27 Februari 2009

Mereka sahaja bukan 'mereka-mereka'

Tolonglah sesiapa yang membaca entri ini tolong jangan ulangi kesilapan yang dibiasa-biasakan. Penggunaan kata mereka merujuk kepada jumlah manusia yang melebihi dua orang atau ramai orang.
Sebaliknya oleh kerana terlalu pandai dan memandai-mandai makanya ada yang tergamak melakukan kesilapan mudah ini apabila mengulangi perkataan 'mereka' dengan 'mereka-mereka'. Ini adalah suatu kesalahan tatabahasa yang amat jelas sekali.
Yang aku ingat penggunaan 'mereka-mereka' ini digunakan oleh beberapa politikus yang kemudian sekarang di mana-mana tulisan dalam blog pun terdapat kesalahan yang sangat umum begini.
Tolonglah jangan ulangi kesilapan yang dibiasa-biasakan. Sama juga dengan para yang merujuk kepada para hadirin yang disebut sebagai para-para hadirin. Para-para bermaksud tempat meletak kasut atau tempat meletak sesuatu.
Tolonglah jangan ulangi kesilapan yang dibiasa-biasakan. Hampir seratus peratus rakyat Malaysia ambil SPM yang mana kesilapan mudah ini sudah diberitahu oleh guru bahasa kalian.
Deduksi
Mereka-mereka=Salah
Mereka=Betul
Para=merujuk ramai orang
Para-para=merujuk tempat meletak sesuatu seperti kasut.
Para hadirin=Betul
Para-para hadirin=Salah
Sekian harap maklum.

Ulasan Filem Geng-Konflik

Tanpa konflik filem tidak akan jadi sebuah filem. Ia mungkin sekadar babak demi babak yang dirakam mendatar tidak beremosi. Dalam filem Geng, konflik bermula apabila watak-wataknya tersesat dalam hutan. Lebih tepat pengembangan konflik. Menyimpan identiti siapa hantu durian merupakan suatu yang baik. Namun penonjolan imej hantu durian dengan suara dan rupanya dipermulaan pengembangan konflik agak merugikan. Aku tidak ada masa untuk menulis per se babak konflik dan pengembangan tersebut. Aku yakin yang membaca blogku ini kebanyakkannya telah menonton filem Geng. Bila aku mengulasnya diharapkan kalian dapat terus menangkapnya-melainkan kalian menonton filem Geng semata-mata untuk berseronok bersama anak-anak sahaja.
Harmoni
Apa itu harmoni?Aku tidak mengaji filem. Tetapi pengalaman aku menonton filem membuatkan aku dapat mengetahui bahawa elemen harmoni amat penting agar filem hadir sebagai sebuah katarsis.
Geng tiada harmoni
Ia bermula pada babak-babak pengembangan konflik yang bermula sejak kemunculan ular, lintah dan hantu durian dalam babak-babak kejar mengejar. Lawan kepada harmoni ialah kekerasan. Dengan kualiti bunyi yang baik, aku rasa tidak perlu mereka menonjolkan bunyi suara dan muzik latar babak kejar mengejar itu dengan keterlaluan sehingga membingitkan telinga. Penonton bukannya pekak! Terdapat babak antara babak dengan babak yang berlanjutan bingit dan kerasnya. Langsung tiada harmoni.
Filem Aksi pun ada Harmoninya
Filem aksi sekalipun banyak mempunyai elemen harmoni. Penonton seharusnya tidak terlalu dipaksakan untuk berasa teruja, takut dan terpegun. Sebaliknya unsur harmoni dalam filem membuatkan penonton menghayati babak aksi yang ganas tanpa dipaksa-paksa dengan bunyi yang berlebih-lebih serta unsur grafik yang terlalu cepat dan besar.
Grafik dan tempo
Dalam Geng unsur grafiknya ditonjolkan agak berlebihan dalam beberapa babak dan babak tersebut amat cepat temponya dan memeningkan kepala untuk aku menghayatinya. Sebagai seorang penonton yang sudah banyak menonton filem dan mempunyai pengalaman menonton berbagai genre filem aku merasakan bahawa betapa peri pentingnya penulis dan pembikin filem meneliti hal ini. Ini kerana filem tanpa elemen harmoni akan membikin kekerasan, keterlaluan dan kecelaruan.
Terlalu mudah
Watak hantu durian ialah Sighn-terlalu mudah. Begitu mudah sekali!Setelah watak hantu durian diberikan pengenalan mempunyai suara yang garang, badan yang agam dan gerak aksi yang tangkas bila sahaja Sighn membuka topengnya kesemua sekali ciri-ciri misteri hantu durian ghaib sama sekali.
Dengan memakai topeng hantu durian maka suara watak akan berubah. Klise dan tiada unsur kejutan langsung. Kalau kita menonton filem barat, semakin menuju pengembangan konflik maka semakin teruja penonton sehinggalah rasa teruja itu terpenuhi dengan pendedahan yang mengejutkan!
Atau setidak-tidaknya terasa relevan sesuai dengan aras ingin tahu penonton terhadap watak pada babak pengenalan watak yang terlebih awal. Dalam Geng babak pengembangan konflik menuju ke klimaksnya terasa amat biasa-cuma yang mujurnya dan bernasib baiknya animasi Geng amat baik kualitinya.
Animasi
Geng berada pada tahap 5 bintang. Teknik pelontaran suara wataknya berkesan dan mempunyai identiti tersendiri. Ia suatu perubahan dalam filem animasi dan filem Malaysia seluruhnya. Jika hendak tahu apa bezanya lontaran suara watak-watak dalam Geng cuba bandingkan dengan lontaran suara watak dalam drama animasi Keluang Man contohnya. Lihat betapa cepat, segar dan bertenaganya lontaran suara watak-watak dalam Geng dan betapa lembab, basi dan longlainya lontaran suara watak-watak dalam Keluang Man.
Deduksi
Geng : Pengembaraan bermula berjaya sebagai sebuah filem animasi yang agak berbeza daripada filem animasi sebelumnya. Namun plotnya mesti diperkemaskan. Teknik bunyi dan grafik mestilah diteliti. Cerita juga mesti diambil perhatian. Pengisian juga mesti dihalusi. Contoh yang nyata seperti yang aku sebut sebelum ini ialah azan maghrib yang berkumandang sepatutnya watak datuk Badrol tidak menyuruh Badrol dan Lim bersiar-siar di waktu maghrib sebaliknya mandi dan berehat di rumah. Biarlah ada pengkritik mengatakan pengulas tidak berhak menentukan cerita yang sepatutnya dalam sesebuah filem. Tujuan aku jelas iaitu agar kesilapan mudah begini tidak lagi dilakukan. Pengembangan konflik dan klimaks janganlah terlalu diambil mudah. Benar Geng untuk kanak-kanak sebagai sasaran utamanya namun kebanyakan filem animasi yang berjaya ditonton oleh semua lapisan anggota masyarakat. Benar, Geng ditonton oleh pelbagai golongan masyarakat. Mereka berasa gembira dengan Geng. Kegembiraan itu pada aku merupakan kegembiraan pada tahap permulaan iaitu agak berbeza sedikit sahaja. Jikalau tanpa sokongan animasi yang baik dan lontaran dialog yang mantap dan beridentiti maka aku yakin Geng tidak akan menjadi sebuah filem yang hebat. Tetapi haruslah diingat sesebuah filem itu hebat bukan kerana satu dua faktor tetapi paduan semua elemn yang membina filem itu sendiri.

