.
Rahmat Allah luas, maka beramalah walau sedikit dalam keadaan apa sekalipun.
Selawatlah dgn mengingai nabi sambi doa dalam hati minta didekatkan kita dgn nabi secara hakikat. 
Dipandang Allah dengan rahmat.
Diselaputi dengan takut dan harap.
~~~
Dalam cuti tiga hari ini saya membawa balik sebuah beg besar mengandungi buku. Buku-buku ini berkaitan penyelidikan disertasi saya. Saya balik dengan harapan Allah memberikan saya ilham utk merekacipta sebuah pendekatan yang asli lagi murni dalam mengkaji kreativiti manusia pencipta.
Oleh kerana saya menyatakan saya hendak melihat kepada epistimolgi dan agama, ada yang menasihatkan kepada saya akan mengkaji teori sastera barat. Mulanya saya setuju. Tetapi selepas nada-nada nasihat itu mengandungi kesukaan beliau terhadap TB maka saya pun memikirkan semula smabil merenung.
Ya, manusia mesti menimbang berfikir dan merenung untuk menyaring dan memilih yang terbaik untuk agamanya, bangsanya dan nasib dirinya di akhirat kelak.
Saya terima nasihat itu tetapi saya akan mulakan dengan kajian saya terhadap istilah CREATOR-Pencipta yang dikemukakan oleh Nietzche dalam Thus Spoke Zarathustra yang menyatakan Creator ini salah satu sifat manusia agung yang menganggi tugas Tuhan yang telah mati.
Jika istuilah creator ini dilihat dalam konteks sastera ia merujuk kepada pengarang, penulis, sasterawan dan pujangga-penyair. Maka nyatalah roh ungkapan ini sesat lagi menyesatkan dan ini menjadi lonjakan kepada saya utuk menggubah konsep CREATOR ini kepada ABDULLAH yang menulis kerana Allah dan tunduk patuh kepada Allah dalam tujuan menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa kepadanya serta menjauhi yang sia-sia dalam aktiviti penulisan.
Inilah yang saya mahu sanggah, betulkan dan buktikan bahawa pemikir sastera barat sebenarnya tiadalah kita boleh menerima mereka bulat2 tanpa kajian mendalam kerana akan merosakkan akidah kita. 
Saya tidak akan mulakan penelitian saya terhadap teori atau sastera barat dengan "sangka baik", dan ungkapan muluk2 tetapi mengkaji makna dan maksud ungkapan dna idea-idea mereka yang mungkin sahaja dilaknat Allah.
Saya tidak mahu dilaknat Allah. Cukuplah. Nietzcshe sudah mati.
~~~
Saya kagum dengan beberapa pelajar non-muslim dalam kelas Falsafah hendak merujuk tafsir AL QURAN dan bertanya bagaimana untuk mendpatkannya. Mereka boleh dapatkan di Pekan Buku UM terjemahan yang Mahmud Yunuslah saya lihat membanjiri, yang baik juga ialah Tafsir Pimpinan Ar Rahman. Kalau mahu pinjam pun ada di perpustakaan hanya taip kata kunci Ak Quran dan terjemahan di Pendeta Web Pac.

Namun saya hampa dengan pelajar muslim yang tiada teruja mereka mahu mencari terjemahan Al Quran. Saya agak ini adalah kesan pendidikan AL Quran yang tidak betul sejak kecil apabila mereka hanya dididik untuk membaca ayat AL QURAN sahaja tetapi tidak faham maksudnya. Justeru mereka tidak dapat pesona2 Aq yang menjadi SUMBER HIDAYAH kepada mereka. Ini amatlah merugikan saudara saudari yang ISLAM BAQA tetapi tidak faham maksud kitab sucnya sendiri.
~~~
Dan bagi pelajar muslim yang menuruti pesan dan nasihat saya maka syukurlah kepada Allah kerana menuruti sesuatu yang baik tanda rahmat daripada Allah.
~~~
Hari terus berlari. Maka manfaatkanlah masa kita semua dengan menimba ilmu, beribadat, berehat dan bersama orang2 yang cerdas, baik dan memotivasikan. Jangan bersama mereka yang negatif hidupnya. Saya mahu berehat sebentar selepas 12 jam mengadap laptop mengarang dan merenungfikir moga-moga petang ini, malam ini da hari-hari esoknya hati kita tetap hidup bersama nabi, cinta nabi yang menghubungkan kita kepada Allah yang menjadi pusat cinta bagi kita semua.

Insya Allah.



24 Februari 2010

Telah berdiri 7 Petala Langit

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam, Tuhan yang Maha Esa Tiada Sekutu BagiNya dan Muhammad itu hamba dan PesuruhNya pelita rahmat sekelian alam. Ketahuilah olehmu wahai saudaraku. Adapun telah berdiri tujuh petala langit di dalam hawa’ yakni di dalam lapang dan kosong tanpa tiang dengan asmaNya yang satu daripada segala namaNya. Namun tiada betul hati kita yang satu dengan seribu muhimmah daripada ayat-ayatNya. Pada suatu hari berhimpunlah segala hukama’ dari bangsa Arab, Ajam dan Masyruq datang ke Mahgrib. Maka muafakat sekelian mereka itu pada empat ribu ayat. Kemudian dimuafakat pula daripadanya seratus ayat. Dipilih pula mereka daripadanya empat puluh ayat. Akhirnya dimuafakat daripadanya empat ayat. Muktamad. Maka inilah empat ayat tersebut. Pertama, jangan sesekali engkau gandarkan sesuatu tanggungjawab di luar dayamu. Jangan sesekali engkau memperbuat perkara yang sia-sia. Jangan sesekali engkau menghambur akan hartamu sekalipun membukit hartamu itu. Jangan engkau mudah percaya akan perempuan pada akhir zaman ini. 

21 Februari 2010

Cerpen Sekuntum Melayu di Taman Ibunda

Berikut adalah cerpen saya yang pernah disiarkan di Berita Harian untuk tatapan dan rujukan pelajar saya. Baca dan fahami.

Sekuntum Melayu di Taman Ibunda

Oleh Muhammad Ali Atan

KALI ini Dia datang dengan menyuguhkan Hikayat Abdullah Munsyi, Revolusi Mental dan Mitos Pribumi Malas terdampar di depan mataku, tetapi buku Mitos Peribumi Malas lebih menarik minatku.
+ Secara jujurnya aku lebih suka berpegang pada buku tulisan Syed Hussein Al-Attas ini daripada buku-buku lain yang kau bawa kepadaku.
- Aku tidak berapa menyetujui buku itu. Ia seolah-olah membela Melayu yang pemalas.
+ Kau sudah membacanya?

- Kutemuinya setelah kutelaah habis-habisan buku-buku ini dan kufikir untuk lebih adil, kubawakan juga buku ini kepadamu.