Lelaki yang Diculik

Oleh : Muhammad Ali Atan
Pagi hujung minggu itu, aku masih ingat. Sewaktu menuruni anak tangga setelah keluar dari pintu rumah kepalaku berdenyut-denyut sakit. Dalam terhuyu-hayang dan imej yang bertindan tindih pada retinaku seorang lelaki tiba-tiba muncul dihadapan. Dan jangan tanya aku lagi apakah yang berlaku sesudah itu.
“Di mana aku?”
“Di rumah aku,”
“Siapa kau,”
“Aku adalah kau, kau adalah aku,”
Ah!Apa pula yang menimpaku kini. Tiba-tiba lelaki itu merepek yang bukan-bukan. Kupandang sekelilingku. Susun perabotnya, hiasan dalamannya dan segala perkakas bukanlah menandakan ini adalah rumahku.
“Hei, apa yang kau pandang, tak pernah tengok rumahkah?”
Aku terkejut. Pantas pandanganku berkalih kepadanya. Ah!lelaki itu. Lelaki inilah! Bukankah lelaki itu yang sering aku jumpa. Di kedai makan dibawah bila waktu makan tengahari. Lelaki yang kehilangan ‘sendinya’. Lelaki berseluar pendek mencerut paha mempamerkan paha dan betis hitam berbulu-bulu. Lelaki yang berambut panjang diikat dibelakang kepala. Lelaki yang bila dipintanya nasi akan tertutur intonasi melentik-lentik seiring lentikan kepala, badan, pinggang dan tangan. Ah!Dialah itu. Aku pasti tidakkan salah lagi.
“Kau kah lelaki itu?”
“Apa kau cakap, maksud kau?”
Semacam lintah yang masuk kedalam seluar merayapi paha atau cuba menyelinap cuba memasuki mulut uretra! Aku mengeletar geli-geleman.
Dia merengus seiring kelopak matanya bagai tirai dilabuhkan dan direntap tiba-tiba sambil menyandarkan tubuh pada sofa. Dia menanggalkan jam tangannya. Tali jam tangannya pun kecil nipis yang bentuknya saling tak tumpah seperti jam yang dipakai oleh kekasihku!
“Sekarang, kau berada dirumah aku. Atau dalam kata yang mudah kau diculik!”
Aku terkesima. Terutama pada kata akhirnya. Adakah betul dia menyergah aku? Seperti sergah bapa ku yang berang melihat aku pulang senja kerumah sewaktu kanak-kanak.
“Kau culik aku,”
“Ya,”
“Kau tahu itu satu kesalahan,”
“Aku bukan maharesi,”
“Kau ingat aku bodoh,”
“Aku tak kata pun kau bodoh,”
Aku bingkas. Lalu mara kepintu. Dia tidak menghalang aku kecuali tersenyum. Aku harus keluar dari rumah lelaki ini. Lelaki gila ini!. Ajaibnya terpocol kunci dilubangnya. Ah!Apa perlunya kunci lagi bila sudah berada didalamnya. Ah!Tombol ini. Mengapa ketat pula. Kuncinya rosakkah?Atau apa. Aku bingung. Dan dia mara melangkah kepada ku. Dari geraknya melangkah aku terasa sangat janggal, pelik dan mahu ketawa pula. Dan akhirnya ketawaku meletus seperti volcano yang memancutkan lahar dengan deras tiba-tiba. Aku tersepuk dikaki pintu tercungap-cungap, perutku senak dan mataku berair.
“Kau hanya mengetawakan diri kau sendiri,”
Lantas ketawaku mati. Hei!Aku bukan kau, kau bukan aku. Aku lelaki yang sejati punyai ‘kekerasan’dan maskulin. Kau apa ada!
“Sebab itulah aku menculik kau dan pintu ini akan menjadi pengawalnya sepanjang kau diculik sehinggalah tugas kau selesai,”
“Aku akan dibebaskan setelah tugasku selesai?”
“Ya,”
“Baiklah, apakah tugasku?”
“Ajari aku menjadi lelaki sejati”
Jeda. Sesudahnya aku ketawa. Ketawa, ketawa dan ketawa lagi sebelum pandanganku gelap dan jangan tanya aku apa yang terjadi selepas itu!
Hari Pertama
Aku tidak tahu apakah aku yang majnun atau ruang atau masa. Pastinya aku mesti mengajari dia seperti mana yang dipintanya kepada aku. Aku mesti mengajar dia!
“Pertama sekali,”mula bicaraku kepadanya yang duduk dihadapanku. Dia telah ku arahkan berseluar slet, berkemeja dan bersepatu. Warnanya semua putih. Kecuali kasutnya yang hitam. Hitam merelit.
“Kau berdiri seperti aku ini,”arahku. Dia menurut. Berdiri sepertiku disisi. Berdiri dengan kedua telapak tangan menggenggam penumbuk melurus disisi tubuh. Kaki menegak merapat antara satu sama lain. Keraskan tubuh kau!Aku seakan menjerit. Memberah mukanya bila kutumbuk perutnya. Aku mahu ketawa, ya mahu ketawa. Tetapi kuketawa dalam hati sahaja. Cuma keraskan badan bukan tahan nafas kau! Sergahku kecuping telinganya. Dia terkejut. Bagai gong yang bergetar dipalu penukul oleh bapak menteri dalam majlis rasmi apa-apa. Sewaktu melangkah ingat prinsipnya, mulakan dengan langkah kanan, pacak tumit kau. Ingat, kunci pinggang, kemutkan anus dan buka dada. Dia angguk. Dari kanan cepat jalan!
Dia pun melangkah. Seperti kataku. Dia menurut semunya. Tetapi dia seperti robot. Aku memang sengaja tidak memberitahunya. Henti!Jeritku. Dia terkejut. Segera kawadnya mati. Dan kedua telapak tangan menekup dada. Aku mara dengan bertambah-tambah garang. Pumpin sepuluh kali!Hukumku. Dia menurut. Kutekan-tekan belakangnya sewaktu badannya diangkat. Dia mengeluh. Tapi tidaklah marah. Dia tidak akan marah kepadaku.
Aku terlupa beritahu kau. Berdiri tegak macam mula-mula tadi. Dan keluarkan kaki kanan kau kedepan. Ingat prinsip melangkah yang telah kunyatakan. Baik, keluarkan tangan kiri kau. Ah!Bukan begitu. Begini. Tangan kirinya kurentap melurus kedepan separas bahunya. Au!Jeritnya spontan. Biarlah.Dia tidak marah akan kepada ku. Sewaktu kubetulkan kedudukan tangannya hidungku tertusuk mahing amat. Ya Tuhan! Pening-pening lalat aku. Tapi kepadanya aku senyum saja. Dan dia senyum juga. Walaupun dalam senyum kekok. Dia mematuhiku jangan memakai deodoran. Pujiku: Bagus. Inilah bau maskulin, kau tahu tak!.
Hari Kedua
Sesudah sarapan kami ke jendela. Dia memandang aku. Aku memandang dia. Apa yang kau pandang?soalku garang. Lihatlah keluar jendela. Alam yang terbentang. Bunyi ciap-ciap itu apa?. Burung!!!Jawabnya pantas. Seakan lipas merayapi tubuhku!.
Apa motif soalan itu?Soalnya. Fikir sendiri!.
Sekarang, ikuti aku. Nafas kutarik sepanjang-panjangnya sehingga membusung dada. Lalu sepantasnya aku melontarkan diftong sekeras-kerasnya keluar jendela. Dia terlopong. Ha!Apa ditunggu lagi. Dia menarik nafas dan...ah!Berhenti!Kau tahu tak, burung-burung akan pelik dan ketawa mendengar vokal kau itu?.Dia menggaru kepala. Aku tunjukkan lagi. Dan kali kedua, ketiga dan seterusnya ia semakin baik. Dia mahu berhenti, suaranya sudah serak dan hendak berehat. Aku sogokkan air asam jawa pekat, teruskan kataku dari sofa. Sesekali suara ku pecah bila suaranya mahu melencong macam perempuan yang diragut beg tangannya. Atau kubaling saja majalah kebelakangnya.
Hari Ketiga
“Kau ada kawan?”
“Ada, banyak,”jawabnya dalam suara yang serak. Memang keserakan itu yang kucari. Pujiku: Inilah suara maskulin, punya kejantanan!. Dia terkerisin.
“Tetapi yang spesis yang beruthopia dan berfantasi seperti kau yang paling akrab kan?,”
“Macam mana tahu?”
“Ah!Kau juga kata. Aku adalah kau. Kau adalah aku!”
“...”
“Ah, sudah. Cuma aku nak beritahu manusia itu sangat dipengaruhi oleh rakan atau sahabat-sahabatnya,”
“Jadi?”
“Pisahkan diri dari mereka!”
“...”
“Kau ada kekasih?”
“Kekasih?”
“Ya, kekasih. Ya, ops kekasih kau pasti yang agam bangun tubuhnya. Kacak dan manis. Bonusnya berwang dan pandai bersosial. Pasti ada punya,”
“Kau sudah pun tahu jawapannya...”
“Pisahkan diri dari dia,”
“...”
“Memang payah. Tapi kalau nak berubah, ikut nasihatku!”
“Baiklah, aku akan cuba!”
“Nah, ini adalah senarai no. telefon bimbit gadis-gadis yang manis-manis,”
“Buat apa?”
“Kau tanya lagi aku soalan bodoh ini!” Dia ternga-nga. Sebelum terkerinyih menyalin nombor telefon itu. Bagus!Pujiku: Inilah kecenderungan maskulin sejati!.
Hari Keempat
Aku bentangkan rajah anatomi. Dengan sebilah rotan yang mengunjuk dua rajah anotomi yang berbeza sebelah menyebelah kepadanya. Nama setiap bahagian sudah tertera. Cuma kau sebutkan dan ingatkan sahaja. Selepas ini akan aku adakan ujian. Rajah itu ku telangkupkan.
“Nyatakan kepada aku apakah perbezaan antara organ kelamin wanita dengan organ kelamin lelaki?”
“...er...lelaki punyai zakar dan testis...perempuan...er...”Zup. Aduh!Pedih ya. Mengapa kau tergagap? Sebutkan sahaja. Rotan ini hanya mengenal kegagapan kau menyebut daripada kesalahan kau menyebut!”
“Wanita ada faraj dan rahim!”
“Satu lagi organ penting wanita?”
“er...payudara!”
“Bagus. Bagaimana benih pula?”
“Benih lelaki disebut air mani. Dalamnya ada sperma berbentuk budu-budu yang berenang-renang. Yang dipancutkan sesudah klimaks masuk ke faraj perempuan. Berenang-renang bertemu dengan benih wanita yang disebut ovum. Menempel dirahim, membentuk zigot, embrio dan fetus,”
“Kau hafal satu persatu ayat yang kugunakan semasa pengajaran tadi?”
“Er...bolehkan?”
“Tak apa. Cuma yang penting aku nak beritahu kau, dalam berjuta-juta ‘budu’ itu hanya satu atau dua yang dapat merebut tempat didalam ovum. Mereka adalah pemenang dan juara. Itulah kita!”
“...”
“Nah, ini soalan kedua. Baca untuk diri sendiri,”
“Ha!”
“Apa ha, ha. Lakukan sekarang. Esok aku mahu tau jawapannya ya!”
Hari Kelima
“Bagaimana?”tanyaku pagi-pagi lagi.
“Sudah tentu aku punyai alat kelamin lelaki!”
“Bagus. Inilah satu-satunya bukti kemaskulinan lelaki!”
“Tapi...”
“Kau dulu mahu mengubahkannya bukan,”
“Macam mana kau tahu!”
“Ah!Bukankah aku juga kau dan kau adalah aku?”aku berseloroh.
“Oh...tapi itu dahulu...”
“Sebelum lima hari ini kan,”
“Ya!”
“Sekarang?”
“Oh, tak lagi.”
“Tapi aku...”
“Ah!Tiada tapi-tapi lagi. Kau kena menghargainya!”
“Bagaimana?”
“Begini,”aku bisikkan sesuatu dan dia mendengar penuh tekun.
Hari Keenam
Seharian ini kami hanya bertemu semasa mandi, makan dan buang air sahaja. Aku tidak mahu menggangu sepanjang dia didalam bilik itu. Dia sedang menghargai dirinya melalui pengenalan dirinya sebagai lelaki yang punyai maskulin sejati!
Hari Ketujuh
Pagi yang indah. Aku bangun dengan hati yang berbunga. Ah!Bukan wanita ya. Lelaki. Lelaki pun ada bungannya juga. Kelelakiannya!
“Bagaimana rasanya?”
“Hebat! Tetapi lututku kurasa sedikit lemah dan goyah. Pinggangku mencucuk-cucuk sedikit.”
Aku ketawa, ketawa dan ketawa.
“Seharian kau lakukan!”
Dia merengus. Kali ini rengusannya tidak lagi dengan kelopak mata seperti tirai yang dilabuhkan perlahan-lahan lalu direntap deras. Tiada lagi menjeling-jeling. Sebaliknya dia menumbuk aku. Kebas bahuku!
“Tidaklah. Tidaklah sampai berbelas-belas atau berpuluh-puluh kali. Gila!”
Dia bingkas. Mahu kemana? Aku mahu memberitahu kau bahawa...Ikut sahaja aku! Suaranya meninggi. Ah! Tidak lagi seperti wanita yang melenggang-lenggang mengepit beg tangan dicelah ketiak, sudahnya diragut peragut lalu menjerit bertele-tele.
“Ini bilikku!”
Wah, hiasan dalaman yang baharu. Lambang maskulin sejati. Kujenguk kedalam almari pakaian. Di mana seluar pendek kecil dan menjerut paha?Di mana baju kecil dan singkat menampakkan pusat? Di mana coli dan bra? Dimana lipstik merah?
“Aku sudah tong sampahkannya!”katanya sambil terkerisin lalu melepaskan buku lima kebahuku. Aduh!Jeritku. Kebas seluruh badan. Takkan itu pun sakit!.Katanya sambil berlalu. Aku juga akan kemaskan ruang tamu dan seluruh pelusuk rumahku. Biar nampak maskulin menggambarkan kelelakianku! Dia menjerit. Sekuat-kuat hatinya. Terutama baris: Biar nampak maskulin menggambarkan kelelakianku!. Aku menekup telinga. Bingit. Suaranya tetap bergema-gema. Ah! jangan tanya aku lagi selepas itu kerana bila kucelik, aku sudah berada diluar rumah lelaki itu. Aku sedang menuruni tangga kerana mahu membeli makanan tengahari dikedai makan dibawah.
Hai!
Fei Wit!
Mereka segera kubaling. Bajingan. Bila mereka pergi dan aku waras kembali kakiku kehilangan kasut. Oh!Rupanya dengan kasut kubalingkan mereka. Aku bergegas mendapatkannya semula. Tiba-tiba terasa keanehan kepadaku. Langkahku melenggang-lenggang dan pergelangan tanganku seperti kehilangan sendi. Dan...ah!Mengapa aku memakai coli dan baju ketat serta singkat ini, seluar singkat yang menampakkan peha dan betisku yang hitam merelit? Dimana bulu kaki ku?Ah!Bukankah aku ini seorang lelaki!
Sewaktu aku berpatah balik kerumahku, telinga ku seperti disepak-sepak.
Hai!
Fei Wit!
Dan kali ini aku akan balas sepakan dengan penyepak!
Glosari
maskulin=sifat kelelakian/kejantanan
maharesi=pendeta yang suci/mulia
volcano=gunung berapi
majnun=gila
pumpin=tekan tubi
diftong=rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas dan mempunyai satu puncak kelantangan. Daalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au dan oi.
Penyepak=tendangan kaki.
*cerpen ini tidak disiarkan dimana-mana media.

Zonder

(Apologi Kepada Chairil Anwar dan para peminatnya)

kerana kesementaraan cuma
hayat ini
masih kau tertawa dalam
mabuk dan peluk pelacur
pun mengaku sendiri
‘aku binatang jalang’
‘kerikil-kerikil tajam’ itu tak sedarkah?
sengaja kau pijak sehingga
‘terampas’ dan ‘terlucut’
jiwa dan ragamu?

memang ‘hidup menunda kekalahan’
apa guna ‘mau hidup seribu tahun lagi’
kalah kepada pelacur
kalah kepada tuak
kalah kepada syaitan
tidak sesaat hidupmu bererti
telahpun kau mati sebelum kau mati!

intan atau permata apa saja
memang berkilat-kilat
bila jasadmu sudah kaku
tanpa nafas matamu tak
bisa mengedip-ngedip lagi!

hayatku zonder nikmat
kau yang menzonderkannya
bukan Tuhan atau siapa-siapa.

Muhammad Ali Atan
Akademi Pengajian Melayu UM
April 2006.

Isteriku

Isteriku
meski kau bukan
yang pertama
kota cinta kita
tetapkan utuh
sedari mula
kau datang
merawat hatiku
yang parah ditikam
belati cinta pertama

kini
berdekad-dekad
kau menjadi pemaisuri
di kota ini
cahaya mata yang lahir
menjadi bunga taman
pelangi melandskapi
kota cinta kita
dan aku sebagai rajanya
tetap setia dan perkasa
membentenginya!

isteriku
usah percaya pada mimpi
usah percaya pada cerita
"seorang lelaki akan mencintai seseorang
wanita, namun akhirnya akan memiliki
selain yang satu itu"
kerana itu akan menjadi api
yang akan membakar kota cinta kita!

isteriku
lenalah di bahuku
hentikanlah racaumu
biar aku panah
si penggaruk qalbu
itu dengan panah zikrullah

isteriku
eratkanlah dakapanmu
hentikanlah racaumu
biar aku tepi feminisma itu
dengan perisai samawi
wahyu dan sabda

kerana aku suamimu
ingin mengajakmu
menjejak denai bahagia ini
yang dihujungnya
adalah syurga

Mohd Ali Atan
Dewan Sastera
Julai 2007

Cinta

Cinta itu umpama memilih barang di rak. Apabila kita menemui barang yang diingini, kita mengambilnya. Apabila kita ke rak lain kita melihat barang yang sama tetapi jenama yang lain lalu kita membandingkan dengan barang di tangan kita yang mana lebih memuaskan hati kita. Sesungguhnya, yang paling dapat memuaskan hati kita itulah dipilih walaupun hati kita akan bertanya 'mengapa aku tidak mencari barang yang lebih baik daripada barang ini?'...ketika kita sudah pun memilikinya.

23 Februari 2009

Bahan sudah tiba

Sahabatku seorang guru OKU di sebuah sekolah cacat pendengaran mengirimkan kepadaku buku, CD-rom, pemflet seputar tentang kanak-kanak cacat pendengaran. Aku sungguh berbesar hati. Bahan rujukan amatlah penting bila kita mahu membikin cerita agar ia lojik dan fakta yang sehampir tepat. Selain imiginasi. Dan sudah terbayang ia sehebat malah lebih lagi daripada Slumdog Millionaire!Aku rasa tak salah berimpian demikian. Isu OKU memang dah lama bermain dalam benak kepala aku kerana ibu saudaraku juga seorang tunanetra.

Pemikiran, Zionis, Futuristik dan Hedonisme Dalam Filem

Oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

Pemikiran untuk membentuk sebuah kota harapan sejak lama telah berkembang di kalangan para cendekiawan dan pemikir. ‘Utopia’nya Plato, ‘Kota Cahaya Mentari’nya Farabi, dan ‘Syurga Dunia’nya Thomas Moore, adalah di antara kota-kota harapan itu. Dalam agama-agama samawi, juga terdapat kepercayaan tentang akan datangnya seorang penyelamat ke dunia.
Penyelamat

Penyelamat itu akan membebaskan dunia daripada kemalangan dan kegelapan. Dia akan membawa keadilan, keamanan, kebajikan, dan ilmu pengetahuan untuk semua manusia. Tetapi, siapakah penyelamat tersebut dan bagaimanakah situasi kemunculannya? Zaman ketika munculnya penyelamat dunia itu disebut sebagai ‘Akhir Zaman’ atau ‘apocalypse’. Bagaimanapun, setiap agama dan mazhab mempunyai istilah dan definisi masing-masing mengenai hal ini. ‘Apocalypse’ merupakan sebuah kepercayaan bersama manusia mengenai berakhirnya dunia material ini.

Alam

Dalam terminologi ini, diyakini bahawa alam materi mempunyai awal dan akhir. Alam materi dimulai dari waktu yang telah ditetapkan dan berakhir pada masa yang telah ditentukan pula. Dengan demikian, keyakinan terhadap masa akhir zaman atau ‘apocalypse’ ini merupakan satu jawapan terhadap pertanyaan manusia yang tidak ada hujungnya mengenai masa hadapan dunia. Pada akhir zaman itu, rahsia tujuan penciptaan alam dan manusia akan terbuka.

Pakar psikologi terkenal Carl Gustav Jung, pernah mengungkapkan tentang adanya pengetahuan yang dimiliki semua manusia sejak sebelum dia dilahirkan. Pengetahuan ini membentuk pola-pola perilaku yang berdasarkan kepada ‘insting’ yang diistilahkan sebagai ‘archetype’. Oleh sebab itulah manusia memiliki citra primordial sebagaimana yang ditemukan dalam mitos-mitos.

Pada sebahagian besar mitos-mitos kuno manusia, disebutkan tentang akan terjadinya peperangan besar antara sang penyelamat dan kekuatan jahat. Peperangan itu akan berakhir dengan kemenangan bagi sang penyelamat dan para sahabatnya. Kemudian, umat manusia akan menyaksikan wujudnya kota yang mereka impikan.Dalam tulisan ini, penulis tidak berniat untuk membahas secara lebih terperinci mengenai kepercayaan berbagai-bagai bangsa dan agama mengenai akan datangnya penyelamat dunia.

Penulis sekadar ingin mengajak pembaca meninjau filem-filem Hollywood yang bertema ‘akhir zaman’ dan ‘kedatangan penyelamat’.Dalam filem-filem Hollywood banyak digambarkan tentang adanya ‘technological apocalypse’, iaitu pada masa hadapan manusia akan menciptakan manusia buatan dan manusia buatan ini akan menyerang manusia ciptaan Tuhan.

Khayalan dan Futuristik

Filem dengan tema seperti ini ialah ‘Dr. Frankenstein’, ‘Terminator-2’, dan ‘Matrix.’ Pada filem ini, manusia asli kalah dengan manusia ciptaannya sendiri. Kemudian, datanglah penyelamat yang biasanya adalah seorang manusia yang pintar dan berani. Selain akibat serangan teknologi, filem-filem Hollywood juga menggambarkan bahawa akhir zaman diakibatkan oleh bencana alam. ‘Natural apocalypse’ ini boleh berupa datangnya badai, banjir, gempa bumi, kebakaran, atau perlanggaran bumi dengan planet lain.

Di samping itu, Hollywood pun menciptakan makhluk khayalan yang akan menghancurkan umat manusia. Misalnya, raksasa yang lahir akibat intervensi manusia terhadap alam atau akibat rekayasa genetik yang dilakukan manusia. Filem-filem seperti ini di antaranya berjudul, ‘Deep Impact’, ‘Armageddon’, ‘Water World’, ‘Godzilla’, dan ‘Jurassic Park.’Karya khayalan Hollywood lainnya mengenai akhir zaman adalah akan datangnya makhluk jahat, yang disebut sebagai ‘apocalypse mithological’.

The Mummy

Dalam filem seperti ini, dikisahkan bahawa sang penyelamat dan sahabatnya melakukan perjalanan ke dunia mitos dan mengalahkan makhluk jahat dalam dunia mitos itu dengan kekuatan sakti. Contoh filem seperti ini ialah ‘The Mummy’, ‘The Mummy Returns’,’ King Scorpion’ dan’ Wishmaster’.‘Sciencefictional apocalypse’ merupakan sekelompok filem Hollywood yang mengambarkan dunia masa hadapan yang dipenuhi oleh percampuran antara khayalan dengan realiti.

Dalam filem-filem seperti ini, kekuatan kuasa jahat digambarkan dalam bentuk makhluk luar angkasa yang mengancam kehidupan manusia di planet bumi. Penyelamat dalam filem ini memiliki pengetahuan teknologi dan metafizik. Setelah berperang dengan makhluk luar angkasa itu, sang penyelamat akhirnya berhasil membebaskan umat manusia di muka bumi. Filem-filem seperti ini, antara lain berjudul ‘Alien’, ‘Independence Day’, ‘The Fifth Elemen’t, dan ‘Star Wars’.‘Religious apocalyps’e merupakan kategori filem Hollywood yang terpenting untuk dibicarakan.

Rohani

Filem-filem seperti ini biasanya menggambarkan bahawa kekuatan jahat berbentuk sebuah sosok yang antiagama, seperti syaitan, anti-Kristian, atau kekuatan jahat yang pada zaman dahulu dipenjarakan, namun kemudian ghaib dan kembali datang ke tengah-tengah umat manusia. Penyelamat dalam kisah-kisah seperti ini adalah seorang tokoh rohani, seperti cendekiawan atau orang suci. Dia menentang kekuatan jahat dengan iman, keberanian, dan pengorbanan. Filem-filem dalam kategori ini antara lain berjudul, ‘Exorcist 1 dan 2’, ‘The Omen 3’ dan ‘End of Days.’

Secara umum, kita boleh menangkap bahawa para penentu tindakan di Hollywood sedang membawa satu misi tertentu dengan menciptakan filem-filem seperti yang telah dihuraikan di atas.

Tujuan

Tujuan pertama daripada misi Hollywood ini adalah untuk memanipulasi rasa ingin tahu alami manusia mengenai masa hadapan dan dengan demikian, membuatkan para pelabur dan pengeluar filem menjadi lebih kaya.

Tujuan kedua ialah menyebarluaskan fahaman ‘apocalypse’ yang sesuai dengan pandangan Hollywood serta berlandaskan kepada ajaran Taurat dan pemikiran Zionis.

Tujuan ketiga ialah untuk mengasosiasikan antara kejahatan dengan dunia Timur dan negara-negara Islam. Dengan kata lain, Hollywood berusaha menyebarkan pendapat bahawa bangsa yang jahat adalah bangsa-bangsa Timur dan bangsa penyelamat adalah bangsa Barat.

Fakta

Fakta yang menarik dalam hal ini adalah bahawa filem-filem Hollywood berusaha membesar-besarkan kejadian tragedi pada masa hadapan dan menimbulkan ketakutan di kalangan manusia. Tragedi tersebut dibuat sedemikian rupa sehingga para penonton menyetujui semua idea dan jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh para pengarah filem.

Dari sini, kita boleh menangkap adanya proses penggunaan filem-filem untuk menyeret pendapat masyarakat dunia tentang akan terjadinya perang pada masa hadapan antara Barat dan Timur.Hall Lindsey, seorang penulis buku “Bumi, Planet Besar Penuh Rahmat”, pernah menulis tentang ‘apocalyse’. Beliau menulis, “Sebelum orang-orang Yahudi berjaya membentuk sebuah negara, tidak ada satu pun di dunia ini yang berjalan dengan baik.

Kini, ketika negara Israel telah terbentuk, segala hal berjalan sesuai dengan apa yang telah diramalkan. Hal ini boleh terjadi kerana pusat kekuasaan dunia adalah politik. Kini, penghukum politik dunia berpindah di Timur Tengah, khususnya di Israel. Oleh sebab itu, seluruh bangsa dunia akan ikut merasakan kesukaran dan kesengsaraan terhadap segala hal yang terjadi di sana, dan di sanalah mereka akan bertempur.”