+ Aku tahu kau seorang Melayu yang rasional dan bijak. Tapi jika kau hendak berpegang kepada Revolusi Mental, pada ketika ini aku sesungguhnya akan menolak.

Dia hanya tersenyum mendengar kataku. Lantas diambilnya Revolusi Mental dan menyelak-nyelaknya. Kutahu sebentar lagi perdebatan akan bersemarak.

- Pada halaman 69 dapat kaubaca pandangan dunia Melayu melalui peribahasanya. Tentang nasib - ‘rezeki secupak tidak boleh jadi segantang’ dan ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’; tentang kekayaan - ‘orang kaya jangan di angan, orang miskin jangan dihina’; tentang usaha - ‘hangat-hangat tahi ayam’; tentang dunia- ‘dunia ini pinjam-pinjaman ke akhirat juga sudahnya’; tentang berjimat - ‘biar papa asal bergaya’; tentang masa - ‘janji Melayu’; semuanya menggambarkan citra Melayu yang negatif.
+ Kau perlu tahu penulis Revolusi Mental dipengaruhi oleh pemikiran kapitalisme kolonial. Adakah kau suka diperas ugut bekerja untuk memberi keuntungan kepada si penjajah tanah airmu?

- Sudah tentu tidak. Tapi aku bukanlah menyentuh hal itu. Jangan melarikan diri daripada masalah sikap Melayu yang kuajukan sebelum ini.

+ Sesungguhnya aku sependapat dengan Syed Hussein Al-Attas bahawa Revolusi Mental mengeksploitasi sejumlah peribahasa untuk menggambarkan sikap keseluruhan bangsa Melayu. Kesalahan besar Revolusi Mental ialah penulis tidak menggolongkan pepatah tersebut mengikut jenis-jenisnya.

Walaupun samar tapi dengan kebijaksanaan, kita dapat melihat jenis pepatah berunsur nasihat yang merupakan anjuran sesuatu yang baik dan harus dilaksanakan, larangan atau gambaran. Pepatah ‘hangat-hangat tahi ayam’ berupa suatu larangan, bukan suatu yang dianjurkan. Mengatakan pepatah ‘rezeki secupak tidak boleh jadi segantang’ menggambarkan sikap Melayu yang fatalis yakni berserah bulat-bulat kepada takdir tanpa berusaha adalah tafsiran nihil dan pincang.

Orang Melayu bukan fatalis, tetapi mereka mempunyai kehendak yang merdeka. Mereka percaya tindakan manusia akan mempengaruhi nasib manusia. Nah! Ada pepatah Melayu yang membuktikan nilai usaha dan tindakan manusia. ‘Tanam lalang tidak akan tumbuh padi; ‘malu berdayung perahu hanyut’ dan ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.’ Takdir bagi masyarakat Melayu adalah ketentuan Tuhan sejak azali lagi.

- Hujahmu seperti kubu yang akan melindungi orang yang benar dan orang yang bersalah sekali gus. Tidakkah kau berasa bersalah melindungi orang yang bersalah?

+ Seperti kau juga. Hujahmu akan menjadi hujah oportunis yang mahu menangguk di air keruh semata-mata.

- Abdullah Munsyi telah menyebut Melayu itu pemalas, pengotor ...

+ Sudahlah! Aku sudah membaca Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan itu. Pandangannya tercipta daripada pemerhatian yang terhad. Tidak mewakili yang terbanyak. Lagipun dia bekerja di bawah kolonial Inggeris yang menjajah Tanah Melayu ketika itu.

- Nyahkan dia bekerja dengan sesiapa.

+ Itulah yang kau silap. Di mata kolonial Melayu pemalas kerana keengganannya membanting tulang untuk mereka. Hei! hati-hati sedikit dengan hujahmu.

- Sabar sahabat. Bukankah kau juga yang mengatakan Melayu itu seorang yang rasional.

+ Tapi bukan rasionalisme. Mempercayai setiap sesuatu berasal daripada satu punca dan berakhir bergerak atas landasan logik adalah pemikirannya yang sebenar. Bukan rasionalis Barat yang menolak kewujudan Tuhan dan alam ghaib.

Jeda. Detik ke detik kegelapan malam bertambah likat. Namun mataku seterang matahari. Hati dan mindaku adalah paduan yang berhujah dengan emosi yang rasional. Ah! Sudahlah mengkritik Melayu. Empat ratus tahun lebih terjajah bukanlah suatu masa yang singkat, hingga minda Melayu disetkan oleh penjajah dengan premis hendak membuat sebatang jarum pun tidak mampu, inikan pula memerintah sebuah negara! Hebatnya retorik penjajah mengecilkan jiwa Melayu. Kini tanah air ini telah merdeka. Untuk mengubah minda yang terjajah memerlukan kebijaksanaan yang amat padu dan dalam. Usaha yang bukan separuh jalan. Amat zalim melemparkan celaan berterusan tanpa memberikan masa untuk tumbuh semula.

- Mengetepikan Revolusi Mental adalah mengetepikan keintelektualan bangsamu sendiri.

Aku merengus keras. Kucapai jua Revolusi Mental yang terkapar di atas meja sedari tadi. Sesekali aku tidak mengetepikannya. Malahan buku ini telah lama kubaca dahulu. Kukagumi misinya. Tapi kubenci sesetengah politikus yang mengkritik Melayu dengan lantang, begitu begini. Sudah cukup beramanahkah mereka menyampaikan segala hak kepada yang berhak untuk diterima oleh sekalian rakyat jelata atau....

- Bahagian III mengajak Melayu mengubah sikap; berfikiran kritis, bersikap realistik, bersikap positif, berkesungguhan, takdir dan berusaha, percayakan diri sendiri, memberi dan menerima, waktu dan tugas dan disiplin sebagai punca kekuatan. Inilah antara saranan yang masih belum diamalkan oleh bangsa Melayu.

+ Hei! Kau tahukah betapa kelirunya Revolusi Mental dalam hal-hal tertentu?

- Bagiku kau yang keliru dan beremosional.

+ Heh, bagiku emosi yang rasional tidak menjadi salahnya sahabat. Kaulihat penulis Revolusi Mental dengan mudah sahaja menyimpulkan Melayu pada zaman dahulu, tidak mengenal ‘disiplin’. Buktinya tidak ada kata untuk ‘disiplin’. Nihilnya pandangan yang disokong oleh bukti senipis sehelai kertas. Ada kata ‘patuh’ untuk menunjukkan disiplin orang Melayu. Hei, tidak akan berdirinya kerajaan di Tanah Melayu itu tanpa sebuah organisasi politik dan tentera yang ‘berdisiplin’. Seperti kata Syed Hussein Al-Attas betapa menakjubkan Revolusi Mental mengabaikan seluruh faktor ini dalam kajiannya tentang displin Melayu.

- Kau bersikap terlalu defensif sehingga sukar untuk aku berkata-kata lagi.

+ Kau pula bersikap terlalu ofensif seolah-olah tiada baiknya umat Melayu yang dijadikan oleh Tuhan di atas muka bumi-Nya ini.

Dia terdiam. Antara waktu yang bergerak aku kehilangannya berhari-hari. Kehilangan itu adalah suatu yang kuharapkan mengundang ketenteraman di hatiku. Masa-masaku digunakan untuk pelajaranku. Kembaraku dari rak ke rak buku di khutubkhanah menemukan aku dengan variasi buku pelbagai bidang yang sangat menguja daya intelekku. Keagungan bangsa Melayu yang terakam lewat sejarah dan hikayat-hikayat begitu menakjubkan. Bertambah-tambahlah lagi kekagumanku terhadap bangsa Melayu. Kehebatannya meliputi tamadun zahir, tamadun minda dan tamadun rohani.

Sehingga suatu hari kulihat kawan-kawanku berborak dan ketawa dengan senang hati. Gelak tawa dan bual itu mencubit sukmaku, terutama apabila salah seorang daripada kawanku mengajak aku melepak dengan mereka, walhal waktu kuliah yang seterusnya akan bermula lima minit lagi. Aku menyertai mereka juga walau hatiku berat. Ah! Tiba-tiba pula kuterlihat Dia di suatu sudut memandangku dengan sinis.

Mujur Dia tidak bersuara sepatahpun kala itu. Dari situ pandanganku tersambar pula pada suatu babak. Peniaga yang meminta wang kecil daripada pelanggannya. Apabila pelanggannya menggeleng, merungutlah dia tidak tentu biji butirnya. Peniaga itu menyuruh pelanggannya membayar pada keesokan harinya sahaja, sambil memperingatkannya untuk membawa wang kecil pada masa depan. Aku merengus hampa. Aku terpandangnya sekali lagi. Menggeleng kepala dia memandangku.

Semuanya itu cepat mengundang babak demi babak yang sangat kubenci untuk mengingatinya. Tentang kawan-kawan yang meminta tugasanku untuk dimodifikasi pada hari-hari akhir penyerahan tugasan. Tentang perang mulutku di sebuah pejabat awam kerana karenah birokrasinya. Tentang keborosan generasi muda yang obses dengan gaya. Tentang cinta yang ditafsirkan dengan sewenang-wenangnya sehingga lahir anak tanpa bapa. Tentang pemikiran cendekiawan yang seperti pucuk dipulas ribut, akar terpongkah habis. Tentang, tentang, tentang....

Ah!!! Semuanya bergumul pada saat-saat aku memerlukan sedikit nafas untuk bertenang dan tidur nyenyak pada malam hari. Dan waktu-waktu beginilah Dia datang kepadaku.

- Apakah yang membuatkan kau berasa gelisah?

+Er... mengapa terjadi begitu....

- Mahu kautolak lagi hujahku tadi wahai sahabat?

+ Hujah apa? Membela Revolusi Mental itu. Setiap pandangan yang salah tentang Melayu itu selamanya kutentang.

- Bagaimana pula dengan ‘realiti’?

+ Apa maksud kau?

- Inilah realitinya. Hujahmu itu adalah tentang sesuatu yang sangat ideal. Pendirianmu adalah pendirian yang ideal, tetapi pandanganku adalah pandangan yang berdasarkan realiti yang berlaku.

Lidahku terkunci. Kufahami apa yang dikatakan sebagai realiti dan ideal itu. Kutahu yang kupertahankan adalah identiti peribadi Melayu yang ideal. Dengan keperibadian inilah berdirinya tamadun yang gemilang ditandai Kesultanan Melayu Melaka dan dituruti kerajaan Melayu lainnya. Dengan meninggalkan keperibadian ideal inilah, segala-galanya kian luntur dan hilang. Lebih teruk lagi apabila kolonial bertapak meranapkan lagi keperibadian Melayu yang ideal.

+ Maaf sahabat. Walaupun kusedari hal itu, aku memutuskan mencela terus-terusan bangsaku ini tidak lagi dapat kuterima melainkan dengan tindakan untuk merekontruksinya semula.

- Aku juga memohon maaf kepadamu kerana kini telah kita sedari hakikat yang sebenarnya.

+ Kau tidak tahu hakikat pendirianku. Ia adalah rahsia hatiku.

- Rahsiamu bukanlah rahsia padaku kerana kita mempunyai dua pandangan yang berbeza, tapi lahir daripada satu jiwa yang sama.

Selesai kata-katanya itu, Dia ghaib daripada pandanganku. Aku tidak tahu ke manakah dia pergi. Dia tidak muncul-muncul lagi untuk berdebat denganku. Yang pasti kurasakan, jiwaku tenang dan penuh bijaksana. Pandangannya kutimbang, lalu kuimbang dengan pandanganku. Ia adalah bentuk-bentuk pemikiran yang tidak boleh dipisahkan. Pincanglah neraca keadilan dan meletuslah pertelingkahan demi pertelingkahan yang merugikan Melayu itu, jika ia dipisahkan. Bila ada kawanku seorang Melayu mahu mengkritik Melayu, segera kukatakan padanya.

+ Fahamilah dahulu Melayu yang ideal, sebelum mengkritik. Fahamilah realiti yang berlaku. Cantumkanlah ia untuk mencari penyelesaian, bukannya sekadar berkata-kata yang menjatuhkan maruah Melayu!

Dan kurasakan aku umpama sekuntum Melayu yang berkembang mekar di taman ibunda. Mataharinya adalah semangatku. Cahaya yang tak kunjung padam menyirami tanah air dan langit leluhurku!

Biodata Penulis

MOHD Ali Atan yang menggunakan nama pena, Muhammad Ali Atan, pendatang baru dunia penulisan kreatif tanah air. Penuntut Tahun 3, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya ini pernah menerima bimbingan penulisan kreatif, teori dan amali daripada beberapa penulis tersohor Malaysia.

Pengumuman

PENGARANG kreatif dipelawa menghantar cerpen bermutu dan bermoral untuk halaman Susastera, Berita Minggu serta dihantar melalui e-mel: bhsastera@nstp.com.my.Pengirim cerpen wajib menyertakan biodata, nombor kad pengenalan, alamat lengkap, nombor telefon, gambar yang jelas berukuran 2 mega bait menggunakan sistem JPEG sekiranya karya dihantar melalui e-mel.

Karya tidak boleh melebihi 180 baris ditaip di atas kertas A4 langkau dua baris.

Karya yang tidak terpilih tidak akan dikembalikan. Penganjur kegiatan sastera dan budaya dipelawa menghantar maklumat kegiatan mereka melalui e-mel bhsastera@nstp.com.my, faksimile 03-22844978 atau alamatkan kepada Susastera, Berita Harian, 31, Jalan Riong, Bangsar, 59100, Kuala Lumpur.