Kata-kata Lindsey ini telah diadaptasi oleh filem-filem Hollywood. Sejak puluhan tahun yang lalu, idea-idea Zionisme telah masuk ke dalam kancah perfileman Barat. Filem berjudul ‘Birth of a Nation’ karya D.W Griffith merupakan pelopor filem-filem mengenai penghancuran manusia non-Yahudi.

Pembunuhan

Filem ini dibuat pada tahun 1915 dan ia dipenuhi dengan adegan pembunuhan. Di dalam filem ini, bangsa yang lebih mulia, iaitu Yahudi, digambarkan dibenci oleh bangsa lain. Pada akhir filem, diceritakan bahawa kelompok Ku Klux Klan merupakan penyelamat kulit putih. Kelompok itu berjaya membasmi musuh mereka, iaitu orang-orang kulit hitam. Dalam menyingkapi penjajahan Zionis di Palestin, Hollywood memproduksi filem-filem yang bertujuan untuk menjustifikasi penjajahan tersebut, dengan menceritakan tentang sejarah Yahudi. Misalnya, filem ‘Ben Hur’ dan ‘The Ten Commandments.’

Golongan Zionis telah menanam pelaburan yang besar dalam pembuatan filem-filem seperti ini. Pengkritik filem terkenal dan penulis sejarah perfileman, Eric Rhode, mengatakan bahawa filem-filem tersebut tidak begitu sesuai dengan isi kitab suci. Menurutnya, para pengarah filem itu mengakui bahawa sesungguhnya filem-filem tersebut dibuat untuk mengaut keuntungan daripada reaksi orang-orang Kristian.

Filem ‘Independence Day’ yang diterbitkan pada tahun 1996, menceritakan bahawa pada suatu masa, semua komputer melaporkan adanya sebuah pesawat ruang angkasa yang menghampiri bumi. Seorang pakar komputer melakukan penelitian terhadap isyarat-isyarat yang ditangkap dari pesawat ruang angkasa itu dan memberikan analisis kaedah untuk menghancurkannya.

Akhirnya, makhluk angkasa yang melakukan serangan ke bumi itu berhasil dikalahkan melalui kecanggihan alat komputer, tepat pada hari kemerdekaan Amerika Syarikat.Dalam filem yang dipenuhi dengan simbol-simbol Yahudi ini, Amerika dan Zionis diperkenalkan sebagai penyelamat manusia. Amerika diperkenalkan sebagai bangsa dan negara yang terbaik.

Penekanan terhadap perang akhir zaman dan kemenangan Yahudi ini diungkapkan dalam dialog seorang pakar komputer dalam filem tersebut, “Sejauh yang aku ketahui, akhir dunia telah mendekat dan aku merasa senang.”Pada tahun 2000, sebuah filem berjudul ‘Matrix’ telah diterbitkan dan mendapat sambutan hangat daripada para penonton di seluruh dunia.

Diceritakan dalam filem ini, pada tahun 2199, kehidupan manusia telah menyerupai robot buatan komputer. Ketika itu, telah diciptakan inteligensia buatan yang dimasukkan dalam tubuh manusia dan disambungkan melalui paip ke dalam otak. Akibatnya, kehidupan manusia ketika itu diatur oleh mesin. Bagaimanapun, ada seorang yang menolak kehidupan seperti ini dan melakukan penentangan. Orang tersebut, yang bernama Neo, kemudian berhasil menyelamatkan manusia daripada cengkaman mesin.Filem ‘Matrix’ dipenuhi dengan lambang dan tanda Yahudi.

Dalam filem ini, manusia direkomendasikan untuk mencari perlindungan ke sebuah tempat bernama Zion, yang merupakan nama sebuah bukit di Baitulmaqdis. Tokoh Neo, yang ertinya ‘baru’, digambarkan sebagai sang penyelamat masa hadapan dan menjadi pemimpin di bumi Zionis.Menyusul filem ‘Matrix’, dikeluarkan pula filem lanjutan yang berjudul ‘Matrix Reloaded.’

Dalam filem ini digambarkan bahawa umat manusia telah diserang oleh mesin dan mereka kemudian mencari perlindungan di kota bawah tanah. Neo hanya memiliki waktu 72 jam untuk mengalahkan makhluk tidak berperi kemanusiaan itu melalui petunjuk seorang peramal. Dalam filem ini, para penonton diajak untuk menanti tanah air yang ditunggu-tunggu dan masa hadapan mereka.

Sang peramal dalam filem ‘Matrix’ kedua ini, bernama Oracle dan berasal dari Yunani kuno. Dia memperlihatkan simbol nabi-nabi sebelum Isa Al-Masih dan menyampaikan ajaran-ajaran Yahudi di dalam kitab ‘Old Testament.’ Dia membimbing Neo untuk berperang dengan mesin dan meramalkan apa yang akan terjadi pada masa mendatang.Demikianlah secara sepintas lalu infiltrasi Zionisme dalam filem-filem Hollywood.

Firman

Sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis ingin mengutip sebuah ayat al-Quran dalam surah Al-Anbiya ayat 105, yang bermaksud, “Sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih.”Ertinya, sesungguhnya, masa hadapan dunia akan berada di tangan orang-orang yang salih, bukan di tangan bangsa Zionis yang bertahun-tahun menzalimi rakyat Palestin, melakukan pembunuhan orang awam, dan menyebabkan ribuan manusia menjadi pelarian. Justeru, merekalah yang kelak akan menerima hukuman di atas kejahatan mereka, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.

22 Februari 2009

Tonton dan bikinlah








Aku sedang menonton filem berikut dengan kritis :

-Slumdog Millionaire (2009)
-No Country For Old Men (2007)
-There Will Be Blood (2007)
-Children of Heaven (1998)

Keempat-empat buah naskhah filem ini sarat dengan tema kemanusiaan yang tinggi. Menang anugerah. Dan berkait dengan apa yang aku sedang bikin sekarang:

-Tiga Impian (judul sementara)

Benar ia sebuah mimesis. Namun bukanlah ideanya. Bukan menciplak ceritanya. Tetapi cara bagaimana idea diolah menjadi sebuah visual yang bercerita. Itu penting. Hal ini kerana aku bukan graduan dalam bidang filem maka aku mesti menonton dengan agak banyak dan kritis juga filem yang menang anugerah atau tidak. Aku fikir belajar dengan cara ini lebih berkesan daripada berteori semata-mata. Apatah lagi berdepan dengan pensyarah yang baru buat sebuah dua filem atau pensyarah yang bikin filem jamban!

Tentang apa yang aku bikin sekarang ialah hakikatnya ia sebuah filem. Ini adalah naskhah kedua aku. Aku tidak peduli tentang naskhah pertama yang masih tidak 'terjual'. Aku seorang penulis. Aku baru 24 tahun. Aku tidak takut berdepan dengan mitos kehidupan. Semuanya ketentuan Allah jua. Yang penting aku mahu belajar menulis dengan baik, naskhah demi naskhah-sehinggalah sampai ketika naskhahku itu difilemkan.

Sekurang-kurangnya aku tidak hipokrit kepada Allah hanya bersyukur ketika diberikan rezeki. Kita semua penulis muda masih ada peluang dan harapan. Mengkomentar dan mengulas. Berblog. Menonton lagi. Menyediakan waktu untuk berfikir dan menulis. Bersantai di tengah masyarakat. Dan juga bersendirian bersama Allah. Diri, jangan tolong jangan berikan sebarang alasan.

Kita bukan dipenjara. Seperti Pramoedya Ananta Toer atau penulis dan pelukis agung dunia yang lain-mereka menulis dan melukis semata menurut bakat alamiah dan anugerah Tuhan tanpa memikirkan anugerah bikinan manusia. Jangan dicari anugerah. Anugerah akan sendiri datang mencari kita. Biarkan proses alamiah ini berlaku. Ikhlas. Dan berkorban apa sahaja.

*Aku tidak kecewa dengan dunia prosa. Cuma aku mencuba sesuatu yang baharu. Dan cuba keluar daripada kelompok yang mendefinasikan karya mereka semata sebagai sastera tinggi itu. Ya, aku rasa selesa menjadi burung pipit bebas di angkasa daripada harimau sarkas di dalam sangkar!
*Kepada penulis/graduan filem sila jangan seronok menonton hasil karya orang luar sahaja. Seronok mengulas dan mengumpul peminat sahaja. Sila bikin naskhah anda sebaik atau lebih baik daripada naskhah yang anda tonton. Sama-sama kita memajukan sinema filem negara kita ke mercu jaya dan beridentiti sendiri!Juga tidak lupa seronok ditonton!

Ulasan Filem The Hills Have Eyes Unrated 1& 2







Filem The Hills Have Eyes Unrated 1 diterbitkan pada tahun 2006 diarahkan oleh Alaxendre Aja merupakan filem suspen+sadis+aksi yang amat-amat menjadi unsur suspennya. Namun filem sekuel keduanya yang diterbitkan pada tahun 2007 tidak semantap yang pertama.
Elemen suspen yang ditonjolkan dalam sekuel pertama amat menjadi dan membuatkan aku betul-betul menikmati setiap shoot yang dipaparkan dalam skrin. Kedua-dua filem ini bukanlah termasuk dalam genre filem seram/hantu.
Filem ini tidak mengisahkan tentang hantu tetapi tentang manusia hudoh yang tercemar dengan bahan radioaktif akibat ujian bom nuklear oleh tentera Amerika. Aku tidak mudah terpesona dengan filem seram.
Aku lebih suka saudara kepada filem seram iaitu filem suspen+aksi walaupun aku tidak menyenangi kesadisannya. Sadisnya dengan perogolan pembunuhan ngeri dan membayangkan bagaimana kapak (?) di 'takek' ke batang tubuh atau kepala.
Suspen dengan babak-babak kejutan yang betul-betul menguji kekuatan minda. Yang paling penting filem ini memberi kesan kepadaku. Jika sekuel pertama memberikan kesan kepadaku bahawa betapa sebuah keluarga Amerika -dialegorikan-dicampak ke sebuah gurun yang tandus tetapi menyimpan manusia tercemar dan sadis ini akibat nuklear manakala sekuel kedua mengingatkan kepadaku kepada pencerobohan tentera Amerika di Afghanistan.
Dalam sekuel kedua, babak latihan tentera US di Kandahar kemudian dibawa ke gurun yang misteri tersebut iaitu Sektor 16 mengingatkan kepada akibat yang terpaksa diterima oleh tentera Amerika drp pencerobohan mereka kerana berdepan dengan peperangan secara gerila.
Namun kedua-dua sekuel ini memberikan kesan yang sama iaitu-manusia yang sebaik manapun, pejuang demokrasi dan tinggi moralnya akan berubah apabila nyawanya terancam-dalam terdesak dan menjadi sejahat atau lebih jahat daripada manusia yang mengancamnya.
Inilah yang terjadi kepada watak keluarga malang yang dikepung gurun dan manusia sadis dan tercemar yang mulanya panik dan cemas-kemudian berubah perwatakan kepada berani-melawan dan membunuh-sekejam musuhnya!Inilah realiti manusia tidak kira di bumi mana. Jika nyawa terancam, maruah dipijak, emosi ditekan dan penindasan dan kezaliman berlaku manusia biasanya menunjukkan ciri kebinatangannya yang melampau-lampau!
Tidak rugi jika penulis/pembikin filem menonton 10 kali filem ini teruama daripada aspek suspennya dan juga SUBJEK yang menjadi penggeraknya. Walau SUBJEKNYA-kesan nuklear-agak berat namun subjeknya berjaya ditonjolkan secara amat sederhana namun memberikan kesan yang amat besar dalam filem ini. Aku menemui pelajaran diluar kelas iaitu subjek yang sekecil manapun akan memberikan kesan yang besar dalam filem.
Juga walaupun latar gurun yang kontang-kosong-saujana-diisi dengan baik oleh pengarah dengan shoot menarik dan berkesan. Terutama misteri lubang kelam, lekuk batu batan dan gunung serta kawasan lekuk akibat letupan ujian bom.
Juga aku tertarik dengan betapa sedikitnya dialog dalam sekuel pertama. Betul-betul merasakan gambar bercerita. Strategi ini menjadikan penonton benar-benar menghayati gambar dan babak yang ditonjolkan. Menepati salah satu ciri filem-visual yang bercerita!

Seharum Bunga Tongkeng!

Aku hendak jadi sasterawan gemilang!
Aku hendak jadi penulis terhebat!
Aku hendak jadi penyair yang dikagumi!
Aku hendak jadi tumpuan orang, namaku di sebut-sebut dan aku diangungkan manusia dengan karya-karya besarku!!!
Inilah musuh utama setiap sasterawan, penyair, penulis dan manusia. Kembali menyorot maksud ikhlas dan amanah. Argh! Nafsu nafsi juga mendapat tempat...bertopengkan kata-kata seharum bunga tongkeng!

21 Februari 2009

Apa guna nama saja Melayu kalau tidak tahu perkara berikut

Orang-orang Melayu khususnya orang-orang UMNO yang kononnya mahu membela Melayu dan keMelayuan tetapi mereka tidak mengerti secara menyeluruh bangsanya sendiri. Antara perkara berikut yang kalau seseorang Melayu tidak mengetahuinya maka tidak bergunalah 'Melayunya' sama sekali malah berpotensi menjadi Melayu yang haprak-sekadar meminjam kata-kata Tun Mahathir Mohamad. Melayu yang haprak inilah yang merosakkan agama, bangsa dan negara.
Antara perkara berikut ialah tentang HUKUM KANUM MELAKA.
Apa bendanya HKM?Cubalah kita pergi ke pasar raya atau ke tempat tumpuan orang ramai dan silalah bertanyakan kepada orang-orang Melayu yang kalian temui, "Tahu Hukum Kanun Melaka?' Buatah satu survey.
Den melakukan satu survey dan hasilnya adalah seperti berikut:100 orang ditanya dan jawapannya:
86=Langsung tidak tahu apa-apa. Ini termasuk yang kata 'kanun' tu undang-undang..jadi undang-undang la kot' tidak dikira dia tahu.
3=Anggap HKM adh undang-undang lama yang sudah tidak berguna. Bila ditanya dimana yang tidak bergunanya secara terperinci mereka gagal menjawabnya.
9=Tahu sikit-sikit seperti biasa dengar tetapi tidak ingat apa isi kandungannya.
2=Tahu dan ingat beberapa isi kandungannya tetapi bila ditanya soalan mencabar seperti mengapa UMNO gagal mengembalikan HKM ke dalam sistem perundangan negara sedangkan UMNO sebagai parti pemerintah mempunyai majoriti 2/3 dalam dewan parlimen yg dapat meminda Perlembagaan?Mereka tidak tahu hendak jawab apa.Inilah orang-orang Melayu sekarang!
Apa bendanya Hukum Kanun Melaka?
Den menggunakan judul Hukum Kanun Melaka daripada Undang-undang Melayu Melaka kerana judul HKM adalah lebih sesuai menggambarkan undang-undang yang digunakan ada era Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1400-1511. Jika kita menggunakan judul Undang-undang Melaka kita terpaksa memberikan batasan tahunnya dan kawasannya.
Manakala kanun pula bermaksud established principle, basic rule, ordinance, prescript, precept, statute, law, code etc. Ini amat sesuai kerana HKM mula diasaskan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) memerintah Melaka.
Aku masih tak faham apa benda HKM?Apa isinya?
Baiklah. Biar den terangkan. HKM memperlihatkan:
1.Sebuah teks undang-undang yang dipakai pada zaman Empayar kesultanan Melayu Melaka dan ia mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas kehidupan orang Melayu dari segi sosiolnya, budayanya, politiknya dan sebagainya. Teks HKM ini kemudiannya mempengaruhi pula teks-teks negara kota yang lain iaitu negeri-negeri dibawah jajahan takluk empayar Melaka seperti Pahang, Perak, Kedah.
2.Teks HKM ini memperlihatkan nilai kekuasaan yang ada pada raja-raja Melayu yang diwakili oleh raja-raja Melaka. Pada dasarnya mereka mempunyai kuasa mutlak terutama yang diwarisi daripada budaya Hindu. Kekuasaan pengaruh Hindu ini telah terhakis apabila datang Islam. Justeri teks HKM ini dilahirkan pada zaman awal pertembungan dia natar penjernihan dan asimilasi berbagai-bagai budaya.
3.Teks HKM ini memperlihatkan laras bahasa melayu klasik yang berisifat undang-undang dan dapat dibandingkan dengan teks undang-undang yang dilahirkan terlebih kemudian. Jadi bahasa melayu dah lama jadi bahasa perundangan.Hanya sesetengah ahli UMNO liberal sahaja berannggap bahasa melayu tak mampu jadi bahasa perundangan sebab jahil. Subnajis. Eh silap, subjudis!!!Pinjam kata Zambry.
Yang aku tahu banyak betul teks yang dianggap HKM..Jadi mana satu yang betul-betul dianggap benar-benar HKM?
Betullah tu. Kita ada dua edisi yang dapat kita gelarkan HKM itu. Terdapat edisi yang diberi judul lain sama ada Undang-undang Johor dan Hukum Kanun Pahang. Namun Liaw Yock Fang mengklasifikasikan edisi tersebut sebagai Undang-undang Melaka juga.
Siapa pulak Liaw Yock Fang ini?Dia Cina tahu apa pasal Melayu!!!
Tu lah hang. Emosi keUMNOan sangat. Liaw Yock Fang memang seorang Cina tetapi dia mengaji Pengajian Melayu dan Antropologi. Memang ada Cina otak bisnes tetapi ada Cina otak Melayu yang terlebih Melayu daripada hang yang nama saja Melayu tapi jahil tentang HKM ini. Maaf pedas sikit.
LYF seorang ahli dalam bab keMelayuan. Justeru kalau hang jumpa dia, pertuturannya dalam bahasa Melayu lebih bagus daripada bahasa hang yang campur aduk bahasa Inggeris ini. Pendek kata LYF seorang cina lebih Melayu drp hang yang sejak azali Melayu tapi tak tahu pasal keMelayuan khususunya bab HKM ini. Maaf sekali lagi aku berleter sikit.
Hang jangan berlagak pandailah!!!Aku tanya lain hang jawab lain!
Hehehe. Maaf aku berleter sikit. Ok. Begini. Teks HKM ini seperti juga artifak seperti nesan keris batu dan sebagainya. Namun ia artifak dalam bentuk budaya. Non material. Semasa ditemui teks tersebut di bawah runtuhan kota Melaka, maka adalah kajian ke atasnya. Teks-teks HKM banyak dibawa ke luar negara dan disimpan seperti Berlian Pink Panther yang amat-amat berharga kepada negara Peranchis!!! .
Ok. Maka kelompok teks ini LYF kaji sebagai tesis pHD dia. Maaf. Bukan Perangai Hasad Dengki yang dialami oleh sebahagian besar Maaf Melayu haprak. LYF mengajukan hasil kajiannya tesis PhDnya kepada Universiti Leiden, Belanda pada tahun 1976 di bawah penyeliaan Dr. R. Roolvink.
Sekejap!Apa kaitan pulak Universiti Leiden di Belanda dengan orang melayu ini?Yang aku tau Melayu ni kekampungan sama jugak dengan bahasa kampungnya.
Sebenarnya yang kampung dan katak di bawah tempurung itu adalah hang!Orang barat menghargai khazanah budaya dan artifak kerana drp itulah asal-usul sesebuah bangsa dan negara dapat diketahui. Juga asas jatidiri. Jadi hang dah dapat tahu bahawa kalau barat pun menghargai sejarah orang-orang Melayu masakan orang-orang Melayu sendiri haprak tentang sejarahnya. Sampai ada Melayu kata sejarah ni tak relevan dengan kemajuan negara. Orang bodoh je belajar bahasa budaya dan sastera!.
Sebenarnya diri sendirilah yang bodoh. Den dah jawab sebelum ini.
Apa bahasa dalam teks undang-undang ni?Bahasa Parsi ka?
Den tak mau marah kpd sijahil. Utk makluman hang dalam teks undang-undang HKM penggunannya adalah bahasa jawi sepenuhnya.
Macam mana orang putih nak mengkaji teks jawi ni?
La sekali lagi hang menampakkan kejahilan dan subjudis hang. Meminjam kata Zambry menteri besar Perak yang baru itu. Mereka amatlah arif dengan bahasa jawi. Hang pun kalah. Termasuk UMNO yang membunuh bahasa jawi dengan berbagai cara di peringkat sekolah. Sekarang nak bunuh bahasa melayu pulak. Alahai UMNO NO...
Ok. Sambunglah tentang HKM ini aku nak tahu...
Ok. aku terang sikit saja. Nanti aku terang panjang-panjang bertambah bengong pulak otak. Maklumlah Melayu ni malas membaca tapi nak maju. Hahaha.
Ok. LYF mengajukan 19 manuskrip undang-undang Melaka yang diambil daripada 1.Universiti Leiden : Cod.Or.1705 (1), Cod.Or.1706 (1), Cod. Or. 3199 (1), Cod. Or. 5836, Cod. Or. 5838, Cod. Or 7077, Cod. Or. 6078, KL 24, KL 45, KL 48 dan KL 50.2.United Kingdom : Cambridge 1364, Dublin 1638, SOAS Raffles 74, Mazwell 6, Maxwell 10, British Museum 12397.3.Jerman : Schoeman V.334.Paris : Bibliotheque Nationale No. 37.
Semua manuskrip di atas yang telah dikodkan dan disimpan seperti Berlian Pink Panther di luar negara. UMNO mana ambil tahu. Dia ambil berat sejarah perjuangan Politik UMNO je. Manuskrip tersebut dapat dibahagikan kepada 7 kategori
1.Undang-undang Melaka sebenar-yakni diamalkan di Melaka
2.Versi Acheh
3.Versi Pattani
4.Versi panjang
5.Versi undang-undang Islam dan undang-undang Johor
6.Versi pendek
7.Versi fragmen.
Kalau ikut sarjana Dato' Abu Hassan Sham hanya yang no. 1 sahaja dianggap sebagai Hukum Kanun Melaka. Yang lain-lain itu adalah hukum kanun di negeri selain drp Melaka dan juga sebahagian drp isi kandungan HKM. Tentang Hukum Kanun negeri lain mungkin boleh disentuh sikit lepas ini.
Siapa lagi yang dok kaji benda-benda Melayu ini?
Orang putihlah. Orang Melayukan nak maju nak moden. Mana dia ada masa nak ambil tahu pasal jatidiri dia sendiri. Antara yang meneliti teks undang-undang Melayu ini ialah:Stamford Raffles yang terkenal dgn History of Java. Selepas Raffles mati, isterinya Lady Raffles telah menyerahkan sebanyak 80 naskah-naskah Melayu pada tahun 1830 kepada kerajaan British lalu kini disimpan seperti Berlian Pink Panther di Royal Asiatic Society, London.