Sumber: Berita Minggu 10.6.2007

15 Februari 2010

Asas Memahami Falsafah Siri 6-Ilmu Yang Benar dan Kaitannya dengan Destini

.Ilmu yang benar

• Usaha utk mencari ilmu yang benar adalah penting krn ia membabitkan

-pertalian dirinya-kewujudan dirinya-siapakah diri

-apakah makna wujud alam semesta ini

-siapakah pencipta aku dan alam ini

-nasib masa depannya yakni destini yg akhir dan muktamad, kekal.

Kepentingan Ilmu yang Benar

• Membimbing manusia meletakkan sst perkara pd tempat yg betul dan wajar. Iaitu

-meletakkan dirinya dlm alam persekiataran dan juga seluruh sistem kewujudan (ghaibiah)

-Dgn meletakkan sst pd tempatnya akan membawa kpd keharmonian, kesaksamaan dan keadilan.

-keadilan membawa keamanan, ketenteraman, kebehagian, kepuasaan berbanding dgn kezaliman yg membawa kecelakaan, kemusnahan, porak peranda –zalim ialah meletakkan sst tdk pada tempatnya.

-kezaliman muncul drp keTIADAAN ilmu yg benar yg membawa kpd autoriti yang tidak sah dan tidak absah.

-ilmu yg tidak benar membawa kpd kekaburan, kebingungan, kekosongan jiwa dan rohani yg membawa kpd tindakan dilur perikemanusiaan dan perikeinsanan

Konsep tempat yang tepat dan wajar menurut Syed Muhammad Naquib Alatas

• A)kesesuaian/kerelevanan (suitableness) yg memenuhi dua syarat iaitu:

I)Adil-meletakkan sst pada tempatnya yang wajar dlm sst keadaan saksama, harmonis, seimbang dlm alam persekitarannyn, alam semesta dan alam kewujudan (ghaibiah)-termasuklah dlm diri akali dan diri haiwani DENGAN Yang Maha Wujud yakni ALLAH TA’ALA.

II)Hikmah(wisdom)-kebijaksanaan yg membawa kpd ketepatan membuat keputusan ttg kedudukan yg wajar bagi segala perkara berdasarkan autoriti yang tertinggi yakni ALLAH TA’ALA.

• B)Dari segi letak atau kehadiran:berdasarkan kepentingan-yg diutamakan, diutamakan, yg didahulukan, didahulukan. Misalnya dlm solat berjemaah, imam berada di depan makmum(yakni jemaah yg mengikuti imam)

• Tidak boleh makmum mendahului imam dalam rukuk dan sujud serta memberikan salam kerana ia menyebabkan batal solat da dihukum Allah di akhirat dengan menjadikan kepala makmum yg mendahului imam tersebut jd kepala keldai.

• Seorang guru dihormati berdasarkan kedudukannya di mata murid.pelajar-adab-aksiologi-

Zalim

-Perbuatan manusia yg tdk meletakkan sst pd tempatnya yg tepat dan wajar-antonim kpd maksud keadilan- iaitu dari segi taraf kedudukannya dan segi taraf nilainya yg KESANNYA menimbulkan ketidakseimbangan lalu mewujudkan kekecohan dan kekacauan yg timbul akibat ketidakpuasan akal budi manusia.

-Manusia yang zalim ialah manusia yang menganiaya diri sendiri.

-Apabila dia zalim maka dia tdk akan menunaikan tggjwb dan haknya sbg hamba dan khalifatullah yg ini dia telah berlaku zalim kpd diri sendiri.

Allah mencampakkan manusia ke neraka bukan kerana ALLAH ZALIM tetapi MANUSIA ZALIM DIRINYA SENDIRI manakala ALLAH KEKAL ADIL kerana ALLAH meletakkan dia selaku org yang bedosa ke dalam neraka bukannya syurga sbg tempat org yg baik.

Adam as di keluarkan dari syurga sesudah menurut hasutan iblis memakan buah khuldi yang dilarang Allah dimakan. Adam as diletakkan di dunia dan inilah antara doa nabi Adam as.

Doa Nabi Adam a.s

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Ya Tuhan Kami, Kami telah Menzalimi/Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)

Kewajaran

• Sst di dlm ciptaan alam semesta ditetapkan oleh Tuhan melalui SUNNATULLAH (hukum Alam) yang sedia ada dan di dalam keadaan adil dan tekal/tetap/muktamad.

• AL QURAN sbg sumber laporan yang absah telah mendahului pengetahuan ilmu sains manusia dan agama budaya ciptaan manusia dgn melaporkan kpd kita kedudukan yang tepat dan wajar pergerakan alam semesta ini spt orbit dll.

• ALLAH menerangkan hal itu kpd mansuai yg tidak tahu supaya TAHU dan tujuan ALLAH memberitahu kpd manusia yg sebelumnya tdk TAHU ialah sebagai SALAH SATU cara ALLAH memperkenalkan KewujudanNya sebagai KHALIQ yakni PENCIPTA SEGALA KEWUJUDAN INI.

• Kajian sains moden membuktikan laporan dlm AQ dg tdk dapat disangkal2 sedikit pun. NAMUN demikian KAJIAN SAINS EMPIRIS hanya melihat kpd aspek EMPIRIS DAN FIZIKAL SAHAJA TIDAK MELIHAT KPD ALLAH YANG MENCIPTANYA KRN UTK MENGAKUI KEWUJUDAN TUHAN ADALAH MELALUI AKAL BUDI-QALBU yg dpt menanggi hal2 bersifat ghiabiah danabstrak/mujarad.bukannya amal semata-mata.

• Justeru kewujudan alam ini dtanggapi oleh muslim(termasuk Melayu-Islam) bukan semata-mata dr aspek teknologi angkasa dan aeroangkasa semata2 malahan juga dr aspek melihat wujud alam ini sebagai tanda wujudnya Pencipta yakni Allah.

• Allah adalah kata nama khas yang merujuk kpd Tuhan semesta Alam atau Rabbul Alamin

• Jadi kewujudan alam semesta ini adalah tanda sign yg merujuk kpd AYAT. Manakala AL QURAN merupakan SYMBOL/SIMBOL yg MERUJUK MAKNANYA.

• Memahami MAKNA ialah maksud hakikinya mempelajari ayat atau tanda sama ada ayat di dalam AQ DAN ayat yang terdapat pada kejadian alam ini dan kejadian makhluk termasuk manusia/insan.

• MANUSIA itu sendiri merupakan An OPEN Book Of Nature ATAU BUKU ALAM YANG TERBUKA.

• Makna bagi keseluruhan ayat-ayat ini TIDAK LAIN merupakan tanda kpd Kewujudan Tuhan/Zat Allah (Rabb-yg merujuk kpd kata nama khas yang tunggal yakni Allah), Sifat-sifatNya (perbuatanNya), AsmaNya (nama-namaNya) dan PerbuatanNya (Af’alNya) yg menciptakan seluruh kejadian alam semesta ini.

• Allah berfirman dalam AQ, Surah Al Hasyr:Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

• Gunung bukanlah layak menerima AQ namun Allah memberikan misalan andaikata AQ diturunkan kpd GUNUNG utk menjalankan segala perintah Allah dan menjauhi larangan ALLAH pasti musnahlah gunung itu menjadi puing berterbangan.

GUNUNG sbg sebahagian drp AYAT ALLAH pada ALAM SEMESTA ini.

ALLAH menyatakan NamaNya yg merujuk kpd MAKNA yakni siapa pencipta segala sst yang wujud dalam keseluruhan alam persekitaran, alam semesta, alam ghaibiah-alam malakut, alam nasut, lahut, alam barzakh, alam akhirat.
Dalil Penciptaan menurut Surah Al Hasyr 22-24

• Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

• Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Menguasai (sekalian alam) Yang Maha Suci Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan) Yang Melimpahkan Keamanan Yang Maha Pengawal serta Pengawas Yang Maha Kuasa Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya) Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

• Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada) Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya) bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia- mulianya bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tidak ada tolok bandingNya, lagi Maha Bijaksana

Nama Allah-rujuk ayat 22-24

• Al-Alim-Yang Maha Mengetahui

• Ar-Rahman-Yang Maha Pemurah

• Ar-Rahim-Yang Maha Penyayang

• Al-Malik-Yang Maha Memiliki

• Al-Quddus-Yang Maha Suci

• As-Salam-Yang Maha Sejahtera (drp kekurangan)

• Al-Mukmin-Yang Maha Melimpahkan Keamanan

• Al-Muhaimin-Yang Maha Mengawal/Mengawasi

• Al-Aziz-Yang Maha Kuasa

• Al-Jabbar-Yang Maha Kuat

• Al-Mutakkbir-Yang Maha Sempurna KehebatanNya

~~~maha suci Allah drp apa yg mereka sekutukan-

• Al-Khaliq-Yang Maha Pencipta

• Al-Bari-Yang Maha Mengadakan (Yang mencipta drp sst yg tiada kpd ada)

• Al-Musawwir-Yang Maha Pemberi Rupa Wajah dan Bentuk

~~~maha suci Allah maka bertasbihlah (sekalian makhluk Allah mentaqdiskan Allah)segala makhluk

• Al-Aziz-Yang Maha Kuasa

• Al-Hakim-Yang Maha Bijaksana

Kekuasaan dan ilmu Allah yang tergambar/tersimbolik/sign/tanda pada alam semesta-Al Mulk ayat 1-6

• BismIllahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).

1.Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya segala kerajaan, dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa).
2. Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).

3. Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu tidak melihat pada ciptaan al-Rahman (Yang Maha Pemurah) itu sesuatu yang tidak seimbang. Maka kembalikan pandanganmu, adakah kamu melihat sesuatu yang tidak seimbang?

4. Kemudian pandanglah kedua kalinya, nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan membingungkan dan lemah.

5. Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menghiasi langit dunia (yang dekat) dengan bintang-bintang dan Kami (Allah) jadikannya pelempar syaitan, dan Kami (Allah) sediakan bagi mereka azab yang menyala-nyala.

Laporan Kewujudan Alam yg dihubungkan dgn Al-Khaliq

Terjemahan Surah Al Baqarah 21- 22

• Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

• Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
Al-Baqarah Ayat 255 (Ayatul Kursi)

"Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

-Allah memperkatakan SIFATNYA dan Kekuasaaan, KebesaranNya dan KemulianNya.

Keluasan Ilmu Allah

• Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

• Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

SURAH AL KAHFI AYAT 109-110

Keterangan

Semua ilmu yang ditemui oleh manusia sama ada melalui pancaindera, ilham, intuisi, wahyu, naluri, kajian empiris semuaNya daripada Allah. Masakan tidak, kerana manusia itu sendiri dicipta oleh Allah maka termasuklah akal, qalbu, pancaindera dan Allah yang memberikan rezeki daripada embrio hinggalah saat kematian-semuaNya rezeki kurnian Allah yang perlu disyukuri. Rezeki itulah salah satu drp nikmat Allah dan org yang mensyukuri nikmat Allah sama ada dari segi perbuatan, amalan, tindakan dll ialah orang yang bersyukur manakala yg tidak bersyukur yakni yang tidak mengikuti perintahNya dan melakukan laranganNya dengan menggunakan nikmat yang Allah berikan kepadaNya spt nikmat tangan dan berkaki tetapi digunakan tangan utk mencuri dan kaki utk melangkah ke tempat maksiat dll dianggap sebagai kufur nikmat yakni menyalahgunakan nikmat Allah-inilah juga maksud zalim diri sendiri.

Di dalam surah Ar Rahman Allah mengulang-ulang ayat

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu hendak dustakan sebanyak 31 kali yg diselang seli dengan ayat-ayat lain yang banyak menunjukkan atau menyedarkan kpd manusia nikmat yang Allah kurniakan spt nikmat berbayan, memiliki ilmu2 dll.

Destini kita

• SURAH AL KAHFI AYAT 103,104,105,

• Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?

• "(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

• Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya oleh itu gugurlah amal-amal mereka maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

Kami dalam Al-Quran

Kami merujuk kpd Allah Yang Esa.Ini hanya masalah penterjemahan dr bahasa arab ke melayu dan inggeris.Hakikatnya KAMI itu merujuk kpd Allah Yang ESA.

Huraian yang baik, sila rujuk:

http://razzaq81.blogspot.com/2009/12/kami-di-dalam-bahasa-arab-dan-ibrani.html

Doa memohon ilmu dari sisi-Mu

• SURAH AL KAHFI AYAT KE-10

Ya Allah ya Tuhan kami berikanlah rahmat kpd kami dari sisi-Mu DAN sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.

Keterangan:

-Petunjuk yg lurus dlm urusan kami ini merujuk dua perihal.Pertama perihal doa pemuda ashabul kahfi yg menyelamatkan diri daripada kejaran dan buruan Raja Dikyanus yang kafir yg mahu membunuh sesiapa sahaja yg tidak mengikuti ajaran keberhalaannya. Kedua perihal kita ini, kita membaca doa dlm konteks semasa ini, urusan itu meliputi semua urusan kita sama ada urusan dunia dan urusan akhirat-maksudnya secara keseluruhan PETUNJUK (rasyada…) dalam kehidupan kita agar tetap mengEsakan Dia dan menjauhi syirik sama ada syirik jail dan syirik khafi (riak ujub dll).

-Amalkanlah doa ini kerana di masjid pun jarang imam membacakan doa ini-doa ini pendek tetapi padat dan menyeluruh.