7 drp 80 naskah Melayu dimilliki Raffles tergolong dalam teks undang-undang Melayu yang diberi nama Raffles Malay No. 33a, 34a, 34d, 74a, 75a, 76d dan 77b.
Raffles amat berminat tentang undang-undang laut dan dibincangkan sevara tuntas dalam teks berjudul "The Maritime Code of the Malays" yang dimuatkan dalam JSBRAS, 1897).
Untuk pengetahuan hang lagi artikel tersebut pernah diterbitkan dalam Asiatic Researches, Vol,. 12, 1818 hlm 102-159 dengan tajuk "On the Malay Nation" with a Translation of its Maritime Institutions". Orang putih kedua dok kaji teks Melayu yang mana orang Melayu kebanyakan buat tak tak saja ialah W.E Maxwell yang merupakan sarjana yang menjadi penolong residen di Perak pada 1878.
Maxwell seorang pegumpul naskah Melayu sehingga berjumlah 105 naskah tersimpan seperti Berlian Pink Panther di Royal Asiatic Society Library London. 10 drpnya adalah teks sastera undang-undang HKM dan Undang-undang Minangkabau.
Maxwell menghasilkan dua kajian terhadap teks Melayu ini iaitu
1.The law and Customs of the Malays with Special Reference to the Tenure of Land," JSBRAS. NO. 13, Jun 1884.
2.The Law Relating to Slaves among the Malays", JSBRAS No. 22, Disember 1890
Maxweel mengkaji teks melayu dengan penuh perasaan agar dapat membantu British memahami orang Melayu. Jadi kalau Melayu sendiri tak tau pasal Melayunya sendiri macam mana dia nak berjuang?Melainkan berjuang nak dapat tender dan kedarah rasuah!Dalam artikel no.1 Maxweel menyentuh tentang undang-undang berhubung dengan tanah.
Tanah bagi masyarakat Melayu mengikut kajian Maxwell terhadap kajian teks Melayu terbahagi kepada dua iaitu tanah hidup dan tanah mati. Dinyatakan ciri-ciri bagi tanah tersebut.
Maxwell amat menguasai Hukum Kanun Melaka kerana dalam koleksi Maxwell di Royal Asiatic Society terdapat 6 buah teks HKM yang dikodkan sebagai Maxwell No. 5, 6, 10, 11A, 19 dan 47. Bagi menghasilkan artikel no.1 diatas Maxwel membaca kajian Raffles tentang undang-undang di tanah Jawa, tulisan William Marsden tentang SUmatera (1811) dan tulisan Crawfurd dalam History of Indian Archipelago.
Dalam artikel no2. Maxwell menjelaskan tentang perhambaan yang berlaku di Tanah melayu yang berisfat menindas. Maxwell mencadangkan agar sistem perhambaan dilonggarkan dan memetik cadangan Wilkinson di Perak Council yang menyatakan seseorang hamba dapat dibebaskan jika dapat ia menebus dirinya dengan wang sebanyak 25 ringgit.
Jika tidak mestilah diberikan tempoh tertentu.Tokoh ketiga iaitu William Marsden dengan karyanya History of Sumatra membincangkan juga tentang undang-undang Melayu lama tetapi lebih khusus kepada Sumatera.
Tokoh seterusnya ialah R.J Wilkinson seorang sarjana-pentadbir dan meletakkan asas utama dalam membicarakan undang-undang Melayu lama.Dalam artikel Wilkinson berjudul "Law Introductory Sketch." (Papers on Malay Subject, Part 1, KL, 1908) telah banyak menarik perhatian sarjana yang mengkhusus kajiannya terhadap undang-undang Melayu lama.
Wilkinson meletakkan asas Pengajian melayu terutama di kalangan sarjana Inggeris. Siri "Papers on Malay Subjects" amatlah berguna bagi mereka yang mahu mengkaji tentang orang Melayu. Kajian undang-undang melayu lama turut dimasukkan ke dalam siri ini. Dalam kerjayanya Wilkinson pernah menjadi Pegawai Daerah Dinding, Perak, Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan dan Penasihat British (British Resident) di N9.
Beliau pernah menjawat Setiausaha Tanah Jajahan dan akhir sekali menjadi Gebenor di Sierra Leone.Wilkinson membahagikan teks undang-undang Melayu kepada tiga iaitu
1.Adat Perpatih
2.Adat Temenggung
3.Hukum Syarak Wilkinsonlah menemui bahawa undang-undang adat Perpatih datang dari Tanah Adat Minagkabau, Sumatera dan adat Temenggung dari Pelembang.
Wilkinsonlah yang memberi perbezaan antara kedua-dua adat tersebut. Namun sebagai seorang kafir Wilkinson tidak senang dengan hukum syarak (HUDUD) dalam undang-undang Adat Temenggung.
Den lupa maklumkan bahawa Hukum Kanun Melaka, Pahang. Johor, Kedah termasuk dalam kelompok Undang-undang Adat Temenggung. Menurut si kafir ini, undang-undang adat Temenggung hukumannya sangat kejam, autokratik, tiada belas ihsan terutama dalam hukum jinayat dalam HKM yang membawakan hukum HUDUD hampir sepenuhnya.
Ye la dah kafir tak heranlah tolak Islam. Tapi kalau Melayu yang Islam sejak dilahirkan lagi ini menyatakan demikian tak tahulah nak kata apa. Ada 2 je sebabnya, 1 jahil 2 sentimen politik UMNO.
Wilkinson mengkritik hukum syarak dalam HKM seperti berikut :
The theocratic hukum syarak was ini its way even mpre unsatisfactory than adat temenggung. It multiplied offences intolerably. Cock-fighting, opium-smoking, gambling, illicit intercourse, irregular attandance at mosque and even such technicalities as wearing the wrong kind of clothing and beating gongs at weddings are liable to be severely punished under Muhammad an law. If the Adat Temenggung brutalised the people teh hukum syarak put a premium on hypocrisy. Wilkinson 1970 : 9-10
Sebaliknya Wilkinson memuji Adat Perpatih yg katanya lebih demokratik:
Taken all this Adat Minagkabau may claim great merit as a system of law it was just it was humane it tolerated no delay in criminal matters it secured degraded at fisrt offender it was understood by all and even and intelligibly to the very humble intelligence in the commnunity.(Wilkinson 1970: 9)
Berdasarkan 2 petikan diatas ada dua benda kita boleh fahamkan.
1.Wilkinson amat menyanjung Adat Perpatih dan memandang rendah Adat temengggung dan hukum syarak. Prasangka orientalis terhadap hukum syarak memang biasa sahaja dikalangan sarjana-pentadbir barat zaman kolonial. Sanjungan dia terhadap Adat perpatih agak keterlaluan. Masalahnya hang nak tau, penyakit prasangka warisan Wilkinson ini diwarisi demgan banyaknya oleh orang Melayu termasuk dalam UMNO sendiri kerana sentimen politiking. Sedangkan sejarah bangsa dia sendiri guna Hukum Syarak dalam undang-undang utama negeri/negara.
2.Wilkinson beranggapan teks undang2 mmepunyai persamaan ciri dalam sesuatu kelompok. Tetapi anggapan itu salah kerana Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak tidak mengamalkan undang-undang adat temenggung sepenuhnya. Ia adalah campuran antara kedua undang2 adat.
Banyaklah lagi sarjana-pentadbir kolonial kaji melayu ini seperti T.J Newbold, J.R Logan, Ph.S van Ronkel, John E. Kempedan R.O Winstedt yang telah menerbitkan Hukum Kanun Pahang yang diberi judul sebagai A Malay Legal Digest Compilde for Abdul al-Ghafur Muhaiyuddin Syah, Sultan Pahang 1592-1614 A.D with Undated Additions (JMBRA Jilid XXI Bahagian 1 1948).
Sarjana berbangsa Melayu tak da siapa ka yang kaji?
Kalaulah semua orang Melayu berfikir macam hang fikir macam mula-mula dulu seperti tak bergunanya kajian budaya tak relevan dengan zaman makanya Melayu ni semua tinggal nama je lah. Macam debu tak berguna...Mujurlah tak semua orang Melayu fikir macam hang.
Pada tahun 1972 Abu Hassan Sham (Dato) mengajukan tesis Sarjana Sastera untuk Jabatan Pengajian Melayu (sekarang Akademi Pengajian Melayu ) Universiti Malaya yang berjudul "Undang-undang Melayu lama, Tumpuan Khas kepada Hukum Kanun Melaka dan undang-undang lain di bawah pengaruhnyanya."
Profesor yang pernah mengajar den ni menggunakan pendekatan komparatif yakni isi HKM dibandingkan dengan undang2 Melayu lama yang lain. Teks yang menjadi asas kajian beliau ialah Risalat Hukum Kanun melaka edisi Ph.S van Ronkel. Drp kajian beliau ditemui amat besar sekali pengaruh KHM terhadap undang-undang di negeri lain yang dibawah jajahan takluk Melaka.
Oleh sebab itulah lahirnya Hukum Kanun Pahang, HK Johor, Undang2 Inderagiri dan undang-undang Riau.Pada tahun 1976 terbitlah edisi Lia Yock Fang berjudul Undang-undang Melaka yang merupakan tesis PhDnya yang diajukan kepada Universiti Leiden Belanda.
Setakat ini edisi ini mempunyai autoritatif dan representatif yg mengandungi 44 Fasal. Jadi rumusannya penggunaan HKM merujuk kepada undang2 yang dipraktikkan di Melaka sahaja bukan di negeri lain.
Undang2 di negeri lain ada judulnya sendiri. Manakala LYF mengklasifikasikan secara agak pukul lambak semua undang2 di alam melayu sebagai Undang-undang Melaka. Baiklah. Ini soal judul. Dan terangkan sikit saja. Nanti pening kepala. Yang penting kita nak tgk apa benda isinya HKM ini. Adeh..ni mukaddimah saja.