-Intusi/ilham yg benar kpd mukmin soleh waliyullah(kekasih Allah) Abdullah (Hamba Allah)

Ilmu yang palsu

• Ilmu yg tdk membawa kpd kebolehan utk mengenali, mengecami, memahami kedudukan yang benar dan tepat bagi letaknya sst perkara di dalam alam semesta ini dan segala kejadian dan perlakukan yg tdk membawa kpd pengenalan dan pengesahan ttg kedudukan yang tepat dan wajar bagi Kewujudan Tuhan di dalam pentertiban seluruh sistem kewujudan-sebaliknya blh digunakan utk maksud ilmu yg benar-

• Ilmu itu adh ilmu yg tdk bermanfaat spt ilmu berjudi dan spekulator saham2 dan ilmu sihir dan ilmu menjahanamka org lain-yg inilah yang nabi minta elakkan ilmu yg tiada manfaat.

• Dlm kaedah pencapaian ilmu pengetahuan penentuan kebenaran bukan berdasarkan autoriti mutlak dan sumber yang absah tetapi berdasarkan syak, sangkaan, terkaan (zan)-metodologi syak bg tradisi ilmu barat menghasilkan manusia atheis dan berbagai2 jenis suka hati nafsi2 semata2.

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Qur'an) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur'an itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.-Al Baqarah Ayat 23-

Pengajaran drp Kitab Al-Mawa'idz al-Badi'ah

Pengajaran Yang Kesembilan

Berkata Allah Ta'ala: Hai Anak Adam, berdirilah tujuh petala langit di dalam hawa', yakni dalam lapang dan kosong dengan tiada tiang, dengan nama yang satu daripada segala namaKu dan tiada betul hati kamu yang satu dengan seribu pengajaran daripada kitabKu.

02 Februari 2010

Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 5-Epistemologi Melayu

Epistemologi telah dijelaskan dengan ringkas dan padat dalam entri Asas Memahami Bidang Falsafah Siri-2. Sila rujuk. Apa yang hendak difokuskan ialah Epistemologi Melayu. Bagi memahami Epistemologi Melayu kita sewajarnya sudah memahami sedikit sebanyak apakah kepercayaan atau pegangan orang Melayu. Kepercayaan orang Melayu bermula daripada animisme bertukar ke ajaran Hindu-Budhha dan akhirnya Islam. Agama Islamlah menjadi kepercayaan yang mendominasi orang Melayu sejak tertubuhnya kerajaan pertama di Alam Melayu sehingga kini. Justeru agama telah menyerapi dalam segala bidang ilmu daripada ilmu agama (fiqh setempat) sehinggalah kepada kosmologi tasawwuf, bahasa, sastera dan ilmu-ilmu Melayu yang dirujuk dalam kepustakaan Melayu Tradisional-ilmu perubatan Melayu, nombor2, ukuran masa, timbangan, dll)

Merujuk buku wajib pelajar, Hashim Musa menerangkan pada halaman 18 cara memahami,menyelidki atau menyorot epistemologi Melayu-Islam.

Takrif khusus epistemologi Melayu

Ialah satu bidang kajian tentang kaedah mentakrif ilmu pengetahuan yang dipegang oleh masyarakat Melayu, penubuhan jenis-jenis ilmu pengetahuan, penentuan sumber-sumbernya, had/batasan ilmu pengetahuan, DENGAN mengkaji dan menyelidik serta menganalisis khazanah intelektual Melayu samada berbentuk persuratan, kesusasteraan dan lisan. Penyelidikan itu meliputi pelbagai genre dalam bidang yan dinyatakan sama ada berbentuk tersirat dan tersurat, zahir dan batin, konkrit dan abstrak.

Dua Cara Penyelidikan boleh dilakukan

1.Pendekatan etnografi-menganalisis dan menubuhkan konsep ilmu pengetahuan yang ditanggapi dan dipegang oleh orang Melayu seperti yang terkandung dalam khazanah kesusasteraan bertulis dan lisan, prosa dan puisi, pantun, syair, peribahasa, mantra, cerita rakyat dan kepustakaan Melayu tradisional.

Kajian dilakukan secara tematik yakni tidak berlaku sama sekali proses penyaringan, pemilihan, pengesahan kerana apa yang dipentingkan ialah penganalisisan, penubuhan dan penghuraian konsep ilmu pengetahuan .

2.Pendekatan etnografi+penilaian, penyaringan, pemilihan, pengenalpastian, dari segi kebenaran, keabsahan, kepalsuan, kesahihan, berdasarkan autoriti ilmu dalam tradisi Islam dan barat.

Contoh 1

Ungkapan atau istilah dalam masyarakat Melayu dalam perkembangan kepercayaan agama di Alam Melayu yang bermula PraHindu-Hindu-Budha, Islam dan Moden-Barat.

Sila rujuk buku wajib pelajar halaman 18.

Contoh 2

Pelajar juga boleh meninjau buku Mitos Peribumi Malas oleh Syed Hussein Alatas yang ada dalam bahagian buku itu menyanggah buku Revolusi Mental. MPM mengkritik kekeliruan dan ketidakfahaman penulis artikel dalam RM yang menggunakan sejumlah peribahasa dan ungkapan Melayu tradisional untuk menggambarkan Melayu malas, fatalis dll yang buruk2 yang disebabkan kemunduran dan ketinggalan sosioekonomi melayu dalam tahun-tahun 60-70an.

Penyanggahan Syed Hussein Alatas keatas RM dengan menjelaskan ungkapan Melayu tradisional dengan mentafsirnya secara analitikal dan sistematik berbanding RM yang menggunakan sejumlah ungkapan Melayu tradisional untuk menggambarkan kemalasan dan kefatalan masyarakat Melayu. Tujuan Rm ialah sebagai suatu eskapisme gol politikus Melayu yang gagal melaksanakan amanah membangunkan dna memajukan bangsa Melayu unttuk meletakkan kesalahan kegagalan pembangunan sosioekonomi melayu ketika itu disebabkan Melayu itu sendiri yang malas, fatalis, tdk bermotivasi berbanding orang Barat yang muluk2 belaka di mata pena pengarang2 dlm RM tersebut.

Saudara boleh juga merujuk cerpen saya, Sekuntum Melayu di Taman Ibunda yang memuatkan isi pemikiran syed hussein alatas yang menyanggah RM dan membersihkan snagkaan buruk atau tafsiran songsang ke atas ungkapan Melayu tradisional.