18 Februari 2009

Ulasan Filem Geng : Pengembaraan Bermula-20 Minit Pertama-

Rasa, Hati dan Harapan
Apabila kita ke panggung, kita bukan membuang duit secara percuma. Kita membawa rasa, hati dan harapan. Walaupun harga 7-12 ringgit per tiket itu tidak dapat ditukar dengan material melainkan slip tiket yang menyemakkan saku akhirnya, kita tetap berkunjung ke panggung untuk menonton filem. Filem adalah karya seni dan produk seni dalam bentuk digital. Daripada bunyi hinggalah sinematografi serta kesan-kesan khas yang dijana oleh komputer-filem adalah hasil seni yang dapat ditangkap dengan pancaindera lalu berkumpul di hati. Maka hatilah yang menentukan rasa menonton filem itu bagaimana-bukan sekadar tertawa menangis melankolik suspen teruja kagum. Filem seharunya memberikan rasa pada hati dengan rasa yang paling dalam halus dan abtsrak bercabang-cabang sifatnya. Akhirnya kita temuilah kepuasan yang antara manifestasi kepuasan tersebut ialah rasa berbaloi. Maka apabila aku selaku penonton-bukan pengkritik dan bukan juga sebagai graduan filem-memilih untuk menonton sesebuah filem bermakna ada harapan yang aku bawa bersama pada filem tersebut.
10 Minit Pertama adalah Pendekatan Basi
Oleh kerana sudah terlalu banyak filem holyywood atau barat menggunakan 10 minit pertama untuk memikat penonton dengan AKSI yang meninggalkan klu dan persoalan akhirnya ia menjadi suatu pendekatan basi. Pendekatan basi tersebut akan bertambah basi dan busuknya menyebar keluar kemana-mana apabila budaya mimesis pembikin filem (juga penulis skrip)tersebut ialah memaparkan AKSI yang meninggalkan klu dan tandatanya. Iaitu babak AKSI yang meninggalkan klu dan tandatanya tersebut merupakan AKSI yang nampak sangat dibuat-buat meninggalkan klu yang terlalu mudah dibaca penonton lalu menjadikan tandatanya bukan tandatanya lagi. Memang. 10 minit pertama adalah penting dalam sesebuah filem. Namun apabila kita hanya menyalin iaitu 10 minit pertama mesti dengan AKSI yang nampak sangat dibuat-buat maka hilanglah fungsi babak tersebut. 10 minit pertama tersebut gagal membawa minat aku selaku penonton untuk bertandatanya. Sebaliknya aku mula diterjah resah yang Geng akan mengulangi mimpi buruk aku!
Opet
Opet bergerak di dalam hutan yang dipenuhi pokok durian. Makan durian. Apakah kelemahan babak ini?Iaitu 1 tiada unsur kejutan. Hal ini kerana memaparkan keseluruhan tubuh Opet itu menghilangkan rasa ingin tahu penonton dengan banyaknya sekali. Aku sudah dapat menjangkakan bahawa Opet inilah hantu durian!Pada mulanyalah. Ia hanya makhluk yang comel dan tidak menakutkan atau berbahaya. Bagiku ia tidak meninggalkan tandatanya malahan aku khuatir Geng terperosok lagi dengan babak klise sesudah babak ini.
Insiden yang sama sesungguhnya menganggu!
Terdapat 2 babak insiden yang mengganggu aku.
Babak Insiden 1=Badrol dan Lim balik ke Kampung Durian Runtuh yang merupakan kampung Datuk Badrol. Mereka menaiki bas. Tayar bas meletup dan bas tersadai di tepi jalan setelah seekor ayam nakal melintasi jalan tiba-tiba.
Babak Insiden 2=Badrol dan Lim menumpang lori yang dipandu oleh Sighn. Pak Mail yang merupakan tuan kepada Sighn turut ada bersama. Ayam nakal yang sama melintasi jalan dengan tiba-tiba dan lori dipandu Sighn hilang kawalan. (Tayar lori juga pecah ?)
Dua babak diatas merupakan babak insiden yang hampir sama. Malah pencetus atau sebab berlakunya insiden tersebut ialah AYAM NAKAL MELINTAS JALAN. Apabila menonton babak ini aku tidak seperti penonton lain ketawa terbahak-bahak. Tetapi aku memikirkannya dengan kritis selaku penonton kritis. Apakah tiada idea keratif lain untuk membikin babak ini?Jangan terlalu ambil mudah dalam mencerna penceritaan. Kebanyakan penonton bukan baru penonton sebuah filem! Dan harus ditegaskan. Filem adalah filem. Ia bukan sebuah kartun Ujang misalnya. Majalah kartun boleh sahaja menjadi majalah picisan yang amat klise disertai lawak bodoh yang berulang-ulang dalam setiap keluaran yang menjadi punca kematian kepada banyak majalah kartun tetapi aku harap tidaklah filem. Jika adalah filem begitu jangankan menonton beli VCD Harga Hebat RM1.00 pun aku rasa rugi nak beli.
Namun aku tidaklah menyatakan Geng termasuk kategori di atas. Ia masih terlalu awal untuk aku simpulkan. Sabar ya! ;) Cuma dua babak cacat tersebut. Sudahlah hampir sama pernyataan SEBABNYA malah berturutan pula antara dua babak ini yang menampak jelaskan lagi kecacatan tersebut!
Komedi dalam 20 minit pertama-Segar!
Badrol dan Lim balik ke kampung durian runtuh yakni kampung datuk Badrol. Babak itik melintas mengingatkan aku kepada pepatah Melayu iaitu 'Itik pulang petang."Dan komedi situasi yag cuba yang ditonjolkan agak segar. Aku berikan kredit dalam hal ini Babak Badrol (atau Lim?)dengan monyet-mengemukakan prinsip karma yang ditampilkan dalam bentuk komedi juga agar segar. Aku seperti membaca komik Ujang suatu ketika dulu. Babak lembu melintas. Ayam yang nakal melintasi jalan. Babak perlakuan lelaki lembut yang bagi akulah agak memualkan. Aku yakin tanpa watak lembut berlebih-lebih 'lelaki' tersebut Geng tetap merupakan filem animasi yang tetap berada di depan antara filem animasi yang pembikin filem kita terbitkan.
Kepercayaan dan Budaya
Aku memahami filem adalah karya seni yang abtsrak dan boleh menjadi apa sahaja. Namun filem tetap mesti mempunyai budayanya yang tersendiri kerana budaya dalam filem menunjukkan bangsa. Memaparkan imej budaya dan kepercayaan merupakan elemen terpenting dalam sesebuah filem yang berjatidiri.
Begitu juga dalam filem Geng ini. Sikap masyarakat yang ramah tamah, suasana kampung dan juga aspek pakaian walaupun tidaklah terlalu jelas dan nyata-ia tetap relevan. Walaupun elemen budaya dan kepercayaan ditampilkan adalah kecil/sedikit tetapi dalam sesebuah filem ia menjadi besar sekali. Aku hanya mahu menegur tentang AZAN.
Azan Mahgrib
Babak menunjukkan azan maghrib bergema. Badrol dan Lim sudah sampai di rumah datuk dan berehat di ruang tamu. Memasukkan kalimah takbir dengan jelas berkumandang bagiku amat bagus. Dalam realiti budaya orang-orang Melayu kampung/desa, apabila seseorang cucu bersama datuknya yang taat kepada agama mendengar lauangan azan dari surau atau masjid maka datuk pasti akan menyuruh cucunya bersiap untuk bersolat maghrib mengikutnya berjemaah ke surau/masjid atau solat di rumah. Atau ibu memanggil anak-anaknya yang sedang bermain di bawah naik ke atas rumah. Mandi dan solat maghrib. Elemen kepercayaan dan budaya ini jelas dalam novel seram Siri Bercakap dengan Jin (SBDJ).
Namun sebaik sahaja selesai azan, Datuk Badrol berkata
'Badrol pergilah berjalan-jalan di sekitar kampung dengan Lim. Ambil kunci motor ini.Atuk nak ke mesjid.'
Begitulah lebih kurang dialognya yang aku ingat. Datuk Badrol berikan kunci motor lagi kepada Badrol dan Lim. Aku terus menepuk dahi. Aku tahu bukan aku seorang yang berkata dalam hati 'eh, menapa Datuk Badrol tidak menyuruh Badrol mandi dan mendirikan solat maghrib?'
Aku cuba menyelami hati budi penulis skrip Geng ini. Mungkin mereka
1. Jika menunjukkan Badrol bersolat ia akan menganggu Lim yang non muslim.
2.Jika menunjukkan Badrol solat mestilah nampak macam skema.
3.Filem adalah filem. Bukan realiti sebenar.
Aku ingin menjawab 1 dan 2 dahulu. Jika aku lah penulis skrip bagi Geng aku akan buat 2 pilihan.
1.Cukup Datuk Badrol cakap 'Hah dah azan tu. Badrol. pergilah mandi dan solat maghrib dulu. Atuk nak ke mesjid. Kalau kamu nak ikut boleh juga. Kalau tak nak solatlah dibilik kamu. Jangan tak solat pulak.'
Kemudian jadikanlah babak Badrol bersolat dan Lim mandi sendirian di perigi misalnya dalam keremangan senja di kampung. Bukankah watak Lim adalah budak bandar?Dan mengapa hanya ditonjolkan Jamban di luar rumah tidak pula ditonjolkan babak perigi tempat mandi penduduk Melayu desa. Aku rasa babak Lim merasa sepeti diganggu hantu di perigi lebih molek dan watak Badrol bersolat. Mungkin solat Badrol terganggu dengan seekor kucing/tikus atau benda lain pun baik juga.
Tentang no.3-benar demikian. Namun setelah kamu(penulis skrip Geng) memasukkan elemen azan maghrib kamu mestilah peka dan tahu bahawa tiada orang-orang tua Melayu terutama yang lebai dan berjemaah di masjid akan menyuruh cucunya bersiar-siar di kampung dengan memberikannya kunci motorsikal lagi!
Aku harap babak yang cacat ini diubah. Jika hendak masukkan babak Badrol dan Lim bersiar-siar masukkanlah mereka bersiar-siar pada pagi hari. Bukannya senja. Hal ini kerana babak Badrol dan Lim bersiar-siar di waktu senja itu tidak nampak suasana senja langsung. Ini mencacatkan aspek kelojikan. Maksud aku lojik dalam filem. Mungkin kalian boleh tanya graduan filem tentang lojik dalam filem. Bagi aku dalam konteks masa, lojik itu mesti ada. Takkanlah senja digambarkan seperti siang yang terang benderang juga. Ia sepatutnya semakin gelap.
Begitulah yang aku ingat tentang 20 minit pertama yang bagi aku tidaklah buruk-cuma ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh pembikin filem dan penulis skrip agar tidak berulang dalam sekuel (jika ada)nya pada masa akan datang. Secara keseluruhannya bagi aku 20 minit filem Geng ini baik. Aku berikan 3 bintang daripada 5 bintang!. bersambung....

17 Februari 2009

Ulasan Filem Geng :Pengembaraan Bermula -Pra 10 Minit Pertama-

Aku masuk ke dalam panggung dalam 10 minit sebelum masa tayangan Geng. Aku agak terkejut apabila melihatkan begitu ramai penonton. Malah ada yang satu keluarga dengan anak-anak 5-6 rang. Baris H nombor 13 nombor tempat duduk aku. Di tengah-tengah. Baris tersebut sudah dipenuhi. Cuma aku sahaja yang tidak duduk lagi. Aku memandang kiri kanan belakang depan tanpa menghiraukan gadis cantik di sebelah ku yang 'perasan' aku memerhatikannya. Orang 'berjus-jus' masuk memenuhi panggung. 'Pemandangan' begini biasanya hanya berlaku pada filem hollywood pada hujung minggu! Kini ia berlaku pada hari Isnin. Sungguh mengujakan! Ada penonton cina india dan mat-minah saleh! Aku teringat pesanan filmmaker barat, 10 minit merupakan detik terpenting bagi sesebuah filem samada filem tersebut bagus atau haprak! Bagaimanakah halnya dengan Geng?Adakah hanya membuatkan aku menyampah atau mengulang mimpi ngeri sukar untuk menyelami cerita! Namun pra 10 minit pertama itu aku telah disengat hangat dan teruja!Walau aku lebih suka dalam panggung yang sunyi namun keramaian diperlukan untuk filem tempatan kerana inilah pasaran utama pembikin filem kita. Bersambung esok...mengantuk...ada 2-3 perkara aku mahu ulas tentang Geng ini...

15 Februari 2009

Perkara 152 dan Akta Pendidikan Kebangsaan menyebutkan bahasa Melayu adalah bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Malaysia!

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 menyatakan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
*HARI INI TEPAT 15.2 MERUPAKAN HARI KERAMAT PEMARTABATAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN YANG MENGISI FUNGSI SEBAGAI BAHASA RASMI, BAHASA ILMU/PENDIDIKAN, BAHASA PERPADUAN DAN BAHASA KOMUNIKASI UTAMA DAN TERUTAMA DI TANAH MELAYU INI. JUSTERU BARANGSIAPA YANG CUBA MEMIJAK BAHASA KEBANGSAAN SEPERTI MENOLAK BAHASA KEBANGSAAN DALAM SAINS DAN MATEMATIK ADALAH PENGKHIANAT, PENDERHAKA DAN PENJAHAT PALING TERUTAMA MESTI DITENTANG HABIS-HABISAN!

Saman Kerajaan BN kerana memijak bahasa kebangsaan!

Gabungan Penulis Nasional (Gapena) mengadakan perbincangan dengan peguamnya petang ini mengenai tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung pelaksanaan dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan.Setiausaha II GAPENA, Prof Madya Dr Hashim Ismail berkata, ini adalah kali pertama pihaknya bertemu peguam selepas gabungan 24 persatuan penulis itu bertegas dengan keputusannya untuk menyaman kerajaan berhubung isu tersebut.Ia ekoran kegagalan Kementerian Pelajaran untuk membuat keputusan berhubung pelaksanaan PPSMI selepas tamat tarikh akhir yang diberikan oleh Gapena untuk kementerian berkenaan berbuat demikian, iaitu pada 31 Disember 2008.Ketika dihubungi hari ini, Dr Hashim berkata pihaknya juga telah memperolehi dana yang mencukupi untuk mengambil tindakan undang-undang tersebut.Gapena melancarkan kutipan derma kilat minggu lalu untuk membiayai kos mereka untuk mengheret kerajaan ke mahkamah.Dr Hashim berkata, pihaknya juga mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussin minggu lalu, meminta untuk mengadakan pertemuan itu.Beliau berkata, sehingga ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada mereka.Ulas kenyataan menteri"Mungkin kerana kesibukan menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu, menyebabkan pertemuan itu tertangguh," tambahnya.Dr Hashim juga menyifatkan tindakan kabinet yang akan membuat keputusan segera berhubung perkata itu sebagai positif dan selari dengan permintaan Gapena."Kita minta kerajaan membuat keputusan (pelaksanaan PPSMI). Memang itu pun yang kita minta," kata Dr Hashim yang juga pensyarah kanan di Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.Khamis lalu, Hishammuddin mengumumkan bahawa keputusan kajian pelaksaan PPSMI akan dibentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat bagi mendapatkan keputusan muktamad mengenainya.Hishammuddin juga dilaporkan meminta semua pihak supaya "jangan gopoh" kerana sebarang keputusan berhubung perkara itu hanya akan dilaksanakan pada tahun depan.Sementara itu, ketika mengulas tindakan NGO Cina - diketuai persatuan pendidiknya Dong Jiao Zong - yang akan turut mengadakan siri bantahan jika kerajaan gagal membuat keputusan sehingga Mac ini, Dr Hashim berkata:"Dia (Dong Jiau Zong) ada cara dia, kita ada cara kita. Perkara ini jangan dilihat sebagai (tindakan) politik."Kenyataan bersamaTambahnya, NGO itu pernah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Gapena bagi memperjuangkan isu bersama itu.Malah, tambah Dr Hashim, kedua -dua badan pernah bergabung membuat kenyatan bersama berhubung perkara itu.Selain akan mengambil tindakan mahkamah, Gapena turut dilaporkan akan mengadakan "perarakan keranda" - dikenali Keranda 152 - sebagai simbol kematian bahasa jika kerajaan turut gagal membuat keputusan.Dr Hashim dilaporkan berkata, mereka mungkin berarak dari pejabatnya di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka ke Istana Negara, Parlimen atau balai polis bagi menyatakan bantahan mereka.Selain Gapena, Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan turut mengadakan perhimpunan raksasa 100,000 orang ala-Bersih bagi tujuan yang sama.Beberapa tokoh bahasa dan sastera dilaporkan menyertai gabungan itu sebagai ahli jawatankuasanya induknya.Mereka termasuk Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa; bekas ketua pengarah DBP, Datuk Aziz Deraman; tokoh sastera Datuk Dr Anwar Ridwan dan penyair terkenal, Dinsman.
*SESUNGGUHNYA APAKAH MAKSUD BAHASA KEBANGSAAN ITU BAGI PAK LAH, NAJIB DAN HISHAMMUDDIN? MEMENANGKAN BN-UMNO PADA PILIHANRAYA?OH TIDAK!

14 Februari 2009

Bacalah kalau kalian orang Melayu!

Oleh ARIF ATAN
Pemikiran dan kosmologi orang Melayu sekarang nampaknya semakin bercelaru dan bersimpang-siur. Mereka juga makin tidak peka akan daya tahan kebudayaan bangsanya yang sepatutnya mesti disemarakkan secara konsisten sepanjang masa.

Baik pemimpin mahu pun sebahagian besar masyarakat Melayu, mereka kini semakin tidak peduli akan bentuk seni dan kebudayaannya yang tanpa disedari sedang perlahan-lahan diganti dengan kebudayaan yang bukan berpijak dari Alam Melayu ini.

Sikap tolak-ansur Melayu pula makin keterlaluan sehingga peringkat zalim terhadap kedudukan kebudayaan bangsanya sendiri.

Apakah manfaat yang Melayu dapat daripada sikap tidak mengapa atau tunggu dan lihat sahaja penonjolan kebudayaan Cina secara berleluasa mutakhir ini manakala jati diri dan pusaka khazanah kebudayaan bangsa sendiri tenggelam ditelan masa?
Lebih berbahaya apabila tindakan yang penulis panggil sebagai “pembersihan budaya” Melayu (mengambil konsep pembersihan etnik atau ethnic cleansing) ini juga turut ‘disempurnakan’ oleh pertubuhan parti politik.

Kebimbangan ini bersandarkan kepada dua laporan akhbar. Satu dalam akhbar alternatif manakala satu lagi dari akhbar arus perdana.

Laporan akhbar Siasah Bilangan 136 (15 – 21 Februari 2009) yang memaparkan kebangggan penyokong dan pemimpin parti PAS yang sudah memiliki tarian singa sendiri. Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar telah melancarkan secara rasminya pasukan tarian singa yang dianggotai oleh Kelab Penyokong PAS di Parlimen Shah Alam pada 6 Februari lalu.

Ironinya, penubuhan pasukan tarian singa itu wujud bukan di kawasan yang didominasi oleh masyarakat Cina tetapi di kawasan penempatan bandar berpendudukkan Melayu yang sarat dengan lambang dan nilai seni budaya Melayu sehingga dipanggil Bandaraya Melayu.

Oleh sebab itu, lebih wajar dan waras apabila pasukan zapin atau joget yang dianggotai oleh penyokong bukan Melayu di Parlimen Shah Alam yang diwujudkan. Jika ini yang berlaku baharulah lebih dibanggakan kerana jelas menampakkan kaum bukan Melayu telah menunjukkan minat untuk cuba berasimilasi dengan kebudayaan asal tanah air ini.

Dalam masa yang sama, PAS perlu menjawab dengan jujur. Adakah parti itu sudah mempunyai pasukan tarian zapin, joget, indang, boria, dikir barat atau pun hadrahnya sendiri?

Pemerhatian penulis yang tidak memiliki kepentingan politik ini mendapati semacam sudah wujud kecenderungan kalangan sebahagian pemimpin dan penyokong PAS yang begitu liberal terhadap kebudayaan bukan Melayu. Ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, mereka dari golongan Islamik pada luaran inilah yang nyata jelas mengabaikan kebudayaan Melayu tetapi memuja-muji pula kebudayaan Cina.

Laporan akhbar Berita Harian 11 Februari lalu pula melaporkan projek Bandar Arab membabitkan pelaburan sebanyak RM185.4 juta kos pembangunan dan kos operasi di Jalan Ampang.

Kedudukannya yang hanya ratusan meter dari Menara Berkembar Petronas sepatutnya dibangunkan dengan projek Bandar Melayu bukannya Bandar Arab. Adakah adil kepada kebudayaan Melayu apabila gaya hidup dan perniagaan yang memaparkan tradisi, budaya serta makanan Arab wujud di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur ?

Walhal, Bandar Melayu lebih relevan malah ternyata begitu signifikan dalam mengetengahkan dan menguar-uarkan kehebatan tamadun Melayu yang juga mampu melakar kemajuan seperti tergambar dengan berdiri tegaknya Menara Berkembar Petronas itu.Adakah barisan pentadbir di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang majoritinya Melayu sudah lupa bahawa pembukaan Kuala Lumpur yang bermula di sekitar pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak lebih dua abad lalu telah dilakukan oleh bangsa Melayu bukannya bangsa Arab?!

Oleh sebab itu, adalah lebih wajar dan diterima akal untuk menubuhkan Bandar Melayu bukannya Bandar Arab yang telah diluluskan oleh DBKL itu hanya atas alasan mahu menarik pelancong dari Tanah Arab.

Bayangkan jika trend masa akan datang pula menunjukkan limpahan pelancong dari Vietnam . Adakah pada ketika itu Bandar Vietnam pula akan didirikan atas alasan bodoh yang sama?

Daripada dua laporan akhbar dalam tempoh minggu yang sama itu sahaja, penulis dapat membuat kesimpulan bahawa kebudayaan orang Melayu sedang berdepan dengan pembersihan budaya (cultural cleansing) yang menakutkan. Budaya Melayu sudah dianggap kotor lalu diganti dengan kebudayaan Cina dan Arab yang kononnya ‘suci bersih’. Malangnya, bukan orang lain tetapi orang Melayu sendirilah yang memenggal kebudayaannya sendiri!

Ramai orang Melayu bersikap mengalahkan orang Cina walhal dalam masa yang sama orang Cina tidak pun peduli untuk turut ‘memeriahkan’ erti perpaduan dengan mengamalkan adapt resam, bahasa dan budaya Melayu. Orang Melayu juga yang enggan mengajar bukan Melayu menerima kebudayaan Melayu lantaran kepentingan politik atau di peringkat individu takut dicop perkauman.

Hakikatnya, orang Melayu sekarang begitu sempit tafsirannya terhadap konsep tolak-ansur dan perpaduan. Bagi mereka apabila mengabaikan budaya Melayu kemudian ‘memeluk’ budaya Cina itulah yang melambangkan perpaduan.
Memanglah benar wujudnya perpaduan dengan cara songsang sedemikian. Namun, perpaduan yang wujud dibina atas dasar kebudayaan Cina bukannya kebudayaan tempatan iaitu Melayu seperti yang dihasratkan oleh Tun Razak dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada 1970-an lalu.

Selain ‘memeluk’ budaya Cina sebahagian orang Melayu yang lain pula begitu selesa dengan pelbagai bentuk kebudayaan Arab. Bukan sedikit daripada golongan ini yang menganggap budaya Arab itu ialah “budaya Islam”.

Sebaliknya, kebudayaan Melayu pula dilihat bercanggah dengan Islam. Malangnya, bentuk kebudayaan bukan berasal dari rantau Melayu tidak pula dilihat daripada kaca mata yang sama sebaliknya begitu terbuka malah menggalakkan lagi perkembangannya.

Seringkali didengar, mereka menggunakan alasan bahawa Islam bersifat universal, terbuka dan tidak membezakan warna kulit atau kaum untuk menghalalkan tindakan-tindakan yang dilihat pro bukan Melayu khususnya kebudayaan Cina.

Walhal, tidakkah mereka pernah terfikir bahawa apa salahnya atas alasan yang sama sekalipun, pelbagai bentuk seni dan kebudayaan dari Alam Melayu yang kita warisi zaman-berzaman perlu lebih diutamakan, disemarakkan dan disuburkan?

Jika hal-hal berkaitan mengangkat seni dan budaya Melayu ini diabaikan, amatlah dibimbangi nanti bentuk kebudayaan Cina, Arab dan Barat yang akan mewarnai seluruh gaya hidup kita kelak.

Ketika itu, hanya lagu berbahasa Mandarin dan Arab selain Inggeris dan Hindustan sahaja yang kedengaran sepanjang masa apabila kita keluar dari pintu rumah. Rekabentuk dan konsep bangunan atau kawasan perumahan pula kesemuanya sarat dengan kerencaman budaya yang berkiblatkan budaya Cina dan Arab.

Kehalusan seni tari dan lagu Melayu ibarat melukut di tepi gantang. Ketinggian seni bina Melayu juga sama sekali tidak berbekas di hati para arkitek, jurutera dan perancang bandar. Ukiran kerawang atau awam larat sudah pasti pupus lantaran diganti dengan bentuk ukiran bermotifkan haiwan dan geometri Cina selain bentuk kubah yang bertitik tolak dari senibina Arab bukannya tulen datang dari alam Melayu sendiri.

Orang Melayu mesti kembali menghargai dan menyebarluaskan kehebatan tamadun dan kebudayaan bangsanya sendiri. Bagi yang masih tidak rasa bersalah mengagungkan kebudayaan bukan milik bangsanya, soalan berikut perlu dijawab dengan jujur: Tidakkah kalian terfikir apa akan jadi terhadap bentuk kebudayaan di negara kita pada masa akan datang jika pembersihan budaya Melayu kita yang sedang rancak berlaku hari ini dibiarkan berterusan?