01 Februari 2010

Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 4-Tahap-Tahap Pengilmuan/Pemeresapan Ilmu Kedalam Pengertian/KefahamanN

a)Pengertian imbasan=mula2 ilmu diperolehi secera imbasan yakni melalui pancaindera buat pertama kalinya apabila manusia mengetahui akan sesuatu.Namun pengertian itu belum kukuh kerana sepintas lalu dan membentuk satu tanggapan sahaja yang kemudian TAHAP INI AKAN MENINGKAT KE;

b)Satu pengkonsepsian=apabila ilmu yang ditanggapi  buat kali pertama itu menjadi lebih tekal dan stabil contohnya kerana diperkukuhkan oleh PENGALAMAN berulang kali yang selalunya didukung oleh konsepsi akan sesuatu perkara yang melahirkan jargon, istilah, gelaran, panggilan, sebutan khas, ungkapan tertentu yang AKAN MENINGKAT KE;

c)Satu penegasan=atau proposisi iaitu apabila konsep, istilah, gelaran, sebutan, ungkapan disusun dalam satu pernyataan  atau penegasan yang selalunya didukung oleh satu ayat atau beberapa ayat;penegasan atau proposisi itu boleh berbentuk satu pendapat, pemutusan, atau satu hipotesis atau teori apabila ia merujuk kepada suatu andaian tentang dasar prosedor, keadaan, sifat dan kedudukan sesuatu perkara, benda, perlakuan dan kejadian alam ini yang AKAN MENINGKAT KE;

d)satu hukum alam (sunnatullah dan qudratullah)=apabila pengertian dan penegasan berselaras dengan hukum alam atau kejadian alam atau sunnatullah misalnya bumi berputar diatas paksinya berputar mengelilingi matahari diatas orbitnya. Namun demikian Bumi bolh berhenti berputar atau berputar di arah sebaliknya menjelang kiamat seperti yang dilaporkan dalam sebuah hadia nabi bahawa antara tanda kiamat akhbar (besar) itu ialah apabila matahari terbit di barat dan terbenam di timur ia dikenali sebagai Qudrat Allah atau kekuasaan Allah atau Qudratullah. Spt juga terpamer dlm mukjizat dan peristiwa dlm AQ.

Sila rujuk buku wajib halaman 12-14.


Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 3-Takrif Ilmu, Pengetahuan, Maklumat, Makna dan Sistem

Sepatutnya apabila kita hendak membincangkan tentang ilmu maka kita perlu bincang bersama-sama dengan epistemologi.

Namun demikian saya telah menjelaskan dengan agak mendalam juga takrifan epistemologi dalam siri yang ke-2. Jadi siri ke-3 ini sekadar sambungan sahaja yang menyentuh takrifan dan huraian serba sedikit tentang takrifan ilmu dan pengetahuan, makna dan sistem.

1. Ilmu 

-berasal daripada perkataan arab iaitu alimin/alimun/alimna yang bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya.

-Takrif pegangan pelajar:Ilmu ditakrifkan secara umum sebagai keadaan atau sifat mengetahui, mengecami, memahami, mengingati dan mengerti sesuatu perkara, benda, suasana, kejadian dan kelakuan.

-dan juga sebagai himpunan daripada apa yang diketahui, dimengerti, ditemui dan ditanggapi itu.

-himpunan daripada yang diilmui dan diketahui itu dinamakan sebagai pengetahuan. 

-Justeru ilmu pengetahuan merangkumi kedua-dua aspek tersebut iaitu ilmu sebagai sifat mengetahui dan pengetahuan sebagai himpunan daripada apa yang diketahui.

-Ilmu juga dapat difahami sebagai sifat/kebolehan/kepandaian manusia.

1.1-Bandingkan dengan "Maklumat"

Pada asaslnya bermaksud fakta/perkara atau berita umum untuk makluman umum(pengetahuan umum) NAMUN kini dikaitkan dengan teknologi maklumat yang dimaksudkan dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang/disiplin yang disimpan, dirakam dan disebarkan (stored and communicated knowledge).

1.2-Pengertian ilmu dari aspek yang lebih luas

-Ilmu ialah sifat mengetahui/mengerti yang dimilki manusia yang diturunkan Tuhan(Allah Yang Maha Mengetahui/Berilmu Ya Alim) kepada nabi dan rasul menerusi wahyu, suhuf dan al bayan (musa as) disebarkan kepada ummat. Dengan demikian manusia dan Tuhan sahaja dianggap sebagai berilmu bukannya komputer atau buku. Walaupun buku dan komputer mencatitkan ilmu dalamnya, namun buku atau komputer tidak boleh diistilahkan sebagai berilmu. Ini kerana "berilmu" merujuk kepada kepandaian, penilaian, keyakinan, penerimaan, pendirian, prinsip, pemutusan, perlaksanaan, pembangunan dan kebijaksanaan.

1.3-Pengetahuan pula bermaksud himpunan daripada apa yang diilmui oleh manusia yang seterusnya dicatit, dianalisis, dikaji.diselidik, dikelaskan dan digolongkan ke dalam pelbagai bidang/disiplin ilmu.

1.4- Takrifan ilmu pengetahuan yang lain=Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. 

1.5-Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu:

a)ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge) dan 
b)ilmu pengetahuan tidak nyata (implicit knowledge)

Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. 

1.6. Jenis-jenis ilmu=Pelajar rujuk buku wajib mukasurat 4.Sifat-sifat ilmu rujuk nota kuliah dr solatun atau Asas Memahami Falsafah Siri ke-2 

1.7  Dalil kepentingan ilmu dalam Islam

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;

>Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. 

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير

Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

>Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;

قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب

Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

> Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;

انما يخشى الله من عباده العلمؤا

Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

Dalil AQ diatas merujuk ilmu yang lebih tinggi yakni ilmu yang bersifat tidak nyata atau ilmu bersifat mistikal. Kerohanian yang melibatkan keimanan dan keyakinan kepada Tuhan Rabbul Alamin yakni Allah Ta'ala.

2.-Makna

-Makna ialah gambaran akal yang memberi identifikasi/pengenalan  TENTANG kedudukan dan tugas sesuatu perkara dalam sesuatu sistem yang diperolehi  apabila hubungan perkara itu dengan yang lain-lain dalam sistem itu dapat dijelaskan dan difahami.

-Makna juga boleh dianggap rujukan atau detonasi bagi sebarang tanda atau simbol yang boleh terdiri daripada pelbagai jenis misalnya warna, bentuk, gerak geri, bunyi dan lain-lain termasuklah bahasa.


3.-Sistem


-Sistem ialah pemeringkatan sekumpulan elemen atau unsur yang berkaitan antara satu sama lain yang diorganisasikan (disusun mengikut keutamaan kepentingannya) untuk memenuhi sesuatu matlamat atau objektif tertentu.

-Contohnya pemerolehan ilmu tentang insan ialah mengetahui dan mengerti makna seseorang insan tentang kedudukan dan tugasnya  dalam semua alam persekitarannya yang meliputi alam persekitaran kehidupannya iaitu persekitaran sosialnya(keluarganya, komuniti, masyarakat, negara dan seluruh umat manusia), persekitaran spatio-temporal atau alam fizikalnya (fauna, flora, alam jagat raya) dan persekitaran metafizikalnya yang meliputi wujud psikologis, rohaniahnya akal, ratio, intelektualnya, nafs, qalb, roh, alam malakut, alam akhirat, kewujudan Khaliq atau PenciptaNya.

Tips Cemerlang 9:Baca dan Fahamkan. Fahamkan. Fahamkan.

Asas Memahami Bidang Falsafah Siri 2-Antara Cabang Falsafah

Pembahagian ini tidaklah muktamad dan rigid. Cabang-cabang falsafah amat luas dan berkembang setiap hari sampai hari ini. Namun demikian, ada EMPAT cabang besar yang sangat asas yang perlu pelajar fahami:


1. Ontologi


-Ontologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu eimi be dan logos yang bermaksud kata atau pengetahuan yakni pengetahuan mengenai hakikat keberadaan/kewujudan sesuatu benda atau makhluk DAN pengetahuan mengenai hakikat keberadaan/kewujudan sesuatu benda dan makhluk.
-ATAU ontologi itu membahaskan segala sesuatu itu adalah wujud.
(*Takrifan diatas ialah takrifan pegangan pelajar)



- Tokoh/Pelopor ontologi barat ialah Thales, Plato, dan Aristoteles.

-Ontologi adalah salah satu bahagian falsafah yang membahaskan segala sesuatu itu wujud (ada). 

-Ontologi membahaskan tentang yang ada, yang tidak terikat oleh satu perwujudan tertentu.

-Ontologi membahaskan tentang yang ada yang universal/sejagat.

-Ontologi berusaha mencari inti/hakikat/zat yang terkandung dalam setiap kenyataan/realiti/keberadaan/kewujudan.

- Atau dalam rumusan Lorens Bagus "menjelaskan keseluruhan yang ada dalam semua bentuknya."

2.Epistemologi

-Epistemologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu episteme dan logos yang bermaksud kajian tentang ilmu pengetahuan yakni mengkaji ilmu pengetahuan dari segi rujuk buku wajib muka surat 17 namun ada TAMBAHAN iaitu item bernombor ke-5 ;

1- pentakrifannya (takrif setiap istilah/bidang ilmu dan pengetahuan) 

2-penubuhan jenis-jenisnya (rujuk muka surat 4 buku wajib pelajar jenis ilmu pengetahuan dan sifat ilmu dan pengetahuan oleh dr solatun yang bermula dari wahyu yuha yang bersifat inspiratif kepada Nama-nama benda yang diajarkan oleh Allah kpd nabi adam yg tdk dapat diketahui oleh malaikat kepada Al Bayan atau kata-kata yang baik kepada al-Hikmah disebalik peristiwa/kejadian/cerita kepada Berpasang-pasangan seperti baik dan buruk, siang dan malam, syurga dan neraka dll. 

3-Penentuan sumber-sumber ilmu dan pengetahuan yang terbahagi kepada sumber mikro iaitu fakulti akal, fakulti nafsu, fakulti roh, fakulti qalbu/hati dan sumber makro iaitu sumber barat, sumber yunani, sumber agama samawi, sumber timur (agama budaya, budaya  dan adat).

4-Saluran-saluran pemerolehan ilmu rujuk buku wajib muka surat 10-12).

5-Keabsahan ilmu dan pengetahuan berdasarkan autoriti yang sah ada kaitan dengan ilmu yang benar yang dihubungkan dengan destini manusia rujuk buku wajib mukasurat 18-22*

6-Pengenalpastian had/batasan ilmu dan pengetahuan rujuk buku wajib muka surat 23-27*

*Akan dibincangkan pada kuliah dan tutorial akan datang. Namun lebih baik bersedia dan baca dahulu.

3. Aksiologi


-Berasal daripada perkataan axioo dan logos yang bermaksud  nilai dan kata-kata yakni kajian mengenai  hakikat, kenyataan/keberadaan/kewujudan dan makna dari aspek nilai-nilai atau juga teori nilai.
-Nilai-nilai itu adalah seperti baik-buruk, cantik-hodoh, benar-salah, wangi -busuk, kasar-halus dll.*

*Akan dibincangkan dalam kuliah dan tutorial Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan akan datang.

~~~

Umumnya, ontologi dan epistimologi kini telah dikelompokkan/digabungkan atau dibincangkan secara bersama-sama dalam satu bidang yang dikenali sebagai 

METAFIZIKA

Manakala aksilogi kini telah dikelompokkan atau dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:

a)Etika atau Falsafah Moral iaitu kajian tentang perilaku/akhlak/adab yang luhur.

b)Estetika atau Falsafah Keindahan iaitu kajian tentang nilai-nilai keindahan/keseniaan yang indah-indah/perlambangan yang indah-indah.

~~~

4.Logika

 -Logika berasal daripada perkataan logos yang bermaksud ucapan atau (dan) perkataan yakni kaedah dan prinsip yang digunakan untuk membezakan hujahan yang sah (valid) dan benar (true) DENGAN hujahan yang tidak sah dan tidak benar atau falasi (hujahan yang salah).
-Logika dianggap ibu ilmu pengetahuan dan yang membezakan antara manusia yang berakal dengan haiwan yang tidak berakal.
-Logika menjadikan seseorang dapat berhujah dengan sah dan benar dan dapat mematahkan hujahan yang tidak sah dan falasi.
-Namun saya tidak bermaksud sesiapa yang tidak mempelajari logika tidak akan dapat berhujah dengan sah dan benar.
-Logika atau logik BUKAN KAEDAH BERFIKIR kerana KB ialah bidang kajian psikologi.
-Sebaliknya logika meneliti hujahan yang terbentuk daripada elemen premis dan penyimpulan berdasarkan proposisi/penegasan iaitu maksud yang terkandung dalam sesebuah ayat.*

*Akan dibincangkan dalam kuliah dan tutorial akan datang. Boleh rujuk2 buku wajib pelajar halaman 33.

~~~

Begitulah cabang kajian falsafah.
Diharapkan pelajar saya dapat memahami letak duduk dan cabang bidang falsafah kerana apabila pelajar memahami letak duduknya maka pelajar merasa mudah sekali untuk menelaah item demi item yang terkandung dalam silibus atau dalam asas bidang falsafah pada kuliah dan tutorial akan datang.

Tips Cemerlang 7:Baca jangan tak baca. Kemudian baru fahamkan. Kalau tahu sebab tak baca. Kalau tak faham sebab gelap hati, makanya carilah doa buat amalan dan bersihkan hati dan jiwa kalian dengan zikrullah dan amal ibadah.


Tips Cemerlang 8:Ada pelajar tanya "Saluran" pemerolehan ilmu dan pengetahuan itu bukankah sama saja dengan "Kaedah" mendapatkan ilmu dan pengetahuan?


Jawab saya:Saluran itu adalah merangkumi kaedah, cara, sumber,penyampaian secara abstrak dan konkrit, zahir dan batin sekaligus-ia sebuah perlambangan yang menyeluruh dan luas maknanya berbanding kata "kaedah". Cubalah berfikir secara perlambangan atau berfalsafah sedikit ia. Hehehe.